Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Monday, August 30, 2010

Syurgamu Ramadan

Assalamualaikum..

Baru semalam aku puji..
arini dah buat hal pulak..
terbantut aku nk tgk citer sad love story..
lmbt sgt nk buffering..
camner internet leh plak jd lembab..
siang dgn malam pun sama saja..

Harini aku xdpt tgk citer yg aku suka..
tapi aku tgk citer yg agak best dan menarik..
sebuah drama tempatan..
SYURGAMU RAMADAN..

mula2 aku rasa mcm xbest..
sbb pengarah dia pernah arahkan citer TARI TIRANA..
yg aku lgsg xsuka..
walaupun aku tgk 1 episod saja..

tapi..
citer syurgamu ramadan ni..
mmg menarik bg aku..
lebih menarik..
dari CINTA KIRANA dan BENCI BILANG CINTA..
walaupun aku xprnh tgk cinta kirana..
tapi aku tahu jln citernya mesti klise bangat..
biasalah sinetron..
dahlah pnjg rabak..
aku dah tgk citer syurgamu ramadan ni..
sampai episod 9..
xsbr nk tggu sambungannya..
lgpn lakonan mereka mmg berkesan..

tulah kerja aku time cuti2 ni..
tgk drama dan filem..

tadi aku dpt berita yg agak mendukacitakan..
ayah aku kena pindah..
maksudnya aku pun kena pindah sekalilah..
aku sebenarnya dah syg dah kuantan ni..
lgpun aku ni dilahirkan di Pahang..
walaupun ahli keluarga aku yg lain lahir di Kelantan..
tapi kami sekeluarga kena berpindah ke Terengganu..
aduh... sedih..


Assalamualaikum..

Sunday, August 29, 2010

Aku tak tidur sebab mereka!

Assalamualaikum..

Hari selasa ni aku akan balik semula ke kolej..
tuk sambung pembelajaran aku lg 3 hari..
pastu balik semula kerumah..
utk bersiap siaga menyambut aidilfitri..

Sekarang bila berada dirumah..
mmg broadband aku jadi laju..
tergamam sekejap..
tp pada waktu malamlah..
siang2 biasa2 jer..

jadi kesempatan itulah..
aku menggunakan kelebihan itu..
untuk menonton drama yg mmg aku nk tgk sgt2..
lepas dgr saja lagu dia..
mmg aku tercari2 citer ni..
citer ni mmg layan habis..
walaupun aku bru tgk smpi episod 5..
kawan2 aku slalu kata aku hantu korea..
aku xkisah pun..
aku pun xtahu sejak bila..
aku suka tgk citer korea ni..
sebab masa kegemilangan..
citer WINTER SONATA..
aku xsuka pun citer korea..
aku tgk budak perempuan suka sgt..
last2 aku plak tersangkut..
lgpn citer korea more better dr citer indon..

sekarang kawan2 aku yg lain plak..
dah tersangkut..
tulah sape suruh pggl aku hantu..
sekarang korang plak jd hantu korea..
hahah..

disebabkan mereka nilah..
aku xtidur mlm..
mmg lyn betul..
sekarang drama malaysia pun..
xdelh teruk sgt mcm dulu..
dh byk yg bagus2..
lgpn aku suka drama malaysia yg islamik..
sekarang pun byk citer artis wanita pakai tudung..
dulu2 jarang..
klu ada pun watak tambahan saja..
sekarang dh bleh jd heroin..
arap2 filem tempatan xjd mcm indon..
klu citer korea ok kot.. hahah..

oklah aku nk smbg tgk episod seterusnya..

Assalamualaikum..

Saturday, August 28, 2010

Babi!

Assalamualaikum..

first of all,
apa yg aku tulis selama nipun..
bkn semuanya dtg dari pendapat aku sendiri..
tapi dari sumber2 yg boleh dipercayai..
sebab siapalah aku nk buat kesimpulan sendiri..
budak yg masih mencari ilmu..
ilmu yg masih kurg didada..
Nabi pernah bersabda..
"Tuntutlah ilmu sampai ke Negara China.."
jadi aku akan cuba mencari ilmu dunia dan akhirat sebyk yg mungkin..
Insyaallah..

comel tak??!

babi..
sejenis haiwan yg diharamkan dlm islam..
kerana boleh memudaratkan kita..
ia juga mempunyai virus yg boleh mendatangkan pelbagai penyakit..

tapi..
korg tahu tak..
dalam kehidupan kita ni..
perkataan babi digunakan oleh manusia..
utk dua perkara..

1. babi untuk haiwan..
semua org tahu ttg nikan..
ia haram, kotor dan xboleh dimakan sama sekali oleh org islam..
apabila memegangnya hendaklah disama'..
apabila menyebut namanya..
sebut je "Itu babi!"
xpe xsalah..
kamu xmencarut..
dah mmg namanya pun babi..
dah tu nk pggl apa?
binatang yg xboleh disebut namanya?
ingat citer harry porter ke.. heheh..

2. babi utk kata kesat..
yg nipun ramai tahu dan ramai guna..
apabila kita rasa marah..
mulut akan laju saja mencarut..
klu org tu kurg imannya..
aku pun tergolong jugak kadang2..
perkataan ini digunakan sebagai kata2 kesat..
jd jgnlah sebut..
kerana perkataan itu sungguh kasar..
dan boleh menyebabkan manusia terasa hati..
kerana dia dilahirkan manusia bukan babi..

Jadi kesimpulannya disini..
gunalah sesuatu perkataan ditempat yg sesuai..
macam aku present subjek CTU aritu..
ttg bioteknologi yg membabitkan byk nama babi..
sampai kawan aku marah2 sbb sebut byk kali..
ada yg suruh sebut khinzir..
padahal khinzir dan babi tu sama saja..

tapi bila kamu marah..
jgnlah kata babi kepada kawan kamu..
gunalah perkataan yg lembut sikit..
xpun tenang jer..
tp kalau aku mmg balas balik.. hahah..

ada satu perkataan yg buat aku tersentap sekali..
masa tu aku part 1..
seorg budak perempuan kelas aku yg dtg dari johor..
bdk perempuan kelas aku semua baik2..
sesuai jd calon isteri..
ada yg nak tempah? (gurau5)
tiba-tiba aku dgr dia cakap..
"Aku SANGAPlah!"
terkejut aku derr..
bila aku tanya dia..
rupanya sangap tu 'menguap' klu kat Johor..
tapi tempat aku sangap 'ghairah' dan seumpamanya..

moral of this story..
jgn cepat sentap..
tanya dulu..
karang salah faham..
mahu jatuh saham bdk perempuan tu.. hahah..

Assalamualaikum...

Kita Patut Kuasai Dunia..

Assalamualaikum..

semakin hari..
dunia menjadi semakin teruk..
ramai yg kata kiamat sudah dekat..
sebab byk tanda2 yg telah kita nampak..
tapi apapun..
semua itu hanya Allah yg tahu..

cuba lihat dunia sekarang..
siapa yg menguasainya?
Israel!
kenapa?
sedangkan negaranya kecik jer..
Dahulu siapa yg menguasai?
Islam..
kenapa tidak sekarang?
salah siapa?
SALAH KITA!!!

gaya hidup kita yg buat kita menjadi semakin teruk..
kita telah dikuasai dan dipengaruhi mental dan fizikal..
gaya hidup Israel xsama dgn kita?
xsama lgsg!
kenapa?
sebab dia mengikut ajaran Islam yg sebenar..
kita?
mengikut kiblat barat?
israel telah mengkaji al-Quran..
dan mengikutinya sebab itu diaorg bijak dan maju..
tapi kita?
xmengikut apa yg sepatutnya ditetapkan dlm islam..
kalau kita ikut semua yg telah ditetapkan..
pasti islam menjadi kuasa besar..
seperti dulu..
dan tiadalah ramai yg terkorban..

kita sepatutnya menguasai dunia..
jika kita mengikut landasan Islam yg sebenar..
tetapi kita telah terikut landasan yg salah..
dan sedarlah dan cuba kembali..
mencari Islam yg sebenar..
jgn biarkan kita terus ditindas semahu-mahunya..
ekonomi, politik dan semuanya..
sepatutnya bukan dikawal Israel..
ttp org Islam sendiri..

fikir-fikirkanlah..

Assalamualaikum..

Friday, August 27, 2010

Best dan Cantik!

Assalamualaikum..

Akhirnya dapat juga handphone aku balik..
tapi camera plak buat hal..
macam mana aku nak ambil gmbr aku yg kacak ni nnt..
dlm bulan puasa ni duit meluncur laju jer..
xpe mgkn ada hikmah disebaliknya..
mana tahu ada blogger nak bg aku duit raya..

baru tadi aku sampai kat rumah..
rumah baru plak tu..
first time nak bermalam kat rumah ni..
rasa rindu plak kt rumah lama..
tapi rumah ni lg selesa.. syukur!
abis je test soil td..
terus aku balik umah tumpang member..
walaupun ada kekecewaan yg terselit dlm test..
biarlah perkara yg berlaku tu berlalu..

tadi semasa berbuka..
satu bilik buka sama2..
ramilah sebab dulu berempat sekarang berenam..
campur dgn kwn2 yg lain..
yg bestnyer roomate belanja ayam golek seekor..
kalau kat bandar jengka tu..
mmg ayam golek dia terbaiklah..
mmg kecur air liur..
satu ekor rm20...
hilang penat study sekejap..

lepas ni kali pertama aku nk bersahur bersama keluarga..
utk ramadhan kali ni..
walaupun cuma berempat..
feeling lain sikitkan..
rumahku syurgaku(ada kena mengena ker?)

sebelum aku mengakhiri penulisan aku ni..
aku nk tulis sesuatu utk difikirkan..
cantik itu universal..
cantik pada paras rupa dan sifatnya..
tapi cantik bg seseorng adalah..
org yg paling disayanginya adalah org yg plg cantik diamatanya walaupun hodoh dimata org lain..
jd hargailah seseorg itu kerana kecantikkan mereka..

