Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Thursday, September 30, 2010

Bosan Dengan Politik Malaysia

Assalamualaikum..

Aku rasa sekarang aku dah malas nak beli surat khabar..
Bagi aku membeli surat khabar adalah satu pembaziran..
kenapa aku cakap macam ni?
aku bukan nak cipta sebarang kontroversi..
ataupun seumpama dengannya..
tapi sekadar meluahkan pendapat..

Berita didalam surat khabar tidak habis-habis dengan politik..
kadang2 rasa mcm politik kita hebat sgt..
kalau beli utusan malaysia dan berita harian..
semua beritanya memburukkan pembangkang..
dan surat khabar pembangkang melakukan perkara yg sama..
semua ini xkan habis..

sepatutnya surat khabar mengeluarkan berita2 yg mampu menjana minda rakyat Malaysia..
supaya negara kita menjadi semakin maju..
mampu melahirkan generasi-generasi hebat..
ini tidak menghidangkan mereka dgn berita yg seumpama ini..
apa yg mampu dicerna oleh minda pelajar seperti aku..
sekarang ramai pelajar2 tidak berminat dgn politik..
kalau adapun ada yg sampai bergaduh..
seorg menegakkan kerajaan.. seorg menegakkan pembangkang..
akhirnya bergaduh, huru hara..

aku bukannya anti kerajaan mahupun anti pembangkang..
kerana sampai sekarang pun aku xtahu pihak mana yang benar..
kadang2 aku bosan dengan politik Malaysia..
yang bukan kemana pun..
sepatutnya kerajaan mahupun pebangkang..
bersatu untuk meningkatkan kualiti negara..
apa salahnya bersatu padu untuk kebaikan semua kan..
tidak semsetinya negara yang kecil ini tidak boleh maju dan setaraf dgn negara besar yg lain..
tgklah Israel(negaraxdiiktiraf)..
kecil saja negaranya tapi sudah mampu melakukan segala macam perkara..
sepatutnya kita menjadi sepertinya namun bukannya menindas negara lain atau berperang..
tetapi rakyat2nya bersatu padu dan melahirkan ramai generasi yg cemerlang..
negara Amerika yg besar pun boleh ditakhlukinya..
sedangkan Malaysia cerita dalam kelambu pun masih belum selesai..
fikir2kanlah..

Entri ni bukan apa2 pun..
sekadar menyedar diri dan pembaca sahaja..
aku bukan mahu melawan kerajaan jauh sekali utk menentang..
lgpun siapa mahu masuk ISA kan..
tambah2 aku masih pelajar..
tp yg aku tahu politik Malaysia perlu berubah..
demi kecemrlangan negara, agama dan bangsa..

Assalamualaikum..

Cerita Seorang Sahabat 4

Assalamualaikum..

Sebenarnya ini adalah sebuah cerita rekaan semata2..
oleh kerana aku ni tiada masa nak tulis cerpen..
jadi aku cuba menulis cerita secara spontan..
cerita ini tiada mengena antara yg hidup atau mati..
jika ada ini adalah satu kebetulan..

******

Am menyarankan dia untuk membuat ujian darah untuk memastikan sama ada dia dijangkiti virus dari penagih tersebut atau tidak. Dia akur.

Sebulan lagi dia akan mendapat tahu keputusan ujian darah tersebut. Dia berdebar-debar. Adakah dia akan dijangkiti penyakit yang tiada penawar itu? Dia resah. namun mujur ada Am disisinya yang sentiasa memberi sokongan kepadanya. Faizal dan Ery tidak tahu langsung akan perkara itu kerana dia tidak mahu orang lain tahu kecuali Am.

Tiba-tiba Nurul Iman mahu bertemunya. Dia jadi serba salah. Dia tidak mahu menyakiti Am. Dia rasa dia sudah cukup bahagia bersama dengan sahabatnya itu. Dia tidak perlukan cinta pada waktu ini. Dia tidak mahu tamak kerana orang yang tamak selalunya akan kerugian.

Dia akhirnya ingin bertanya pendapat Am. Sangkanya Am akan marah tetapi reaksi yang sebaliknya diberikan sahabatnya itu. Am menyuruhnya bertemu dengan Nurul Iman tetapi bukan dikawasan sunyi kerana takut mendatangkan fitnah. Dia gembira dan terharu di atas keprihatinan sahabatnya itu. Dia bertemu juga dengan Nurul Iman di Perpustakaan Universiti.

Kata-kata yang diucapkan Nurul Iman bukan ilusi. Dia benar-benar terkejut. Gadis itu mencintainya. walaupun gadis tersebut hanya menundukkan wajahnya apabila mengucapkan kata-kata itu namun dia tahu Nurul Iman betul-betul Ikhlas. Dadanya jadi sesak. Dia berasa sukar untuk bernafas. Perlukah dia memberi jawapannya sekarang? Dia buntu.

Dia sendiri masih keliru dengan perasaannya sekarang. Dia meminta sedikit masa dari Nurul Iman untuk memikirkan hal ini terlebih dahulu. dia sendiri hairan kenapa Nurul Iman menyukainya. Apa kelebihan yang ada pada dirinya. gadis secantik dan sebaik Nurul iman itu pantas mendapatkan lelaki yang lebih baik darinya. sedang dia asyik memikirkan hal Nurul Iman, dia terlanggar seorang wanita dengan kuat. wanita itu jatuh tersungkur. dia kaget.

Dia tidak henti-henti memohon maaf kepada wanita tersebut. wanita tersebut hanya tersenyum melihat gelagatnya yang begitu gelabah. dia akirnya berhenti meminta maaf setelah wanita itu sudi memaafkannya. dia memandang wajah wanita tersebut. wanita tersebut sangat cantik dan dia terkejut apabila mengetahui wanita tersebut sudah menjangkaui umur 40 tahun. mereka akhirnya membawa haluan masing-masing apabila tiada apa yg perlu diperkatakan dan dia sempat mengetahui nama wanita tersebut, Aishah.

Lagi dua minggu dia bakal mengetahu ujian darahnya dan jawapan kepada Nurul Iman juga masih belum dijawab. dia bagaikan berada dalam dilema. kucing mana akan menolak lauk didepan mata? tapi sayangnya dia bukan kucing. sejak akhir-akhir ini, wajah Nurul Iman selalu bermain-main diwajahnya. dadanya juga selalu berasa sesak apabila memikirkan Nurul Iman. Adakah ini cinta? Argh! Dia insan naif yg masih belum kenal apa itu erti cinta.

Matanya sedari tadi asyik memandang Nurul Iman. Tumpuan pada subjek ECM hilang begitu sahaja. Am disebelahnya hanya memandang kosong tingkahnya itu. bila matanya bertemu dgn Nurul Iman, dia malu lalu memalingkan mukanya dan bertemu pula dengan wajah Am yg tersengih-sengih. Tumpuan segera dialih kearah pensyarah.

Am menasihatinya supaya menerima Nurul Iman. kata Am, dia pasti akan menyesal kerana menolak gadis sebaik Nurul Iman. Dia tahu itu tapi dia takut dia pula yang akan mengubah kebaikan gadis itu. Dia lelaki dan Nurul iman itu seorang perempuan. Diantaranya pasti ada syaitan yang akan menganggu. dia takut terperangkap dalam jerat mainan Syaitan. Lagipun dia masih belajar, masih belum punya pekerjaaan mahupun pendapatan. Dia tidak mahu hanya melemparkan janji2 palsu. Dia bukan manusia sebegitu. Tambahan pula, bagaimana jika ujian darahnya positif? Itulah yang paling ditakutinya sekarang.

hari yang ditunggu telah tiba, Am sudi menemaninya. Dia rasa berdebar-debar. Fikiran runsing asyik memikirkan ttg ujian darhnya. sama ada positif ataupun negatif. Tiba-tiba dia terlanggar seseorang, seorang wanita. adakah ini suratan atau kebetulan? Dia terlanggar Aishah lagi. wanita itu juga terkejut. Rupa-rupanya wanita itu seorang model yang terkenal. Patutlah wajahnya masih cantik walaupun sudah mencecah usia 40 tahun. Aishah ke hospital utk bertemu dgn doktor peribadinya. Mereka berpisah apabila Aishah menerima panggilan telefon.

