Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Wednesday, June 30, 2010

Aku Ada CINTA!

Assalamualaikum..

Habis juga aku baca novel yg telah aku uar-uarkan semalam..
penuh perasaan aku baca..
mmg tertarik betul aku baca sampai page yg terakhir..

NAk cerita kena ON mood jiwang dulu..
Ok..

Cinta..
Perasaan cinta itu sebenarnya universal..
bukan setakat cinta lelaki dan perempuan..
tapi..
cinta antara lelaki dengan lelaki..
perempuan dengan perempuan..
anak dengan ibu..
adik dengan abang..
menantu dengan mertua..
itu semua kerana perasaan cinta kepada ALLAH..

WASILAH CINTA WEERA karya ROSE HARISSA..
membawa aku kedalam sebuah dunia moden..
temaa cinta ini bukan sekadar novel cinta picisan..
tetapi menerangkan makna sebenar cinta itu..
selain tema cinta ia juga membawa kita lebih mengenali ttg islam..
yg kebanyakan manusia sekarang masih lemah pegangan agamanya..
luaran tidak menjamin dalaman seseorg..
muka nampak baik2 tapi hati busuk nak mampus..

aku suka watak weera seorg cepat marah dan cepat tenang..
dan watak firdaus paling aku tidak suka..
kaki fitnah dan kaki kuat nafsu..
dan watak heroin dalam ni sari ayu..
seorg yg lemah pegangan agamanya..
menjadi lebih kuat setelah putus tunagn dgn firdaus..
dan berkahwin dgn weera..

bagi aku jalan cerita dlm ni cukup menarik..
walaupun mengetengahkan tema cinta..
tapi ia menerangkan secar lebih luas..
antaranya cinta antara lelaki dengan lelaki..
bukan bermaksud gay..
tapi cinta mereka kerana Allah..

terlalu byk dugaan dan cabaran terpaksa diharungi weera..
fitnah tidah henti2 menyebak hidupnya..
sehingga ayah sendiri percaya fitnah org..
dan menganggap anaknya sendiri seorg gay..

bila baca buku ni..
aku rasa macam nak tumbuk je watak firdaus..
'jahat nak mampus..
tapi aku percaya dialam realiti..
ada org yg bersikap seperti firdaus..

xrugi korang beli buku ni..
rm 2o sahaja..
banyak pengajaran dan info yg korang boleh ambil..
mandi bogel pun aku dpt dalam ni jugak..
Layan saja bila ada waktu terluang..
daripada korang obses siri cinta pontianak-serigala-manusia tu..
baik baca buku karya tempatan yg membawa tema keagamaan ini..
terasa cetek ilmu ni lg bila baca buku tu..

sekarang aku tgh layan 9 NYAWA..
karya Ramlee Awang Mursyid..
ok abis review aku ttg buku ni..
5 bintang aku bg dari lima...

Assalamualaikum..

p/s: 3 ari lagi..

Jangan Mandi Bogel

Assalamualaikum..

Ingat entri kali ni..
nak review pasal buku tu..
tapi xabis baca lagi..
next entri kot..

Ok..
berbalik pada tajuk entri..
Mandi bogel hukumnya MAKRUH..
ini yg aku dapat masa baca dalam buku..
dan aku masih ingat dulu..
masa ceramah sekolah menengah..
sesiapa yg mandi bogel..
malaikat tidak akan menghampirinya selama 40 hari..
tu kalau sekali mandi bogel..
kalau hari2 mandi bogel macam mana??
Ini apa yg aku masih ingat masa ceramah 2..
kalau aku silap informlah dekat aku..

Aku rasa korg janganlah mandi bogel..
rasa xsenonoh..
walaupun korang seorg diri dlm bilik air..
korang tahu masih ada yg melihat..
jadi berasalah malu..

Assalamualaikum..

p/s: rasa2 bdk ni mandi bogel x??

Indahnya CINTA!

Assalamualaikum..

Seperti kebiasaan hari-hariku..
Mata ni xpernah nak tidur awal..
Mgkn sebab terbiasa sejak belajar dekat U..
Selalu sgt tidur lambat..
klu study xpelah juga tapi duk lepak2 sambil sembang2 malam..
xlama lagi aktiviti akan berjalan semulalah..

Aku pun nk ucapkan terima kasih..
pada pengomen2 yg komen entri sebelum ni..
aku rasa sgt gembira dgn sahabat2 alam maya ni..
terima kasih atas kritikan dan teguran yg berguna itu..
terima kasih sekali lagi..