Assalamualaikum..

p/s: korg fahamkan apa yg aku sampaikan kan.. kan..

Thursday, August 26, 2010

Mega!

Assalamualaikum..

Entah apa mimpi aku arini..
nak update blog sampai 2 kali..

korg masih ingat iklan ttg Mega..
"Nama saya Mega!"
iklan astro ttg megadrama tuh..
tapi sebenarnya xde kaitan pun..
dgn apa yg nak ceritakan..

semalam uitm tempat aku blaja..
buat majlis berbuka puasa secara besar-besaran..
megalah org pgglkan..
4 ekor lembu tumbang..
majlis khatam al-Quran juga telah diabuat sekali..
mmg meriahlah..
sebab ramai yg melibatkan diri..
walaupun telah dijemput semua..
tapi ada yg xdpt menghadirkan diri..
kalaulah aku dh dpt hendset semalam..
mesti aku dh ambil gmbr byk2..
semalam terasa macam duk dekat asrama..
makan ramai2..

tapi semalam kiteorg mkn kat atas padang..
beralaskan tikar..
mmg rasa lain r..
macam berbuka kat padang besar kuantan pulak..
seronok tgk org ramai2..
kami diberi makan gulai kawah..
boleh thn rasanya..
tp aku xleh mkn daging byk sgt..
sebab nnt pening..
biasalah umur dah meningkat..
penyakit pun cepatlah datang..
lagipun mkn daging2 byk nanti..
kuat plak kentut..

esok aku dh bleh balik umah..
leh r buka puasa dgn bersahur kat rumah..
bulan puasa ni aku xblik lg rumah..
tp sebelum tu aku hadapi test soil mechanic dulu..
harap2 boleh buat yg terbaik..

ok..
Assalamualaikum..

Bangsa Melayu Menakutkan??

Assalamulaikum..

Semalam aku suruh kwn aku plak pergi ambil handphone 2..
alahai tutup lagi..

tajuk entri aku kali ni bukan tuk mencipta kontroversi.. (kontroversi ke??)
ataupun mahu menghina bangsa sendiri..
tapi tiba2 terfikit..
dari kata2 seorang lecturer..
org melayu kdg2 lebih menakutkan..
kenapa yerk??

org melayu mmg xdpt dinafikan mmg memegang adat dgn tggi..
semuanyan perlu mengikut adat..
kdg2 bila xikut adat perkara tu jd xelok bg mereka..
bagi aku adat ni bukannya hilang kemelayuan kita jika xikut tapi berpada2lah..
buat yg penting atau wajib dahulu..
ada satu cerita yg ustaz aku pernah ceritakan..
kesia seorg pengantin lelaki yg ingin akad nikah..
terpaksa buat byk kali sebab xmengikut adat..
basah lencun pengantin lelaki tu..
dahlah nervous.. aku dpt rasakan..

org melayu ni jugak..
mulut ni dia jenis cepat jugak..
dan mata dia juga kdg2 salah tafsir..
mulalah mengumpat bercerita itu ini..
sampai satu kampung nak dicanang..
bukan semua tapi mmg ada..
sebab yg ada nilah org melayu nampak hodohkan..

ttg kes yg masih panas ni..
kes buang bayi..
aku rasa faktor persekitaran ni mmg memainkan peranan penting..
sebab kita hidup dlm masyarakat..
ayah mana mahu buang anak kalau mulut org xbercakap burukkan..
yelah nk jaga air muka dan maruah..
aku faham mmg mereka salah..
manusia mana yg xbuat salah..
ini xbermaksud aku sokong manusia yg buat benda keji ni..
tapi cuba fikirkan kenapa perkara ni berlaku..
salah siapa?? cukup ke ilmu agama yg diberi??
jadi maafkan je anak kamu dn tunjukkan jalan yg benar..
sedangkan nabi ampunkan umat..
tapi bila ckp macam ni..
mesti jawapan dia.. "Aku bukan nabi!"
siapa cakap kamu nabi?
tapi kamu seharusnya menjadikan nabi tu role model kamu..
tuk membimbing keluarga..
mulut masyarakat ni mmg xboleh ditutup..
macam mulut tempayan..
tp kdg2 mulut ni lebih berbisa..
ada yg xboleh thn..
tu yg buatkan aku rasa masyarakat melayu ni menakutkan..

satu lagi..
org melayu juga suka bersikap cemburu dan iri hati..
pantang nampak org melayu lain berjaya mulalah sakit hati..
sebab tu santau , ilmu hitam dan segala bagai ni wujud..
korg pernah dgr org cina kena benda2 camni..
rasa kelakar plak kalau ada..
klu ada pun sikit jer..
sepatutnya org melayu kena bersatu..
baru bangsa kita majukan..
tgk skang kita majoriti dlm negara..
tapi rasa mcm kita plak minoriti bila aku kebndr2 besar..
klu kat kampung mmg ramailah melayu..

cuba kalau buka suratkhabar..
semua kes jenayah mesti majoriti dilakukan org melayu..
merempit, buang anak, simbah asid, rogol, dan sembelih anak??
nak jadi apa masyarakat kita sekarang??
kadang2 aku gerun sendiri bila fikir balik..
tapi masih ada lagi yg masih dpt berfikir secara rasional..
aku harap mereka2 inilah yg dapat membangunkan semula bangsa melayu ni..

walaupun aku agak geram dgn kedai handphone yg berbangsa melayu ni..
xdelah sampai aku nk buat perkara diluar jangkaan..

entri kali ni...
aku sekadar ingin meluahkan pendapat..
bkn mahu menyinggung mana2 pihak..
tapi kalu kita fikir balik..
mentaliti bangsa melayu perlu diubah..
supaya kita maju kehadapan..
dan seimbang didunia dan akhirat..
sekarang klu tgk masjid..
xramai dah..
time solat jumaat ddn solat sunat raya je masjid penuh..
hari2 lain berapa kerat jer..
aku yg ckp pun tergolong gak..
kdg2 ada kesedaran utk berubah..
tapi agak memerlukan masa..

Assalamualaikum..

MELAYU BOLEH!

p/s: aku bukan tulis entri bersikap perkauman k..

Wednesday, August 25, 2010

Virus!!!

Assalamualaikum..

Dalam bulan yg mulia..
Byk perkara yg berlaku..
sama ada perkara itu maslahah atau mafsadah..
itulh kehidupan namanya bukan..

okay,
semalam..
aku agak bengang dgn kedai yg membaiki handphone aku..
dia tulis kedai dia tutup kul 2..
sebab dia nak menjual kt bazar ramadhan..
pastu aku pergi pukul 12..
aleh2 dia dah tutp kedai..
menyirap dan tersentap aku..
xpe.. harini aku pergi lg..

sekarang ni..
kat u aku..
ada satu virus yg menyerang pendrive, hardisk dan laptop pelajar..
virus tersebut dipanggil "VIRUS SHORTCUT"
mmg semua folder akhirnya menjadi shortcut..
abis semua folder dlm external hard disk aku..
agak mengecewakan..
sebab semua video, gmbr dan movie aku lesap camtu..
aku rasa virus ni berpunca dari dlm u aku jugak..
sebab dulu mana ada pun..
ada kes lepas cucuk pendrive kt makmal komputer..
abis folder mereka..
mmg sah!

nampaknya segala kenangan tercipta..
hanya mampu tersimpan dlm memori..
aku dh xmampu utk menunjukkan keindahan sewaktu remaja pd anak2 aku nnt..
sedih, kecewa gara2 virus..
terpaksa aku meremba cari koleksi cerita korea dan jepun aku balik..

semalam..
Nuri dari Program Imam Muda..
datg ke U aku..
dia telah menjadi imam tuk solat isya' dan terawih..
tapi aku hanya sempat berimamkan dia dlm solat isya'..
terawih aku terpaksa buat sendiri dlm bilik..
sebab ada hal yg xdpt dielakkan..
xdptlah aku dgr nasihat2 yg dia sampaikn..
mana tahu nnt aku leh dpt tips2 dari dia..
leh aku try test masuk audition Imam Muda musim kedua plak..

ok.. skang draft dh siap..
harini quiz.. esok test..
lusa balik..
hmm..

Assalamualaikum..

Monday, August 23, 2010

Keyword Lucah?

Assalamualaikum..

Harini aku agak malang..
laptop kena format..
handphone kena program..
melayang rm80 mcm tu jek..
bru nak berjimat..
nampak gaya kena tggu duit rayalah..
utk cover belanja nnt..
ada ke org nk bg duit raya lg kt aku??

