Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Saturday, July 31, 2010

Konsisten

Assalamualaikum..

Setelah dua hari mengalami kepanasan melampau..
akhirnya kebah juga hari ini..
Alhamdulillah, akhirnya doaku termakbul juga..
sembuh saja hari ni aku dah kena pergi program wajib uitm, PPP..
esok ada lagi.. hmm..

Semalam ada aktiviti menarik didlm..
ingatkan semalam nak ponteng kelas tp sebab mmg bkn kebiasaan aku utk ponteng tanpa bukti yg kukuh.. maksudnya MC..
utk mendapatkan MC kena pergi hospitalkan..
dan aku mmg bkn yg jenis suka pergi hospital kecuali dlm keadaan yg betul2 terdesak..

lecturer aku telah buat aktiviti debat dlm kelas..
dan group aku dpt topic ttg sex education..
yg ni subjek bel 311..
mula2 aku dtg lmbt sebab rasa xlarat..
sebab memikirkan 5 org lg ahli yg lain..
aku gagahkan jua..
xkanlah disebabkan aku dorg xleh nk present isi yg dorg dah cari penat2kn..
tapi bila dah start debat tu..
lama kelamaan semangat mana dtg merasuk aku..
terus semangat utk meluahkan idea yg tetiba dtg..
aku rasa sungguh berkeyakinan utk memangkah isi pihak lawan..
sehingga kdg2 aku rasakan idea aku tu pelik..
tapi aku masih bermasalah lg dari sebutan dlm english ni..
xpe masih ada byk masa lg tuk belajar..

malam semalam..
budak kelas aku keluar makan bersama-sama..
boleh kata berjimbalah..
walaupun kurang puas hati..
terhadap service yg diberikan oleh pihak sweet apple..
mujur mee bandung dia leh tahan..
cuma aku nk pesan jgn isi byk sayur dari mee..
susah aku nak makan tau..
dan tak sempat nak pergi funfair..
heheh...

Pernah tak korang rasa sekejap korg yakin dgn diri sendiri..
sekejap aku rasa lgsg x yakin pd diri sendiri..
aku selalu berada pada situasi sebegitu..
dan perkara itu berlaku pada waktu yg salah..
waktu yg sepatutnya aku berasa yakin pd diri tapi aku berasa rendah diri..
keyakinan aku hilang macam tu jer..
aku rasa macam kerdil sekali..
tapi bila waktu aku tidak memerlukan keyakinan yg tinggi.. aku berasa terlalu yakin..
lagsg xkonsisten..
normalkah perasaan sebegini??

Assalamualaikum..

Wednesday, July 28, 2010

Hatiku Terguris Lagi

Assalamualaikum..

Lama betul aku biar blog ni..
harini adalah kesempatan utk aku..

sepanjang aku xmenulis ni..
byk perkara yg berlaku..
manis dan pahit...
asam garam kehidupan..
dugaan dan ujian yg diberikan olehNya..
kdg2 terasa tak mampu utk dipikul..
tapi bila difikirkan kembali..
tujuan hidupnya kita dimuka bumi ini atas sebab apa?

Hatiku terguris lagi?
selama ini ada x org pernah terguris bila baca blog aku..
harap2 xdelah..
klu ada aku minta maaf..

sebenarnya ni tajuk forum yg diadakan kt u aku..
masih lagi dlm lingkungan kes yg masih panas..
buang bayi..
aku punya assignment pun ttg perkara ni..
aku rasa kes buang bayi akan terus berleluasa..
selagi xde kesedaran dari mana2 pihak..
lagipun kiamat dah nak dekat..

xlama lagi..
bulan puasa dah nak menjelma..
jadi byk program dipercepatkan..
jadi hari mingguku tiada lagi...
kali ni kali kedua sambut puasa kat u..
arap2 dpt menikmati keindahan bulan yg mulia ini..
dulu xdpt sgt solat tarawikh sebab ada kelas mlm..
sem ni xde..
arap2lah dpt buat amalan sunat nih..
tapi yg wajib perlu diutamakan..
kalau sunat saja yg dilebihkan tapi amalan wajib ditinggalkan..
xde gunanya juga..
wajib itu wajib..

tertarik dgn kata2..
seorg ustaz ptg tadi..

"Orang yang sembahyang tidak semestinya baik,
tapi org baik semestinya sembahyang!"