Patutnya awal lagi mula start update blog ni..
tapi ahli keluarga sekarang ni asyik membebel jer..
bila aku start menghadap laptop..
jadi aku malas dah nk dgr bebelan mereka aku pun stop..

Jadi waktu yg terluang tu..
aku membaca sebuah novel yg aku baru beli semlam..
sekarang dah muka surat 368..
lagi beratus muka surat habislah..
nanti dah habis baca aku akan review buku tu untuk korang..
xrugi baca buku tu..

Sebab asyik baca buku tu..
xsedar dah pukul 1.30 pagi..
Terasa begitu indahnya erti perasaan cinta..
Cinta itu UNIVERSAL..

Alangkah indahnya hidup..
jika seindah cerita didalam sebuah novel..
walaupun novel itu cuma imaginasi sang penulis..
namun ia sudah cukup menyentap rasa hati..

Oklah.. esok kena bangun awal..
masih ada tugas yg masih belum selesai..

Assalamualaikum..

p/s : malam2 mood jiwang selalu datang..

Tuesday, June 29, 2010

Teruk Sangat Ke Blog Aku Ni??!

Assalamualaikum..

Bila ada masa terluang..
aku selalu habiskan masa buka blog..
pergi dari satu blog ke satu blog..
tak kiralah masa tu aku gembira ke susah hati ke..

Tapi bila aku usha blog aku sendiri..
aku rasa teruk sangat ke blog aku ni..
Dulu aku tengok follower aku ada 138..
sekarang dah jadi 136..
2 org lari dari jadi follower..
aku xkisah sebenarnya follower aku ni ramai ke tidak..
cuma terfikir sendiri..
kenapa 2 org ni lari dari jadi follower..
adakah sebab makin lama blog aku makin teruk..
dan membosankan diaorg utk membaca blog picisan ini..

klu korg rasa blog ini teruk dan xbagus..
korg boleh bagitahu aku..
aku akan cuba baiki apa yg patutkan.. mgkn korg xsuka entri2 aku..
xpn layout2 aku..
xpn apa2 yg ada dlm blog aku ni korg xsuka..
cakap jer..
mgkn aku akan cuba baiki..
aku bkn nak menagih simpati..
aku cuma ingin mengetahui..

Lagi satu..
aku tgk ramai gak yg singgah blog aku ni..
berdasarkan feedjit yg aku pasang..
walaupun xsampai 50 org sehari..
aku dah rasa lega..
tpi xsalah kalau korg drop komenkan..
skurg2nya aku rasa seronok baca komen korang..

Oklah aku saja arini rasa nak tinggalkan satu lirik lagu..
lagu baru radja ni best bagi aku..

jangan pernah kau katakan woo woo
bahwa cintaku terlarang woo woo
karna tak ada yang tahu
arti cinta sesungguhnya

cinta datang dari tuhan woo woo
yang tak mungkin ku hindarkan woo woo
karna aku manusia
yang pastinya butuh cinta

reff:
kepadamu aku terus terang
bahwa aku memang masih sayang
demi kamu aku relakan perpisahan

hanya aku yang aku sayang
bersamamu jiwaku melayang
demi kamu aku relakan perpisahan

cinta datang dari tuhan woo woo
yang tak mungkin ku hindarkan woo woo
karna aku manusia
yang pastinya butuh cinta

repeat reff

cinta datang dari tuhan woo woo
yang tak mungkin ku hindarkan woo woo
karna aku manusia
yang pastinya butuh cinta

repeat reff

ooo perpisahan

cinta datang dari tuhan

Assalamualaikum..

p/s: (^_^) hahahahah..

Kau Gadisku : Ep.5

Selesai menukar pakaiannya, Umar kembali ke tempat duduknya. Mukanya merah padam. Geram dengan tingkah gadis disebelahnya. Tidak sangka gadis ini seorang yang kuat makan namun badannya tidaklah gemuk cuma pipinya tembam dan gebu. Kulitnya yang licin tapi bekas jerawat dan matanya bundar berwarna coklat memang cukup cantik. Gadis ini juga memakai tudung tapi tingkahnya agak kasar.

“Err.. saya minta maaf. Saya terlampau kenyang.” Ujar Zareen Sofea sambil memandang Umar takut-takut.