Semalam..
aku saja jer nak check nuffnang..
bila aku bukak bahagian keyword..
ada org cari..
JOM SEMBANG SEKS!
hahaha.. tergelak aku..
nama blog dah betul tu..
tapi yg belakang tu..
aku rasa aku xde lg nak sembang2 ttg seks ni..
mesti org tu hampa bila buka blog aku..
tapi xsalah sebenarnya..
mgkn org tu nak tahu ttg seks barangkali..
tapi blog aku..
bkn tempat yg betul..
cuba lg lain kali..
mana tahu 5 tahun lg..

Assalamualaikum..

Sunday, August 22, 2010

Aku Terpengaruh!

Assalamualaikum..

Aku tahu nak ckp apa ttg cuti minggu kali ni..
lain dari lain?
mungkin!

semalam lepas abis terawih..
aku mmg bosan giler..
nak study malas sbb dah 2 hari berturut2 study utk test..
nak tgk citer korea..
member pinjam external hard disk..
terpaksalah aku meremba mencari movie tuk ditonton..
akhirnya aku dpt tgk citer korea..
filem 'A Millionare First Love'..
boleh thn..

pastu aku bajek lepas abis tgk nk tido dulu..
pastu bgn semula tuk sahur..
tapi kawan aku ajak main game 'MotoGP'
asal xnk tapi stu bilik aku main..
jadi xnklah menghampakan dorang..
aku ni bknnya kaki game..
masa kecik2 dulu je aku main game ni..
bila dah besar sudah tdk aktif lg..
game terakhir aku main adalah 'Plant VS Zombie'

Bila sekali dah maain..
aku jd nak main lagi..
nak lg dan lagi dan lagi..
sampai waktu bersahur.. dan terus bersahur..
dan kami xtidur pun...
tidur lepas solat subuh..
bgn matahari dah pun terpacak..
agak2 kurang x pahala puasa aku??

petang tu kitaorg main lagi..
kalau semalam asyik aku je yg last..
tp petg tadi aku second last..
ada peningkatankan..
hahah... aku dah terpengaruh!

asyik main tadi..
tiba2 hujan turun..
terus ramai berlari angkat baju..
macam acara marathon pulak..
penat betul dari tingkat 3 berlari ke tingkat bawah..
semata2 nak angkat kain kat jemuran..
naseb baik aku xlast.. hahah..

abis main pergi ke bandar jengka..
nak tukar selera beli mknn kt bazar jengka plak..
asyik kt bazar uitm bosan gak..
tapi aku dh kurg tertarik tgk mknn sekarang..
klu dulu excited tgk tu.. nak tu..
tgk ni.. nak ni..
tp skang nafsu tu dah berkurang..
bagus ker???

Jadi malam ni perlu aku main game ker??
atau pun aku perlu siapkan first draft aku tuk bel 311..

Assalamualaikum..

p/s: sdg berfikir perlu ke balik pd minggu ni?? kan jumaat ni cuti..

Saturday, August 21, 2010

Mencipta Kenangan Tapi Termanis Plak

Assalamualaikum..

Gendang gendut tali kecapi..
kenyang perut suka hati..
Syukur harini dapat berbuka puasa dengan ahli kelas yg lain..
tmbh tolak semua dari 25 org..
hanya 18 yg dpt menghadirkan diri..

Bandar Jengka memang sesaklah td..
dari bazar ramadhan ke pasar malam..
dan tempat kedai makan kami..
yg lebih enak dipanggal 'kedai kat pagar'..

juada hari ni..
mmg bleh menaikkan seleralah..
aku klu dh lapar semua baham..
cuma org kata bila mkn dgn lain jantina..
cara makan kena ubah sket..
kalau sama jantina aku heran apa?
kalau kat bilik makan dlm 10 minit dah siap..
tadi nk dekat setengah jam..

kitaorg mkn..
ikan masak 3 rasa..
tomyam campur..
telur dadar..
sayur kangkung belacan..
nasi putih..
dan air sirap..

tp yg xleh tahannyer..
air sirap dia manis leting..
sangat2 manis..
mmg leh kena kencing manis klu minum air macam tu ari2..
tapi xpelah..
dah tu rezeki..
jd bahamlah sepuas hati..
dan aku mmg kenyang2 gilar..

abis makan terus balik kolej..
solat maghrib dgn isya'..
pastu solat terawih buat dalam bilik jer..

aku gak yg sabar menunggu.. hahaha..

mmg tiap kali sambut ramadhan..
kelas aku akan buat sekali seramadhan utk mkn bersama..
dulu ada buka dgn lecturer masa sem 1..
sem ni xtahu lagi..
arap2 ada..
hehehe...
lgpun ini semua boleh dicipta..
utk kenangan masa hadapan..

Assalamualaikum..

p/S: 2 test dah habis, tggal 1 lg dlm bualn puasa ni.. fighting!

Thursday, August 19, 2010

Cerpen: Memori Terhenti

Assalamulaikum..

*************************************

Wajah Farhana Pucat. Lebih pucat dari dulu lagi namun senyuman masih terukir dibibirnya. Ikhwan memandang gadis tersebut lalu menghadiahkan sebuah senyuman.

“Wan rasa Ana akan mati tak?” tanya Farhana lembut tapi jelas kedengaran sendu dalam bicaranya.

“Semua orang akan mati Ana. Wan juga akan mati, mungkin hari ini, esok atau lusa! Kita sendiri takkan tahu sebab ajal maut itu rahsia Allah.” Ujar Ikhwan cuba membina keyakinan pada gadis tersebut.

“Betul tapi Ana dah tahu yang Ana akan mati dan yang lebih menyakitkan, segala kenangan yang Ana perolehi akan hilang sedikit demi sedikit dan Wan.... “ Farhana menangis. Air matanya tidak dapat ditahan lagi.

“.. dan mungkin Ana akan lupa siapa Wan dihati Ana nanti!” badannya terhenjut-henjut kerana menahan tangisan. Sapu tangan yang dihulur Ikhwan diambilnya lalu dikesat air mata yang masih belum mahu berhenti.

“Kenapa Ana jadi selemah ini? Wan tak kisah jika suatu hari nanti Ana akan lupakan Wan sebab bagi Wan cukuplah kalau Wan tahu yang Ana cintakan Wan. Itu sudah cukup memadai dan Wan takkan minta lebih.” Hatinya terasa sebak. Namun dia cuba menahannya hanya kerana ingin menunjukkan dia kuat didepan bakal isterinya itu.

“Wan, masih nak ambil Ana jadi isteri?” tanya Farhana tiba-tiba.

“Berapa kali...”

“Tolong jawab sejujurnya Wan!”

“Ana, tak kira Ana berada dalam kondisi apapun, Wan tetap akan jadikan Ana sebagai isteri Wan yang sah. Wan janji!” ujar Ikhwan bersemangat. Walaupun beribu kali soalan ini diajukan padanya, jawapan yang diberi tetap sama.

Ikhwan dan Farhana akhirnya menjadi pasangan suami isteri yang sah walaupun ramai pihak yang tidak yakin dengan keputusan mereka. Bagi Ikhwan, cintanya hanya kepada Farhana. Gadis yang sentiasa berada ketika susah dan senang. Sebelum ini, Farhana pernah jatuh cinta dengan seorang senior disekolah mereka tetapi putus di tengah jalan. Ikhwanlah sentiasa memberi semangat kepada Farhana untuk terus maju kehadapan. Apabila Ikhwan pula yang mengalami kekecewaan, Farhana sentiasa memberi semangat dan rangsangan. Akhirnya, mereka berdua pula saling jatuh cinta. Hubungan mereka berjalan dengan lancar sehingga mereka disatukan dengan ikatan pertunangan.

Namun langit tidak selalunya cerah, adakalanya ia akan menjadi mendung dan mungkin juga akan mencurahkan hujan yang lebat ke atas bumi. Dua bulan yang lalu, Farhana disahkan menghidapi penyakit Alzheimer. Alzheimer merupakan sejenis penyakit berkaitan otak yang akan menyerang otak terlebih dahulu sebelum fizikal. Penghidap penyakit ini akan kehilangan memorinya sedikit demi sedikit. Kondisi Ana juga amat membimbangkan sekarang.

Setelah berkahwin, Ana akan terlupa yang dia sedang memasak. Kadang-kadang dia akan terkencing tanpa disedari. Namun yang lebih menyakitkan, kadang-kadang Ana akan lupa siapa Ikhwan dalam hidupnya.

“Cantiknya replika rumah ni?” ujar Farhana dengan mata yang bersinar-sinar.

“Ana suka?” tanya Ikhwan sambil memandang wajah isterinya yang kelihatan pucat itu.

Farhana menganggukkan kepala sambil mengukir senyuman.

“Nanti abang buatkan satu untuk Ana.” Janji Ikhwan.

“Betul ke?”

“Betul, pernah abang tipu Ana?” Ikhwan mengusap rambut isterinya dan menghadiahkan sebuah kucupan didahi isterinya mesra. Farhana menutup matanya merasai kehangatan kucupan itu.

“Abang pergi dulu.” Ikhwan sudah membuka pintu rumah, tiba-tiba Ana memanggilnya.

“Terima kasih Abang Is, Ana cintakan Abang.” Ujar Ana tulus tanpa menyedari dia telah melakukan satu kesilapan yang mengguriskan sekeping hati.