Assalamualaikum..

p/s: sem ni aku mudah diserang demam.. antibodi aku xkuat ker?? atau dosa terlalu byk perlu dihapuskan..

Tuesday, July 27, 2010

Tajam

Assalamualaikum..

kerana broadband..
kata2nya sungguh tajam..


sorry lama xupdate..
ada masa aku blogwalking..

rindu! kamu semua!

Assalamualaikum..

Monday, July 19, 2010

Penat

Assalamualaikum..

Lama sudah aku tidak melontarkan luahan rasa..
tempat yg menjadi kesayangan aku ini pun lama tidak dijengah..
mungkin masa tidak mengizinkan..
jadual kelas yg sentiasa penuh dari pgi smpi ptg..
kerja yg semakin byk dan ssh..
serta terpaksa merebut kupon utk merebut tempat dikolej..
kadang2 aku dh rasa malas nk berebut kupon tu..
penat mungkin ataupun bosan..
bukan semua programnya memberi manfaat..
tapi ada yg mengarut2..
kadang2 sampai memaksa..

lupakan cerita yg menyesakkan..
aku ingin ceritakan sedikit cerita gembira..
sabtu lepas..
aku ke Kuala Lumpur..
buat pertama kali aku dpt berjalan bebas dinegeri itu..
kali pertama aku menaiki monorel..
menjejak kaki ke times square..
menaiki KTM..
pergi ke mid valley dan low yat..
utk kali yg pertama..
seharian aku dan kawan2 berjalan..
mmg agak penat..
tapi aku rasa gembira..
duit xyah cerita abis byk mana..
makan kt Kl bukan mcm dekat tempat aku..
tapi apa2 pun..
dapat jugaklah aku kesana..

Assalamualaikum..

p/s: xde perasaan utk bercerita ttg program yg dijalankan di kampus aku..

Thursday, July 15, 2010

Anak Siapa?

Assalamualaikum..

Seperti kebiasaan sem2 lepas..
aku mesti nak citer program yg dibuat kt u aku ni..
semalam aktiviti mpp..
forum 'anak siapa?'

bagi aku semalam..
dsg atau kt sini lebih dikenali dewan sejuk giler..
telah penuh dgn cepatnya..
dan majoriti dimonopoli oleh perempuan..
tu mmg comform r..

semalam 2 org ahli panel yg meluahkan pendapat masing..
sekarang byk ttg kes buang bayi...
cuma satu masalah teknikal bg aku..
semasa ahli panel lelaki sedang berhujah..
kedengaran suara tenggelam timbul..
padahal hujah dia sungguh menarik..
tp time pengerusi majlis dgn panel kedua suara begitu jelas..
oklah aku bkn nk citer ttg tu..

ok program start pukul 9..
forum ni berkenaan kes buang bayi yg semakin berleluasa..
apakah puncanya? kesannya?
seorg ahli panel merupakan seorg ustaz..
seorg lg merupakan ahli kaunseling..
cara mereka menyampaikan hujah sungguh berbeza sekali..

setelah dekat 2 jam setengah aku dlm dsg sambil kepala tersengguk2..
apa yg aku dpt dan aku rasa..
manusia skang nafsu mereka mmg tinggi..
sebab mereka mudah dirangsang..
sekarang dengan kepesatan teknologi..
semua yg kita mahu akan dpt semudah abc..
laman web yg pelbagai bentuk dan rupa..
terutama yg berunsur xxxx mudah didapati..
jadi mmg nafsu tu mudah dirangsang..
bab kata ustaz semalam..
klau anak nak kahwin.. bg je kahwin..
dari mereka membuat maksiat..
kahwin itu lebih bermaruah..

sebab klu biarkan mereka berpeleseran..
dan membuat anak luar nikah bukan anak haram..
jgn pggl mereka anak haram..
mereka xbersalah apa-apa..
mentaliti masyarakat sekarang suka mencerca dari menasihati..
seronok agaknya melihat org berbuat dosa..
kononnya dia golongan baik2..
pastu mulalah menyebar cerita sampai hujung kampung..
anak yg lahir xbersalah pula..
terpaksa meneruskan hidup dgn cacian dan hinaan..
sebab dua perkara berlaku pembuangan bayi ni..
1. pembuat dosa malu..
2. takut dgn nasib anak mereka..
yelah klu dah lahir luar nikah..
sah2 org akan pggl anak haramkan..

