Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Monday, May 31, 2010

Serupa tapi tak sama

Assalamualaikum...

Aku sampai rumah aku pukul 3 pagi..
bertolak pukul 12 tgh malam lepas makan satay kat gombak..
mmg seharipun kat KL..
terasa hampa sebab xdpt pergi pesta susu dutchlady kegemaranku di pavilion..
dan juga youth10 yg aku dpt pass percuma..
xpelah mgkn bukan rezeki..

tapi mmg penat semalam..
dari gombak ke klang..
dari klang ke sentul..
sentul ke ampang..
ampang ke pantai dalam..
pantai dalam ke gombak balik..
memang full r satu hari..
xdpt nak pergi KLCC, MID VALLEY, TIMES SQUARE DAN pAVILION..
yelah mmg aim nak pergi kenduri kahwin jer..
bkn nak jalan2 pun..
mgkn lain kali..

tapi apa yg xbestnyer gi KL ni..
manusia KL ni cam xde perasaan sabar jer..
bawak laju mcm nak race..
hob tu dah macam jadi lagu kat radio..
dah..
kalau sedap xpe r..
nyekit gila aku dengar..
lambat skit hon bertalu bunyi...
sikit2 hon..
bawak elok2 pun dia hon jugak..
dahlah sesak..
lagi satu bayar tol sehari nak dekat seratus..
fuh! nasib baik aku xduk saner..
nasiblah aku hidup dgn manusia kuantan..
yg masih ada kesabaran lagi..
masa kereta aku mati kat lampu isyarat..
xde pun yg nak hon2..
sabar je menunggu..
kalau kt KL xtahulah..
macam tu rupanya hidup kat bandar metropolitan..
manusia itu serupa tapi xsama..
negeri pun ikut macam tu ker??

P/s: balik je tiba-tiba meluahkan ketidak puasa hati..

p/s: dapat jugak makan nasi minyak org kahwin kat meru semalam.. heheh..

p/s: siapa kahwin jemput2lah aku.. hehe..

Assalamualaikum..

Saturday, May 29, 2010

Hilang Sehari.. & nak tengok putera tertengok andartu

Assalamualaikum..

Haritu ada member aku turun kuantan..
Dia dari chini sebab nak beli henset baru..
sebab henset terbasuh dalam mesin basuh..
aku pun temankan dia..

alang2 dah ada berdekatan dengan pawagam..
dia pun ajak aku tgk wayang.. dia nak belanja..
sbb dia kata dah lama x tgk wayang..
aku pun ikutkan jelah sbb aku pn dah lama xtgk..

mulanya mmg kitaorg nak tgk citer prince of persia..
tapi kawan aku xbleh lambat sbb bas last dia pukul 5.30..
jadi dek kekecewaan xlh lh tgk citer yg org kata best sgt..
so, aku kecewa, dia kecewa.. jadi dia kata dia sangap sgt nak tgk wayang..
kitaorg pun cari r citer yg terdekat..
cari punya cari..
adalah citer ni..
akhirnya dari nak tgk putera tertengok plak andartu ni..
citer ni bergenre komedi..
ada komedinya tapi aku rasa xseronok menonton citer ni..
mgkn sbb pelakonnya ke??
xde lisa kot.. hahah...
atau jalan ceritanya yg mengarut??
ending dia ntah apa-apa..
mcm membazir plak tgk..
tapi skurg2nya kawan aku dah lepas kesangapannya..
mgkn dalam wayangkan sejuk jer..
aku bagi citer ni 2.5/5 bintang..
lama dah xbagi bintang kat filem2 ni..

Okay, hari ini aku akan pergi KL atau Kuala yg berlumpur..
wah! dapat jugak gi KL.. nampak sgt aku hulu..
kali terakhir aku pergi Kl tahun 2008..
itu pun masa lawatan kelab Lukisan Kejuruteraan..
Kitaorg pergi Pusat Sains, KLCC dan PWTC..
tapi sehari jer.. kejap sgt..
tu yg aku excited sgt nih nak pergi..
apa yg aku excited sgt pn aku xtahu...

sebenarnya saudara aku ada buat kenduri kahwin..
kenduri tu kat klang..
pastu akak aku kata alang2 dah pergi klang singgahlah KL..
boleh dia shopping2...
biase r org perempuan.. lantaklah duit diakan..
so, aku pergi ptg ni..
dan mgkn malam esok sampai balik kt umah..
sehari jekot..
hilanglah sehari..

so, xknlah aku nak tinggalkan korg dgn tgn kosongkan..
so aku ada lah tinggalkan lagu nasyid yg sgt best bagi aku utk korg..
korg boleh download lagu ni dan layan puas2 ok..

tajuk lagunya SESEKALI DIUJI oleh NICE
untuk mendownload lagu ni klik DOWNLOAD NICE

selamat melayan lagu ni..

Assalamualaikum...

Syahir - Kebahagian Dalam perpisahan

Assalamualaikum..

First time aku dgr lagu ni..
aku dah minta dan suka sgt..
lagu yg sedap didengar..
kalau korg suka.. boleh download lagu ni... klik DOWNLOAD SYAHIR

enjoy!

Assalamualaikum..

Friday, May 28, 2010

Pernah Buat Perkara Bodoh?

Assalamualaikum..

Sejak akhir-akhir ni entri aku asyik bertanya jer kan..
entah r akau nak update blog tapi idea tak ada..
aku ni lebih suka berangan sambil melayan lagu jiwang..
tapi card reader baru beli tadi xberfungsi sebetulnya.. geram? marah?
normallah tu..
sebut ttg normal..
ada member lama aku..
baca blog aku ni.. member dari skolah ahmad..
aku rapat dgn dia dulu sebelum kami berpisah..
mujurlah ada facebook merapatkan kami..

berbalik dgn kawan aku ni..
dia kata blog aku ni sengal.. sengal?
aku tergelak tanya dia kenapa cakap macam tu..
dia kata aku mempersoalkan perkara normal..
mgkn sebab entri aku yang KENAPA MEREKA GILA HARTA dgn ADAKAH AKU PELIK..
mgkn perkara tu normal..
aku terimalah komen dia.. setiap org ada hak untuk bersuarakan..
aku xpernah halang org nak kutuk aku atau puji..
sebab tu mulut dorang..
dorang dah besar dah tahu mana betul dan salahkan..
tapi xjugak.. kalau dorang dah boleh fikir..
xkanlah kes buang bayi makin teruk..
tapi kalau budak kecik ckp perkara2 xelok..
kita kena tegur xpun tangankan terus..
kenapa?
melentur buluh biarlah dari rebungnya..
kalau dah besar payah dah..

pernah buat perkara bodoh tak?
itu satu persoalan..
kalau nak kongsi pun okay..
tapi aku tak tahulah ada ke tidak org nak kongsi..
xpun ada ke baca entri aku ni..

tapi aku rasa banyak perkara bodoh yang aku buat...
terlajak perahu boleh diundur terlajak kata@perbuatan buruk padahnya..
aku ni betul jugak kadang2 org kata..
xpernah nak fikir panjang..
mungkin betul aku ni kuat emosi dan sensitif..
tapi bila dah terlajak kena terimalah akibatnya..

aku pernah buat kawan aku menangis..
aku pernah buat kawan aku bergaduh..

aku pernah buat kawan lelaki aku menangis masa form 1..
nampak sangat masa tu aku xmatured..
tapi bile fikir balik..
mmg salah dia.. tapi aku kena jaga perasaan kawan aku..
bagi aku..
aku lebih rela disakiti dari menyakiti..
bunyi macam poyo..
sebab tulah kawan2 perempuan selalu panggil aku poyo bukan ponyo..

dan satu lagi..
aku selalu nak elakkan diri dari bergaduh..
taapi aakulaah yaang menyebabkan pergaduhan...
aku hampir bertumbuk dengan kawan aku sendiri sebab mulut aku..
aku sound dia depan2..
sebab aku tak suka orang yang suka meniru dalam exam..
kalau meniru baik tak payah buat exam..
baik tak payah balaja..
exam tu kan untuk uji keupayaan minda kita..
nampak lagi kepoyoan aku..
tapi aku rasa aku tak patut sound dia macam tu..
aku kena guna cara lain..
tapi akukan beremosi..
PPP pun ada ajar cara kawal emosi ni..
tapi aku still gagal.. hahahahahah..

mujurlah aku ni jenis cepat sejuk..
dan mudah nak ucapkan kata maaf..
lagipun aku nikan ssh dapat kawan..
kawan yg sikit tupun nak gaduh ker..
walaupun kawan2 aku still meniru dalam exam..
aku terpaksalah menerimanya..
mungkin itu cara diaorg..
tapi apa yg aku cakap..
cikgu @ lecturer xnampak tapi Pencipta kita nampak..
aku pun bkn baik sgt..
tapi tulah bezanya org melayu dgn kaum lain..
xcuba naak berusaha dulu..
mudah menyerah kalah..
org yang meniru tu.. dia tak yakin pada diri sendiri..
kita kalau nak berbangga dalam hidup ini..
biarlah dengan usaha kita sendiri..
baru best..
mgkn aku dah byk merepek dahni..
aku sekadar nak update satu entri sehari..

p/s: entri kali ini aku byk puji diri sendirikan.. hahah.. poyo..

Assalamualaikum..

Masih Menunggu..

Assalamualaikum..

Dalam hidup ni bayak perkara yg masih aku tunggu..
ada org kata penantian itu satu penyeksaan..
tapi..
yang penting itu kita kena sabar..
sabarkan separuh dari iman..

apa yg aku tunggu??

aku MASIH MENUNGGU tayangan citer LAGENDA BUDAK SETAN kat wayang.. teruja betul nak tgk filem tu..
aku MASIH MENUNGGU bila nak start balik belajar kat uitm walaupun aku nak cuti lama lagi..
aku MASIH MENUNGGU bila nak habis diploma ni.. xsabar nak sambung ijazah pastu kerja pastu kahwin..
aku MASIH MENUNGGU untuk habiskan 3 novel yg aku beli dan baru aku habis baca bab 1..
aku MASIH MENUNGGU untuk cash out duit nuffnang utk first time yg kini aku ada xsampai seringgit pun.. mahu bertahun kot tggu dapat 50..
aku MASIH MENUNGGU apa yang akan berlaku pada aku pada masa hadapan.. adakah aku ni bakal jurutera ataupun guru??

dan yg paling kutunggu..

aku MASIH MENUNGGU siapalaah cinta pertamaku?? aku xpernah bercinta.. best ke bercinta itu?? hahah...



best jugak layan lagu citer budak setan..
lagi suak tgk lisa..
kalaulah bakal isteriku secantik dan sebijak dia..