Dia memandang wajah Doktor Syah penuh debaran. Ujian darahnya sudah keluar. Dia memandang bibir doktor tersebut utk mengetahui jawapannya. Dia terkejut dan amat gembira. Negatif! Namun kegembiraannya hanya untuk seketika kerana dia menghidapi penyakit lain yg boleh membawa maut. Dia terkedu!

*******
Bersambung..

Assalamualaikum..

Wednesday, September 29, 2010

Makan Malam Bersama Engineer!

Assalamualaikum..

Pada 27 hari bulan yg lalu.. fakulti kejuruteraan awam kampus khazanah alam telah mengadakan Dinner CESS 19th...

Semua bakal2 engineer telah berkumpul utk makan malam bersama dengan bertemakan SEINDAH SYAWAL DI PERANTAUAN..

Jom kita tgk muka2 bakal2 engineer yg akan berjaya suatu hari nanti..

fesyen raya aku yg mengancam.. hahah..

my roomate...

my classmate..

bloggers!

Doakan bakal2 jurutera ni berjaya..
terima kasih..

Assalamualaikum..

Salah siapa?

Assalamualaikum..

Broadband aku dh jd lembab thp gaban. Jd terpaksalah aku update blog guna phone. Blogwalking pn payah... Hmm..

Isnin mlm yg lalu, fakulti aku buat dinner. Temanya seindah syawal di perantauan.. Awalnya aku dah bwk satu set lgkp baju melayu dgn sampin. Tp aku xpki pn. Sbb aku xbrape selesa. Last2 aku pki baju melayu dgn jeans. Sng aku nk bergerak..

Minggu ni adalah minggu yg plg byk test dan juga waktu antar assignment.. Aku plak tiba2 jd blur.

Esok aku kena present kajian kes yg aku buat. Ttg kes penceraian roslin hashim. Mamat ni dah 2 kali cerai. Dahtu kahwin xlama plak. Korg rasa siapa yg slh dlm kes mamat raket ni? Bg aku, mamat ni xbrslh pd perceraian yg prtama tu tp berslh pd penceraian yg kedua ni. Tu apa yg aku anggarknlh. Aku harap mamat raket ni kahwin lg skali dn kekal r. Aku pn klu bleh nk kahwin skali je(yeke?). Tp semua tu bkn kte yg tentukn. Sbb ajal maut jodoh pertemuan tu rahsia Allah. Kita sbg manusia hanya mampu merancang dn jgnlh sekali2 kte menyalahkan takdir. Terimalah kenyataan. Sbb manusia yg hidup diatas muka bumi ini xkn terlepas dri dugaanNya..

Assalamualaikum..

Sunday, September 26, 2010

Cerita Seorang Sahabat 3

Assalamualaikum..

****

Cuti Sem akhirnya tiba jua.. kepulangannya kerumah memamg tidak memberi makna kepada ahli keluarganya.. cuma kali ni dia tidak perlu membuat kerja org gaji lagi.. dia cuma tidak diendahkan lgsg sama ada dia wujud atau tidak dirumah itu memang tidak penting sama sekali.. tetapi dia bahagia begitu..

Along telah membawa calon isterinya kerumah.. cantik! itu yg dapat dia tafsirkan.. along langsung xkenalkan dia kepada bakal kakak iparnya.. dia tidak kisah.. namun bakal kakak iparnya itu cuba mendekatinya.. bertanya ttg dirinya.. dia menjawab sebaik mungkin.. baik! itulah yg dapat dirasakan oleh hatinya..

tiba-tiba alang jadi baik.. alang memberi telefon selular lama milik alang kepadanya.. kata alang dia baru sahaja memberi telefon baru dan tidak lagi menggunakan telefon lamanya.. dia terharu.. adakah ini permulaan baru dalam hidupnya?

Dia memasuki bilik Achik yg kini sudah menjadi stor.. dia rindu akan achik.. suara, wajah dan jenaka Achik seringkali bermain difikirannya.. dia tahu achik baik.. sebab tu Allah ambil achik dulu.. mgkn dia belum cukup baik utk mengikut jejak achik.. tiba-tiba dia terlihat sebuah diari berwarna hitam yg berhabuk.. diari achik.. dia mengambil diari tersebut utk dijadikan kenangan buatnya..

Berada dirumah berasa begitu bosan sekali.. dia mahu cepat pulang ke universiti.. dia teringatkan Am.. masih marahkah sahabatnya itu?

Diari achik diambil.. dibeleknya satu persatu.. rupanya achik sudah jatuh cinta.. mgkn cinta monyet sebab achik baru 16 tahun masa itu.. achik mme seorang gadis yg pemalu.. kenapa achik melayannya tidak seperti ahli keluarganya yang lain.. yg selalu memukul dan membulinya.. tetapi itu semua dulu.. kini dia langsung tidak dipedulikan..

sedang asyik membelek diari achik.. tiba-tiba dia berhenti pada satu halaman..
"Sampai bila ayah dan ibu mahu melayan adik sebegini.. aku tidak tahan lagi.. adik langsung tak bersalah.. dia sendiri tidak minta lahir sebegitu.. malah adik langsung tak tahu apa salahnya.. perniagaan ayah bangkrup disebabkan ayah ditipu rakan niaganya sebelum adik berada dirumah ini.. walaupun adik bukan anak kandung mereka tapi adik tetap punya pertalian darah dgn keluarga ini.. kesian adik!"

kini baru dia tahu kisah yg sebenar.. klise! ceritanya bagaikan sebuah drama.. tapi dia betul2 ingin tahu siapa keluarganya.. masih hidupkan mereka? pada siapakah dia perlu bertanya?

cuti sem sudah tamat.. awal lagi dia sudah berada di universiti.. resultnya sungguh memberansangkan.. dia memperolehi 3.92...

Faizal, ery dan Am sudah sampai.. sem ni mereka sebilik.. dia sungguh gembira... faizal dan ery semakin berisi.. mesti mereka berasa begitu gembira berada dirumah.. Am pula semakin kurus.. aku rasa masalahnya masih belum selesai.. tapi Am sudah mahu bercakap dengannya.. dia gembira.. Am sudah melupakan Nurul Iman.. begitu juga dia..

Alang menelefonnya.. meminta wang darinya.. rupa2nya alang sengaja memberi telefon buruk kepadanya semata2 memudahkan alang meminta wang ptptnnya.. dia terpaksa...

Am kemalangan.. Am dilanggar sebuah kereta.. dialah terpaksa menjaga sahabatnya dihospital... seminggu Am berada dihospital.. keluarga Am tidak menampakkan wajah langsung.. dia merasa nasibnya dgn Am sama..

Dalam perjalanan pulang.. seorang lelaki cedera meminta tolong.. perutnya telah ditusuk dgn botol kaca.. mereka menelefon ambulans.. sebelum ambulans sampai dia membantu lelaki tersebut mencabut kaca yg tertusuk diperut lelaki itu.. dia berjaya membuang kaca tersebut tetapi jarinya terluka terkena kaca yg tertusuk itu..

seminggu selepas itu, dia menemani Am kehospital utk membuat rawatan lanjutan.. dan dia terlihat mayat lelaki yg dibantunya dibawa masuk kedalam van jenazah.. dia menghampiri van tersebut dan bertanya kenapa lelaki itu meninggal dunia.. rupa-rupanya lelaki tersebut merupakan seorang penagih dadah dan mempunyai Aids..

Dia terpana.

*****
Bersambung...

Assalamualaikum..

Cerita Seorang Sahabat 2

Assalamualaikum..

Entah Kenapa Perut aku sakit sgt ni.. keracunankah?

*****

Mulanya berada di universiti, dia tidak mampu menyesuaikan diri.. ini semua kerana dulu dia tidak pernah bergaul dgn rakan sekolahnya selain didlm sekolah.. selepas tamat sesi pembelajaran, hala tujunya hanyalah rumah..