Ikhwan terpana tapi dia cepat-cepat menganggukkan kepalanya dan membalas kembali ucapan isterinya. “Abang juga cintakan Ana!”

Sudah setengah jam dia berada didalam bilik Dr. Hairi namun masih belum kedengaran sepatah katapun yang keluar dari mulutnya.

“Sakit bukan?” akhirnya Dr. Hairi memecahkan kedinginan yang dicipta mereka.

Ihwan hanya mampu mengangguk. Peristiwa pagi tadi masih lagi bermain difikirannya. Ingin sekali dia menjerit bahawa dia bukan Isman tapi Ikhwan.

“Saya sudah beritahu kamu yang bukan sahaja isteri kamu yang perlu menyediakan mental dan fizikal tapi kamu juga perlu lebih kuat menempuh semua ini.” Tambah Dr. Hairi.

“Kadang-kadang saya rasa saya tak mampu. Setiap kali bila penyakit tu menyerang dia, saya bagaikan orang asing. Masih belum ada penawar ke bagi penyakit ini doktor?” Ikhwan mahukan kepastian. Dia bagaikan tidak sanggup lagi melihat isterinya seperti orang kebingungan.

Dr. Hairi hanya menggelengkan kepala. “Ubat yang saya bagi hanya mampu melambatkan masa, tapi penawar yang sebenarnya masih belum kami temui. Apa yang mampu saya sarankan, kamu banyakkanlah berdoa dan bersabar. Hanya Dia yang mampu menyelesaikan semua masalah kamu!” ujar Dr Hairi sambil menepuk bahu Ikhwan. Ikhwan hanya mampu tersenyum pahit.

Ikhwan menghempaskan tubuhnya ke atas sofa. Terasa begitu penat tubuhnya yang terpaksa melayani seorang demi seorang pelanggan. Namun dia tidak boleh mengeluh kerana ini adalah tugas dan tanggungjawabnya sebagai seorang arkitek.

Tiba-tiba Farhana datang menghampirinya dengan wajah yang sukar ditafsirkan. Ikhwan menghadiahkan sebuah senyuman kepada isterinya.

“Abang, Ana minta maaf. Ana sudah sakitkan hati abang!” ujar Farhana sambil memegang tangan suaminya. Terasa sejuk dan terketar-ketar tangan Farhana yang begitu ikhlas memohon kemaafan.

“Kenapa ni Ana? Apa yang Ana sudah buat? Oh, Ana pecahkan pasu kesayangan abang tu yerk?” tanya Ikhwan yang kehairanan. Isterinya cuma menggeleng.

“Bukan? Habis tu? Oh, ataupun Ana sudah hilangkan cincin perkahwinan kita yerk?” Ikhwan masih berteka-teki. Namun reaksi yang ditunjukkan isterinya menghampakan. Diam seribu bahasa.

“Tentang pagi tadi. Ana minta maaf sebab buat abang terluka. Maafkan Ana, Ana tak patut sebut nama Abang Is!” akhirnya yang terlerai jua apa yang terbuku dihati Farhana. Dia tersedar bahawa dia sudah menyakiti hati suaminya setelah mengucapkan kata cinta pada insan lain.

Ikhwan meletakkan jari telunjuknya kebibir isterinya sambil menggelengkan kepala.

“Abang ingatkan apa, rupanya hal sekecil itu saja. Ana, abang pernah cakapkan yang abang tak kisah sebab walaupun mulut melontarkan kata tapi tidak semestinya hati juga ingin membicarakan perkataan yang sama bukan. Abang tahu yang Ana cintakan abang sebab itu abang pilih Ana jadi isteri abang. Sudah, jangan menangis.” Ikhwan mengesat air mata isterinya dengan jari. Farhana akhirnya tersenyum walaupun air matanya masih belum mahu berhenti.

“Ana, abang laparlah!” ujar Ikhwan sambil menggosok-gosok perutnya yang rata itu. Farhana tersenyum lalu menarik tangan suaminya menuju ke meja makan.

Usai solat Isya’ berjemaah dengan isterinya, Ikhwan terus mengambil ubat untuk diberikan kepada isterinya. Farhana tersenyum sendirian melihat keprihatinan suaminya itu. Sesungguhnya dia berasa bertuah memiliki suami seperti Ikhwan. Namun dia khuatir Cuma dia sahaja yang berasa bahagia, bagaimana pula dengan suaminya? Adakah suaminya juga bahagia menanggung beban dengan mengurus isteri sepertinya? Farhana berteka-teki.

“Hey, isteri abang mengelamun apa ni? Tak nak kongsi ke?” ujar Ikhwan yang sedari tadi melihat isterinya termenung seperti mengalami masalah.

“Hah? Tak ada apa-apa. Cuma...” kata-kata Farhana terhenti.

“Cuma? Cuma apa sayang?” Tanya Ikhwan sambil mengelus-elus rambut isterinya yang lembut itu.

“Abang, abang bahagia tak hidup dengan Ana?” tanya Farhana memandang tepat kearah bola mata suaminya berwarna coklat cair itu.

Suaminya tidak bersuara hanya menganggukkan kepala lalu menghadiahkan sebuah senyuman yang cukup indah.

“Ana, dengar kata abang ni. Ana jangan pernah ragukan cinta abang. Abang cintakan Ana kerana Allah. Ana kena ingat itu.” Ikhwan memeluk tubuh isterinya sudah mula mahu menangis.

“Terima kasih abang!” ujar Farhana bahagia.

“Esok nisfu sya’aban, kita puasa sama-sama .” Farhana mengajak suaminya bersama-sama menunaikan puasa sunat. Suaminya mengangguk tanda setuju. Satu kucupan mesra singgah didahi isterinya.

Jam sudah menunjukkan pukul 3 petang. Ikhwan terpaksa pulang lewat kerumah kerana terlalu ramai pelanggan yang ingin bertemu dengannya. Lagipun hari ini dia berpuasa, tak perlulah dia balik makan tengahari bersama isterinya. Kereta diparkir didepan rumah, ikhwan melihat isterinya berada dibuaian dengan muka yang sedih.

“Assalamualaikum. Ada orang tak kat rumah ni?” Ikhwan cuba mengusik namun ternyata usikannya itu membawa kehampaan.

“Waalaikumussalam, kenapa abang balik lambat?” tanya Farhana mendatar.

“Oh, sebab itu Ana monyok yerk. Hari ini client ramai sangat nak jumpa suami Ana yang kacak ni,” Ikhwan menghampiri isterinya lalu dipeluk bahu isterinya dan mereka bersama-sama masuk kedalam rumah.

“Bau apa yang sedap sangat ni?” tanya Ikhwan hairan.

“Bau makanan tengahari kitalah. Abang balik lambat sangat sampai sejuk semua lauk.” Bebel Ana kepada suaminya sambil menghidangkan kembali makanan ke atas meja.

“Ana, bukan ke kita puasa hari ini?” tanya Ikhwan teragak-agak.

Mangkuk ditangan Farhana terlepas. Prang! Pecah berderai mangkuk tersebut di atas lantai. Farhana terasa lemah lalu jatuh melutut. Ikhwan mendapatkan isterinya.

“Abang maafkan Ana, Ana lupa!” Farhana menangis. Begitu mudah air matanya mengalir keluar.

“Tak apa Ana, abang faham. Ana masuk bilik dulu, biar abang yang kemaskan semua ini!” Ikhwan memimpin tangan Isterinya menuju kebilik. Farhana merebahkan dirinya ke atas katil.

Selesai mengemas semuanya, Ikhwan ingin bersiap-siap menunaikan solat Asar. Dia masuk kedalam bilik dan terlihat isterinya masih duduk di atas katil. Dia menghampiri isterinya. Namun, kakinya terasa basah, air kencing Farhana sudah membasahi lantai bilik.

“Ana nak buang air ke?” tanya Ikhwan.

Farhana hanya mengangguk-anggukkan kepala. Dia sepeti kebingungan.

“Tak apa, biar abang papah kebilik air yerk.” Ikhwan memapah isterinya ke bilik air dan lantas memandikan isterinya yang sudah berbau hancing itu. Air kencing di atas lantai juga dibersihkan.

Badan Ikhwan terasa begitu penat kerana dia masih belum mendapatkan rehat selepas pulang dari kerja. Dia mencari bayang isterinya yang tiba-tiba hilang. Tiba-tiba bau hangit menusuk kerongga hidungnya. Ikhwan pantas menuju kearah dapur.

Kelihatan asap sudah mula memenuhi ruang dapur. Ikhwan terlihat kelibat seseorang di dapur dan dia pasti itu isterinya. Pantas dia mendapatkan isterinya yang masih belum mahu beredar dari situ.

Farhana batuk-batuk. Dia terlalu banyak menyedut asap. Wajah suaminya ditatap dalam-dalam. Jelas terpancar riak kerisauan yang amat. Dia jadi serba salah. Namun dia sendiri tidak mengingati apa yang berlaku. Cuma apa yang dia tahu sekarang, dapur rumahnya hampir terbakar dan itu merupakan perbuatannya.

Farhana meraih tangan suaminya. Sejuk.

“Abang marah Ana?” tanya Farhana perlahan tapi yakin.

Ikhwan memandang isterinya dengan penuh kerisauan namun akhirnya dia tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Maafkan Ana!” air matanya mula mengalir namun tanpa sendu.