Assalamualaikum..

Wednesday, May 26, 2010

Kebahagiaan Dalam Perpisahan Versi SYAH

Assalamualaikum..

Hari ini aku cuma nak tunjukkan sebuah video..
yg simple yg aku buat..
menggunakan lagu tema juara af8, syahir..
terimalah kebahagiaan dalam perpisahan versi SYAH..

mesti korg kecewa tgkkan..
video just gmbr aku dgn kawan2 aku..
dari sekolah teknik dan uitm..

aku duduk kt hostel masa aku form 1 lagi..
masa tu aku sekolah dekat SMK Ahmad pekan..
pastu aku pindah pergi SMT Kuantan..
sebab aku tak berjaya nak masuk MRSM..
mgkn sebab aku ni xbijak kan..
itu pun impian aku..
aku mintak masuk matrik teknikal tapi xberjaya..
tapi aku dapat matrik sains kt gambang..
aku belajar seminggu kat KMPH..
pastu aku keluar dari situ sbb aku xbleh nak sesuaikan diri..
aku mengaku aku antara org yg ssh nak dapat kawan..
selagi org tu xtegur aku selagi tu aku akan berdiam diri..
aku masuk uitm kampus khazanah alam pn sebab ada member kacip aku..
sepanjas mms aku dok berkepit dgn dia..
sampailah kami terpaksa berpisah..
dia course lain aku course lain..

mmg pelik ada org lelaki mcm aku ni..
tapi mmg sikap aku mcm ni..
aku mmg xboleh nak ubah lagi..
sampai satu masa aku kena masuk kelas lain..
seminggu aku keseorangan..
ada yg tegur dan meyapa aku..
aku jawab sebaik mungkin..
sehinggalah ada seorg yg mula rapat dgn aku..
sejak itulah aku baik dan rapat dgn budak lelaki kelas aku..

aku rasa sahabtlah nilah yg penting bila aku berjauhan dgn keluarga..
dorglah yag aku buat kita ketawa dan kadang2 sedih..
aku cuba utk menjadi kawan yg terbaik!
tapi aku pun manusia biasa..
pernah juga bertelagah dgn dorang..
namun benda mcm tu xlama..
kita xbleh nak suruh org ikut perangai kita..
setiap org ada cara masing-masing..
kita sebenarnya kena memahami mereka..
barulah ukhuwah yg terjalin itu suci..

aku gunakan lagu syahir ni sebab..
setiap pertemuan itu pasti ada perpisahan..
dan setiap kali perpisahan itu..
aku berharap kawan2 aku akan menemui jalan kebahagiaan..
itulah yg selalu aku harapkan..

Assalamualaikum..

Tuesday, May 25, 2010

Kenapa Mereka Gila Harta??!

Assalamualaikum..

Semalam seharian aku xdpt online..
sebab semalam dan hari ini aku dah macam org bekerja..
pergi berurusan kat sana.. pergi berurusan kat sini..
tapi skurg2nya aku dpt berkhidmat untuk keluarga aku..
kakak aku sibuk sgt kerja sampai balik kul 6 ptg..
xsangka pulak aku cikgu sekolah balik lmbt..
dlu aku ingat klu dah habis waktu persekolahan..
cikgu pun balik..
rupanya dorg ada hal lain plak..
so, sebagai adik yg bertanggungjawab dan bermurah hati..
aku pun tlglah selesaikan kerja dia..
aku kena berurusan kat bank byrkan ptptn dia..
duit kereta abah dan kakak aku..
dan mcm2 lagi..
dari satu bank ke satu bank..
mmg penat! tapi aku suka dpt upah...

Okay..
entri aku ni..
ttg kenapalah org sekarang terlalu gila harta..
dengan adik beradik pun boleh bergaduh sebab harta..
harta pusaka direbut-rebut..
xfikir ke dorang mak bapak dalam kubur tu..
bknnyer nak buat baca yassin ke apa..
tapi sibuk nak pajaklah nak juallah..
kalau tak menyusahkan org lain takpelah..
selagi tak dapat kaut semua harta dia takkan puas..
yg sekankang kera pun dia nak rampas..
kat luar nampak mcm org baik2..
tapi rupanya gila harta..
geram betul rasanya org macam ni..
nak tanah byk2 buat apa..
nak buat kubur luas mana??
pastu org yg xbersalah teraniya..
harap2lah adik beradik aku tak mcm tu..
harta dunia ni bkn boleh buat masuk kubur pun..
nanti dlm kubur amalan kita yg akan disoal..
itu yg penting..
kumpul harta akhirat tu jgn asyik fikir harta dunia..
bkn xboleh tapi berpada-padalah..

duit ni mmg penting..
tapi sebab duit ni jugaklh boleh menghancurkan..
hubungan keluarga dan persahabatan boleh putus pun sebab benda ni..
dalam dunia ni kita patut bersederhana..
itulh yg terbaik!

p/s: teremotional pulak tapi mmg aku geram..

Assalamualaikum..

Sunday, May 23, 2010

Adakah aku pelik?

Assalamualaikum..

sekadar gambar hiasan..

Aku rasa semua orang ada sifat atau perangai pelik..
setiap org kan mesti berbeza-beza..
mcm aku ni byk benda pelik dlm diri aku ni..
tapi aku nak kongsi satu jer.. hahah..

first..
perkara pelik ttg aku adalah..
aku tak makan sayur..

semua jenis sayur pun mmg aku xmkn..
aku akan muntah dgn serta merta..
klu aku makan mee goreng, nasi goreng dan burger..
perkara yang aku buat dulu..
aku buang syur dulu baru aku makan..
kalau buah aku makan tapi kena pilih jugak..
kalau buah kiwi dan durian aku xmkn.. ada lg yg aku xmkn..

buah strawbwry aku xpernah mkn.. tp aku naak sgt mkn tp still xdpt2..
mmg aku rasa badan aku ni xcukup vitamin..
tapi Alhamdulillah aku masih sihat dan bertenagaa..

korang rasa aku ni pelik x?

sebab cikgu aku cakap siapa tak mkn sayur ni org pelik?
aku ingat lagi kata-kata cikgu tu masa aku darjaah 2 lagi..

Assalamualaikum...

kegembiraan dalam kepenatan

Assalamualaikum..

Macam tajuk lagu juara AF8 pula entri aku kali ni..
tahniah pada yg menang..
dpt kereta free2 jer..
aku nnt penatlah nak byr hutang beli kereta..

aku rasa mcm dah give up dgn nuffnang..
status aku dia tak ubah lg..
biarlah sama je glitter x glitter..
janji aku bahagia..

hari ni dari pagi sampai senja aaku pergi jln2..
aku drive pergi polisas, beserah, megamall, kuantan parade, semambu..
pastu aku pergi pusing untuk kali kedua..
memang penat giler..
ingat bawak kereta xpenat ker..
baru aku terasa betapa penatnya abah..
drive balik kampung dari sini sampai kelantan..
6 jam woo.. mau kematu jap..

masa2 cuti ni baru leh jumpa kawan2 lama..
ingat nak jumpa member sekolah teknik jer..
skali jumpa member skolah rendah pulak.. sekolah chini 2..
dorang blaja kat politeknik kuantan..
satu sem je duk hostel..
pastu dah kena duk umaah sewa..
aku pun gi lyn merantau rumah sewa member aku..
biasalh bila anak2 bujang duk rumah sewa..

ada jugak aku jumpa member aku cuti sem pergi keje..
mcm2 tempat.. KFC, Parkson dan keje sendiri..
mcm bercucuk tanam.. aku je yg pemalas..
patutlah poket sokmo kekeringan..

walaupun hari ni penat..
aku tetap gembira dpt mengukuhkan lagi ukhuwah dgn kawan2 aku..
gembira betul jumpa diaorg..
lama xkutuk2..
mana main kutuk2 belakang..
kutuk2 depan barulah saling menyayangi..
xsimpan dalam..

hmm..
arini baru first time..
aku tgk konsert af musim ni..
tu pun yg final..
pemenang pun layak menang..
aku xkisah pun sape menang..
cuma aku rasa lagu2 baru final musim ni best2 blaka..
bakal menjadi koleksi download aku..

muzik adalah jiwaku..

Assalamualaikum..

Thursday, May 20, 2010

Ceritera Terindah : Episod 2

Assalamualaikum..

Teruskan membaca sambungan cerpen bersiri aku..



Sudah seminggu dia berada di Sekolah Menengah Teknik Kuantan. Semua kerenah rakan-rakan sekelasnya telah diketahui. Izati, habis SPM dia terus mahu pergi ujibakat Akademi Fantasia. Mahu jadi artis katanya, cepat kaya dari sambung belajar. Fadhlan, ketua kelas yang baik dan lembut. Tidak pernah sekalipun dia marah apabila kelas bising malah dia kadang-kadang turut serta sekali. Apabila cikgu mampir kekelas pantas saja mulutnya memberitahu seisi kelas.

Aisha pula penolong kelas, suaranya kedengaran seperti itik kerana dia bercakap dengan slanga british. Kadang-kadang dia pernah terlepas kata pada wanita itu namun mujurlah kata-katanya tidak diendahkan. Umi kalthom pula merupakan penolong ketua pengawas sekolah, seorang yang lembut dan sopan. Jilbabnya labuh sampai ke paras dada. Sedap saja mata memandang. Nurul Huda, pengawas perpustakaan yang bersikap seperti keanak-anakan. Suaranya manja sekali dan murah dengan senyuman. Dia juga berjilbab labuh.

Asri si ulat buku di dalam kelasnya, nombor satu pasti menjadi tempatnya. Tiada siapa yang mampu memintasnya. Kalau ada pun Khairunnisa yang berada di tempat kedua pada peperiksaan tahun lepas. Irfan pula sehari tidak dengar dia bercerita tentang sukan tidak sah dengan Khairul yang menjadi pendengar setia. Tambahan pula dia merupakan kapten pasukan ragbi sekolah.

Isma sekarang sudah lega kerana dapat menyesuaikan dirinya dengan rakan sekelas yang lain. Walaupun mereka mempunyai karakter yang berbeza tapi mereka mempunyai sifat yang sama. Mereka kenal apa itu erti persahabatan. Namun disebalik senyum tawa, keletah dan kerenah yang bisa membuat guru-guru pening kepala, setiap mereka menyimpan masalah yang berbeza. Namun, Syahrafi adalah seorang perahsia tegar. Wajahnya yang sentiasa masam itu cukup mewujudkan suasana yang berbeza.