Namun, ada seorang insan yg pertama telah menegurnya.. seorg lelaki kurus, sederhana tinggi dan berkaca mata.. Salam perkenalan yg pertama itu telah menjadikan hubungan mereka semakin rapat.. dan yg lebih bertuah buatnya.. mereka satu fakulti dan kelas.. dan disitulah dia kenal erti persahabatan..

seringkali Am bercerita ttg masalah yg dihadapinya, dan dialah pendengar plg setia dan kadang2 dia memberi nasihat dan pendapat buat rakan baiknya itu.. dengan bantuan Am, dia mula mengenali faizal dan ery.. dua org sahabat sejak kecil yg sering bertelingkah.. namun pencakaran mereka merapatkan lagi hubungan mereka.. biarpun seringkali diumpamakan sebagai anjing dan kucing.. mereka tidak peduli dan dia senang menjalin hubungan persahabatan dgn mereka.. rakan baiknya semakin bertambah..

akademiknya semakin bertambah baik.. malah dia selalu memberi tutorial kepada rakan2 baiknya yg tidak memahami apa yg disampaikan pensyarah dgn ikhlas.. cuma baginya, dia tidak suka manusia yg meniru semasa peperiksaan.. bukan peperiksaan namanya jika meniru.. lebih baik tidak perlu mengambil peperiksaan.. belajar bukan sekadar utk memperoleh ijazah tetapi memahami apa yg dipelajari.. rakan2nya memahami prinsipnya..

namun ada juga manusia yg dengki padanya, kerana mereka tidak dapat menirunya dan mereka memperoleh markah yg rendah didalam test dan quiz... satu konspirasi utk mengenakannya mula diatur... semasa sedang menjawab test, dia ditangkap kerana menggunakan nota walhal dia sendiri tidak tahu dimana datangnya nota2 tersebut...

semua rakan dikelasnya memandang serong kecuali rakan2 baiknya yg sentiasa mempercayainya.. namun sepandai-pandai tumpai melompat akhirnya jatuh ketanah jua.. pensyarah akhirnya mendapat tahu bahawa dia telah difitnah dan mereka yg melakukannya dikenakan tindakan tatatertib.. semuanya berkat kesabaran dan bantuan dari rakan2 baiknya terutama Am..

Kesihatannya sejak akhir2 ini kurang baik.. dia selalu demam, selesema dan batuk2.. Am lah yg selalu membantunya ketika dia sakit.. rakannya itu tidak pernah jemu membantu.. bila giliran Am pula demam, dia sudah menganggap dialah sepatutnya bertanggungjawab terhadap rakannya itu..

Am, dilamun asmara! Seorg gadis berjilbab labuh dan berkulit putih serta 100% melayu.. mmg cantik.. tetapi Am segan utk meluahkan isi hatinya.. sebagai kawan dialah membantu Am utk cuba mendapatkan gadis tersebut.. dialah yg menulis surat kepada Nurul Iman dgn ayat2 sasteranya yg dia sendiri tidak tahu yg dia punya kelebihan itu..

Cinta diterima.. namun Nurul Iman tidak memilih Am sebaliknya dirinya.. Sumpah dia tidak mencintai Nurul Iman.. tetapi Am kecewa yg amat sangat.. puas dia menerangkan kepada Am yg dia langsung tidak mencintai Nurul Iman.. tapi kata2 bagaikan sia2.. dia kehilangan sahabat kerana cinta manusia...

Lagi beberapa hari, cuti sem akan bermula.. faizal dan ery tidak sabar utk pulang bercuti.. tetapi tidak dia.. sepanjang berada di universiti dia tidak pernah pulang.. berat rasa hatinya utk pulang kerumah yg dirasakan bagaikan neraka.. hubungan dia dan Am semakin keruh!

*****
To be Continued..

Assalamualaikum..

Cerita Seorang Sahabat

Assalamualaikum..

****

Zahirnya, dia sorg lelaki yg periang.. selalu membuat manusia disekelilingnya ketawa dgn lawak jenakanya yg bukan bodoh.. melihat wajahnya pasti ramai akan mengatakan dia tidak punya masalah..

tapi batinnya dia terseksa.. seribu satu masalah yg ditanggungnya.. kata org menjadi anak bongsu satu keistimewaan tapi bukan baginya.. menjadi anak terakhir adalah neraka baginya.. melanjutkan pelajaran diuniversiti adalah kebebasan yg dicari-cari selama ini..

17 tahun berada dirumah tidak menjamin dia memperoleh kebahagiaan.. dia sendiri tidak tahu dimana silapnya kenapa dia begitu sekali dibenci oleh keluarganya.. kecuali achik.. kata ayah dan ibu, dia telah membawa sial dalam keluarga.. selepas dia dilahirkan.. ayah diisytihar bangkrup..

puas dia berfikir.. apa kena mengena kelahirannya dgn kegagalan perniagaan ayah.. lagipun bisnes ayah bukannya bisnes halal.. sepatutnya ayah bersyukur.. dia tidak terlajak jauh dengan meneruskan perniagaan haram tersebut..

sejak kecil dia dilayan bagai hamba.. semua kerja dirumah perlu dilakukannya.. dia bukan org gaji.. malahan dia seorg lelaki.. segala pekerjaan yg seharusnya dilakukan oleh kaum hawa perlu dilakukannya.. dimana silapnya dia.. apabila dia perlu menjadi hamba dirumah sendiri..

along, angah dan alang juga suka membulinya.. kecuali achik yg seringkali membantunya.. achiklah yg sentiasa meletakkan ubat dibadannya setelah dia dipukul ayah dan ibu.. baginya achiklah segala-galanya.. sayangnya umur achik tak panjang.. achik meninggal disebabkan kanser hati.. kematiaan achik meyebabkan dia makin dibenci.. mereka menuduhnya punca kepada kematian achik kerana terlalu rapat dengannya..

zaman kanak-kanaknya bukan seperti kanak-kanak lain.. dia sendiri tidak pernah bermain bola sepak.. habis saja waktu persekolahan dia terus pulang kerumah utk menyiapkan kerja-kerja rumah yg terbengkalai.. dia tidak pernah punya waktu utk bermain..

namun, dia dikurniakan otak yg bijak.. dia telah mendapat 5A dlm UPSR dan mendapat tawaran ke SBP tetapi ayah dan ibu tidak membenarkannya pergi sama sekali.. sedangkan alang yg lemah itu, ayah sanggup berjumpa YB semata-mata utk menempatkan alang dalam kalangan pelajar yg pintar..

dia hanya belajar disekolah harian biasa.. dan meneruskan rutin hariannya seperti biasa.. Dalam peperiksaan PMR dia memperoleh 9A dan sekali lagi dia menerima tawaran ke SBP.. namun seperti biasa dia tidak dibenarkan sama sekali menjejakkan kaki ke sekolah tersebut.. ayah telah membuat perniagaan ikan keli dan perniagaan ayah semakin maju.. namun ayah xpernah sedar, kenapa perniagaan ayah berjaya kerana dialah yg selalu melakukan kerja menjaga ikan2 keli itu bersama pekerja2 ayah yang lain.. dia ttp dianggap membawa sial..

Peperiksaan SPM, telah mengharumkan nama ayah dan ibu.. kerana dia merupakan pelajar terbaik negeri Pahang.. ibu kecoh satu kampung menguar-uarkan berita yg bahawasanya dia telah berpenat lelah mendidiknya sehingga berjaya.. mahu tidak mahu ayah dan ibu terpaksa juga membenarkannya belajar di universiti..

dan disitulah permulaan hidupnya utk mencari kebahagiaan....

*****
To Be Continued...

Assalamualaikum..

Saturday, September 25, 2010

Virus Peragut Nyawa..

Assalamualaikum..

Pagi tadi kakak aku call yg hadiah contest aritu dah sampai rumah..
Alhamdulillah.. xsabar aku nk tgk hadiah tu..