bagi akukan..
kerana kebebasan yg diberikan oleh ibu bapa..
membuatkan anak2 muda ni mudah terlanjur..
sekarang org yg berpelajaran tggi pun buat perkara yg tidak bermoral ni..
bodoh dan cerdik bukan ukuran sekarang..
tapi cara menggunakan akal yg dikurniakan Allah..
dan keimanan serta ketaqwaan dlm diri..

berjauhan dgn ibu bapa bukan faktor anak mudah rosak..
jika mereka mempunyai ilmu dan keimanan semua itu dapat ditepis..
kebanyakkan mereka bercouple semasa belajar..
mula2 sekadar ringan2.. pastu berat2..
pastu perut jadi bulat..
bkn xleh nk couple..
klu dh dtg rasa cinta itu nk buat mcm mana..
tp jagalah batas hidup tu..
kata org islam..
hiduplah sebagai org islam..
ni berpegangan tangan dikhalayak.. siap berpeluk mesra..
semua benda nak tunjuk kat pasangan..
macam mana xnaik nafsu tu..
keingin seks zaman sekarang luar biasa..
manusia mudah terangsang..

dan akhirnya..
berlakulah kes sebegini..
buang bayi..
bunuh bayi..
keguguran..
menambahkan dosa yg telah byk..

bagi aku..
tak perlu nk tunjuk siapa yg salah..
salahkan diri sendiri..
manusia diberikan akal..
berfikirlah sebaiknya..

Assalamualaikum..

p/s: semalam xramai pun yg beri perhatian masa forum tu.. byk yg buat hal masing2..

p/s: tabiat manusia yg sama.. suka kondem org yg cuba bertanya soalan dan memberi pandangan.. kenapa perlu di'boo' jika mereka tersalah cakap..

p/s: forum semalam macam xde nyawa..

p/s: tugas sebagai pengerusi majlis memang berat.. bukan seng nk pegang tanggungjhawab tu.. jd berlatih betul2.. jgn jadikan program sebegini hambar..

p/s: totally mcm xdpt apa2 pergi program semlam... semata2 kupon..

p/s: kononnya program meningkatkan kesedaran tp macam xmemberi kesan yg mendalam.. sikit pun tidak kot..

p/s: bukan nk kondem just pendapat..

Wednesday, July 14, 2010

Semuanya Pahit dan dimana rasionalnya..

Assalamualaikum..

Orang kata..
bila jatuh cinta..
semuanya manis2 belaka..
tapi bila dah putus..
semuanya jadi pahit..

tapi..

aku bkn nak citer ttg cinta..

mulut aku ni terasa pahit..
selama ni roti planta yg kurasakan manis dan lemak berkrim..
terasa begitu pahit..
bila dah kena penyakit demam ni..
semua pakej lengkap kita dapat..
sakit tekak, selesema, pening kepala dan seumpamanya..
2 hari aku kena demam..
rasa xlarat betul..
macam kena demam panas jer..
tp satu lg penyakit aku..
aku xsuka pergi hospital..
leceh..

Mungkin cerita yg aku bagitahu..
dah lepas dah..
tapi yg aku pelik dimana rasionalnya...
pelakon lelaki negara kita berbogel utk berlakon??
1. utk tunjukkan susuk tubuhnya untuk penonton..
2. menghayati watak..
3. mengikut trend hollywood..

aku rasa perkara sebegitu xpatut buatlah..
mengarut betul!!
jika menghayati watak sekalipun..
xkn sampai mengorbankan maruah diri..
hmm.. skang pelakon negara kita pun dah setanding hollywood..
pelakon hollywood xyah cakaplah.. semua scene pun dorg nak bogel..
siap buat adegan ranjang lagi..
harap2 filem kita nanti xdelah sampai kearah itu..

Assalamualaikum..