Guru-guru yang mengajar dikelasnya juga mempunyai pelbagai gaya dan ragam. Cikgu Azri, guru kelasnya itu tidak pernah mahal dengan senyuman. Setiap kerenah anak muridnya dilayan sebaiknya. Dia bagaikan seorang abang yang begitu menyayangi adik-adiknya. Cikgu Hajar pula seorang gadis sunti yang cantik paras rupanya seperti pelakon Lisa Surihani. Walaupun dia agak tegas dengan pelajarnya namun dia seorang yang begitu mengambil berat. Setiap hari kelasnya pasti diberi denda yang berbeza-beza. Cikgu Amirah atau lebih dikenali dengan nama Cikgu Monster pula seorang yang banyak membebel. Kelasnya menjadi kontroversi dibilik guru gara-gara mulutnya. Pasti ada yang tidak kena pada kelasnya setiap kali dia datang mengajar.

“Kamu main sukan apa, Isma?” tanya Cikgu Azri tiba-tiba.

“Hah, kenapa cikgu?”

“Rumah sukan kamu rumah merah, minggu depan Hari Sukan Sekolah akan diadakan. Kalau kamu boleh main apa-apa acara pada hari itu, kamu boleh bagitahu saya.”

“Saya tak main sukan cikgu.”

“Kamu tak suka bersukan?”

“Lutut saya sakit.”

“Oh, kalau macam tu boleh kamu buat sesuatu untuk acara perbarisan?”

“Buat apa?”

“Jadi maskod.”

Ikhwan ketawa terbahak-bahak bersama Amir. Langsung tidak berasa simpati padanya. Mana mungkin dia menolak permintaan guru kelasnya tapi dia tidak pernah buat perkara sebegitu. Pasti dia malu besar.

“Kau jadi maskot apa?” tanya Fadhlan yang turut berada dibelakang kelas.

“Aku jadi teletubies merah!”

“Teletubies? Hahahah..” ikhwan menguatkan lagi ketawanya. Mahu habis keluar ilmu kimia yang baru masuk dalam otaknya tadi.

“Kau jadi maskot kena tarik perhatian orang. Mana boleh jalan bodoh-bodoh macam tu. Kau kena imbas balik masa kau budak-budak dulu.” Ujar Amir pula.

“Nanti aku tolong dapatkan VCD teletubies untuk kau.” Tambah Fendy sambil membetulkan kaca matanya yang senget itu.

“Patutnya kau tolonglah aku merayu dengan Cikgu Azri supaya aku digugurkan menjadi maskot. Bukannya cakap perkara macam ni, bukannya membantu pun.” Marah Isma.

“Kau betul ke taknak jadi maskot?” tiba-tiba syahrafi bersuara.

Semua mata memandang lelaki itu. Dia memandang ke arah isma dengan wajah masamnya. Isma Cuma mengangguk.

“Aku akan cakap dengan Cikgu Azri.” Lelaki itu bangun dan terus beredar meninggalkan mereka.

Asyraf masuk kekelas dengan wajah yang sugul. Tiada lagi senyuman plastik yang terpamer dari bibirnya. Bagaikan ada sesuatu yang menyelubungi perasaan jejaka kulit sawa matang itu. Dia meletakkan kepalanya di atas meja. Terdengar keluhan kecil yang keluar dari mulutnya. Ikhwan menghampiri Asyraf.

“Kenapa ni Raf?” tanya Ikhwan.

“Kau ada masalah ke?” Amir pula menghampiri Asyraff. Isma sekadar memandang dari mejanya. Syahrafi pula sedari tadi meletakkan kepalanya diatas meja.

“Lisa. Dia marah aku. Dia merajuk,” luah Asyraf.

“Alah, menda itu saja. Aku ingat apa?” ujar Ikhwan lalu duduk ditempatnya.

“Kau buat apa sampai dia merajuk?” tanya Alif ingin tahu.

“Dia marah aku sentuh dia. Tadi aku cuba nak pegang tangan dia.” Cerita Asyraff sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Ada nada kesal dalam suaranya.

“Patutlah dia marah, kau nak buat dosa.” Ujar Ikhwan.

“Aku pernah dengar ustaz sekolah aku dulu ada cakap, kalau kita pegang perempuan yang bukan muhrim ibarat kita pegang babi.” Ujar Isma.

“Babi?” tanya Ikhwan.

“Babilah, kenapa?” tanya Isma hairan.

“Kau mencarutlah.”

“Apa pula? Dah memang nama binatang tu babi. Ustaz tu sebut relax saja sebut.” Isma mempertahankan hujahnya.

“Betul ke Isma?” tanya fendy.

“Betullah.”

“Patutlah orang cakap anak yang lahir luar nikah itu anak haram.”

“Kenapa pula fendy?” tanya Ikhwan hairan.

“Sebab diaorang main dengan babi. Patutlah banyak kes buang bayi sekarang. Hish, hish!” ujar Fendy selamba.

Mulut masing-masing terlopong mendengar hujah Fendy. Ada betulnya kata-kata Fendy itu tapi..

“Aku kata ibarat jelah!”

“Sudah, sudah! Berhentilah cakap tentang benda haram tu. Sekarang cuba tolong selesaikan masalah Raf tu. Kesian dia, muka macam tempoyak basi dah.” Ujar Amir tidak mahu kisah babi dipanjangkan.

“Alah, minta maaf jelah, kan senang. Kata saja kau tak boleh menahan nafsu yang bergelora didada. Gelora di hati Asyraf.” Ikhwan memberi cadangan.

“Banyaklah kau punya gelora! Aku tak sengaja peganglah. Aku tahulah halal haram ni.” Degus Asyraf.

“Kalau kau tahu, kau takkan berdua-duaan dengan dia. Mulut saja pandai cakap!” tiba-tiba Syahrafi bersuara. Kata-kata sinis itu berjaya menarik perhatian ramai. Asyraf bengang.

“Kau kenapa Syah? Apa yang tak puas hati?” bentak Asyraf. Mukanya kemerahan.

“Apa yang aku cakap betulkan. Berdua-duaan itu boleh membawa ke arah zina. Takkan kau tak tahu, syaitan suka orang macam kau tu. Baik macam mana pun kalau tak boleh nak kawal nafsu tu, berisi juga nanti!” syahrafi berkata langsung tidak bertapis. Isma jadi risau melihat tingkah dua orang rakannya itu. Namun dia tidak tahu macam mana nak selesaikan masalah ini.

“Wei, cikgu Amirah dah datang!” jerit Fadhlan. Fuh! Isma menarik nafas lega. Dia dapat lihat betapa marahnya Asyraf kepada Syahrafi. Dia pasti mencari jalan supaya perbalahan ini tidak berlanjutan.

Hari sukan sekolah telah menjelma. Isma resah gelisah. Jalannya mundar mandir. Acara perbarisan akan bermula sebentar lagi. Kostum yang telah dibuat Cikgu Azlina dipandang kosong. ‘Betul ke apa aku buat ni?’ dia bercakap sendirian.

“Hah, apa lagi kamu tunggu? Pakailah kostum itu!” ujar Cikgu Azlina. Isma mengangguk laju-laju.

“Kenapa ni? Malu?” entah dari mana Syahrafi tiba-tiba muncul.

“Malulah. Aku tak pernah buat benda-benda macam ni.” Isma meluahkan kebimbangannya.

“Aku dah cakap dengan Cikgu Azri tapi dia kata ini pengalaman untuk kau. Aku rasa ada betulnya kata-kata cikgu tu.” Isma tidak menyangka Syahrafi akan merayu untuknya. Dia hairan dengan sikap rakannya yang seorang ini.

“kau pakai topengkan. Orang takkan kenal kau. Lagipun sekurang-kurangnya kau berjasa untuk rumah sukan kau. Acara ni pun bagi markah juga.”

“tapi..”

“yang penting hati kau ikhlas nak buat semua ni. Kalau tak kau tak payah buat.” Ujar Syahrafi lalu meninggalkan Isma sendirian.

“Syah! Tunggu kejap!” Syahrafi berpaling.

“Janganlah bergaduh dengan Asyraf lagi. Pergilah minta maaf!” pinta Isma.

“Bila aku bergaduh dengan dia?” Syahrafi terus melangkah pergi.

“Ingat apa aku cakap? Kau jangan berjalan biasa-biasa saja. Buat macam teletubies dalam tv tu.” Ujar naim yang datang dari arah bengkel bersama Huda.

“Janganlah risau, sayakan ada.” Ujar Huda sambil tersenyum-senyum manja. Isma juga turut tersenyum.

Isma lega akhirnya semua berakhir dengan lancar. Dia sudah buat sehabis baik. Betul kata Cikgu Azri ini satu pengalaman yang mahal buatnya. Terbit juga perasaan seronok di dalam hatinya. Lagipun tiada siapa yang tahu dialah si teletubies merah itu kecuali rakan-rakan kelasnya.

“Comelkan teletubies tadikan. Siapa yang jadi teletubies tu?” kedengaran suara budak perempuan bersembang tentangnya. Dia tersenyum Cuma.

“Walaweh! Senyum sorang –sorang pula mamat tele... argh sakitlah!” isma pantas menumbuk bahu Ikhwan dari terlepas cakap.

“kau janganlah bising. Orang lain tak tahu, senyap-senyap jelah.” Marah Isma.

“Alah kau ni, semua orang dah tahulah. Fendy bagitahu dekat dia orang. Kau tahulah si lurus bendul tu.” Isma memicit kepala. Aduh, malu bukan kepalang rasanya dia.

“Kau tahu tak yang Asyraf bengang betul dengan Syah?” ujar Ikhwan tiba-tiba.

“Syah kata dia tak gaduh pun dengan Asyraf. Lagipun apa yang Syah cakap tu ada betulnya Cuma cara dia tu agak kasarlah bagi aku.” Kata Isma meluahkan pendapatnya.

“Aku pun. Wei, kau tahu tak yang aku tengok Nisa macam syok dekat engkaulah.”

“kau ni pehal cakap benda ni tiba-tiba. Tak payah nak temberanglah. Cukuplah sekali kau temberang dekat aku. Kononnya sekolah ni macam crows zero, budak Annaz tu punyalah baik kau boleh kata gangster, tahulah muka dia ada parut.” Marah Isma yang ditipu hidup-hidup sampai dibawa ke mimpi. Ikhwan tersengih menunjukkan barisan giginya yang tunggang langgang.

“Aku gurau jelah, tapi yang Nisa tu betul. Sejak kau masuk kelas kita, dia selalu senyum. Selama ni nak tengok dia senyum memang payahlah.” Ikhwan cuba mengaitkan dia dengan Khairunisa lagi.