“Hmm...” Umar sekadar mengangguk. Dia menutup matanya.

Melihat lelaki itu mahu tidur, Zareen Sofea tersenyum sendirian. Baginya lelaki ini seorang yang tenang walaupun cepat marah. Wajah lelaki ini sungguh sempurna baginya. Memiliki mata yang kuyu seperti pelakon korea dan hidung yang mancung. Kulitnya juga licin dan kelihatan janggut dan misainya yang bercukur. Sungguh kacak sekali bagi Zareen Sofea. Dia suka apabila berada disamping lelaki ini. Hatinya berdebar.

Setiausaha Umar masuk kebiliknya setelah diberi kebenaran. Gadis kacukan cina dan melayu ini menghadiahkan senyuman kepada bosnya.

“Hari ini Encik Umar ada meeting dengan klien pukul 2.00 petang di Aneka Maju.” Ujar Shahila memberitahu jadual bosnya.

“Itu saja?” tanya Umar.

“A’ah. Itu saja. Encik Umar nak kopi?” Umar menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Okay kalau macam tu pukul 1.59 saya dah ada dekat sana. Awak boleh keluar Ila.” Shahila terus keluar dari bilik Umar dan terus menyambung kerjanya yg tergendala semula.

Umar merenung jam ditangan. Sudah pukul 2.15 petang. Sepatutnya kliennya yang meenunggunya bukan dia yang terpaksa menunggu. Umar jadi geram. Dia memusing-musingkan kerusinya sambil melihat pemandangan diluar dari tingkat 17.

“Sorry Encik Umar, saya ada hal tadi. Saya minta maaf.” Tiba-tiba seorang gadis masuk memohon maaf kepadanya yang asyik menghadap tingkap. Umar memusingkan kerusinya untuk melihat gadis tersebut.

“Kau?” Umar terkejut.

“Awak?” gadis tersebut juga terkejut.

“Tak sangka jumpa dekat sini. What a small world!” ujar Umar sambil tersengih.

“A’ah. Kecilnya dunia.” Ujar Zareen Sofea teragak-agak dicampur tidak percaya.

“Sudah seminggu kita berada dekat Malaysia ini, hilang ke alamat yang saya bagi?” tanya Umar sambil menjungkit keningnya.

“Tak. Kenapa pula saya kena pergi rumah awak?” tempelak Zareen Sofea.

“Aik? Sudah lupa? Hilang ingatan?”

“Tak. Ingatan saya sihat lagi.”

“Ganti rugi aku mana?” marah Umar.

“Encik Umar bin Abu. Nama macam orang kampung.” Ujar Zareen Sofea cuba membangkitkan kemarahan Umar.

Umar tersenyum, “Memang saya orang kampung, nama orang bandar macam mana yerk?


BERSAMBUNG...

Monday, June 28, 2010

Harap Ini Yang Terbaik Untukku

Assalamualaikum..

Bila menginjak dewasa..
perubahan hormon dalam badan akan berlaku..
manusia itu akan berubah fizikal dan mentalnya..
kearah keburukan dan juga kebaikan..

Perasaan cinta juga mula wujud..
dalam diri masing-masing..
rasa ingin mencintai dan dicintai..
mencari kebahagiaan dunia dan akhirat..

Tapi aku sebenarnya bukan nak citer ttg cinta..
tapi aku nak citer ttg perkara yg penting bagi aku..
untuk hari-hari yg mendatang..
lagipun xsampai seminggu aku nk sambung belajar..
aku mmg perlukan bekalan internet..
klu x macam mana nak update blog, fb dan istudent..
nak buat assignment lagi..
memang ada wifi..
tp xsampai dalam bilik..

Dulu aku guna celcom broadband..
tapi slow sgt2..
nak bukak fb pun kdg2 sampai setengah jam..
mgkn coverage xkuat..
atau ada sebab musibab yg lain..
kawan aku cakap maxis broadband okay..
jd harini aku pun pergilah beli..

aku harap inilah pilihan yg terbaik untuk aku..

Assalamualaikum..

p/s: aku nak cari citer prince hours.. cambest!

Kau Gadisku : Ep.4

Nadeera Huda memandang wajah Ikhwan penuh persoalan. Hatinya terasa resah. dia risau rancangan yang dilakukan menemui kegagalan.

“Wan rasa rancangan ini akan berjaya ke?” tanya Huda risau.