Ikhwan memeluk isterinya. Kepala farhana dilekapkan ke dadanya. Setiap kali isterinya menangis, hatinya jadi gusar seperti dia yang telah membuat kesalahan besar sehinggan isterinya mahu mengalirkan air mata.

“Abang tak marah. Abang tahu Ana tak sengaja.” Pelukan Ikhwan makin erat. Sendu mula menyelubungi isterinya.

Tiba-tiba Farhana melepaskan diri dari pelukan. Dia memandang wajah Ikhwan dalam-dalam.

“Abang, lepaskan Ana!” satu permintaan yang bagaikan renjatan elektrik buat Ikhwan. Namun wajah Farhana begitu yakin.

“Ana, apa yang Ana merepek. Jom kita pergi rehat dalam bilik.” Ikhwan menarik tangan isterinya namun Farhana berkeras.

“Ana rasa ini yang terbaik. Sampai bila abang perlu terus terseksa sebab penyakit yang tiada ubat ni?” mata Farhana sudah bergenang air mata. Dia mungkin akan menangis lagi.

Ikhwan duduk di hadapan isterinya. Dia membelai-belai wajah isterinya.

“Cukuplah sampai hari ini Ana jadi beban untuk abang, Ana sudah tak sanggup lagi. Tolong lepaskan Ana, Ana merayu!” akhirnya air matanya tumpah untuk kali kedua. Tangan suaminya dicium beberapa kali meminta sedikit kekuatan.

Ikhwan mengangkat wajah isterinya yang sudah lencun dengan air mata. “Sejak bila Ana jadi beban untuk abang? Ana yang sentiasa memberi abang kebahagian setelah seluruh keluarga abang pergi tanpa pesanan. Ana nak ragut balik kebahagiaan yang Ana bagi, itu buruk siku namanya!” Ikhwan terasa mahu menangis tapi dia tidak akan sesekali menangis didepan isterinya. Dia mahu jadi lelaki yang kuat didepan isterinya. Cukuplah isterinya seorang yang mengalirkan air mata, senjata bagi wanita.

“Ini ke yang dinamakan kebahagiaan? Ini satu penyeksaan buat abang. Ana tak mahu abang susah lagi, cukuplah selama ini abang berkorban. Satu hari nanti kita juga akan berpisah. Ana akan mati!” suara anak sedikit kuat. Cukuplah dia melihat penderitaan suaminya. Dia sudah tak berguna lagi. Dia hanya menyusahkan hidup orang yang layak mendapatkan sebuah kebahagiaan dan pastinya dia bukan orang yang dapat memberi kebahagiaan kepada suaminya itu.

“Cukup! Abang tak nak dengar lagi. Abang dah kata banyak kali, ajal maut itu bukan ditangan kita. Selagi kita belum menghembuskan nafas terakhir, selagi itulah kita kena kuat untuk meneruskan kehidupan. Lelaki jenis apa abang ini yang sanggup melepaskan isterinya yang menderita dengan penyakit macam ini? Ana nak orang anggap abang ini lelaki yang tidak bertanggungjawab? Kalau Ana kata Ana menyusahkan Abang, Ana ingat Ana takkan menyusahkan Ayah. Ayah dah berumur, sepatutnya kita yang menjaga dia bukan dia yang menjaga kita. Ana sayang, dengar kata-kata abang ini. Abang yakin dengan takdir abang yang Ana diciptakan untuk abang. Apa yang penting sekarang, kita hendaklah saling membantu. Cukuplah yang abang dah ada Ana, jika sampai satu saat kalau abang sudah tak mampu, abang akan melepaskan Ana dengan cara yang paling baik sekali.” Ikhwan mencium isterinya dan pantas meninggalkan isterinya sendirian. Akhirnya air mata lelakinya gugur jua.

Peristiwa semalam bagaikan tidak berlaku antara mereka. Rutin hidup mereka diteruskan seperti biasa. Selesai makan tengahari, mereka berehat diruang tamu sambil menonton televisyen. Ikhwan menarik isterinya untuk duduk rapat bersamanya.

“Hari ini kita main satu permainan, nak tak?” tanya Ikhwan sambil melemparkan senyuman kepada isterinya.

“Apa dia?” Farhana ingin tahu.

“Permainan motivasi. Macam ni, Ana genggam kedua belah tangan Ana dan lihat ibu jari belah mana yang berada di atas?” farhana mengikut arahan suaminya.

“Ibu jari kiri.”

Ikhwan tersenyum. “Patutlah, Ana ni seorang yang berfikiran negatif.”

“Kenapa pula? Habis tu abang?” Farhana tidak puas hati.

“Abang ibu jari kanan, seorang yang berfikiran positif. Memang layaklah untuk abang.” Ujar Ikhwan sambil tersengih.

“Angkat bakul sendiri, boleh percaya ke ni?”

“Abang pun tak pasti, tapi pakar motivasi yang buat kajian. Satu lagi perkara yang mereka kaji, orang yang bongkok merupakan seorang yang gila seks. Jadi Ana kena jaga-jagalah nanti.” Sempat lagi Ikhwan berpesan dengan sungguh-sungguh.

“Yeke? Kalau macam tu, orang tua yang bongkok semua tu gila seks lah?” tanya Farhana selamba.

Ikhwan mencubit pipi isterinya yang cuba mempermainkannya. “Oh, nak main-mainkan abang yerk!”

“Mana ada, tapi bagi Ana fizikal seseorang takkan membuktikan dalaman seseorang. Semuanya berbalik kepada hati masing-masing. Dunia inikan bagai pentas lakonan dan kitalah pelakonnya.” Ujar Farhana sungguh-sungguh.

Ikhwan tersenyum sendirian mendengar celoteh isterinya. Dia bahagia.

Panggilan yang diterimanya sebentar tadi sungguh mengejutkan. Pantas dia meninggalkan pelanggannya yang terkebil-kebil sendirian. Pagi tadi, Farhana ingin sekali pergi kerumah ayahnya dan Ikhwan sendiri yang menghantar. Tapi baru sebentar tadi ayah menelefon yang Ana sudah dibawa ke hospital. Jantungnya berdegup kencang. Hatinya risau bukan kepalang. ‘Ya Allah, selamatkan isteriku.’

Sudah seminggu isterinya tidak sedarkan diri. Kata Doktor, Farhana sudah tiada harapan. Hanya doa saja yang mampu menyembuhkan isterinya. Setiap hari dia akan menunaikan solat hajat, memohon dari Allah agar memberi kesembuhan pada isterinya. Sekarang Farhana bergantung kepada mesin untuk bernafas.

“Wan, macam mana keadaan Ana?” ayah mertuanya baru sahaja sampai setelah sama-sama menjaga isterinya semalam.

“Masih macam tu, masih belum ada perkembangan ayah!” ujar Ikhwan lemah.

“Ayah, rasa sudah sampai masanya Wan lepaskan Ana!” Ikhwan terkejut mendengar bicara ayah mertuanya.

“Maksud ayah?” tanya Ikhwan.

“Maksud ayah bukan menceraikan Ana, tapi melepaskan Ana pergi. Sampai bila kita hendak mengharapkan mesin itu untuk terus melihat Ana bernafas. Kita seperti menyeksa dia, biarlah dia pergi dengan tenang. Ayah sudah tak sanggup lagi!” ayah mertuanya menangis dan itu kali kedua dia melihat lelaki tua itu menangis selepas majlis akad nikahnya dengan Farhana.

“Tapi Ikhwan tak sanggup ayah! Ikhwan sayangkan Ana!” rintih Ikhwan.

“Sayang bukan bermaksud kita perlu sentiasa bersamanya semasa hidup. Tapi sayang itu sentiasa dihati walaupun mereka telah pergi. Ayah rasa mungkin sudah masanya Ana pergi. Ayah sendiri pun tidak tegar kerana sejak dari Ana bayi lagi ayah menjaganya sendiri. Ibu Ana pun meninggal sebab penyakit yang sama. Lepaskanlah Ana!” ayah mertuanya menepuk bahunya dan meninggalkan menantunya bersama dengan anaknya untuk terakhir kali.

Ikhwan menatap wajah isterinya dalam-dalam supaya wajah itu tidak luput dalam ingatan. Rambut isterinya dielus-elus. Ikhwan mendekatkan mulutnya ke telinga isterinya.

“Abang harap Ana dapat dengar suara abang. Abang cintakan Ana kerana Allah dan abang lepaskan Ana sebab abang tahu Allah lebih menyayangi Ana lebih dari abang. Abang pernah kata yang abang akan lepaskan Ana apabila sampai satu saat abang sudah tidak mampu bersama Ana, pergilah sayang. Abang redha!” Ikhwan membisikkan dua kalimah syahadah ditelinga isterinya. Sebak hatinya dan terlalu perit untuk ditelan. Akhirnya kedengaran mesin berbunyi panjang menandakan Ana sudah tiada lagi.

Tiada air mata yang tumpah cuma kedengaran bacaan ayat suci al-Quran berkumandang didalam bilik pesakit yang bernama Farhana binta Roslan.

17 OGOS 2010

TAMAT...


Monday, August 16, 2010

Inikah Sayang?

Assalamualaikum..