“Yelah tu, kau dengan Syira pun sepadan aku tengok. Jomlah tengok acara 100 meter tu. Syah dengan Asyraf bertanding.” Mereka berjalan menuju ke balapan. Kelihatan semua peserta melakukan warming up terlebih dahulu. Irfan pula sedang menadah tangan membaca doa. Tahun lepas raja pecut sekolah menjadi miliknya, dia pasti mahu mengekalkan kejuaraannya.

Tembakan dilepaskan. Semua peserta berlari sepenuh tenaga. Tidak sampai sepuluh saat, semua peserta tiba digarisan pertama. Syahrafi menjadi juara diikuti Asyraff dan Irfan ditempat ketiga. Semua yang menang rakan sekelasnya. Isma tersenyum bangga. Dia dan Ikhwan kehabisan suara kerana bersorak terlalu kuat sehingga ada pelajar perempuan yang pergi menjauhi mereka. Ikhwan mengajaknya pergi berjumpa dengan rakan-rakannya untuk mengucapkan tahniah. Isma membuntuti Ikhwan.

Sampai saja disana dia melihat Syah dan Asyraf bergaduh. Mereka berdua bergelut di garisan penamat. Semua pelajar datang mengerumuni mereka. Semuanya bersorak nama mereka berdua. Ada yang menyokong Syahrafi dan ada yang menyokong Asyraf. Isma dan Ikhwan pantas cuba meleraikan mereka berdua. Isma memegang Syahrafi manakala Ikhwan memeluk Asyraf. Cikgu Amirah akhirnya muncul. Wajahnya tegang.

“Kamu berdua ni kenapa bergaduh?” tanya Cikgu Amirah lantang.

“Dia main tipu cikgu!” ujar Asyraf sambil menunjukkan jarinya ke arah Syahrafi. Namun Syahrafi hanya mendiamkan diri dan berlalu pergi. Dia malas mencampuri urusan bodoh seperti itu. Dia terus berjalan menuju ke hostel lelaki.

“Penyertaan kamu berdua dibatalkan. Irfan kamu ditempat pertama,” ujar Cikgu Amirah lalu pergi meninggalkan mereka. Irfan termanggu seketika. Patutkah dia bergembira atau berduka? Dia sendiri keliru.

“Hah, satu lagi kamu Asyraf jumpa saya hari isnin nanti dibilik disiplin. Ikhwan, kamu beritahu Syahrafi sekali.” Cikgu Monster meneruskan perjalannya ke meja urusetia.

“Habislah.” Ujar Ikhwan. Asyraf berlalu pergi ke arah rumah sukannya. Isma ternganga.

Syahrafi asyik menatap foto ditangannya. Foto yang bisa membuat hatinya sendu. Tatkala itu dia ingin sekali menangis. Menangisi segala yang berlaku padanya. Fotonya bersama abah, ibu dan abangnya. Hatinya dicengkam kuat. Dia Cuma dua beradik, namun sayangnya dibeza-beza. Kenapa cedik pandai menjadi simbolik sebuah kasih sayang. Dia sedar dia tidak sepandai abangnya yang kini sudah menyambung pelajaran di United Kingdom. Abah tidak pernah memberi kasih sayang padanya seperti abah mencurahkan kasih sayang pada abang. Tiada ucapan tahniah mahupun pelukan mesra setiap kali dia memenangi acara sukannya. Semua pialanya yang dimenanginya bagaikan tiada harga. Namu setiap kali abangnya memenangi pertandingan syarahan dan nasyid pasti ada kejutan yang abah berikan.

“Kenapa abah buat Syah macam ni?” ujarnya sendirian. Dia bagaikan ketandusan kasih sayang seorang abah. Ibulah menjadi tempat dia mengadu. Dia sedar akan kekurangannya dalam bidang akademik. Bermula dengan ujian penilaian menengah rendah, dia Cuma mendapat empat A sahaja dan gagal menempatkan diri di sekolah berasrama penuh. Sejak itu, sikap abah terhadapnya dingin. Abah malu katanya dengan percapaiannya yang teruk. Sedangkan abang mampu memperolehi lima A dan belajar di SBP.

Dia ingin menebus kegagalannya di peperiksaan menengah rendah. Namun usahanya bagaikan sia-sia. Dia Cuma mampu memperolehi empat A dan lima B. Dia gagal lagi untuk kali kedua. Abah langsung tidak mahu melihat slip peperiksaannyaa. Cuma ibu yang sentiasa memberi dorongan dan semangat untuknya. Sekali lagi dia gagal untuk ke SBP dan diterima masuk kesekolah teknik. Pemergiannya ke sekolah teknik tanpa ditemani abah. Dia sendiri gigih pergi mendaftar sendirian. Sehingga kini abah tidak pernah pun sekali datang ketempatnya. Mana mungkin ibu akan sampai kesini tanpa abah. Tanpa dia sedari air matanya yang tertahan akhirnya tumpah.

Isma tertinggal buku sejarahnya di bilik. Ikhwan memarahinya kerana kelalaian itu. Dia berlari pulang ke bilik untuk mengambil bukunya. Sampai dipintu bilik, dia melihat Syahrafi sendirian di bilik sambil menatap sekeping foto bersaiz 4R. Rakannya itu mengalirkan air mata. Dia terkesima.

Isma sampai ke perpustakaan dengan termengah-mengah. Bajuhnya basah dengan peluh tapi tidak lagi sebanyak dulu. Ikhwan melambai tangan ke arahnya.

“Penatlah aku, kaulah ni bukannya tak boleh kongsi buku tu.” Ujar Isma dengan suara yang kuat. Semua mata memandangnya. Bagaikan mahu tersembul biji mata masing-maing memandangnya. Ada yang siap meletakkan jari di mulut.

“Kuatlah suara kau, perlahanlah sikit. Kalau kongsi nanti lambatlah siap kerja kita. Takkan kau tak kenal Cikgu Monster tu, kalau dia nak esok, esoklah kalau tak mahu gempar lagi kelas kita dekat bilik guru. Kesian aku tengok Cikgu Azri terpaksa back up kita balik. Macamlah kita buat kesalahan besar, guna pensel tekan pun dia marah.” Luah Ikhwan tanpa disuruh. Isma sekadar mengangguk.

Kelihatan Huda sedang menjeling Isma dari arah kaunter. Perempuan itu melemparkan senyuman manja kearahnya. Isma membalas balik sekadar sahaja.

“Aku tengok ramai betullah perempuan kelas kita syok dekat engkau. Jealous aku!” ujar Isma tiba-tiba.

“Banyaklah engkau, Huda senyum jelah, takkan itu pun kau berkira. Kenapa? Kau suka huda yerk? Kau nak aku bagitahu dia?” isma cuba menjerat Ikhwan.

“Takde maknanya. Dahlah sambung kerja kita. Balik nanti singgah koperasi yerk.”

“Kenapa? Kau nak jumpa Afiqah pula? Kau ni mana satu hendak? Syira, huda , afiqah, hah siapa lagi?” masa Isma pula kenakan Ikhwan. Selama ini asyik dia saja yang kena.

“Banyaklah engkau. Sudahlah!” isma ketawa tanpa suara.

Selesai saja menyiapkan kerja mereka di perpustakaan. Mereka berjalan menuju ke koperasi sekolah. Tepat tekaan Isma, hari ini giliran Afiqah pula bertugas di koperasi. Isma menjungkit kening ke arah Ikhwan. Ikhwan memandang bodoh dan terus memasuki koperasi. Isma tidak berniat untuk masuk ke dalam koperasi, muak sudah perutnya asyik membaham choki-choki makanan kegemaran pelajar Sekolah Menengah Teknik Kuantan ini. Matanya melilau melihat sekeliling. Asrama perempuan betul-betul berhadapan dengan Koperasi. Di sebelah koperasi pula tersedianya beberapa buah meja bulat tempat untuk berehat. Dia terlihat susuk tubuh yang dikenalinya. Kelihata Asyraf seorang diri di salah sebuah meja bulat itu. Dia menghampiri rakannya itu.

“Assalamualaikum, buat apa dekat sini?” isma terus duduk tanpa dipelawa. Tempat public takkanlah hendak dijemput-jemput.

“Waalaikumussalam, aku tunggu orang.” Jawabnya ringkas.

“Lisa?” Asyraf mengangguk perlahan.

“Boleh aku cakap sikit tak Raf?” tanya Isma cuba berlapik.

“Apa dia? Kau ni tu pun nak minta kebenaran.”

“Mestilah. Aku rasa lebih baiklah kau jangan berdendam lagi dengan Syah. Aku rasa apa yang dia cakap tu betul Cuma cara dia nak tegur kau agak kasar tapi...”

“Kau pun nak bela dialah. Wei, dia kutuk aku tahu tak. Dia ingat dia bagus sangat?” muka Asyraf bertukar kemerahan.

“Relaxlah, janganlah marah. Aku Cuma nak bagitahu apa yang dia cakap betul. Cuba kau fikir betul-betul, kalau lelaki dengan perempuan berdua-duaan mesti akan berlaku sesuatu. Syaitan ada dekat mana-mana. Sebab itulah kau tengok sekarang kenapa asrama lelaki dengan perempuan dipisahkan? Kenapa tak buat sekali?” tanya Isma.

“kau ni Isma agak-agaklah. Mana boleh macam tu, banyaklah berlaku maksiat nanti. Haram!” ujar Asyraf.

“Tahu pun. Samalah dengan situasi kau sekarang.”

“Tapi aku tak berniat nak buat perkara macam tu dengan Lisa. Aku sayang dia.” Asyraf bersungguh.

“Kalau ustaz pun boleh rogol anak murid sendiri, apatah lagi kita yang tak tinggi ilmu agama ni. Kadang-kadang sebab sayanglah jadi macam ni.” Nasihat isma. Asyraf terdiam. Ada betulnya kata-kata temannya itu. Dia bukanlah alim sangat tentang ilmu agama ini. Solat lima waktu pun kadang-kadang tertinggal.

“Aku tak mahu kau menjadi salah seorang penyumbang kes buang bayi nanti!” tambah Isma lagi.

“Amboi, kasarnya bahasa!” ujar Asyraf sambil tersengih.

“Kalau tak kasar kau tak faham. Oklah, aku pergi dulu. Aku nak nasihat pula orang dalam koperasi tu pula, tak keluar-keluar lagi ni.”

“Siapa?”

“Ikhwanlah.” Asyraf dan Isma ketawa.

Asri selesai mengimamkan solat maghrib di surau sekolah. Semua pelajar lelaki dan perempuan diwajibkan solat maghrib berjemaah di Surau. Hari ini giliran Zaim pula untuk memberikan tazkirah maghrib. Sudah ditetapkan setiap malam seorang pelajar lelaki tingkatan lima diminta memberi tazkirah. Isma dan Ikhwan duduk berdekatan dinding bersebelahan dengan Syahrafi. Tiba-tiba kedengaran suara orang menjerit di bahagian pelajar wanita.