“Entahlah, Wan pun tak tahu. Tapi biarlah waktu yang menentukannya.” Ujar Ikhwan lembut. Dia sendiri berasa risau dengan rancangannya sendiri.

“Huda takut perkara ini akan menjadi lebih parah.” Huda meluahkan kebimbangannya.

“Huda, kita buat semua ini demi dia dan kita.” Ikhwan memandang Huda dgn penuh yakin. Hatinya tertarik pada gadis itu sejak kali pertama mereka bertemu. Pertemuan kedua mereka semasa Umar memperkenalkan Huda sebagai kekasihnya. Dia sendiri berasa kecewa. Namun ternyata cintanya bukan nertepuk sebelah tangan. Mungkin sudah tertakdir yang Huda diciptakan untuknya.

Umar menarik nafas lega. Dia sempat membeli tiket baru selepas puas memujuk gadis korea yang menjaga kaunter. Nasib baik masih ada tempat kosong lagi. Dia tersenyum jahat. ‘Jaga kau!’ bisik dia dalam hati.

Zareen Sofea tersenyum lebar. Akhirnya dapat juga dia pulang ke tanah air setelah berada lama di Korea. Dia menyanyi-nyanyi kecil. Tiba-tiba seseorang menghampirinya sambil tersenyum.

“Tepi sikit! Aku nak duduk dekat seat aku.” Ujar Umar kasar. Dia sengaja membeli seat bersebelahan dengan gadis tersebut.

Wajah Zareen Sofea pucat. Dia terperangkap. Perlukah dia terjun dari tingkap kapal terbang ini? Dia memandang Umar sambil tersengih-sengih macam kerang busuk.

“Awak, saya minta maaflah. Saya buat macam ni sebab saya terpaksa. Saya tiada duit. Saya kena tipu. Nanti sampai Malaysia saya bayar.” Ujar Zareen Sofea meminta simpati.

“Kau ingat aku percaya pada kau?” marah Umar tetapi suaranya diperlahankan.

“Macam ni, awak amik cincin saya sebagai tebusan. Cincin amat berharga buat saya.” Zareen Sofea menyerahkan cincinnya kepada Umar.

“Cincin sepuluh ringgit dapat satu ni kau bagi aku!” Umar menjegilkan biji matanya.

“Ini emas putehlah. Kena cuci dulu nanti, lama tak cuci tu jadi macam tu.”

“Baik, aku ambil ni. Ini alamat rumah aku, aku nak kau bayar semua sekali.” Tegas Umar. Zareen Sofea hanya menganggukkan kepalanya.

Semua penumpang enak menjamu selera. Umar mengasingkan satu persatu makanannya. Zareen Sofea memandang sambil tersenyum penuh makna.

“Awak tak makan sayur tu?” tanya Zareen Sofea. Umar menggelengkan kepalanya.

“Bagi saya,”ujar Zareen Sofea sambil tersenyum. Umar memberi tanpa bersuara.

Setelah selesai menjamu selera, Zareen Sofea berasa tidak selesa. Dia berasa loya lalu muntah kearah Umar. Umar terkejut.

BERSAMBUNG..

Sunday, June 27, 2010

Kecewa

Assalamualaikum..

Kadang2 bukan semua perkara..
kita boleh simpan dan sabar..
ada masanya perasaan itu akan berkecai jua..
seperti gunung api yg melimpahkan laharnya..

Siapa tidak sayang pada org yg telah membuat kita melihat dunia ini..
dia terlalu istimewa..
namun dia sendiri yg menarik keistimewaan yg dia peroleh..
dia hancurkan hati org2 yg menyayangi dia..

Ungkapan kata sabar seringkali meniti dibibir..
memang semua org ada kelemahan dan melakukan silap..
namun kenapa terlalu banyak untuk diulangi..
tidak sayangkah dia pada org yg berkongsi hidup dgnnya selama ini..

Susah mencari lelaki sekuatnya..
mempertahankan mahligai yg dibina..
selalu mengalah demi org2 yg dicintainya..
namun kenapa sidia selalu menyakitinya..
bukan sekali tapi berulangkali..

Semua org kecewa..
Org2 yg sentiasa berada disisinya..
org yg selalu cuba menyayanginya..
tapi dia sendiri yg memusnahkan segalanya..

I always dreaming to be happy with you but you always hurting me but I hope one day I can get it from you once in my time.. ( ayat bi aku tunggang langgang..) sorry..