Hari ini dpt jugak aku beli surat khabar..
tupun berita harian..
aku suka baca kosmo atau harian metro..
sebab aku rasa berita yg dipaparkan lebih menarik..
dan sir aku dh sruh start baca surat khabar maybe new straits time atau the star..
sebab xlama lagi ada test..
mesti current issue yg masuk..
tapi aku mmg lemah sket baca surat khabar org puteh ni..
dahlah byk maksud xphm.. pastu aku jd bosan..
last2 jadi buat lapik makanan utk berbuka.. heheh..

ok.. habis aku merambu..
tadi aku baca surat khabar berita hairan..
front page dia ttg bdk yg kena simbah asid dgn bapa sendiri..
skang kalau korg baca surat khabar..
berita kt tv aku xtahu sbb xdpt tgk..
byk kes bapa yg amuk dibulan2 ramadhan ni??
kenapa??
aduh bila aku baca..
rasa terkilan plak memikirkan masa depan bdk yg kena simbah asid tu..
semuanya berpunca dgn masalah rumahtangga..
akhirnya budak yg xbersalah menjadi korban..
itulah bila berkahwin kita kena check dulu bakal suami/isteri kta dahulu..
jgn sebab cinta akan rupa dan harta..
akhirnya nak mmintak cerai..
dan akhirnya juga anak yg xbersalah menjadi mangsa simbahan asid..
inikah yg dinamakan sayang??

bak kata pepatah..
sayangkan anak tangan2kan..
sayangkan isteri tinggal2kan..
betul ke x susunan pepatah aku ni..
xkisahlah tp kita kena tahu apa yg tersirat dlm pepatah ni..
ada org tu sygkan anak..
sampai xsanggup nak jentik sikit pun..
takut anak merajuk..
apa yg dorg nak semua bagi..
akhirnya anak juga yg jadi hancur..

ada plak tu slalu pukul anak..
sampai lebam ada yg sampai nk cacat..
anak pulak mengalami trauma dan jd penakut yg amat..
kenapa perkara semua ni bleh berlaku??
kerana sayang ker??

ini bukan sayang namanya..
sepatutnya dlm mendidik anak..
perlukan keseimbangan..
semua perkara perlukan keseimbangan..
macam dlm dunia ni..
ada yg miskin dan kaya..
kalau semua miskin macam mana??
kalau semua kaya macam mana pula??
jadi semua perkara perlukan keseimbangan..
time pelu dibelai..
kita berilah kasih sayang setinggi gunung utk anak..
tapi time dorg membuat kesalahan..
masa tulah kita perlu gunakan ketegasan..
bukannya pukul sampai mati..
sekurg2nya peringatan yg dorg bleg ingat smpi bila2..

aku nipun belum berkahwin lagi..
aku pun kdg2 risau adakah aku mampu menjadi ayah yg terbaik untuk anak2 aku..
tapi kita kenalah muhasabah diri..
baiki yg mana patut k..
nobody perfect right..
tapi cubalah menjadi sempurna..
skurg2nya ada insan yg akan mengecapi kebahagiaan..

aku tulis ni semua pun sebab baca surat khabar tadilah..
emosional sket..
tapi aku harap2 perkara macam xberlaku dlm kalangan kita..

Assalamualaikum..

p/s: solid + math = mata lebam.. :D

Sunday, August 15, 2010

Permata Yang Dicari

Assalamualaikum..

Panggilan dari emak sebentar tadi merunsingkan fikiranku. Permintaan emak buat aku jadi buntu. Dia mahu aku cari calon isteri dalam masa terdekat ini. Kenapa emak perlu terburu-buru? Aku masih muda. Baru mahu mencecah umur 26 tahun. Masa ini aku perlu gigih dalam bekerja. Jika aku berkahwin sekarang aku perlu ada tanggungjawab. Bukan senang nak memikul tanggungjawab ini. Aku perlu merubah diri aku dahulu. Menjadi insan yang bertaqwa dan beriman. Mencari isteri sekarang bukan senang sekarang. Kebanyakannya lebih mencintai dunia semata-mata. Akhirat entah kemana. Aku teringat kata-kata Ustaz Abdullah dahulu, “Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik.” Adakah aku cukup baik untuk mendapatkan seorang perempuan yang baik akhlaknya?

“Aku rasa baik kau ikut kata-kata emak kau tu. Kau pun bukan muda lagi. Aku pun dah kahwin sekarang. Kau bila lagi? Nak jadi antertu?” kata Khairul meluahkan pendapatnya.

“Huh, baru kahwin dua bulan pun kecohlah. Aku bukan apa, aku rasa belum masa lagi untuk aku mendirikan rumahtangga.” Luahku pada sahabat baikku ini.

“Aku tahu. Kau takut nak pikul tanggungjawabkan? Memang bukan senang nak jadi seorang suami. Kita sebagai ketua keluarga perlu membimbing isteri dan anak-anak kita. Jika kita terpesong, kemungkinan besar mereka juga akan mengikut kita.” Sememangnya tekaan Khairul itu tepat sama sekali. Aku memang risau tentang itu. Mampukah aku menjadi suami dan ayah yang baik untuk mereka? Aku buntu sekarang.

“Memang betul cakap kau tu. Tapi bukan tu saja, zaman sekarang nak cari permata yang betul-betul bersinar memang susah. Semuanya malap. Mudah ternoda dengan dunia. Aku risau jika aku tersilap memilih.” Luahku lagi.

“Kau kena berani ambil risiko Fareez. Jika telah ditakdirkan kau dijodohkan dengan perempuan yang tidak elok akhlaknya. Kau kena terima dan tugas kau untuk mebetulkan jalannya,” nasihat Khairul. Sebagai kaunseling di sekolah, Khairul memang bijak bermain kata.

“Aku takut aku tak mampu Rul!” Aku meluahkan kegusaran hatiku.

“Jangan jadi terlalu lemah Fareez. Kau kena jadi seorang lelaki yang kuat. Kau kena yakin pada diri sendiri. Keupayaan diri kau dan paling penting kau pintalah dariNya. Jangan sekali-kali kau lupa padaNya.”

Aku pulang ke kampung setelah emak menelefon supaya aku pulang segera. Bekerja sebagai guru di sekolah menengah memberikan aku masa lapang pada hari minggu. Jadi kugunakan masa tersebut untuk pulang ke kampung. Ada hal penting yang emak ingin bincangkan denganku. Harap-harap bukan tentang perkahwinan akulah.

“Mak, sudah ada calon untuk Reez. Orang kampung ni juga tapi bekerja dekat dengan tempat Reez duduk sekarang. Mak harap sangat Reez setuju. Reezlah satu-satunya anak mak. Teringin benar hati ini nak menimang cucu sebelum mata tua ini tertutup rapat,” kata Mak dan tanpa semena-menanya emak menitiskan air matanya. Sudah lama aku tidak lihat emak menangis. Kali terakhir semasa pemergian ayah, sepulut tahun yang lalu. Sanggupkah aku membiarkan permintaan emak ini? Tegarkah seorang anak membuat emaknya bersedih? Aku tidak sanggup sama sekali. Dialah nyawaku sekarang.

“Mak, demi kasih dan sayang Reez pada mak. Dengan ikhlas hati menerima pilihan mak.” Akhirnya aku memberi persetujuan walaupun hatiku terasa berat. Pilihan seorang ibu mestilah yang terbaik untuk anaknya. Sesungguhnya aku redha. Aku berharap wanita yang bakal aku kahwini itu adalah permata yang kucari selama ini. Permata yang masih bersinar.

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu.

“Assalamualaikum, awak Fareez kan?” seorang wanita yg memakai tudung labuh menegurku semasa aku sedang asyik mencari buku Don’t be Sad.

“Waalaikumussalam. Ya, saya Fareez. Saudari ini siapa?” Giliranku pula bertanya.

“Awak dah tak kenal saya lagi ker? Saya Nik Mardhiah, satu kelas dgn awak dulu masa kita sama-sama ambik diploma civil engineering kat UiTM Pahang dulu.”

“Oh, Nik. Maafkan saya sebab dah lima tahun berlalu. Lagipun awak pendiam sangat dulu. Nak dengar suara pun payah,” ingatanku kembali pulih terhadap wanita ini. Sejak aku mula-mula bertemunya hati telah tertarik namun aku hanya mendiamkan diri. Aku sedar bahawa aku sememangnya tidak layak untuk gadis sebaiknya.

“Awak cari buku apa kat sini?” Tanya Nik ramah. Peramah pula Nik sekarang. Mungkin mengikut peredaran masa. Manusia akan sentiasa berubah tapi biarlah perubahan kearah kebaikan bukannya kearah keburukan.

Aku menunjukkan buku ditanganku. Dia hanya tersenyum. “Kenapa? Awak sedang mengalami kekecewaan ke?” Giliranku pula tersenyum. Ku biarkan saja pertanyaannya itu.

“Awak pula cari buku apa? Mencari Suami Mithali?” Aku bertanya.

“Saya cari buku terbaru karya Hilal Asyraff, penulis muda yang semakin meningkat naik. Karya-karyanya bagus sekali banyak memberi pengajaran dan panduan buat saya. Hah, sekarang kerja apa? Engineer?”

“Tak. Saya sekarang jadi cikgu dekat Sekolah Teknik. Saya ajar subjek kejuruteraan awam. Awak?”

“Saya sekarang jadi pensyarah kat UiTM Pahang. Dah ada orang rumah?”