***

Sekarang ni external hard disk dgn pendrive aku..
dah dijangkiti dgn 'virus shortcut'..
semua ni gara2 sebab cucuk dekat makmak komputer UiTM..
bila aku cari solution kat Internet..
mmg aku xphm lgsg..
apa yg aku tahu..
klu dah kena 'virus shortcut' semua folder jadi hidden files..
jadi aku terpaksalah guna files tersebut..

Itu xpe lg virus utk komputer...
tapi virus dlm kalangan manusia yg xboleh nk tahan..
manusia itu pun salah satu virus kalau nak tahu..
bab kata pepatah"Kerana Pulut Santan Binasa, Kerana mulut Badan Binasa"

orang sekarang ckp main pakat lepas..
lgsg xde sensitiviti..
klu ckp kt org sesedap rasa.. bila ckp kat dia tahu plak nk melenting..
kdg2 ckp benda yg mmg xlogik..
contohnya suara..
dah mmg sah2 suara org tu mcm tu..
watpe nk kutuk lg..
suara bknnya boleh nk tukar sesedap rasa mcm mulut kau..
katanya bergurau..
sekali dua boleh tahan der..
ni sampai 40-50 kali.. siapa xbengkek dgr..
klu aku bleh jaga perasaan kau..
selalu ya kan saja kata2 kau..
walaupun kdg2 aku tahu kata2 kau tu bkn betul sgt pun..
tp sbb aku malas nk bertekak dgn kau..
bila aku gurau kasar kau marah..
bila kau plak??
mmg kau sejenis virus yg menyakitkan hati..

Ok, habis citer ttg tu..
aku nk citer ttg virus lama dahni..
ramai yg dah kena virus ni..

Seorg blogger merangkap kawan aku ni..
aku dan kawan2 dh dpt detect yg dia sdg dilamun asmara...
kiranya dah ada couple..
selama ni aku mmg dh bajek dah..
dia ni semacam jer..
bila dpt SMS senyum2.. jer..
taip SMS pun sorok2 plak..
tapi aku malas nk bunyi sbb dia mmg xsuka citer peribadi dia..
tapi pg td kawan aku terbaca mesej dia..
mmg sah2 dia dah couple..
bila tanya siap menafikan lg..
adiklah, sepupulah, kawanlah..
mcm2..
sekarang dgr dan nyanyi pun lagu berunsur tangkap leleh..
mmg bahagiakan..
bilalah 'turn aku'..

Nak tahu siapa blogger tu??
klik SINI..

assalamualaikum..

p/s: aku nk gak tahu siapa jd nnt korg try r usha.. hahah..

Friday, September 24, 2010

Diari Seorang Lelaki

Assalamualaikum..

Baru minggu ni aku perasan..
yg blogspot sudah ada STATS..
iaitu tempat utk mengecheck trafik blog kita..
jadi kita boleh tahu berapa ramai pengunjung ke blog kita..

dan ada satu keyword..
yg agak meragukan..
sehingga aku tertanya2..
ada ke aku tulis ttg ini..
CARA-CARA MEMBUAT GADIS GHAIRAH..
serius derr.. aku mmg xtahu ttg perkara ni..
blog aku masih suci.. mgkn dua tiga tahun lg..

******

masa aku form 4..
aku pernah ada diari..
diari tu masih lg aku simpan sampai sekarang..
tapi aku dah tak tulis dlm diari tu..
mgkn sebab aku dah ada blog..

aku masih ingat dulu..
waktu aku tulis dlm diari tu..
mesti pada waktu malam lepas study..
tapi bukan hari2..
mcm2 aku tulis..
aim spm aku kononnya nak dapat 10a..
cerita ttg perkara2 yg menarik..
dan kdg2 ada yg perkara yg menyakitkan..
bila baca balik..
kdg2 aku gelak sendiri..
betul ke aku yg tulis..
cinta monyet?
aku pun xpasti..
sbb aku sendiri pun masih xphm..
apa itu cinta monyet..
kata org cinta monyet itu..
cinta bdk2 kecik yg xmatang..
ada juga yg kata..
cinta yg boleh berubah..

kawan aku pernah cerita yg dia pernah baca diari pakcik dia..
kdg2 ada manusia yg xmampu meluahkan dlm bentuk kata2..
jd diluahkan diatas kertas segala yg terbuku dihati..
mmg menarikkan klu dpt baca diari org..
tapi ada seorg cikgu aku cakap..
jika kita baca sesuatu hak org lain..
perkara yg kita lakukan itu sama sekali haram..
contohnya baca diari org lain tanpa kebenaran..
termasuk juga jika kita check result member kita tanpa kebenaran..
tapi..
kalau ayah atau ibu..
baca surat cinta anak dia..
itu xpe tdk dikira haram..
sebab anak2 adalah tanggungjawab ibu bapa..
dan mereka berhak tahu siapa yg anak2 patut bercinta..

Ada yg jadikan blog sebagai diari mereka..
tapi menulis dalam blog dgn diari..
bg aku amat berbeza sekali..
dalam blog setiap tulisan kita perlu dikawal..
tp dlm diari kita akan tulis segalanya...
sebab tulah..
org akan jaga diari sebaik mungkin..
ada yg anggap diari mcm nyawa..

berbalik kisah aku..
aku dah xmenulis dlm diari sejak tahun lepas..
tapi aku ttp simpanan..
sebab mgkn boleh jd kenangan..
bila masa tua..

Assalamualaikum..

Thursday, September 23, 2010

Peka Bukan Pekak!

Assalamualaikum..

*****
"Bang, burger daging satu tak nak sayur yerk!" kataku.
"Wokeh!" Jawab abang burger selamba.
"Abang apsal ada sayur dalam burger?" tanyaku geram.
"Erk!!"

*****
"Pakcik, gunting kasi pendek tapi sekben(xreti eja) jgn potong!" kataku.
Pakcik itu sekadar mengangguk saja.
"Pakcik, jangan potong!" jeritku.
"Erkk!!"

*****
"Makcik, saya nak kueh teow goreng kerang satu tak nak sayur yerk." ujarku.
"Baik." jawab sambil tersenyum.
"Alamak ada sayurlah!" aku memandang makcik tersebut.
"Yeke?"buat muka xbersalah..

****

Ini adalah situasi yg aku alami bila aku beli makanan atau pergi gunting rambut..
Mungkin aku ahak cerewet tapi aku dah beritahu byk kali..
Namun dorg lgsg xpeka dgn permintaan aku..
sepatutnya dia kenalah melayan aku sebab aku antara pelanggan dia..
ataupun mgkn makcik, abg atau pakcik tu pekak kot..
tapi bila ada awek/pakwe yg ala2 kacak/cantik tu..
bleh plak layan elok2..
ada tu siap sembang2 kosong lg..
padahal kenal xkenal jer..

mgkn bagi dorg benda macam tu remeh temeh..
tapi cuba bygkan macam mana aku terpaksa bersusah payah buang sayur dlm burger tu.. aku ni mmg allergic sayur.. klu mkn mahu muntah balik semua makanan aku..
dan sekben(bukn ejaan sebenar) kena potong.. berapa lama aku nk tggu dia naik balik.. hilanglah kekacakkan aku.. xkesian ker..

Sepatutnya mereka perlu utamakan kehendak pelanggan..
walaupun pelanggan tu kecik atau besar..
dan kalau boleh jgn pilih bulu ni..
kalau meniaga.. buat cara meniaga..
memang manusia akan membuat kesilapan..
tp mcm mana xsilap klu layan mcm xnk layan jer..
bkn mati pun lyn baik2 kan..

Jadi kesimpulannya..
Sebagai peniaga atau penjual kamu perlu peka..
bukan pekakkan telinga..
mentang 2 aku beli burger dgn kueh teow satu jer..
buat cincai2 jer...
please change!

Assalamualaikum..

Wednesday, September 22, 2010

Hobi atau kegilaan?

Assalamualaikum..