Sunday, July 11, 2010

Aku Rela

Assalamualaikum..

tatkala angin mlm menyapa
bayu turut sama menumpang rindu
aku kesepian dalam cahaya kesamaran
menanti terbitnya mentari kesiangan

aku bukan si pujangga
aku juga bukan siapa-siapa
aku cuma insan yang sesat
dalam kabus yg berpanjangan

biarpun siang menjelma
aku masih teraba-raba
mencari arah tujuan yg sebenar
walaupun sebentar cuma

aku sayang kamu
tapi kau buat tak tahu
perlukah aku buktikan
sedangkan kau mampu merasai

bukan semua perkara perlu dilafazkan
kadangkala rasa itu lebih mencengkam jiwa
namun aku cuma ingin kau tahu
kau sahabatku yg teristimewa..

dalam hidup ini..
semua org mencari kesempurnaan..
inginkan kehidupan yg hebat..
wang ringgit, kereta mewah, rumah besar..
itu jugalah melambangkan kemegahan mereka..
semuanya mampu dibeli..
tapi manusia mudah alpa..
seperti aku..
seringkali..
mengulangi kesilapan lalu..
dosa yg sama berulang kali..
lupa pada DIA ketika senang..

kdg2 kita kena muhasabah diri..
apa yg betu apa yg xbetul..
aku rela..
ditegur jika aku tersilap langkah..
aku xmahu menjadi bodoh sombong..
betulkan aku jika aku tersalah..

Assalamualaikum..

Saturday, July 10, 2010

Beg Sekolah dan Kentut Busuk

Assalamualaikum..

Semalam aku balik rumah..
setelah seminggu berhempas pulas utk belajar..
sebenarnya aku nak ambil barang yg tertinggal..
malas nak susahkan keluarga tlg hantarkan brg..

Salah satu lagi sebab kenapa aku balik..
sebab aku nk beli beg baru..
sebab ada org tegur beg aku mcm budak sekolah..
pergh! makan dalam rasa..
so, aku dh beli baru jgn nk mengata aku lg..
hahahahahahaha..

Topik harini ttg kentut busuk..
aku pernah baca dlm surakhabar..
yg pernah ada org mati sebab terbau kentut yg amat busuk..

Kenapa kentut berbau busuk??
Bau kentut busuk kerana kandungan hidrogen sulfida yang mengandung sulfur (belerang). Makin banyak kandungan sulfur dalam makanan anda, makin banyak sulfida dihasilkan oleh bakteria dalam perut dan makin busuklah kentut anda.

Telur dan daging mempunyai peranan besar dalam menghasilkan bau busuk kentut. Kacang-kacang berperanan dalam menghasilkan isipadu kentut, bukan dalam kebusukannya.


Kenapa kentut menimbulkan bunyi??
Kerana adanya getaran lubang dubur pada masa kentut dikeluarkan. Kekuatan bunyi bergantung pada kelajuan gas.

Kenapa kentut yang busuk itu hangat dan tidak berbunyi??
Salah satu sumber kentut adalah bakteria. Fermentasi bakteria dan proses pencernaan menghasilkan haba, hasil sampingannya adalah gas busuk. Ukuran gelembung gas lebih kecil dan hangat dengan produk metabolisme bakteria yg berbau busuk. Ini kemudiannya menjadi kentut, walau hanya kecil isipadunya,tapi SBD (’Silent But Deadly’).

Berapa waktu yang diperlukan oleh kentut untuk melakukan perjalanan ke hidung orang lain??
Bergantung kepada keadaan udara, seperti kelembaban, suhu, kecepatan dan arah angin, berat molekul gas kentut dan jarak antara ‘transmitter’ dengan ‘receiver’. Selepas meninggalkan sumbernya, gas kentut menyebar dan konsentrasinya berkurang.

Kalau kentut tidak dikesan dalam beberapa saat, bererti ianya mengalami ‘peleraian’ di udara dan hilang ditelan udara selama-lamanya. Kecuali kalau anda kentut di ruang sempit, seperti lif, kereta, kepekatannya lebih banyak, sehingga baunya akan berlegar dalam waktu yang agak lama sampai akhirnya diserap dinding.

Berapa banyak kentut dihasilkan sehari??
Lebih kurang setengah liter sehari dalam 14 kali kentut.

Informasi dari SINI
Fakta tentang kentut. jadi korg dah tahulah kan.. jgn anggap entri ni kotor..

Assalamualaikum..

p/s: nk tgk ke xnk..

Thursday, July 8, 2010

Jerawat & Facebook Mengejutkan Aku..

Assalamualaikum..

Aku plg xsuka time jerawat tumbuh dekat muka aku..
first aset aku dh tercalar sket..
satu lg bila sentuh je sakit..
harini tumbuh kat hidung plak..
susah aku nk gerak2kan hidung ni..

Ok arini aku nk bgtahu jenis2 jerawat..