“Belum lagi. Awak?”

“Belum jugak. Oh, asyik sangat kita berbual sampai saya terlupa lepas ni saya ada kelas. Insyaallah, lain kali kita ketemu lagi. Saya pergi dulu Fareez.” Nik melangkah pergi keluar dari buku Ar- Raudhah sambil aku memerhati langkahnya.

Sebulan lagi aku akan dinikahkan dengan wanita pilihan emak. Selepas selesai acara merisik semalam, keputusan telah diambil dan kami akan diikatkan sebagai suami isteri dalam beberapa bulan lagi. Meskipun begitu, aku tidak pernah melihat wanita itu. Bagaimanakah rupanya, tutur katanya, gayanya dan bermacam lagi. Namun kupendamkan saja kehendak hati kerana kutahu pilihan emak adalah yang terbaik. Hati aku telah redha dengan semua ketentuanNya.

“Macam mana perasaan kau sekarang? Kau dah jadi suami orang, kau masih takut? Tenang Fareez, malam ini adalah malam pertama kau hidup sebagai suami kepada isteri kau. Jangan bertindak terburu-buru nanti jadi haru. Aku tahu kau faham maksud akukan.” Kata Khairul cuba memberi nasihat padaku. Debar didada ini hanya Allah sahaja yang tahu. aku memandang wajah Khairul untuk cuba mendapat kepastian darinya. Khairul faham dengan pandanganku lantas menganggukkan kepalanya. Aku tersenyum lega.

Aku mengetuk pintu bilik lalu masuk kedalam. Cahaya lampu kalimantan yang terang itu menyimbah kedalam kamar baruku itu. Seorang wanita yang masih berpakaian baju pengantin sedang menghadap tingkap bilik, dialah isteriku kini. Wajahnya manis, kulitnya putih bersih tapi aku tahu hatinya tidak gembira. Aku memanggil namanya, “Qaseh, Qaseh Amira.”

Dia berpaling ke arahku. Jelas terpancar riak tidak senang diwajahnya. Beginikah caranya dia menyambut kedatangan suaminya? Aku beristighfar dalam hati.

“Kita perlu buat perjanjian sekarang juga!” kasar suaranya kedengaran. Tiada secebis senyuman pun dibibir mungilnya.

“Perjanjian apa? Saya tak faham maksud awak.” Tanyaku dilanda kehairanan yang amat.

“Perkahwinan kita. Awak tahu kita saling tidak mengenali apatah lagi untuk mencintai. Saya rasa jalan terbaik adalah buat satu perjanjian, maksud saya satu kontrak untuk perkahwinan ini. Saya dah sediakan kontrak, awak just tanda tangan.” Amira menghulurkan kontrak tersebut padaku dan aku mengambilnya.

“Dalam kontrak itu ada tertulis yang bahawasanya kita berkahwin hanya selama tiga bulan dan selepas itu kita akan membawa haluan masing-masing.”

“Haluan masing-masing? Maksudnya cerai?” tanyaku kebingungan.

“A’ah. Kita cerai. Ada bantahan? Saya rasa awak pun setuju dengan kontrak ini. Kita tak mungkin hidup bersama.”

“Kenapa tidak?”

“Yalah kita tidak saling mencintai antara satu sama lain. Orang bodoh saja yang akan berkahwin tanpa rasa cinta,” hujahnya.

“Cinta boleh dipupuk selepas berkahwin.”

“Kenapa dengan awak ni? Tanda tangan sajalah, dah lewat dah ni.”

“Saya cuma ada satu soalan untuk awak, kenapa awak tak boleh terima saya sebagai suami awak?”

“Awak nak tahu sebab apa? Saya cintakan orang lain. Puas? Cepatlah tanda tangan kontrak tu.”

“Hmm.. nantilah. Saya penat sekarang, saya nak mandi, solat isyak dan tidur. Kontrak tu bila-bila pun boleh tanda tangan kan. Awak dah solat isyak belum? Kalau belum pergi ambik wudhuk dulu,” aku terus mengambil tuala dan masuk ke dalam bilik air. Sempat aku mendengar dia merengus geram terhadapku. Nampaknya aku beroleh ujian dariNya.

Cutiku sudah habis dan aku mula masuk kerja hari ini. Seminggu berada di rumah mertua, aku dilayan baik oleh keluarga mertuaku tetapi bukan isteriku. Setiap hari dia akan meminta aku menanda tangani kontrak tersebut. Namun aku buat-buat tidak endah. Setiap kali itu juga aku melihat dia bermasam muka dihadapanku. Tetapi didepan mertuaku, mukanya manis sekali denganku.

“Assalamualaikum pengantin baru, apsal keruh saja muka pagi-pagi lagi. Tak cukup ke cuti dua minggu. Nak tambah lagi?” entah dari mana Khairul datang mengusikku.

“Waalaikumussalam, kau dari mana ni?” tanyaku.

“Lah akukan kerja kat sini. Mestilah aku ada kat sini.”

“Masalahnya wahai sahabatku, pejabat kau bukan kat sini tapi nun jauh disana.”

“Aku datang nak jumpa kaulah. Kata sahabat. Kau macam mana? Gembira dengan isteri kau? Tak takut dah?” Khairul menyerang aku dgn pelbagai soalan.

“Janganlah tembak aku banyak sangat. Sebutir-butir lah. Tak sempat-sempat dia ni.”

“Yelah yelah. Kau dah boleh pikul tanggungjawab kau sekarang?” soalan cepu mas dari sahabat baikku.

“Aku rasa aku diberi ujian yang besar. Ketakutan aku selama ini memang menjelma.”

“Maksud kau? Dia dah tak suci lagi ker?” Tanya Khairul ingin tahu.

“Astaghfirullahalazim kau ni, biar aku habis cakap dulu. Sabarlah sikit. Sabar itu separuh dari iman. Mana hilangnya keimanan kau ni?”

“Yelah kau ni, sempat lagi nak bagi tazkirah kat aku. Kenapa dengan dia?” Khairul merubah intonasinya menjadi lebih tenang. Aku pun jadi tenang. Aku menceritakan segalanya pada Khairul. Bukan niat hati nak buka pekung di dada. Tapi khairul orang yang diharapkan untuk membantu.

Sudah sebulan aku dan Amira menjadi suami isteri tapi lagaknya diluar saja bukan didalamnya. Aku baru pulang dari sekolah setelah habis melatih pelajarku dalam sukan ragbi. Minggu depan ada tournament antara sekolah-sekolah teknik. Siapa tidak kenal Sekolah Menengah Teknik Kuantan yang gah dalam sukan lasak itu. Sesungguhnya aku berasa teramat penat. Ku kerling jam dinding sudah pukul 5.30 petang. Aku ingin mandi dan solat asar dan bersiap ke Masjid Besar Kuantan untuk menunaikan solat Maghrib dan mendengan ceramah yang akan disampaikan oleh Ustaz Badrulhisham.

“Dah balik pun awak rupanya. Cepatlah tanda tangan kontrak ni.”

“Awak dah solat asar?” tanyaku.

“Kenapa awak suka tukar topik terutamanya bila saya suruh awak tanda tangan kontrak ni?” tanyanya marah. Aku hanya mampu bersabar.

“Sudah menjadi tanggungjawab saya untuk membimbing awak, jadi jika awak tak solat lagi baik awak pergi solat dulu. Mana lebih penting, solat ke kontrak tu?”

“Memanglah solat tu penting tapi kontrak ni pun penting jugak!” Jawabnya geram.

“Kontrak tu boleh buat awak masuk syurga ke? Sudahlah saya nak mandi, kalau awak nak berjemaah dengan saya tunggu kat bilik solat.” Aku meninggalkan Amira yang masih erat menggenggam kontraknya itu.

Aku pergi kemasjid seorang diri. Amira tidak mengikutku kerana ada hal penting katanya. Aku tidak mahu memaksanya. Biarlah aku menggunakan caranya yang lembut. Perlahan-lahan.

“Assalamualaikum Fareez, ketemu lagi kita nampaknya.” Nik datang menegurku selepas aku keluar dari kereta.

“Waalaikumussalam Nik, a’ahlah jodoh kita kot dapat jumpa.”

“Jodoh? Banyaklah awak. Macam mana orang rumah awak? Sihat? Dia tak datang sekali ke?” soalan Nik menujah telingaku.

“Amira? Hmm.. dia sihat walafiat. Dia tak dapat datang sebab ada hal malam ni. Baru malam ni saya nampak awak?”

“Oh, selalunya saya solat dekat Masjid Taqwa dekat Sg. Isap tu tapi hari inikan Ustaz Badrulhisham nak sampaikan ceramah. Tu yang saya datang kat sini. Takpelah awak, saya masuk dulu waktu pun dah nak masuk. Assalamualaikum,” ucap Nik dan berjalan masuk kedalam masjid.

“Waalaikumussalam.” Sejuk hatiku melihat tingkah Nik. Wanita itu beza sekali dengan isteriku. Selagi aku tidak suruh dia solat selagi itulah dia akan melengah-lengahkan solatnya. Menjejak masjid? Aku tak tahulah bila hatinya akan terbuka. Namun sebagai suami aku haruslah membimbingnya kejalan yang benar. Insyaallah.