Assalamualaikum..

P/s: org kata bila kita luahkan sesuatu.. kita akan merasa lega..

Saturday, June 26, 2010

Aku suka Blue

Assalamualaikum..

Aku rasa buka aku sorang je yg minat blue..
mesti ramaikan peminat blue..
bagi aku bila tgk blue dapat menenangkan jiwa yang gundah..
tenang dan rasa segar dan fresh..

Dari kecik lagi aku suka blue..
kalau apa-apa mesti aku beli yg blue dulu..
bagi aku yg lain xmenarik..
memsti sebab sukakan..

sejak kecik lagi aku suka warna biru nih..
tapi xde kaitan dgn politik..
sebab aku pun suka green..
hijau nipun memberi ketenangan..
masa kecik kebanyakakn baju aku warna blue lah..

setiap org ada warna kesukaan masing2..
warna pink, orange dan hitam pun ada..

tengok ni aku pakai baju blue org lain semua white..

entri kali ni tu je aku nak bagitahu..

warna kegemaran aku = Blue

Assalamualaikum..

Baran

Assalamualaikum..

"Aku sayang kaulah bodoh!"
bagi sesiapa yg tgk LBS..
masih ingat dialog yang dilontarkan oleh Azmi kepada Ayu..
walaupun kedengaran kasar tapi Azmi betul2 menyayangi Ayu..
tapi sebab sikap barannya itulah..
rumah tangga mereka hancur..



sejak akhir ini..
aku rasa aku cepat melenting dan marah..
aku dah tak kira dah..
klu aku dah marah aku luahkan..
klu aku xsuka aku tunjuk terus..
klu dlu aku pemalu..
skang aku jadi xtahu malu..

org kata kalau kita cepat marah..
mesti ada penyakit kat badan kita contohnya darah tinggi..
klu makan daging kita akan pening kepala..
sebab dlm daging byk darah..
tulah meyebabkan kita kena serang darah tinggi..

tapi sebenarnya..
org yg marah itu adalah org yg jujur..
dia akan bercakap dgn suara yg tinggi..
meluahkan apa yg terbuku dihatinya..
klu korang nak sesorang tu berkata jujur..
naikkanlah kemarahan dia..
nescaya kamu tahu kejujurannya..
tapi kdg2 ada jugak org yg menipu walaupun marah..


Assalamualaikum..



p/s: jgn marah aku plak..

Friday, June 25, 2010

Kau Gadisku : Ep.3

Zareen Sofea berasa geram dengan lelaki yang masih belum dia ketahui namanya itu. Sangkanya lelaki itu akan berjumpanya di tempat makan seperti kebiasaan dalam drama. Lagipun dia kekurangan wang sekarang. Fikirnya dapatlah juga dia mengepow lelaki itu. Namun bila bertemu di Zoo ini, apalah yang dapat dimintanya.

Umar mendekati gadis itu yang berada di hadapan pintu masuk utama Zoo sambil mengerling jam ditangannya.

“Mana handphone aku?” tanya Umar kasar.

“Aku punya mana?” soalan berbalas soalan.

“Kau punya apa?” tanya Umar bodoh.

“Hish, jangan nak buat bodohlah. Handphone!” Zareen Sofea jadi geram.

“Bagi handphone aku dulu!” tegas Umar.

“Sama-sama bagilah.”

“Tak boleh, aku habis banyak duit baiki handphone kau ni. Cepatlah!”

Zareen Sofea teragak-agak untuk menyerahkan telefon tersebut kerana risau lelaki ini akan menipunya. Umar mengambil telefon tersebut pantas sambil tersenyum sinis.

Umar mengeluarkan telefon gadis tersebut dari kocek seluarnya. Telefon tersebut disuakan kemuka gadis itu. Apabila gadis tersebut ingin mengambil telefonnya, Umar menarik kembali sambil ketawa.

“Bagilah cepat!” Zareen Sofea merengus geram.

“Kalau boleh ambillah.” Ujar Umar sambil mengangkat telefon tersebut tinggi ke udara. Gadis tersebut yang lebih rendah darinya terkapai-kapai cuba mendapatkan telefonnya. Umar ketawa terbahak-bahak.

Zareen Sofea geram dipermainkan sebegitu. Dia jadi marah lalu menumbuk perut lelaki itu kuat. Telefon ditangan Umar terlepas lalu jatuh dan pecah berderai. Dua pasang mata melihat kejadian tersebut. Mereka saling memandang antara satu sama lain. Mata Umar ternampak sebuat teksi berhampiran dengan mereka lalu berlari mendapatkannya.