“Pergi! Diam! Bodoh! Berambus!” suara perempuan itu kedengaran nyaring dan agak kasar.

“Ada orang histeria itu. Syahir cepat pergi tengok!” ajak Rahman lalu mendekati bahagian wanita. Kelihatan wajah Umi kecemasan.

“Siapa?” tanya Rahman.

“Baizura!”

Rahman memandang syahir. Lelaki itu mengangguk.

“Isma dengan Ikhwan pergi panggil warden. Zaim pergi ambil air, yang lain baca surah yasin.” Arah Rahman.

Syahir mendekati Baizura. Mulutnya terkumat kamit membaca ayat suci al-Quran. Dia dapat melihat ada makhluk lain yang berada di badan wanita itu. Makhluk berbulu dan hodoh.

“Suruh Alif ambil lada hitam dekat dewan makan!” arah syahir lalu menyambung membaca ayat suci al-Quran.

Syahir mengambil air yang diberikan Zaim dan membaca sesuatu lalu dicurahkan ke tubuh Baizura.

Baizura menggelepar, mukanya kemerah-merahan. Dia menjerit-jerrit kesakitan.

“Jangan ganggu aku Bodoh!” jeritnya ke arah Syahir. Namun lelaki itu tenang sahaja. Dia sudah biasa dengan keadaan seperti ini. Kelebihannya yang dimilikinya ini digunakan sebaik mungkin.

Cikgu Azri yang baru sampai didepan rumahnya terkejut melihat Isma dan Ikhwan berlari kerahnya.

“Kenapa ni Isma, Ikhwan?” tanya Cikgu Azri.

“Ada pelajar perempuan histeria cikgu!” ujar Isma.

“Dalam surau!” tambah Ikhwan pula.

Mereka bertiga terus bergegas ke surau. Sampai saja di Surau, keadaan kembali pulih. Kelihatan Baizura berada dalam keadaan lemah. Cikgu Azri menghampiri Rahman.

“Betul ke ada pelajar perempuan histeria?” tanya Cikgu Azri.

“Betul cikgu. Ada ‘benda’ masuk dalam badan dia. Tapi Syahir dah selesaikan.” Cikgu Azri lega. Syahir mendekati Cikgu Azri.

“Baizura pergi ‘main’ tempat dia.” Ujar Syahir tanpa dipinta.

“Kena bawa pergi hospital ke?” tanya Cikgu Azri prihatin.

“Rasanya tak payahlah cikgu. Dia kena banyak berehat tu. Badan dia masih lemah lagi.” Jawab Syahir.

“Hmm.. kalau macam tu takpelah. Dah masuk waktu Isya’ tu. Ikhwan, kamu pergi azan dan kamu Isma jadi imam.” Kedua-dua manusia itu ternganga seluas-luasnya.

Asyraf dan Syahrafi masuk kedalam kelas dengan wajah yang sugul. Mereka baru sahaja berjumpa dengan pengetua berkenaan kes semasa hari sukan. Isma tertanya-tanya apalah tindakan yang diambil oleh tuan pengetua.

“Kau kena apa dengan pengetua?” tanya Ikhwan pada Asyraf.

“Aku kena brain wash lah dengan dia lepas tu kami kena denda.” Jawab Asyraf lemah.

“Denda apa?” Amir ketahuan.

“Cuci tandas hostel selama satu minggu.”

“Itu saja? Tak masuk rekod?” tanya Ikhwan lagi.

“Tak, tu yang cikgu Amirah tak puas hati tapi bukan dia pengetua sekolah ni.” Asyraf meletakkan kepala di atas meja. Malas mahu berbicara lagi. Seminggunya pasti menyesakkan. Isma melihat Syahrafi tenang seperti biasa, wajahnya juga masih masam seperti selalu. Isma hairan.

Ikhwan menghampiri Isma dan Syahrafi yang sedang asyik menulis di kertas mahjong. Esok mereka dikehendaki membuat presentation di dalam kelas.

“Isma, kau ada kertas mahjong lebih tak?” tanya Ikhwan cemas.

“Takdelah, aku pun cukup-cukup tiga helai saja. Kenapa kertas mahjong kau tak cukup?”

“Kertas mahjong aku hilang dua helai. Amir kata dia letak atas katil dia. Balik makan saja terus hilang.” Jelas Ikhwan.

“kau dah tanya dengan budak lain?” tanya Syahrafi.

“Sudah. Semua tiada. Aku rasa aku kena fly malam ni. Kau tahulah Cikgu Amirah tu, mahunya diheret aku jumpa pengetua nanti sebab tak buat kerja dia.”

“kalau ada sport check malam ni? Macam mana?” tanya Isma.

“Alah, pandai-pandai nanti kau suruh budak bilik aku back up nanti. Dah takde masa dahni. Aku pergi dululah. Nak tempah apa-apa?” tanya Ikhwan sebelum melangkah pergi. Kedua-duanya menggeleng. Ikhwan terus berlari meninggalkan mereka berdua. Isma dan Syahrafi menyambung kembali kerja mereka.

“Macam mana kerja cuci tandas? Best?” tanya Isma pada Syahrafi.

“Bestlah juga. Dapat buat amal.” Jawab Syahrafi selamba. Isma tersenyum mendengar jawapan Syahrafi. Tiba-tiba Amir datang dengan wajah yang cemas.

“Ikhwan mana?” tanyanya. Peluh mula merenek keluar.

“Dia dah keluar. Kenapa?” tanya Isma.

“Ada sport check mengejut sekarang. Cikgu Yusoff yang buat!” isma dan Syahrafi saling berpandangan. Debaran mula menerjah ke dada masing-masing.

“Ikhwan!” serentak nama rakannya disebut.

Wednesday, May 19, 2010

Statusku ditarik..

Assalamualaikum..

Semalam pergi tanjung lumpur..
ingat nak makan ikan pari bakar..
bila tengok ada western food..
terasa nak makan..
pergilah tempah chicken grill..
bila makan rasa loyalah..
kakak dgn abang aku makan okay jer..
nampak sgt tekak aku ni xleh terima mknn barat..
kalau korang nak belanja aku ke bila dpt duit dr nuffnang..
jgnlah belanja western food yerk..
mmg aku xmkn r..
kat sana juga aku ada jumpa member bekas sekolah teknik..
tapi aku xtegur pun sbb dia xtegur aku..
lagipun kat sekolah pun aku xprnh ckp pun dgn dorang..
teruk betul perangai aku nikan..

cerita ttg nuffnang ni..
satus member aku telah ditarik dari glitteri kepada ordinary..
sedih rasanya.. dahlah xdpt byk manapun.. nak beli mcflurry pn xlps2..
bkn kata mcflurry.. aiskrim pop pun xlps lagi..

rupanya aku tahu sebab apa kena tarik..
sebab aku letak iklan adverlets..
tapi skang aku dah buang..
harap-harap nuff bg balik status tu pada aku..

semalam aku dah bersemuka dgn celcom broadband..
abis aku kikis duit akak aku tuk byr benda alah tu..
dahlah aku kena parking kereta jauh dari celcom center tu..
terpaksalah aku berjalan kaki meredah cuaca panas..
sampai jer dia kata sruh dtg hari lain bayar..
tggu bil seterusnya..
panaslah aku...
aritu beria agensi pengutip hutang..
bagi amaran sruh byr dlm masa 7 hari..
dahlah broadband lembab..
aku pun tutup terus akaun..
mujurlah kt rumah pakai streamyx..
aku rasa pki streamyx ni xde masalh lagi..

sekarang aku suka kat blog aku..
dah ramai org dtg berkunjung..
tpi xdptlah aku nak jamu apa-apa..
cuma ucapan terima kasih sebab singgah blog jejaka biasa ni..
aku pun takkan lupa singgah blog korang..

p/s: citer adamaya baru episod 4 aku tgk.. download lmbt skit.. nasib guna streamyx.. klu broadband mahu baru episod 1..

p/s: nampak sgt macam aku anti broadband kan.. hahah..

Tuesday, May 18, 2010

JELAJAH BLOG versi 4.0 BEN ASHAARI


Assalamualaikum..

Tertarik utk join jelajah blog 4.0 BEN ASHAARI..
dia juga pengasas geng blogger yg aku join baru minggu lepas..
harap2 uncle ben perasan aku buat benda ni..

ok mula2..

1. paste dia punya muka.. heheh.. header lah..

2. Namaku Syahrafi. kawan2 realiti pun pggl syah tp kat alam maya aku mR. Syah..
nama blog aku Jom Sembang.. Kenapa nama ni? sebab aku ni suka bersembang..
tapi diluar aku bukan begitu.. aku akan jadi begitu pendiam selagi org tu xtegur aku..
dan aku akan jadi kanak-kanak riang bila aku dah rapat dgn seseorang..
kenapa aku nak jadi blogger? sebab lepas SPM aku kerja sebulan saja pastu abah suruh berhenti.. masa tunggu exam itu sungguh memberi kebosanan yg melampau..
so, bila asyik aku baca blog motivasi setiap hari dan download lagu baru.. aku terasa ingin berblogging.. aku akan aktif bila time aku cuti sem.. tp time xcuti pun aku ttp akan mengupdate blog aku.. sebab aku syg blog aku.. bila dah start berblogging ni mcm2 manusia aku kenal..
aku suka baca blog2 blogger lain.. ada yang kelakar ada yang sedih..
selain berblogging aku suka baca novel.. novel apa2pun aku akan baca kecuali bahasa inggeris.. tp macam harry potter dgn twilight tu akan baca yang telah ditranslate..
aku akan tulis dlm blog aku ni aktiviti aku yg agak menarik.. tentang filem yang aku tgk kt wayang dan novel yg aku baca..

3. aku kenal blog uncle ben bila aku menyertai geng blogger..
aku slalu baca blog dia.. kdg2 ada gak aku komen.. tp xslalu r sbb uncle ben xsuka klu org komen perkara yg mengarut2.. saya harap uncle ben perasa dgn kehadiran blog JOM SEMBANG (i'm just ordinary person) ni..

ok.. the end..

Assalamualaikum..

Monday, May 17, 2010

Nyaman dan Selesanya..

Assalamualaikum..