Bulan ini..
Pelajar universiti terutamanya UiTM..
pasti akan berasa sibuk kerana xsampai satu bulan..
final exam akan dihadapi sebelum cuti sem menjelma..
masa nilah nak hantar assignment..
jawab quiz dan test yg belum selesai..
mmg jadual akan jadi padat dan merasakan masa amat2 berharga..

tapi..
jgnlah terlalu memberi tekanan kepada diri..
kamu perlu menjaga diri dan kesihatan..
jika terlalu stress... pasti akan memberi impak..
pada kesihatan diri.. nnt anda akan rasa terbeban..
dan jgnlah juga terlalu relax.. sampai xstudy lagsg..
lainlah kamu dilahirkan genius..
aku yg cuti 2 minggu tanpa lgsg menyentuh bahan bacaan..
terasa begitu kekosongan dlm otak ni..
jwb quiz pun ala kadar jer.. heheh..

*****

Setiap org pasti punya hobi bukan..
macam aku..
selain berblogging dan menonton drama korea..
aku suka membaca..
membaca buku fiksyen..
sekarang aku masih ada 6 buah novel..
yg masih belum habis dibaca..
ramai org hairan kenapa aku suka baca novel..
sebab aku lelaki??
itu bukan masalahnya..
membacakan satu kebaikan..
lgpun novel2 yg aku baca bukan boleh menyesatkan akidah aku..
malah membantu aku lg..

Antaranya :

1. 9 Nyawa - Ramlee Awang Mursyid

2. Warkah Cinta Berbau Syurga - A.Ubaidillah Alias

3. Kita Hanya Diseberang Jalan - Bahruddin Bekri

4. Sinergi - Hilal Asyraf

5. Rindu dan Air Mata di Ktziot - Ashadi Zain & Moh Dat Molok

6. Syahadah Gadis Ateis - Imran Haaz

dan baru pagi tadi aku pinjam satu novel dekat perpustakaan UiTM Jengka..
Siganaring - Imaen

Aku rasa aku mgkn xkn dapat habiskan semua novel2 ni.. tp yg siganaring aku cuma ada tempoh dua minggu utk dihabiskan.. jadi 6 buku lain aku terpaksa tepikan dahulu.. jadi utk menyeimbangkan pelajaran dan hobi ni.. aku kena pandai2 tetapkan masa.. kadang2 ada juga yg kata apa yg buat ni macam satu kegilaan.. entahlah tp yg pntg aku gembira..
doakan kesejahteraan aku... :D

Assalamualaikum..

Tuesday, September 21, 2010

Kejutan Dalam Kegembiraan..

Assalamualaikum..

Harini satu berita yg menggembirakan aku sendiri..
aku sendiri tak sangka dan terkejut..
tapi mgkn ini rezeki yg Allah nak bg pada aku..
Alhamdulillah..

Pada bulan Ogos yg lalu..
Aku telah menyertai satu pertandingan..
yg dianjorkan oleh seorang blogger..
Blogger Ezany..
Ini merupakan pertandingan yg kedua aku sertai..
sepanjang aku menjadi blogger yg hampir mencecah dua tahun..

Pertandingan Menulis Cerita Berilhamkan lagu
Alhamdulillah..
Aku telah menghantar sebuah cerpen yg bertajuk..
PERMATA YANG DICARI..
dan aku berjaya mendapat tempat pertama..
mmg aku berasa teruja dan terkejut..

Terima kasih kepada blogger ezany..
kerana menganjurkan pertandingan ini..
dan memilih karya aku menjadi juara..

Jika korang nak baca cerpen aku ni..
Boleh klik SINI

Assalamualaikum..

P/s: test dan quiz xhenti2 menujah kearah aku.. adoi.. :D

Monday, September 20, 2010

Pesona Yang Mempesonakan..

Assalamualaikum..

Dua minggu bercuti ni..
otak terus jadi beku..
masih sejuk lg mgkn ambil masa nak panas..
td masa kelas material..
mengantuk yg amat dan masa kelas math pula blur sekejap..

Malam ni..
aku nk siapkan kajian kes aku..
ttg perkahwinan Roslin Hashim yg telah dua kali membina masjid..
tetapi putus ditgh jalan..
aku cuma nak apa sebab dan akibatnya..
hari rabu dah kena present..

Sebelum tu..
aku nak cerita ttg sebuah buku..
yg amat menarik..
PESONA SANDORA
sinopsis:

Belangkas merayap di mana-mana. Histeria menghantui pelajar-pelajar sekolah. Kematian-kematian mengejut dan mengerikan. Penduduknya percaya orang asing adalah pembawa bencana.

Saniah dan Dalila, dua guru pelatih yang baru menjejakkan kaki ke provinsi itu tanpa sedar telah terheret ke dalam pergolakan yang akan menentukan jatuh bangun sebuah dunia asing.

Swastika semakin terdesak apabila salji tiba-tiba turun dari langit tropika Sandora. Apakah ia pesona yang akan menghadirkan ketenangan? Atau alamat ketibaan satu malapetaka?

Apakah yang sebenarnya terjadi di Provinsi Sandora?

******

Bagi aku buku ni cukup mempesonakan..

PESONA SANDORA:Misteri di Provinsi Terpencil

Buku terbitan PTS ni sungguh menarik..

Bengenre fantasi thriller dan harganya amat berpatutan RM18.00.

Malaysia ada salji? Menarik bukan.. Cerita ini mengisahkan sebuah daerah Sandora yg duduk dikawasan pendalaman. dua org guru pelatih Saniah dan Dalilah telah memilih kawasan tersebut utk menjalani praktikal.. Tanpa mereka sedari rupanya mereka berdua mmg terpilih utk menyelamatkan kawasan tersebut dari hancur dari manusia dan makhluk yg tamakkan keduniaan..

Cerita ini memang secukup rasa.. ttg cinta, agama dan pegangan manusia...

aku rasa xrugi kalau korang baca buku ini.. mgkn permulaan agak membosankan tapi apabila suku pembacaan cerita ini mula menarik.. banyak persoalan yg muncul dan dijawab diakhir cerita.. cuma ending dia agak klise sama seperti buku cermin..

walaupun buku ini bergenre fantasi tapi masih berpegang teguh pada agama kita.. dan novel ini cuba memberitahu bahawa manusia adalah sebaik2 kejadian.. jika kamu ingin menikmati musim salji dan bunga di Malaysia.. kamu akan dapat dlm buku ini... dan manusia juga mempunyai kuasa..

Aku rasa..

Pendapat aku dalam industri hiburan ni.. Terlalu byk novel yg menarik boleh diangkat kelayar perak. daripada mereka menghasilkan cerita SAMPAH sahaja.. aku rasa mmg industri ini xkn membangun.. kita asyik melihat kecanggihan barat menghasilkan filem2 canggih.. bila pula Malaysia akan menghasilkan filem yg berkualiti??

Jika kita tgk sekarang filem di Malaysia masih tiada pembaharuan, filem seram yg masih sama jln ceritanya.. filem cinta yg xmembawa pengajaran.. filem poligami yg xberkesudahan.. sudah tiba masanya penerbit filem mengangkat novel2 yg berkualiti kelayar perak.. macam hollywood.. byk filem yg berjaya diangkat dari novel.. penulis2 dinegara kita juga berimaginasi tinggi.. bosan melihat filem yg masih sama dan tiada pembaharuan..

Daripada aku tgk citer rekaan barat yg semakin melampau2 tu.. lebih baik aku tgk filem tempatankan.. tp jgnlah masih mengguna formula yg sama.. bkn salahpun mengadaptasi novel ke filemkan..


Assalamualaikum..


p/s: baca buku Pesona Sandora ni mcm baca harry porter tapi harry porter bleh merosakkan akidah.. novel ni bukan yerk..

Tiada Lagi Jom Sembang

Assalamualaikum..

Tiada Lagi..
Blog JOM SEMBANG..
Sekarang yg tinggal..
INI CERITA AKU..