1. Whiteheads
jenis jerawat yg kekal tumbuh dibawah permukaan kulit..

2. Blacheads
jenis jerawat yg timbulke permukaan kulit dan kehitaman..

3. Papul
bonjolan kecil berwarna merah jambu yang mungkin berasa sakit apabila disentuh.. (aku kena yg ni.. bila sentuh je sakit woo)

4. Pustul
jerawat ini berwarna kemerahan di pangkal dan bernanah di bahagian atas..

5. Nodul
jerawat yang besar, menyakitkan dan padu yang terdapat di dalam kulit..

6. Sista
jerawat bernanah yang dalam, menyakitkan dan boleh meninggalkan parut..

Korang kena jerawat jenis mana?? Aku rasa semua org pernah ada jerawat..
tapi mesti ada lagi yg suci dari jerawatkan.. korg guna apa?? T3??

Tadi aku buka facebook..
Ada seseorg yg add aku..
seorg rakan lama masa aku sekolah rendah dulu..
aku dgn dia dulu agak kamceng gak..
tapi lps abis upsr aku terus pindah..
lost contact terus..

Tapi harini dia add aku..
sepatutnya aku rasa gembira..
tapi hati aku rasa sedih pulak..
dia berubah!
terlalu berubah!
sampai aku xsanggup nak mengaku dia kawan aku..
tapi aku sentiasa ingat dia kawan aku..
sebab kami pernah rapat..
tapi aku xsangka dia berubah seteruk itu..
masa aku nak approve request dia..
aku jd serba salah..
kawan2 aku yg ada kat situ siap gelak2 lg..
"Nyah mana yg add kau ni??"
aku sebenarnya tergamam tapi aku buat2 ketawa..
"Mungkin aku kacak sangat kot!"
sekadar menambahkan ketawa mereka..
tapi aku sebenarnya rasa sedih..
kawan aku..
tapi aku harap satu hari nanti dia akan berubah..
masih ada jalan untuk dia sedar akan kekhilafan diri..
nobody perfect right!

Hari ini facebook betul2 mengejutkan aku..
aku harap lepas ni xde lg kwn aku yg jd macam tu..

Assalamualaikum..

p/s: aku balik rumah..

Wednesday, July 7, 2010

William Shakesphere Is Gay?

Assalamualaikum..

Korg jgn marah aku pulak..
mesti ramai peminat william shakesphere nikan..
dia juga dikenali sbg 'Father Of English'..
sebab byk dia mencipta perkataan2 baru..
dia ni byk menulis sajak2 cinta..
dan ramai yg cair bila baca sajak2 beliau..
terutamanya kaum wanita..
aku mmg xminat sajak org puteh ni..
tmbh2 si william ni..

Harini aku dpt tahu..
yg william shakesphere ni gay..
tp xsurelah betul ke tidak..
korg mesti pernah baca dan menghayati satu sajak bliau..
Sonnet 18..
sajak ni terpaksa belajar masa form 4 ke form 5..
xingat dah..
kalau melihat dari sajak beliau..
mesti org akan terasa hanyut dibuai asmara..
tapi kalau korg hayati betul2..
sajak itu bukan ditulis utk wanita..
tapi utk seorg lelaki..

yg ni aku xberapa tahu kesahihannya..
inipun lecturer aku yg bagitahu..
dia buat kajian ttg sajak2 shakesphere ni..
tapi aku sebenarnya xterkejut pun..
william shakesphere ni kan org puteh..
dorgkan bebas..
lantak kaulah!


Maxis broadband aku dah slow skit..
mgkn dah terlebih guna kot..
Adoi.. Terlebih sudah..

Assalamualaikum..

p/s: ptg tadi kelas cancel lg.. biasalah awal2 sem.. :)

Adoyai, hidung kamu!

Assalamualaikum..

Arini mmg byk masa r nak buka blog ni..
sebab kelas cancel ptg tadi..
tapi ada masalah lain plak..
komen yg menjadi masalah global utk blogger2..
dari ptg tadi sampai mlm ni aku asyik approve komen yg sama..
bengang gak rasanya..
arap2 xberlanjutan..
hilang plak mood aku nk berblogging..

Adoyai..

Esok kelas kul 8 sampai 4..
malam enjoy r..
okay tadi ttg perut buncit..
skang aku nak berkongsi ttg resdung plak..