Hari minggu begini aku tidak punya perasaan untuk kemana-mana. Masa inilah aku ingin mendapatkan ketenangan setelah mengalami hiruk-pikuk di sekolah. Aku mengambil buku terasing karya Hilal Asyraf yang baru ku beli semalam. Masih aku teringat kata-kata Nik dulu buku tulisan pengarang ini bagus dan banyak pengajaran. Aku mula membacanya.

“Bila awak nak tanda tangan kontrak ni? Dah nak kering air liur saya cakap dengan awak ni.” Tiba-tiba Amira datang menganggu konsentrasiku untuk membaca.

“Amira, tolong buatkan saya air kopi? Saya taknak manis sangat.” Ujarku tanpa mempedulikan kehendaknya.

“Boleh tapi ada satu syarat?”

“Dengan suami pun main syarat-syarat jugak ke? Apa syaratnya?”

“Tanda tangan dulu kontrak ni.” Bang. Tepat sasaranku. Susah kuduga syaratnya.

“Maksudnya awak nak ugut suami awaklah ni? Takpelah kalau macam tu saya buat sendiri.” Aku bangun dari kerusi dan ingin menuju ke dapur. Belum sempat aku bangun dia menahanku. “Yelah saya buatkan,” katanya seperti serba salah. Aku tersenyum. Amira bukanlah seorang isteri yang teruk, dia tahu tentang bab agama ini, sebab itu dia tidak pernah meninggalkan solat walaupun selalu melengah-lengahkannya. Arahanku tidak pernah dia ingkari. Sekurang-kurangnya dia ada rasa hormat padaku.

“Nah, air kopinya.” Dia meletakkan air kopi dia atas meja.

“Tiba-tiba saya tak rasa nak minum air kopilah. Saya nak makan Kentucky Fried Chicken pulak. Awak nak ikut saya tak?”

“Ikut awak? Pergi mana?’

“KFC lah sayang.”

“Taknaklah saya. Habis tu air kopi ni? Awak nak membazir yerk?”

“Membujang lagilah saya nampaknya. Tak baik awak tuduh suami awak membazir, air kopi tu untuk awaklah sebab saya tahu awak taknak ikut saya. Jadi awak duduk elok-elok kat rumah minum air kopi yerk.” Aku bangun dan mencapai kunci kereta. Aku dengar dia mengomel padaku. Aku cuma tersenyum. Sampai dipintu rumah aku berhenti dan menoleh kearahnya, “Nak tempah apa-apa tak?” Dia membulatkan matanya padaku dan memalingkan wajahnya ke arah lain.

Aku memarkir keretaku didepan kedai KFC. Dari semalam lagi aku berhajat untuk makan KFC. Tapi bila makan sorang-sorang ni bosan pulak. Tiba-tiba mataku ternampak Nik yang sedang menolak pintu masuk ke KFC. Aku terus mengikutnya.

“Assalamualaikum Nik, makan KFC ker?” tanyaku.

“Waalaikumussalam. A’ah dari semalam lagi teringin nak makan KFC ni.”

“Samalah dengan saya. Kita makan sekalilah, saya belanja.” Cadangku.

“Eh, takpe ke? Isteri awak mana?” Nik masih berkira-kira.

“Takpe, bukan selalu dapat belanja kawan kan. Isteri saya tak makan KFC ni.” Nik berasa lega dan bersetuju makan bersamaku. Banyak yang kami ceritakan terutamanya semasa di UiTm Pahang. Aku juga telah membongkarkan rahsiaku padanya. Rahsia semasa Family day Civil Engineering, CEFAD. Semasa orang asyik bermain lempar tepung, telur dan air, aku dan khairul telah mencipta satu lagi bahan yang lagi menarik. Aku campur tepung, sirap dan telur pastu kacau sehingga sebati. Niat hati nak baling kat kawanku Asyraff tapi terkena NIk. Habis tudung NIk yang labuh tu, sudahlah warna putih. Aku dan Khairul lepas tangan dan menuduh orang lain. Jahatnya aku masa tu. Tapi semua itu dulu…

“Awak tahu tak saya buang tudung tu sebab memang dah tak boleh hilang warna, bau dan rasa.” Ujar Nik.

“Saya minta maaf yerk. Kesian Firul kena tuduh. Tulah siapa suruh dia duduk dekat dengan awak,” aku ketawa dan Nik juga ketawa tapi perlahan saja sambil menutup mulut. Sungguh bersopan sekali. Aku tidak pernah melihat isteriku ketawa. Adakah dia akan ketawa seperti Nik? Entah aku pun tak tahu. selesai sahaja makan, kami keluar dari KFC dan Nik meminta diri. Aku pun terus pulang kerumah dan kubelikan sedikit untuk Amira. Mana tahu dia mengidam jugak macam aku.

Aku mematikan enjin kereta dan masuk kedalam rumah. Aku lihat Amira berdiri menghadap tingkap rumah. ‘Isteri aku ni memang minat tingkap ke?’ujarku dalam hati.

“Saya ada beli KFC untuk awak. Makanlah, awak takkan kenyang kalau minum air kopi je.” Kataku untuk mengusiknya. Kadangkala aku suka melihat muka masamnya.

“Nanti saya makan. Jom kita solat zuhur berjemaah,” ajak Amira. Aku tersalah dengar ke? Betul ke Amira isteriku ini. Adakah dia sudah berubah? Ya Allah, Alhamdulillah.

“Awak ternganga apa lagi? Nanti masuk lalat dalam mulut. Saya naik atas dulu,” Amira mendaki anak tangga meninggalkan aku dalam ketidakpercayaan.

Usai solat zuhur, aku turun keruang tamu untuk membaca balik buku Terasing tadi. Amira menuruni anak tangga menuju kedapur. Aku terus menyambung pembacaanku. Jalan ceritanya sungguh menarik perhatianku sehingga aku tidak sabar untuk tahu kesudahannya. Amira datang dengan membawa secawan kopi.

“Minumlah air ni.” Amira menghulurkan air itu kepadaku. Aku mengambil air itu dan meneguknya. Betapa sejuknya hatiku melihat tingkah Amira yang sudah berubah walaupun bukan 360 darjah.

“Saya rasa kita perlu berbincang, sekarang!” kata Amira tegas sekali bunyinya.

“Bincang pasal apa? Kontrak?” dugaku.

“Maybe tapi ada yang lagi penting.”

“Apa dia?” tiba-tiba aku rasa berdebar.

“Sebenarnya saya tahu yang awak menyukai wanita lain bukan? Saya dah nampak segalanya depan mata saya. Saya minta maaf sebab tak minta kebenaran awak untuk keluar rumah. Saya nampak awak sungguh mesra dengan dia. Awak ketawa dengan senang hati bukan seperti dirumah ini yang hanya sunyi bila ada saya. Saya tahu saya tak layak jadi isteri awak. Tapi tolonglah bagi peluang untuk saya sekali lagi untuk buktikan saya dapat menandingi wanita itu. Namun jika awak nak juga pada wanita itu, saya rela dimadukan,”kata-kata Amira tadi membuatkan aku terpana. Aku lihat mutiara jernih keluar dari kelopak matanya. Dia menangis. Dia ikhlas dan dia mencintaiku.

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Dari tiga bulan, perkahwinan kukini sudah berumur tiga tahun. Aku sudah mempunyai dua orang anak, kembar. Seorang lelaki dan seorang lagi perempuan. Amira sekarang sedang sarat mengandungkan anak kami yang ketiga. Aku rasa sungguh bahagia dan kurasa keluargaku sudah sempurna.

Sebenarnya Amira tidak pernah mencintai orang lain dia cuma ingin tahu adakah aku lelaki yang baik untuk dia, yang mampu membimbing dia. Kontrak itu cuma gimik semata-mata. Mungkin sebab kami saling tidak mengenali jadi dia takut jika aku ini, ya teruk dan jahat mungkin juga kaki pukul. Siapa tahu hati perempuan bukan? Tentang Nik aku dah terus terang dengan Amira, dia dah salah sangka tentang kami berdua. Nik pun dah kahwin tahun lepas dengan Firul. Aku tumpang bahagia. Akhirnya, aku dah bertemu dengan permata yang aku cari selama ini. Aku bersyukur kepada Allah kerana menciptakan Amira untuk aku dan anak-anak yang comel macam ibu dia.

“Apa yang abang menungkan lagi ni?” Tanya Amira.

“Tak ada apa-apa. Cuma bila fikir balik kelakar juga kisah kita nikan. Macam mana orang dulu kahwin tapi tak kenal?”

“Sebab dia orang bercinta kerana Allah bukan kerana nafsu semata-mata.” Aku tersenyum mendengar kata-katanya. Sesungguhnya aku insan bahagia kini. Tiba-tiba aku merasa Amira mencengkam aku dgn kuat.

“Abang, Mira rasa dah sampai masanya bang!”

Fareez mundar mandir di depan bilik pembedahan. Isterinya tidak dapat melahirkan seperti biasa dan perlu dibedah. Wajahnya cukup cemas dan dia sentiasa berdoa keadaan isteri dan bakal anaknya selamat.

Pembedahan selesai! Seorang lelaki berjubah putih mendekatinya.

"Tahniah Encik Fareez, encik dapat anak kembar."


Alhamdulillah…..


Lirik lagu:

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

-SEKIAN-

Assalamualaikum...