Selama aku balik bercuti dirumah NI..
dah hampir seminggu..
aku setiap mlm asyik menderma..
derma kepada nyamuk2 dirumahku..
ubat nyamuk pun dah psg..
lgsg xbg effect kt nyamuk2 tu..
kebal betul antibody nyamuk2 tu..
darah aku plak yg makin berkurangan..

tgk kt bontot nyamuk tu..
darah aku..

tp akhirnya abah membuat keputusan..
untuk membeli peti sejuk baru..
apa kena peti sejuk dgn nyamuk plakkn..
sbb nk beli peti sejuk nilh aku xdpt nk tgk episod akhir adamaya..
terima kasih sekali lg kak intan.. nk tgk adamaya gilh blog dia..
ok sambung seterusnya...
dok ralik2 tgk peti sejuk.. abh terpndg air cond..
dan terdetik dihatinya untuk membeli..
yahoo!! air cond r penyelamat aku..
setelah memasang air cond dirumah aku ni.. (quarters polis jer)
nyamuk dah xde.. aku dah bebas dr nyamuk.. yeah!
jiran2 semua pelik tgk rumah aku psg air cond..
bkn nk menunjuk tp utk keselamatan..
takut kena denggi mcm hans plak..
tp skang dia dah sihat..
aku pn suke.. heheh..
sejuk je tdo mlm2..
nyaman dan selesanya..
air cond aku jenama panasonic..
klu nk gilh beli skang selagi ada promosi..

Assalamualaikum..

Who Will Win the World Cup?

Assalamualaikum..

nampaknya piala dunia kembali lagi..
terpaksalah aku berebut remote 3 penjuru..
abg, kakak aku dan my mom..
abah, abg aku comform bersatu...
aku xkisah mana2 pun..
tp taulah perempuan nikan..

sebelum terlupa ini merupakan.. PROJECT ALPHA INSTANT CASH BLOGGING
ditaja oleh ADIDAS..

aku meramalkan kemenangan di tgn England..


kenapa??
sebab aku ni mmg suka dgn negara itu..
impian aku pun nak pergi sana..
xdelah sbbnyer dorg mempunyai byk pemain handalan..
yang kini byk dah meningkat naik..
aku ske skali Wayne Rooney..
corak permainan dia menarik skali..
sebab tulah semua ahli bilik aku sokong manchester united..
siap bergaduh lg masa menonton tv kat universiti..
terutama fans manchester united dgn chelsea..
'siap melarat hingga ke kelas lg..
hebat giler kat penangan sukan bola sepak ni..
walaupun aku ni kurg skit bab skn2 ni..
aku still tgk bila ada kesempatan..
klu xsilap aku england akan bertemu dgn USA first perlawanan..
kacang jer tue.. amerika tu....
piala dunia akan diadakan kat afrika..
kawan2 aku ramai dah tempah tiket.. (xde pun)
tggl r aku sesorg kat sini..
huhu3..
nak ikut jugak..

untuk lebih lanjut klik kat promo ni..

korg bleh r layan video project alpha ni..
episod 26, 27 dan 28..







aku juga nak bg tau..
Project Alpha is presented by Adidas Action 3
and supported by P1 and MAS

Sunday, May 16, 2010

Aku diburu

Assalamualaikum..

bangun je dari tidur..
aku terus dihulur sepucuk surat..
sungguh excited rasanya..
mana pernah-pernah dapat surat ni..
last dpt surat pun tawaran belajar kolej swasta..
uitm dgn matrik pun main online skang..

surat berwarna merah jambu lg..
cam surat cinta jer..
tp xkanlah.. aku ni single..
so aku terus mengoyak dgn rakusnya..

aku membaca satu perkataan ke satu perkataan..
habis baca aku sengih mcm kerang wangi..
abang aku plak excited nk tahu surat apa..
aku pun hulur sruh baca sendiri..

rupa-rupanya surat cinta dari pengutip hutang..
hutang celcom broadband..
celcom skang dah guna agensi pengutip hutang skang..
bahaya ni..
klu aku xbyr apalah dorang nak buat..
hutang aku pun mencecah 200 ringgit dan keatas..
kena bodek kakak akulh nampaknya..
akukan adik mesti akak aku bg..

hari ni hari guru..
jadi aku nak ucapkan SELAMAT HARI GURU untuk kakak aku..
dan juga untuk cikgu di SK Nenasi, SK Chini 2, SMK Ahmad dan SMT Kuantan..
kat lecturer kena ucap juga tak? ucap jelah dan di UiTM Jengka..
dan semua guru di Malaysia.. SELAMAT HARI GURU..

Assalamualaikum..

Friday, May 14, 2010

Barang Baru

Assalamualaikum..

sambil minum air dutch lady..
terus ngadap laptop setelah menerima kekalahan..
Malaysia kepada china 0-3..
skang makin rmai dpt member baru..
lepas join geng blogger..

Cerita Adamaya episod akhir pun..
dah tgk dah semalam..
terima kasih kak intan sbb bg link to download..
pasni nak download episod lain pulak..
masa cuti sem nilah bru ada peluang nk tgk citer..
tambah suke tgk lisa dlm citer tu..



Hari ni baru boleh dapat jalan-jalan kat bandar kuantan..
walaupun aku duk bandar kuantan..
bukan senang boleh keluar..
dah macam anak dara pula..
abah terlalu menjaga..
mungkin risaukan aku takut kena culik..
biasalah saham tinggi..

keluar dengan kakak dan abang pergi east coast mall..
masa ni adalah sale yg parkson buat..
dapatlah dua helai t-shirt..
satu sis blanja satu lg poket sendiri..

arini check nuffnang nak tgk apa yg dapat..
setelah 3 bulan menyertainya..
tgk punya tgk.. still xsampai rm1 pun..
mmg impian nak gi genting tu hangus r..
xpe r mgkn ada rezeki lain..
lagipun aku blogging sebab aku ske..
bkn nak dpt duit sgt pun..

esok rasanya nak bawak kereta abah ronda2 polisas r..
jumpa member lama2..
nak baiki lg skill bawa kereta ni..
still x pick up lagi bawak kereta ni walau lulus cemerlang masa exam..

cuti-cuti macam ni kadang-kadang bosan juga..
xtau nak buat apa..
tapi time kat kampus xsbr2 nak cuti..
Assalamualaikum..

p/s: best plak layan lagu jiwang-jiwang bila sorang2..

Ceritera Terindah : Episod 1

Assalamualaikum..

Cuti semeste ni aku dah aim..
nak buat satu cerpen bersiri..
sekarang aku akan post episod pertama..
harap korang suka baca..



Peluh membasahi baju seragam putihnya itu. Sapu tangan dikeluarkan dari kocek lalu disapanya ke muka. Isma farhan terus mencari kelas yang bakal dihuninya. Sebentar tadi, ayah dan ibunya baru pulang. Sekolah menengah teknik kuantan ini adalah sekolah barunya sekarang. Dia datang tanpa kerelaan hatinya. Namun dia tidak mahu membantah kata-kata keluarganya. Nampaknya Maktab Rendah Sains Mara bukan tempat untuknya.

Bangunan yang dicat putih dan biru muda itu dipusing-pusingnya. Bajunya sudah separa basah dengan air peluh yang keluar dari rongga-rongga tubuhnya. Selalunya dia tidak pernah berpeluh sebanyak ini mungkin kerana perasaan gementar terus-terusan menyelubungi mindanya. Dia seorang yang payah untuk menyesuaikan diri ditempat baru. Sekolah lamanya telah dihuni selama setahun. Biarpun berasa bosan dan tidak suka pada sekolah tersebut tapi dia sudah sesuai disitu. Dapatkah dia menyesuaikan diri disekolah ini? Persoalan itulah terus menghuni didasar hatinya.

“Assalamualaikum, kamu ini pelajar baru ke?” tiba-tiba datang seorang lelaki berpakaian seragam sekolah warna kuning cair menegurnya.

“Waalaikumussalam, a’ah saya baru pindah kesini. Saya nak cari kelas, tapi dari tadi saya tak jumpa. Kenapa tak diletakkan nama pada kelas?”

“Cari kelas. Kelas mana?”

“Lima Kejuruteraan Awam 2.”

“Kelas tu dekat tingkat atas sekali, dua dari hujung.” Isma lega akhirnya kerana ada yang sudi membantunya.

“Saya Abdul Rahman, Ketua Pengawas sekolah ini. Selamat datang ke SMT Kuantan.” Rahman menghulurkan tangannya untuk berjabat. Isma menyambut tangan itu.

“Terima kasih KP.”

“KP? Panggil Rahman saja. Kamu hati-hati sikit dalam kelas itu, kelas tu ‘panas’ sikit. Saya pergi dulu.” Rahman meninggalkannya dengan satu pertanyaan.

‘Panas’? kelas tu tiada kipas ke. Mungkin rosak. Makin kuatlah dia berpeluh nanti.

Dia berdiri didepan pintu kelasnya. Tiada kedengaran sebarang suara pun. Pintu kelas pun tertutup. Dia mengetuk pintu kelas beberapa kali. Tiada yang menyahut. Dia jadi geram. Dia mengetuk pintu lebih kuat.

“Kamu buat apa ni? Kamu tahu kamu mengganggu kelas saya?” tiba-tiba seseorang menyergahnya.

“Err.. saya ketuk pintu kelas ni banyak kali. Tapi tiada orang yang jawab pun.” Ujarnya bodoh.

“Kamu ingat ni tempat apa? Bukalah pintu tu terus, takkan ada orang nak sambut kamu. Kamu tadi buat gangguan saja. Kamu ini pelajar baru ke?”

“A’ah. Saya baru pindah kesini. Betul ke ni kelas lima kejuruteraan awam dua?”

“A’ah, nilah kelasnya. Kelas pening kepala. Masuk kelas kamu, jangan buaat bising lagi.” Ujar wanita yg berumur 30-an, anggarannya saja.

Dia menolak pintu tersebut, matanya terpejam. Debar semakin mencengkam dadanya. Nafas ditarik beberapa kali. Dia melangkah masuk tanpa membuka mata.

“Assalamualaikum, saya Isma Farhan. Saya pelajar baru kelas ini, saya harap kita dapat saling membantu antara satu sama lain,” ucap Isma. Dia lega akhirnya. Namun dia tidak mendengar sebarang suara pun. Matanya dibuka. Kosong.

Dia mencari tempat duduk yang masih kosong. Mujur masih ada lagi tempat untuknya. Beg diletakkan di atas meja. Semua pelajar tiada didalam kelas. Mungkin mereka berada di Makmal barangkali. Isma menyedapkan hati. Seorang lelaki berpakaina pejabat memasuki kelasnya lalu duduk dimeja guru. Isma mengagak lelaki tersebut merupakan salah seorang gurunya. Lelaki tersebut masih lagi muda, tertera namanya di tag yang dipakaimya, AZRI.

“Kamu seorang saja? Yang lain mana?” soalan diajukan padanya.