Aku nk citer ttg ni sebab..
aku pun mengalami resdung yg teruk..
antara yg nampak sgt..
jerawat dikepala dan badan..
mujur xkat muka..
kalau tak hilang aset aku ni..
hahahahahah...

Resdung
(sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki
beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.


Apa dia punca resdung ni??

Alahan. Iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu.

Apabila
anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di
dalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan
udara tak dapat dikeluarkan.

Kalau udara tu tak dapat keluar, ia
pastinya akan terkumpul kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan
kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah
mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya. Huhuhu...

Lebih
parah lagi, resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda
boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.

Tapi, resdung ni tak berjangkit kat orang lain atau diwarisi oleh keturunannya.

Informasi ni aku dpt kat SINI

Resdung bahaya jadi baiklah cegah sebelum makin teruk..
kakak sulung aku semangat beli ubat mahal2 suh aku telan..
tapi aku ni liat sikit nak makan ubat..
bukan xsuka tapi terlupa.. hahahah..

Assalamualaikum..

Tuesday, July 6, 2010

Tough dan Perut Buncit

Assalamualaikum..

Kelas petang ni dibatalkan!
Lecturer aku ada hal kot..
tapi yg kelakarnya..
dia tak tahu yg dia mengajar kelas kitaorg..
xpe r mgkn seronok cuti lg kot..

skang kelas aku tough r..
subjek ssh r..
jadual pun padat..
klas dari isnin sampai jumaat star kul 8..
kena awal sokmo r..
tapi sem ni xde kelas malam..
kira oklah..
malam2 boleh berjimba..
hahah..

skang aku nak bgi tahu kenapa boleh terjadi perut buncit..
1. lepas makan terus mandi..
korg jgn buat macam ni..
sebab makanan xsempat nk hadam..
aku dulu slalu gak buat macam tu..

2. lepas makan jangan tidur terus..
dulu waktu ada kelas malam aku slalu makan..
pastu ngantuk terus tertidur..
sebab tu bentuk badan aku xmengiurkan lagi..
huhuhuhu...

3. sambil makan jangan minum air..
aku xsuka buat macam ni..
dan korg jgn buat..
seboleh2nya..
minum air dulu..
atau minum lepas makan..
jgn makan pastu minum pastu mkn balik..

Sekarang 3 je yg aku tahu..
dari informer2 yg boleh dipercayai..
kalau xnak perut buncit atau kedepan..
jgn lakukan aksi2 yg diberitahu..
aku dah slim dah..
hahah..

korg xnk jd macam nikan..??

Assalamualaikum...

Monday, July 5, 2010

Malam Ini..

Assalamualaikum..

Hari Ini..
What a such wonder life..
I'm here again..
With my old friends..

malas r nak tulis bi..
ayat tunggang langgang..
hidup aku sem ni berjalan sperti biasa..
subjek baru.. lecturer baru..
cuma ada satu lecturer lama..
dan subjek dia aku dpt teruk..

dan malam ini..
baru aku boleh update!
ari first pun..
aku dh dpt kerja sekolah..
eh, bukan kerja universiti..

Dua sem aku xmasuk dean list..
sem ni berhasrat lagi..
Insyaallah klu usaha lebih dpt lebihkn..

Sem ni ingat nak amik muet..
tapi xtahulah lagi..
ramai member aku xnak ambil..
lagipun listening aku mmg lemah..
tengok keadaan r..

Assalamualaikum..

Saturday, July 3, 2010

Perlu ke Aku Maki??!

Assalamualaikum..

Aku dah sampai dah kat U aku nih..
Tapi aku rasa mcm nak maki je..
perlu ke aku maki??

Satu bilik 6 org..
4 katil 4 loker..
tapi aku lega aku org keempat..
dahlah aku xkenal roomate aku..
tapi macam mana nak duk dlm bilik kecik tu 6 org..
sakit gak ati ni..
tapi kdg2 kena syukur jugak..
sebab ada tempat utk aku..
tapi aku ttp xpuas hati..
hish.. geram!
esok aku blogwalking yerk..
sebab esok xstart blaja lagi..

tolonglah..
aku pentingkan keselesaan..

arap2 perkara ni xberpanjangan..

Assalamualaikum..

p/s: xbyk yg berubah..

Friday, July 2, 2010

BENCINTA = BENCI + CINTA

Assalamualaikum..