Aku sudah ubah title blog ni..
yg mana aku rasa lgsg xsesuai..
Kebanyakan apa yg aku tulis..
bersifat peribadi..
jadi lebih elok aku tukar..
sebab semuanya aku tulis semua dari pemikiran aku sendiri..
jadi terciptalah..
Blog "Ini CeRita aKu"..

Ramai orang ingat aku yg sakit..
mmg aku ada penyakit..
tp xdelah sampai aku masuk hospital..
yg sakit adalah emak aku..
alhamdulillah..
aku masih lg bernafas..
dan dpt meneruskan cita2 yg belum kesampaian ini..
kdg2 aku ingin masa itu bergerak pantas..
dan kadang2 aku juga berharap masa itu bergerak perlahan..

hidup ini takkan pernah diam dgn dugaan dan cabaran..
sehinggalah kita menghembuskan nafas yg terakhir..
khayalan nampak lebih indah dari realiti yg sebenar..
untuk merealisasikan satu khayalan itu satu yg mustahil..
sebab itulah manusia seperti aku ini seringkali terluka..
kerana ingin menggapai khayalan yg mustahil itu..

Bila aku dihadiahkan kegembiraan..
aku alpa..
dan bila esoknya aku dihimpit kesusahan..
aku sedar..
manusia xselalunya akan sentiasa berada ditempat yg sama..
seperti mana bumi berputar diatas paksinya..
begitu juga aku yg bergerak walau aku tidak kemana2..

Disaat kekecewaan menguasai diri..
aku terus hanyut dibuai penyesalan..
sehingga waktu itu berlalu..
segala kekesalan itu lenyap..
tanpa aku sedarinya..

aku masih belum sedar..
aku perlukan bantuan manusia lain..
yg bernafas dan menghirup udara yg sama dgn aku..
utk menyedarkan aku dimana aku berdiri..
kerana sampai satu saat..
aku xmampu utk berdiri dgn sendirinya..

Assalamualaikum..

Sunday, September 19, 2010

Dunia Belum Berakhir

Assalamualaikum..

Akhirnya aku sudah sampai kerumah kedua aku..
Macam mana aku tinggal..
Macam tulah keadaannya..
Malah lebih baik daripada biasa..

malam ni..
projek utk menyiapkan segala assignment..
akan bermula..
xtahulah pukul berapa akan tidur..
tapi yg pasti aku xnak lewat kekelas esok..
i dont want banana fruit two times..
tapi aku sebenarnya mmg xselesa r pki baju korporat..
rasa xselesa dan rimas..
aku lebih suka casual sbb lebih cool..
sebab aku kan cool orangnya..

Ok..
Dunia belum berakhir..
Kadang2 manusia mudah berputus asa..
Dalam dunia banyak cabaran dan dugaannya..
Dalam menempuhi dugaan dan cabaran ni..
pasti byk kesusahan, keperitan dan kesakitan yg kita alami..
xkan ada manusia yg akan sentiasa tenang sahaja..

Bila ditimpa penyakit..
janganlah mudah lemah semangat..
sepatutnya kita kena lawan penyakit tu..
dunia belum berakhir..
tidak semestinya bila kita kena penyakit kita akan terus mati..
ajal maut itu bkn ditangan kita..
tapi rahsia Allah..
kdg2 org xsakit pun akan meninggal juga..
jadi tolonglah lawan..
kasihanilah mereka2 yg sentiasa menyokong..
sokongan itu tandanya mereka menyayangi..
kuatkanlah semangat..
kerana dunia belum berakhir..

khas utk org yg aku syg..
walaupun aku xtahu berapa byk sygnya dia pada aku..

Assalamualaikum..

Saturday, September 18, 2010

Indah Sangat Ke Cinta Itu..

Assalamualaikum..

Cinta.. Cinta..
Cinta..
Cinta.. Chinta??

*********

Bila tgk kat facebook..
laman sosial yg digilai ramai sekarang..
pasti kdg2 terbit rasa kurang percaya..
apabila kawan kita yg dulu kita kenal masa kecik..
telah menemui cinta..
letak gmbr fb dgn pakwe/makwe..
menulis status penuh kejiwangan dan berbunga(kecuali aku)
indahnya dunia mereka..
tp..
bila dah putus..
mulalah keluar semua sumpah seranah..
airmata mencurah macam air terjun..
mulalah hilang semangat..

Indah ke Cinta itu?

Aku pun hairan kenapa aku xpernah rasa perasaan cinta itu..
kecuali cinta pada Allah dan Ibu Bapa..
maksud aku cinta pada jantina lain..

bila tgk kwan aku msj dan call waktu mlm..
sambil gelak2..
esoknya..
marah dan sedih..
lepas putus..
jumpa yg lain..
semudah itukah cinta?

kdg2 aku rasa cinta itu membodaohkan..
menyakitkan..
merugikan..
malah melemahkan..

tapi perasaan cinta satu fitrah..

perlukah bercinta dulu sebelum kahwin?

Argh! kadang2 aku bingung dgn istilah ini..
bosan dgn rengekan..
benci menjadi org tengah dlm sebuah perhubungan..
ang2 perkara kecil..
perkara bodoh pun..
boleh jd pergaduhan..
aku yg lihat pun jadi semak otak..

kemana2 aku pergi mesti akan kujumpa..
manusia sebegini..

dengkikah aku?

aku xrasa sebegitu..
sebab aku rasa aku kurang sedikit masalh..
sedangkan dlm belajar pun aku dah bermasalah..
apakan pula klu bermasalah dgn cinta..
cinta itu memusnahkan..
kerana terlalu byk bukti dan saksi.
tp kenapa manusia xpernah serik..


Indah ke Cinta itu?
Xkn Bahagia ke Jika tiada cinta?

Assalamualaikum..

Thursday, September 16, 2010

Aku Mahu Jadi Penyiasat

Assalamualaikum..

Apa perasaan korg bila korg akan jadi mangsa pembunuh bersiri?
dan..
Apa perasaan korg bila korg akan mati disebabkan dendam dan benci?

suatu teka-teki untuk merungkai segalanya..

*********

Ok..
Sepanjang aku berada dihospital..
novel menjadi peneman aku..
hulang rasa kebosanan sbb terasa debaran bila membaca..
aku bukan membaca novel cinta..
aku bukan menangis(ada ke?) kerana cinta xkesampaian..
aku bukan berdebar menanti happy ending ttg cinta..
tapi aku sudah berada didunia penyiasatan..
dunia penuh darah dan kematian..

2 buah novel yg aku baca sekarang..
bergenre thriller..
aku jadi asyik masyuk melayan novel sebegini..
disebabkan kisah cinta novel melayu seakan sama..
aku pasti akan menjadi lebih bosan..
teringat masa sekolah rendah dulu..
membaca novel2 penyiasatan..
ttg 5 org bdk..
menyelesaikan kes..
tajuk dia x ingat..

NAMA ATAS KERTAS karya NASRON SIRA RAHIM..
Terbitan Jemari Seni..
Bila aku baca buku ni..
aku terasa nak kerja polis pula..
mcm ayah aku..
tapi aku lebih tertarik nk sertai forensik..
aku lebih suka citer mcm ni..
menimbulkan perasaan ingin tahu..
siapa pembunuhnya..
apa buktinya..
dlm sehari aku habiskan buku ni..
interesting.. mcm CSI..

CERMIN karya HASRUDI JAWAWI..
terbitan Fajar Pakeer..
citer ni pun menarik juga..
tentang dendam dan sihir..
bagaimana seorg gadis terseru sebuah cermin..
dan apabila dia rasa marah dan berdendam dgn seseorg..
org yg didendami itu akan mati dgn kejam..
hidupnya jadi huru hara..
apabila dia terasa dgn kawan baik sendiri..
sehingga hampir meragut nyawa kawan baiknya..
mmg best bca..
tapi time aku baca waktu mlm..
tiba2 meremang bulu tengkuk aku..
pandang kiri kana.. fuh mistik..

jadi sesiapa yg suka baca novel mcm ni..
xrugi korg beli..

Assalamualaikum..

p/s: tiba2 rasa nak jd penyiasat.. tp boleh thn ke tgk mayat..