Zareen Sofea melihat lelaki itu melarikan diri lalu cuba mengejarnya. Namun lelaki itu lebih pantas dan meninggalkannya bersama-sama dengan telefon yang telah hancur.

“Sial!” jerit Zareen Sofea kuat.

Lagi setengah jam dia akan berangkat pulang ke tanah airnya setelah seminggu berada di Korea. Walaupun dia masih belum mampu melupakan Huda, dia tetap akan cuba perlahan-lahan. Biarlah Huda menjadi sejarah bagimya. Umar mencari tempat duduk dan ingin menyimpan tiketnya. Tiba-tiba seseorang merampas tiketnya.

“Aku balik dulu!” jerit gadis tersebut sambil menjelingkan lidah kearahnya lalu masuk ke balai berlepas.

BERSAMBUNG....

Masalah!

Assalamualaikum..

Aku rasa semua orang ada masalah yg tersendirikan..
kalau xde tu mmg bestlah hidup diaorg..
tp masalahlah yg sebenarnya akan membantu kita utk survive dlm hidup ni..
setiap masalah ada jalan penyelesaiannya..
dan bezanya masa akan menetukannnya..

setiap hari aku ada masalah..
tapi bukan semua masalah datang sendiri..
kadang-kadang aku yang mencari masalah tersebut..
baru hidup xbosan kan...

masalah aku skang adalah..
uitm..
patutnya aku dah dpt tahu aku dpt bilik mana..
tapi skang uitm buat sesuatu yg merisaukan aku..
aku kena daftar 3/7..
jd aku dpt tahu aritu aku dpt x kolej atau tak..
jadi klu aku xdpt terpaksalah aku kena cari rumah sewa..
pastu transport lagi..
kawan2 aku yg xdapat..
semua dah dapat umah sewa dan umah dorang dah penuh..
aku nak meraba mana lagi..
tu yg merisaukan batin aku ni..

kan best kalau aku dapat pergi pulau jeju untuk menghilangkan kerisauan dihati ini.. hurm...

Assalamualaikum..

p/s: best plak aku tgk org tulis entri dlm english.. aku nak try tp english aku tunggang langgang.. sesajer je plak kena gelak..

Thursday, June 24, 2010

Kau Gadisku : Ep.2

“Huda? Siapa Huda? Dahlah langgar orang kuat, tengok ni habis handphone aku rosak! Kau kena bayar ganti rugi.” Tengking gadis itu.

‘Betullah bukan Huda, dia ni semacam saja. Huda lembut dan sopan. Nasib baik bukan. Lega hati aku,’ kata Umar dalam hati sambil memandang wajah gadis tersebut dalam-dalam.

“Hei, dengar tak apa yang aku cakap? Aku nak kau bayar ganti rugi!” jerit gadis tersebut. Ramai mata yang memandang ke arah mereka.

“Ganti rugi? Kenapa pula? Awak yang langgar saya.” Umar mempertahankan diri. Dia yakin bukan salahnya.

“Ah, tak kira. Kena bayar juga, aku tak minta banyak cuma 1000 ringgit malaysia jer.”
Umar hairan dengan tingkah gadis tersebut bagaikan orang yang terdesak.

“Kenapa ringgit malaysia?” tanya Umar.

“Itu hal aku. Bayarlah cepat. Nampak macam orang kaya.” Ujar gadis tersebut selamba.

“Saya tak nak bayar sebab bukan salah saya, awak yang langgar saya!” ujar Umar lalu meneruskan pencariannya.

Gadis tersebut membaling kasut ke arah Umar. Kasut tersebut terkena dikepala Umar.

“Aduh, sakitnya! Kau ni kenapa?” marah Umar. Tiada lagi ungkapan awak saya dalam bicaranya. Gadis seperti ini tidak boleh berlembut.

“Okay-okay, bagi 500 pun cukuplah.” Ujar gadis tersebut bagaikan merayu namun dalam wajahnya yang ketat.

“Aku tak nak bagilah!” jerit Umar pula. Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Baru sahaja dia ingin menjawab panggilan tersebut, gadis itu telah merampas telefonnya lalu melarikan diri. Telefon gadis tersebut ditinggalkan.