“Err.. saya tak tahu. Saya baru masuk kelas ni.” Ujarnya tergagap. Peluh mula merenek kedahi. Pantas sapu tangan dikeluarkan.

“Kamu pelajar barukan. Maafkan saya, saya guru kelas kamu. Saya baru habis mesyuarat tadi, tak dapat nak tunjukkan kelas untuk kamu. Saya akan ajar kamu matematik tambahan. Dah bayar yuran?”

“Sudah.”

Kelas menjadi sunyi semula. Cikgu tersebut asyik menulis sesuatu dibukunya. Isma jadi penasaran. Kelasnya ini mempunyai tiga kipas, dan dia berasa selesa dan sejuk. Peluhnya juga berkurangan. Namun, sebentar tadi Rahman memberitahunya kelasnya ini ‘panas’.

“Cikgu, betul ke kelas ni ‘panas’?” dia memberanikan diri untuk bertanya.

Cikgu Azri mengangkat muka. Ditenungnya pelajar baru itu, “Jangan dengar kata orang, kelas ni biasa saja.” Cikgu Azri tersenyum melihat kegelisahan diwajah pelajar itu.

Tiba-tiba kelas menjadi hinggar-binggar. Pelajar lelaki dan perempuan meluru masuk. Dia bagaikan berada di pasar. Semua mula duduk ditempat masing-masing. Seorang lelaki duduk disebelah Isma sambil meletakkan buku didalam begnya. Usai menyimpan, dia mencuit bahu rakan didepan.

“Malam ni jadi tak, nak fly?” tanyanya.

“Mestilah. Aku dah rancang baik punya.” Jawab lelaki tersebut sambil tersenyum jahat, baginya.

Cikgu Azri bangun dari tempat duduknya. Dia menghadiahkan senyuman kepada semua pelajarnya. Pasti semua pelajar peempuan cair dengan senyuman manis guru lelaki tersebut yang iras seperti Aaron Aziz.

“Assalamualaikum semua, kamu lambat 10 minit hari ini.” Ujar cikgu Azri tenang tanpa ada rasa marah sedikitpun.

“Bukan salah kami cikgu, cikgu Hajar tu lepas kami lambat.” Seorang pelajar perempuan bersuara cuba menegakkan diri dari kelambatan mereka.

“Kamu kena denda lagi?” tanya Cikgu Azri.

“A’ah cikgu. Kami kena jalan itik tadi Cuma Khairunnisa je yang tak kena.” Jawab seorang pelajar perempuan yang lain pula.

“Kamu mesti tak buat kerja yang Cikgu Hajar suruhkan. Kamu semua ni tak habis-habis. Tak serik ke kena denda?”

“Kerja yang Cikgu Hajar bagi tu banyak sangat. Cikgu pun tak bagi banyak pun kerja.” Seorang pelajar lelaki yang berambut trojan pula bersuara.

“Saya bagi sikit pun kamu tetap tak buat Fahmi. Baiklah, sebelum kita mulakan kelas saya nak kenalkan pelajar baru kelas ini. Isma bangun dan kenalkan diri kamu pada kelas,” pinta Cikgu Azri sambil melemparkan senyuman padanya.

Dia menolak kerusinya dan bangun. Semua mata memandang kearahnya dengan pelbagai reaksi, ada yang berkerut, ada yang senyum-senyum dan ada yang sukar untuk dijelaskan maksud pandangannya itu.

“Assalamualaikum, nama saya Isma Farhan bin Roslan. Berumur 16 tahun 11 bulan. Hobi saya menonton televisyen dan cita-cita saya pula nak menjadi seorang jurutera yang berjaya.” Suasana yang hening sebentar tadi bertukar menjadi gempita. Semuanya ketawa, ada yang terbahak-bahak, ada yang menutup mulut dan ada yang senyum-senyum saja.isma hairan.

“Macam budak sekolah tadika je kenalkan diri, hahahaha!” lelaki berambut trojan itu ketawa terbahak-bahak.

“Sudah Fahmi, jangan nak ketawakan orang. Setiap orang ada style masing-masing. Kamu tu, bila nak potong rambut trojan tu?” ujar Cikgu Azri menghentikan tawa Fahmi, si rambut trojan.

“Dulu sekolah mana dan kenapa pindah kesini?” tanya seorang perempuan cuba menyiasat latar belakangnya.

“Dulu saya belajar di Sekolah Menengah Teknik Jengka tapi sebab ayah suruh pindah kesini, jadi saya pindahlah. Lagipun saya memang tak suka sekolah dekat sana.” Ujar Isma jujur.

“Kenapa? Kamu kena buli yerk?” tanya perempuan itu lagi.

“Asyik kamu saja yang tanya Izati. Orang lain pun nak tanya juga.” Seorang perempuan bertahi lalat pula bersuara.

“Sebab saya nak belajar dekat Maktab Rendah Sains Mara, saya nak jadi doktor.”

“Habis tu kenapa kamu masuk sekolah teknik?” perempuan itu lagi bertanya.

“Bukan ke tadi kamu kata nak jadi jurutera yang berjaya?” tanya pula perempuan bertahi lalat.

“Sudah-sudah. Kamu ingat ini sesi bersoal jawab ker. Saya dah nak mengajar ni. Isma kamu boleh duduk. Banyak masa lagi kamu boleh tanya dia.” Isma lega kerana Cikgu Azri membidas sebelum dia menjawab pertanyaan demi pertanyaan. Biarlah menjadi rahsia kenapa dia terpaksa memilih sekolah teknik dari MRSM.

Kring, kring! Loceng telah berbunyi menandakan waktu persekolahan telah tamat. Isma menghembus nafas lega. Perjalanan hari ini berjalan agak lancar. Walaupun sesekali dia terpaksa melayan dan mendengar omongan Ikhwan,l elaki bertubuh kecil dan dihiasi sedikit jerawat diwajahnya. Isma duduk bersebelahan dengan ikhwan dan dihadapannya Amir serta Syahrafi. Amir juga seorang yang peramah manakala Syahrafi langsung tidak bercakap dengannya.

“Jom makan! Kita kena cepat, kalau tak kena berebut nanti. Harap-haraplah makanan hari ini sedap.” Ajak Ikhwan sambil membebel sendirian.

Isma hanya mengikut langkah Ikhwan. Bersemangat sungguh lelaki itu untuk mendapat makanan dahulu, tapi sampai sahaja didewan makan wajahnya berubah. Kelihatan deretan manusia telah memenuhi ruangan tempat makan itu.

“Aduh, malasnya nak beratur. Perut aku dah berkeroncong ni,” ujar Ikhwan sambil menggosok-gosok perutnya.

“Aku tak laparlah. Aku nak balik dorm dulu,” ujar Isma lalu meninggalkan Ikhwan yang kelaparan itu.

Dorm F merupakan sebuah bilik sebesar kelasnya sahaja. Mengikut bilangan katil yang ada, seramai 16 orang penghuni yang menginap di dalam bilik tersebut termasuk dia. Isma menuju kearah katil yang bercadarkan kain berwarna kuning. Warna yang paling dia tidak gemari. Namun sudah ditetapkan undang-undang sekolah ini supaya menggunakan cadar warna kuning terang ini. Isma menghempaskan tubuhnya di atas katil. Dia terasa begitu penat sekali. Hari pertama di sekolah baru seringkali menjadi masalah baginya. Dia sebenarnya tidak minat berpindah sekolah tetapi perkara yang tidak disukainya itulah sering menghampirinya. Dia tidak suka bersukan dan dia juga tidak suka pergi berkhemah kemana-mana. Dia lebih suka berseorangan melayan perasaan.

“Kau budak baru pindahkan?” tiba-tiba seseorang menegurnya.

“A’ah. Aku Isma.”

“Oh, aku Ridhuan ketua bilik ni. Panggil Duan je.” Ridhuan berjalan menuju ke locker lalu menukar pakaian seragamnya.

“Kau jurusan apa?” tanya Isma.

“Aku ambik meki.”

“Meki?”

“Kejuruteraan Mekanikal, kat sini orang panggil meki jer. Dah solat? Kalau belum, jom berjemaah sekali dengan aku.”

“Belum, aku ambil wudhuk dulu.” Ridhuan menganggukkan kepalanya.

Usai solat zohor, biliknya sudah dipenuhi dengan pelbagai bentuk dan rupa manusia. Isma terus bergerak ke katilnya. Matanya memandang satu persatu wajah teman-teman sebiliknya. Syahrafi sedang menyalin pakaian di satu sudut. Isma berasa lega kerana rakan sekelasnya juga berada dalam satu bilik dengannya.

“Budak baru, kau nama apa?” seseorang lelaki kurus dan berkulit gelap menghampirinya.

“Aku Isma.”

“Aku Erwan. Budak awam?”

“A’ah.”

“Aku dah kata dah dia ni budak awam, korang tak percaya. Aku budak meki.” Erwan bersalam dengan Isma. Diikuti dengan ahli bilik yang lain. Semuanya peramah asyik bercerita itu ini. Isma sekadar mengangguk. Disatu sudut di dalam bilik itu, Syahrafi duduk sendirian membaca sebuah buku. Dia langsung tidak mengendahkan Isma.

Ikhwan menepuk bahu Isma yang asyik membaca buku teks sejarah tingkatan lima. Ikhwan tersengih apabila Isma memandangya. Isma hanya sekadar memandang tanpa sebarang reaksi marah atau suka.

“Asyik betul kau baca buku sejarah nikan. Aku baca seminit pun dah menguap sepuluh kali. Macam mana dorm kau? Okey?”

“Okay.”

“Sebenarnya aku datang sini nak beritahu kau sesuatu tentang sekolah ni.” Ujar Ikhwan seakan berbisik.

“Tentang apa?”

“Sekolah ni bukan macam sekolah biasa dekat Malaysian ni. Sekolah ni lain dari yang lain.”

“Apa yang lainya?” isma jadi berminat.

“Kau pernah tengok filem Crows Zero? Cerita Jepun tu.”

“Tengok. Apa kena mengenanya dengan sekolah ni?”

“Sekolah kita ni sama macam dalam filem tu. Dalam filem tu, Pelajar tahun ketiga bergaduh dengan pelajar tahun pertama dengan keduakan tapi..” ikhwan berhenti seketika.

“Tapi apa?” Isma jadi tidak sabar.

“Sekolah ini, budak Awam dengan Mekanikal bergaduh besar.” Sambung Ikhwan.

“Yeke? Aku tengok budak meki bilik aku baik saja.”

“Dia orang tu siapa? Kau tahu siapa ketua budak awam dengan meki?” tanya Ikhwan.

“Manalah aku tahu.”