Tuesday, September 14, 2010

Sakit

Assalamualaikum..

Sekarang dah hari raya kelima kalau xsilap aku..
tp raya sama saja bg aku..
aku lebih suka bila bulan Ramadhan..
sebab dapat ketenangan dan tak takut..
tapi bila dah syawal menjelma..
tiba2 rasa takut..

sekarng aku berada dihospital..
mmg bosan bukan kepalang..
tp demi menjaga insan tersayang..
aku gagahi jua..
walaupun aku xsuka pergi hospital..
bila aku tgk org sakit..
aku rasa aku plak yg rasa sakit..
hmm..
arap2 emak cepat sembuh..
amin..

aku rasa persekitaran berada dihospital mmg membosankan..
pesakit2 semua hanya mampu baring..
sambil termenung, makan dan tidur..
xde cara lain ke utk bagi suasana hospital lebih meriah..
supaya org yg sakit xdelah terasa bosan..
tp sebenarnya aku yg lebih bosan..

skang pun mujur adA broadband..
bleh online.. hehe..

Assalamualaikum..

Friday, September 10, 2010

Entri Khas Raya

Assalamualaikum..

Hari ini sudah satu syawal..
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri..
aku ucap tepat pada masanyakan..
tapi aku beraya dirumah saja..
sebab kwn2 aku semua blik kampung..

Aku rasa dari aku duduk diruang tamu..
lebih baik aku duduk dlm bilik..
dan tulis ttg entri khas raya ni..
sebab bkn bulan puasa saja kena tahan nafsu..
bulan syawal nipun sama..
dari tadi lg mulut aku berhenti..
makan sate, rendang, lemang, ketupat, aneka kuih muih..
dahlah makanan2 tersebut boleh menggemukkan aku..
aish.. camner nak kurus.. xleh2 diet..
baru aku nmpak lebih kacak dan tough..
ok2 lupakan sejenak ttg itu..

entri ni ditulis bertujuan utk merapatkan lg silaturrahim..
dan aku ingin memohon kemaafan dari kalian semua..

1. Aku ingin memohom maaf kepada semua blogger yg mengenaliku.. walaupun kita tidak pernah bersua muka.. tp aku sudah anggap blogger2 yg aku kenali sbg kawan.. jika ada aku komen di blog korang dan korg terasa dan tersinggung hati.. ribuan maaf kupohon.. dan jika ada entri yg aku tulis mengguris hati.. sekali lagi kemaafan dipinta.. terima kesih berjuta kali kepada yg sudi singgah, baca dan komen juga termasuk silent reader(ada ke?).. hehe..

2. kepada sahabat handai dan kenalan rapat yg mengenali aku di.
i)tadika kemas nenasi
aku ingin meminta maaf bg yg masih mengenali aku walaupun aku sempat belajar 3 bulan saja dan budak yg tukar pensel warna aku tu pun aku dh maafkan...
ii)sekolah kebangsaan nenasi
kepada yg mengenaliku aku pohon kemaafan sekiranya selama setahun aku belajar disana andai ada salah dan silap..
iii)sekolah kebangsaan chini 2
sejuta kemaafan dipohon selama lima tahun belajar disekolah ini.. terlalu byk perkara nakal yg dilakukan.. jika ada yg terasa dan kecik hati.. maafkanlah hamba..
iv)sekolah menengah kebangsaan chini
walaupun aku cuma sempat berada disekolah ini selama empat hari itupun waktu orientasi.. mgkn ada kata2 kurg senang yg keluar dari mulut aku.. kemaafan dipinta..
v)sekolah kebangsaan ahmad pekan
berjuta2 kemaafan dipohon kerana terlalu byk perkara dan kenangan yg berlaku.. sampai ada menyebabkan insan yg menangis diatas tingkah buruk aku ini.. kenangan manis akn teruk terpahat diingatan.. dan yg pahit akan cuba dilupuskan..
vi)sekolah menengah teknik kuantan
Disini dimana aku belajar mengenal erti hidup dan kemaafan yg aku pinta kerana terlalu byk hati yg terluka dgn kata2 dan gerak badan hamba.. maafkanlah hamba.. semoga hubungan kita berpanjangan dan takkan putus..
vii)Matrikulasi Gambang Pahang
walaupun aku cuma sempat belajar seminggu.. aku xsempat nk minta maaf sebelum aku beredar.. aku minta maaf sepanjang berada disana ada hati yg terasa dgn kelakuan aku..
viii)Universiti Teknologi Mara kampus Jengka
Terlalu byk kesalahan dan kesilapan yg dilakukan.. sesiapa yg selalu kena pukul dan cubit dgn aku terutama ery,epul dan afiq.. aku minta maaf byk2.. tu cuma gurauan utk mengeratkan lg silaturrahim.. pas raya aku buat lagi.. hahah.. jika ada yg terasa hati dgn kelepasan mulut ini.. bermillion2 maaf dipinta.. kosong2 k..
viiii)terakhir sekali kepada semua tenaga pengajar dari tadika sampailah universiti.. maafkan hamba..

Aku harap kamu semua dapat memaafkan kesalahan hamba yg hina dan kacak ini..
walaupun kesalahan aku xseberapa pun.. hahah.. gurau2 jer..

Semoga raya kali ini memberi makna kepada semua..
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN UTK SEMUA..

Tuesday, September 7, 2010

Terbantut!!

Assalamualaikum..

Aku ingat blogger tulah yg plg terkenal dia alam maya ni..
sebab sekarang follower dia mencecah 4 angka..
rupanya ada lagi yg lebih terkenal dri dia..
pengikutnya sudah menjangkau 5 angka..
komen dia sudah mencecah ratusan setiap kali entri..
dan entri dia mmg menarik..
temanya juga sama dgn aku..

Sudah berapa hari aku xmenulis..
Tiada idea? Tiada waktu? Berkemungkinan..

Tapi sebenarnya sesuatu perkara yg dilakukan perlu dimulakan dgn niat..
Tapi sayang bila setiap kali aku nak menulis..
Niat aku terbantut..
Pergi dibawa angin malam..

Sekarang..
keluarga aku pun dh tahu aku ni jd blogger..
mgkn sudah lama..
jadi setiap kali aku mengadap laptop..
mesti aku akan dibebel..
terutama abah yg akan ckp..
"Asyik tulis blog je."
ya, blog aku bukan blog berkisar ttg politik..
nak mampus klu aku tulis ttg politik..
mahu diISAkan aku plak..
selagi ada peluang menjadi student..
aku menjadilah..
sbb tu aku tulis ttg kehidupan..
bkn kehidupan aku sahaja..
tp mereka2 yg berada disekelilingku..

sejak akhir2 ni..
manusia aku ni..
mudah terasa hati..
sensitif barangkali..
teringat masa tadika dulu..
aku hanya sempat belajar 3 bulan sahaja..
satu hari yg mmg kelakar bila diingatkan kembali..
Pensel warna yang baru dibeli oleh abah..
telah ditukar oleh budak lain..
aku belumpun menggunakan lg..
tapi budak tu suka hati ambil pensel warna aku pastu..
tukar dgn pensel warna dia yg kontot tu..
aku tahu siapa punya angkara..
tapi aku menangis plak..
buat malu saja jadi anak polis..

kalaulah aku ingat balik..
siapa budak yg teruk tu..
aku nk cari sekarang..
nak suruh dia ganti balik barang aku..
mgkn nampak kecil..
tapi abah yg belikan..
lepas tu aku terus xmahu sekolah tadika..
sebab aku dah pandai membaca..
dan mengira..
bkn nk berlagak..
tapi aku lebih senang bersendirian dirumah..

aku tak tahu kenapa aku tulis ini semua..
mgkn betul aku kering idea..
tapi aku ttp akan menulis..
biarpun bukan disini..
aku akan tetap menulis..

Assalamualaikum..

p/s; jgn anggap entri ni entri sampah.. aku cuma tiada idea..

Saturday, September 4, 2010

Lain Yang Nak Lain Yang Dapat

Assalamualaikum..