Gadis tersebut menjerit diseberang jalan, “Dah siap baiki, mesej ok?” gadis tersebut menunjukkan ibu jarinya ke atas.

Umar merengus marah. Baru saja sampai dekat Seoul ni sudah dapat masalah. Dia pergi ke kedai telefon yang berhampiran untuk membaikinya.
Selesai membaiki telefon tersebut, satu mesej telah masuk. Umar membukanya.

‘Hai sayang, buat apa tu? I rindulah, makan pun tak kenyang asyik ingatkan U setiap masa. Sofee bila nak balik?”

Umar berasa seperti hendak muntah. Selama dia bersama Huda, tidak pernah dia menghantar mesej seumpamanya. Umar membiarkan saja mesej tersebut.
Tiba-tiba telefon tersebut berdering, panggilan masuk dari Aliff. Umar menekan butang answer.

“Hello sayang, kenapa tak balas mesej I. Are you okay? I rindu sangat-sangat!”

“Apa sayang-sayang? Gelilah!” ujar Umar.

“Hah, siapa ni? Sofee mana?” tanya lelaki itu?

“Sofee tidurlah, semalam kami penat sangat. Aku pun nak tidur ni. Bye-bye.” Umar tersenyum kepuasan.
Umar menghantar satu mesej ke telefonnya.

‘Jumpa esok dekat zoo, pukul 9’

Zareen sofea membaca mesej yang baru diterimanya. Dahinya berkerut-kerut membaca mesej tersebut.
“Zoo?”

BERSAMBUNG...

Kau Gadisku : Ep.1

Bila cinta tak lagi untukku
Bila hati tak lagi padaku
Mengapa harus dia yang merebut dirimu
Bila aku tak baik untukmu
Dan bila dia bahagia dirimu
Aku kan pergi meski hati tak akan rela

Terkadang ku menyesal
Mengapa ku kenalkan dia padamu

Umar memandang tiket penerbangannya kosong. Hatinya bagaikan disiat-siat. Marah, geram, benci dan sedih bercampur menjadi satu. Tidak pernah dia menyangka perkara sebegini akan berlaku. Menyesal bukan kepalang apabila dia mengenalkan Ikhwan kepada Huda. Akhirnya dia yang dibuang dalam dilema cinta mereka.

Fikiran Umar mula ligat mengimbas kembali peristiwa yang berlaku minggu lepas. Hajatnya untuk menemui Ikhwan dibengkel rupanya menjadi satu titik noktah dalam perhubungan mereka.

Umar melihat Ikhwan meengusap-usap tangan Huda sambil ketawa mesra. Dia jadi marah lalu melepaskan tumbukan dimuka Ikhwan. Tidak cukup dengan itu, satu penerajang singgah diperut rakan baiknya itu. Melihat Ikhwan yang tidak melawan membuat hati Umar menjadi lebih geram.

Umar ingin membuat serang balas lagi namun Huda menahannyaa dan mengungkapkan kata-kata yang cukup menghiris hati nuraninya.

“Umar, saya cintakan Ikhwan bukan awak! Saya minta maaf, jangan pukul Ikhwan. Pukullah saya sebab saya yang bersalah!” ujar Huda sambil menangis. Luluh hati Umar mendengar kata-kata yang bagaikan racun baginya. Umar meninggalkan Ikhwan dan Huda bersendirian. Dia sempat mendengar namanya dipanggil Ikhwan namun itu semua sudah tiada erti baginya.

Penerbangan ke Korea Selatan telah diumumkan. Umar menarik begnya menuju ke balai berlepas bersama hati yang terluka.

Umar kagum melihat Bandar Seoul yang begitu indah baginya. Tidak berapa lama lagi musim sejuk akan tiba. Dia ingin melupakan segala kesakitan dengan bermain salji yang sejuk itu. Mungkin bisa menyejukkan hatinya.

Umar asyik membelek kad yang tertera nama hotel yang bakal dihuninya. Dia berjalan dilorong pejalan kaki sambil asyik memandang kad tersebut. Tiba-tiba dia dilanggar seseorang.

“Sorry!” ujar Umar kepada gadis yang dilanggarnya. Gadis tersebut jatuh terjelepuk. Mukanya mencium jalan. Umar cuba membantu.

Gadis itu berpaling ke arahnya dengan wajah yang amat marah. Umar terkejut.

“Huda?” terpacul nama bekas kekasihnya itu.


BERSAMBUNG...