Satu info:

Kamu sedang bergerak 30 km sesaat walaupun kamu sedang baca blog saya.. sebab bumikan bergerak dgn kelajuan 30 km sesaat.. bumi itu bulat dan berputar di atas paksinya..

mesti semua org tahukan.. :)


Tak sangka aku nampak kacak berpakaian macam nikan (poyo)
nanti mlm2 ku aku kena berpakaian macam nilah..

Okay, sebenarnya aku bosan..
tgh kemas baju2 dan brg2 aku..
kakak2 aku yg ada kat rumah ni bkn nk tlg kemaskan pun.. terbaik!
ni yg buat rindu dekat kakak sulong aku yg selalu tlg aku kemas..
bila aku balik asrama ke pergi U ke dia yg tlg kemas kan..
mmg bahagianya..
ni kena kemas sendiri..
ada siapa2 yg nak tolong..
nanti aku bayar seringgit utk seratus helai baju.. ok x??
aduh malasnya...

Assalamualaikum..

p/s: entri sesaja jer.. sem ni ada muetkan.. adoyai..

p/s: rindu kamu nanti!

Hampa! Mood Run

Assalamualaikum..

Pernahkah kau merasa hatiku hampa..
pernahkah kau merasa hatiku kosong..

lagu sedih betul walaupun rancak..
niat tdi bila nampak mesim atm..
nak usha juga balance dlm bank tuh..
akhirnya kehampaan sendiri..
xmasuk lagi rupanya..

esok aku terpaksa meninggalkan rumah tercinta..
demi berjuang mendapatkan segolong diploma..
baru sem 3...
rasa lmbt r plak..

akukan time situasi2 macam nilah selalu jer rasa xbest..
Mood aku selalu lari..
masa sekolah dulu aku plg xsuka ari ahad..
sebab esoknya sekolah..
tapi bila dah start blaja bru ok..

patutnya skang aku berkemas2..
tapi malasnya..
padahal bleh balik ari ahad..
tapi sebab masalah kolej yg xselesai tulah..
aku kena pergi awal..
kang xpasal2 aku kena meraba cari rumah sewa..

naseb aku dh beli maxis broadband..
leh online dimana2..
suka sgt..
sekali lembab terkedek-kedek..
hmmm.. Hampa!

nanti sampai kt U aku nanti..
personaliti aku berubah dah..
xsama macam kat rumah..
aku ada split personaliti..
bestkan jadi aku..
berubah ikut tempat..
ubah sikap bkn perangai..
tapi x hipokrit..

Assalamualaikum..

p/s: esok daa..

Thursday, July 1, 2010

GELI?? Jangan Tengok!

Assalamualaikum..

Setiap kali bila aku xonline..
selalu idea dtg mencurah2 nak tulis itu ini..
tapi bila dah kat depan..
terus jadi blur..

Namun aku cuba cungkih kembali otak yg blur ni..
Ramai org cakap bila kita minum air yg ada semut..
mudah cepat lupa..
dan aku percaya..
nampak sekor semut dalam air terus aku buang..
tapi aku tgk kawan aku relax jer..
buang semut pastu minum..
mgkn lebih enak kot..

Tapi ada faktor lain kenapa selalu lupa..
aku tahu benda ni beberapa tahun yg lalu..
masa tu aku pergi easy math..
dua kali aku pergi easy math..
tp add math xpower2 jugak..
bukan salah cikgu tu yg mengajar..
tapi aku yg lembab sgt kot..
hahah.. lari citer plak..

Ok.. citer bermula..
cikgu yg ajar easy math tu cakap..
ramai org faham masa dia ajar pastu lupa balik..
mmg aku akui cara dia senang..
tapi lepas abis jer easy math aku terus lupa..
membazir betul aku..
dia bagitahu kenapa org selalu lupa..

BILA BUANG AIR BESAR ATAU AIR KECIL JANGAN PANDANG NAJIS KAMU TU.. SEBAB TU AKAN MEMBUAT KAMU LUPA.. JADI JANGAN TENGOK!!!

kedengaran suara yg meluahkan kegelian mereka.. aku pun turut terasa geli mendengar suara2 yg kegelian itu..

So, kalau xnak lupa.. selalulah pandang depan.. jangan pandang bawah semasa membuang..
cara ni pun ok kan..

Assalamualaikum...

p/s: jgn anggap entri ni kotor yerk.. sekadar memberitahu..