Mesti skarang ramaikan dh tgk iklan raya yg baru tu..
Memang cantik dan penuh warna warni..
tapi sayang..
temanya langsung xmenepati dgn agama dan adat kita..
kita sekarang nak sambung Hari Raya Aidiltifitri..
Bukannya Hari Natal..
aku rasa kalau nak buat yg kreatif pun..
byk lg yg ada..
xkn idea tersepit ko??
teringat pulak..
tahun2 sudah..
iklan hari raya arahan Arwah Yasmin Ahmad..
walaupun filem dia aku xberapa suka..
tp semua iklan dia aku suka..
ada pengajaran pd setiap iklan tu..
yg terbaru ni apa pengajarannya??
makanan keluar dr bunga?
ada pakcik bawak kereta terbang?
ish3..

Ok..
harini aku hang out..
dgn kawan aku satu U..
mula2 hajat kami mmg nk tgk wayang..
dan citernya ingat nak tgk Step Up..
tp aleh2 dah xde..
tgklah The Expandable..
citer tu oklah.. 18 sg..
naseb xde adegan yg mengghairahkan..
klu x sia2 puasa aku..
citer ni aksi byk adegan tembak-menembak dan bom mengebom..
alrightlah 2..

lepas habis tgk wayang..
aku nak beli baju sejuk..
tapi bila tgk harga dia plak..
xmampu nampaknya kawan..
jadi..
dpt beli t-shirt round neck jelah..
ish2..
lain yg aku nak..
lain yg aku dpt..
tapi aku bersyukur..

Assalamualaikum..

p/s: dlm bulan2 puasa ni pun relax lg buat maksiat dpn org ramai..
p/s: ish3..

Friday, September 3, 2010

Bukan Niatku

Assalamualaikum..

Akhirnya aku telah selamat sampai dirumah..
ada rakan aku yg balik awal..
ada yg kena balik esok..
apa2pun selamat hari raya..

semalam..
aku dpt tidur pun lepas solat subuh..
yelah..
2 assignment aku kena siapkan sekali gus..
kul 2 baru siap..
pastu kena print bagai lg..
kul 2.30 bru settle semua..
niat hati mmg nk tidur terus..
pastu bgn sahur..
tapi mmg semalam bilik aku havoc gler..
mmg kaw2 kami gelak..
mmg best2 semua ahli roomate aku..
walaupun kami saling kutuk mengutuk..
tapi xde sikit pun simpan dalam hati..
rasa best sgt sambil bercerita sambil mkn kuaci..
sedar2 dah pukul 4..
terus sahur..
dan tggu solat subuh..
pastu terus tidur..

kelas pula pukul 8..
sedar2 dah pukul 7.40..
air plak xde kat blok aku..
terpaksa pergi cari air nak mandi..
jadi aku pun pergi kelas lambat..
mmg aku biasa lmbt..
tp xdelah selambat harini..
kul 8.30 aku masuk kelas..
tgk2 akulah pelajar lelaki first yg dtg kelas..
aku tgk sir mcm dah terasa..
yelah..
pelajar lelaki xde..
aku pun dtg lewat plak..

saya nak minta maaf sir..
saya tahu saya salah..
i know its hurt..
tapi saya xberniat nk dtg lewat..
lain kali sy akan cuba menepati masa..

okay,
aku nk tanya satu soalan..
yg mana korg lebih consider..
1) org tu tetap dtg walaupun lmbt..
2)org tu terus xdtg2..
walaupun aku lmbt sekalipun aku ttp akan dtg..
mgkn aku ni bkn org yg jenis menepati masa..
tapi aku nk pernantian seseorg itu berbaloi..
betulkah aku?

Assalamualaikum..

Thursday, September 2, 2010

CINTA

Assalamualaikum..

Baru tiga hari duduk kat sini..
esok dah bleh blik umah..
tp aku xcomform leh blik esok..
mgkn esok..
sbb tiket bas ekspress..
ada pukul 8 dgn 11 pagi sahaja..
kelas aku abis kul 12..
klu naik bas lompat2..
gamaknya sesak r aku..
dahtu aku balik sorg2..
aduh!

semalam..
agak kecewa jugak..
sebab rough draft aku plg rendah..
tp nak buat macam mana..
aku akan baiki balik..
mana tahu aku punya draft plak yg terbaik..
tak mustahilkan..

tajuk entri aku kali nipun..
subjektif juga..
aku skang suka yg subjektif2 ni..
mgkn ada maksud yg tersirat..
dalam sebuah perkataan itu..
CINTA..

zaman dulu..
xjd satu masalah yg besar..
berkahwin dgn pilihan keluarga..
seperti tajuk term paper aku..
advantages and disadvantages of arranged marriage..
tp skang sudah menjadi sebaliknya..
mereka perlukan cinta terlebih dahulu...
sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan...
mmg cinta itu xsalah sama sekali..
kerana cinta itu satu fitrah manusia..

namun ingat..
mencari seseorg untuk menjadi pasangan hidup..
bkn diukur pada tahap kecintaan kita..
tapi pd 4 perkara...
1) HARTA
2) KECANTIKKAN
3) ZURIAT/KETURUNAN
4) TEGUH PEGANGAN AGAMA

dan kalau boleh mestilah sekufu..

Harta- tidak semestinya seseorg itu mesti kaya.. tapi cukuplah dia tidak fakir.. mampu memberi mkn dan minum, tempat tinggal dan pakaian..

Cantik- bukannya perlu menjadi ratu/raja cantik.. cukuplah sekadar sedp mata memandang.. biarlah hodoh dimata org lain tapi cantik dimata kita..

zuriat/keturunan- lihatlah keturunannya sama ada mereka mempunya pegangan agama (skurg2nya masih boleh dididik) dan tidak digalakkan dari berkahwin dgn sepupu..

Teguh pegangan agama- inilah yg plg PENTING!

Cinta itu akan hadir apabila kita berkahwin.. mgkn memerlukan masa.. tp ia lebih indah..
tidak semestinya seseorg itu perlu berkahwin dgn pilihan keluarga..
jika sudah bertemu dgn mereka yg memenuhi syarat diatas.. kamu boleh mengikatnya..
di atas persetujuan kedua2 pihak..

fikir2kanlah..

Assalamulaikum..

Wednesday, September 1, 2010

Merdeka..

Assalamualaikum..

Hari ini sudah satu september..
nampaknya aku sudah terlambat..
tapi aku ttp nk ucapkan..
SELAMAT HARI MERDEKA..

semalam hari merdeka..
tapi aku xrasa apa2pun..
mgkn sibuk nk balik semula kt kolej..
lgpn aku tgk semalam..
mcm hari2 yg lain..
sama..

merdeka!
senang utk disbut dimulut..
aku anak merdeka..
aku bangga aku dilahirkan di Malaysia..
dan mcm2 lg..

tapi apa itu merdeka??
aku pun sendiri rasa xmerdeka..
Iya..
aku tahu ramai yg mengatakan..
merdeka maksudnya kita bebas dari dijajah oleh org asing..
betul ker??
cuba tgk cara hidup kita skang??
fikirlah sendiri..
aku pun xreti nk ckp macam mana..

dulu aku ada kata..
cantik itu subjektif..
bukan bersandarkan pada paras rupa..
sama juga pada merdeka..
bkn sekadar tidak dijajah pada fizikal sahaja...
tapi mental juga perlu diberi perhatian..

mmg kita sudah merdeka..
53 tahun dahulu..
tapi bkn 100%..
masih ada lg yg dijajah..
kamu semua tahu itu..
mengpa perlu diulang..
oh, mgkn xdpt kesedaran..
samalah macam aku..
sbb itulah..
hari merdeka..
merupakan hari gembira sedunia..
sbb mereka semua bebas..
bebas melakukan apa sahaja..
yg halal ataupun 'haram'..

bilalah..
rakyat malaysia akan mendapat kesedaran..
aku pun masih ternanti2..

SELAMAT HARI MERDEKA..

MERDEKA!

Assalamualaikum..