“Budak Meki ketua dia nama Annaz Harmizul. Orang panggil Annaz je. Muka dia ada parut dekat pipi sebab kena toreh dengan ketua budak Awam.” Ikhwan mendekati Isma lagi. Dia tidak mahu orang lain mendengar perbualannya.

“Siapa ketua budak awam?” Isma benar-benar ingin tahu.

Ikhwan merapatkan bibirnya ketelingan Isma. “Syahrafi!”

Isma ternganga. Ikwan ingin berlalu pergi tapi sempat ditahan Isma terlebih dahulu. “Habis tu budak elektrik dengan pengurusan?”

“Budak elektrik tak nak masuk campur, budak pengurusan pula majoriti perempuan, lelaki boleh bilang pakai jari saja.” Ujar Ikhwan lalu meninggalkan Isma sendirian.

Keadaan sekolah menjadi kucar kacir. Pelajar perempuan ada yang menjerit, ada yang menangis ketakutan. Kelihatan dua buah kumpulan telah mencacatkan sekolah itu. Meja dan kerusi tunggang langgang. Ada yang patah dan hancur. Darah memenuhi setiap inci lantai. Pelajar perempuan saling berpelukan kerana terlalu takut. Pelajar lelaki ada yang saling berpelukan dan ada yang asyik melihat pertembungan dua buah kumpulan yang telah menjahanamkan kawasan sekolah.

“Aku dah kata jangan masuk kawasan aku. Kita sudah buat perjanjian dulu bukan?” ujar lelaki yang berparut di muka.

“Aku tahu. Budak aku tak sengaja termasuk kawasan kau. Dia budak baru.” Ujar lelaki yang bermuka masam itu.

“Aku tak mahu terus-terusan begini. Aku Cuma nak budak kau untuk langsaikan semuanya. Serahkan budak itu!” ujar lelaki berparut itu lagi.

Lelaki bermuka masam itu menarik seorang lelaki berambut pendek ala tentera. Lelaki itu adalah Isma. Isma menggigil ketakutan.

“Kau nak budak ni?” tanya lelaki bermuka masam itu.

“Serahkan dia pada aku dan perbalahan kita selesai!”

“Kalau kau nak ambilah.” Lelaki bermuka masam itu melepaskan tangan isma. Isma kaget.

“Syahrafi, kau nak serahkan Isma pada Annaz?” tanya seorang lelaki bertubuh kecil.

“Dia boleh ambil kalau dia lepas lawan dengan kita. Serang!” Syahrafi melaungkan suaranya dengan kuat. Bergema satu sekolah dengan laungan yang kuat itu.

Setiap kumpulan masing-masing memegang sebuah kerusi. Pergaduhan bermula apabila kumpulan pelajar Awam menyerang kumpulan pelajar mekanikal. Kerusi digunakan sebagai senjata utama. Mereka saling memukul menggunakan kerusi. Ikhwan menghempas kerusi ketubuh salah seorang pelajar mekanikal dan kerusinya patah manakala pelajar tersebut tumbang. Ikhwan mengambil kayu kerusi yang patah lalu memukul muka pelajar mekanikal yang lain. Bersembur darah dan gigi dari mulut pelajar tersebut. Ikhwan tersengih lalu mencari mangsa lain.

Syahrafi memukul, menumbuk dan menyepak satu persatu budak mekanikal tanpa rasa belas kasihan. Seragam putihnya telah bertukar warna, dia bermandikan darah hanyir pelajar-pelkajar mekanikal. Belum sempat mereka ingin memukulnya, dia terlebih dahulu menumbuk muka mereka sehingga gigi mereka bertaburan jatuh kelantai. Cat bangunan yang berwarna putih telah hilang kesuciannya.

Annaz mencengkik leher pelajar Awam lalu menghumbannya ke tingkat bawah. Tubuhnya yang agak besar itu memudahkannya mengangkat satu persatu budak awam lalu dicampaknya ketingkat bawah. Konconya, saufi pula melibas pelajar awam menggunakan kerusi sehingga terpelanting. Setelah pelajar awam tersungkur dilantai, dia memukul dengan kerusi bertalu-talu sehingga pecah muka pelajar tersebut.

Isma ketakutan. Dia tersepit, pelajar mekanikal mengejarnya dan hampir mendapatkannya. Mujur Fahmi pantas menghalang lalu menghadiahkan libasan penyapu ke tempat sulit pelajar mekanikal.

“Kau jangan risau, aku akan cover kau! Tunduk!” belum sempat Isma berkata apa-apa. Fahmi menghunus menyapu tepat ke mulut seorang pelajar yang cuba memukulnya dengan kerusi. Pelajar itu menjerit kesakitan sambil melompat-lompat.

“Terima kasih selamatkan aku.” Ujar Isma cemas.

“Sama-sama. Kitakan kawan.” Ujar Fahmi lalu menendang perut pelajar mekanikal yang cuba menyerang mereka. Fahmi menarik tangan Isma lalu berlari turun ke tingkat bawah. Tiba-tiba datang seorang pelajar mekanikal membaling kerusi ke arah mereka. Fahmi menolak Isma ke tepi lalu kerusi tersebut terkena padanya. Fahmi terpelanting. “Isma, lari!”

Isma kaget lalu melarikan diri. Pelajar mekanikal mengejarnya dan dia tersepak kerusi lalu jatuh tersungkur. Pelajar tersebut mengambil lebihan kayu kerusi yang patah lalu cuba melibas ke arahnya namun seseorang telah menyepak perut pelajar tersebut lalu menghentak kepalanya ke dinding bangunan. Bersembur darah keluar dari mulut, hidung dan matanya.

“Cepat bangun, ikut aku!” Syahrafi menarik tangan Isma lalu dibawanya ke tingkat tiga. Annaz dan konconya, saufi mengejar dari belakang. Syahrafi memegang tangan Isma kuat dan mempercepatkan langkahnya. Isma terus berlari bersama dengan Syahrafi.

“Kita terjun! Kau boleh?” tanya Syahrafi mendapatkan kepastian.

“Boleh!” jawab Isma tanpa berfikir panjang. Syahrafi mengangkat Isma naik keatas besi koridor. Setelah itu, Isma pula menariknya naik ke atas.

“Kau dah sedia? Aku bilang sampai tiga!” ujar Syahrafi. Isma mengangguk laju-laju.

“Satu, duaa... tiga...” Mereka terjun dari tingkat tiga.

Isma menjerit, “Arrghh!”

“Woi, siapa menjerit pagi-pagi buta ni?” tiba-tiba kedengaran suara orang marah-marah.

Isma mengurut-ngurut dadanya yang kecemasan itu. Rupa-rupanya dia bermimpi. Dia berasa mimpinya seakan benar-benar berlaku. Badannya berpeluh-peluh sehingga tilamnya basah. Isma beristighfar beberapa kali.

“Kau okay tak?” tanya Syahrafi yang sudah berada ditepi katilnya.

“Hah? Aku okay, okay takde apa-apa.” Ujar Isma tergagap-gagap.

“Kalau okay, takkanlah kau menjerit tiba-tiba?” ujar Syahrafi yang sudah bergerak ke lockernya. Ahli biliknya yang lain masih lagi belum sedar dari lena tambahan ada pula yang terkena gangguan mimpi ngerinya itu.

“Aku mimpi tadi. Betul ke kau ni gangster?” tanya Isma yang masih belum menghapuskan jejak-jejak mimpinya.

“Gangster? Siapa cakap?”

“Ikhwan!” ujar Isma sungguh-sungguh.

“Jangan mudah percaya cakap orang. Sudahlah, pergi mandi sekarang kalau kau taknak kena sebat nanti.” Ujar Syahrafi lalu keluar dari bilik bersama-sama dengan peralatan mandinya.

“Sebat?” Isma menggaru-garukan kepalanya.

Semua pelajar lelaki berkumpul dihadapan bilik warden. Seorang guru lelaki berambut pendek ala tentera sedang duduk diatas kerusi plastik sambil melihat-lihat buku sebesar saiz A4.

“Kau turun solat subuh dekat surau tadi?” tanya Ridhuan pada Isma.

“Turun.”

“Kenapa kau tak kejutkan aku?” ujar Ridhuan yang seperti orang membuat kesalahan yang besar.

“Aku dah kejut tapi kau tidur mati.”

Warden tersebut masuk semula kerumahnya, selang beberapa saat dia keluar semula dengan sebatang rotan yang tebalnya dalam dua sentimeter. Dia meraut-raut rotan tersebut dengan tangannya sambil memandang semua pelajar aspura.

“Saya tak mahu check seorang-seorang, saya mahu kamu mengaku. Jujur. Boleh?” ujar warden tersebut sambil matanya memandang seorang demi seorang mata pelajar yang berada dihadapannya.

“Baik, siapa yang tidak turun subuh dekat surau pagi tadi? Saya nak kamu keluar dengan sukarela, kalau saya yang panggil dua kali ganda saya bagi kamua. Nak tak?”

“Tak nak.” Serentak semua pelajar aspura menjawab.

“Apa lagi? Keluar sekarang!”

Berduyun-duyun pelajar lelaki keluar dari barisan masing-masing. Hampir separuh daripada pelajar Aspura keluar ke hadapan.

“Macam biasalah, tonggeng!”

Pap! Pap! Pap! Satu persatu punggung teruna dilibas oleh warden tersebut tanpa rasa penat dan setiap kali itu terdengar jeritan suara yang mengaduh kesakitan. Muka Ridhuan bertukar merah setelah disebat. Isma memandang penuh simpati. Dia bersyukur kerana dia tidak merasai azab kesakitan dilibas rotan buluh yang begitu mantap sekali. Dia tidak boleh bayangkan apabila rotan tersebut hinggap di punggung montok dan gebunya itu.

“Okay, lain kali bila saya suruh turun kamu turun. Faham?” kata Warden tersebut lalu memanggil seorang pengawas. Rahman, ketua pengawas yang telah membantu Isma menunjukkan kelasnya. Lelaki tersebut ada aura tersendiri, memang layak dilantik menjadi Ketua Pelajar.

“Terakhir sekali, dorm yang paling kotor. Saya akan sebat kamu dua kali.” Semua pelajar menelan liur masing-masing. Dada masing-masing berdegup kencang seperti baru habis marathon.

“Dorm H.” Semua melepaskan nafas lega tetapi bukan ahli Dorm H. Rahman mendekati warden tersebut tiba-tiba.

“Bukan Dorm H tapi Dorm lain..” giliran ahli dorm H pula melepaskan kelegaan mereka. Jantung mereka yang lain pula mula berdetak kencang seperti mahu keluar dari sarang masing-masing.

“Dorm F!” bagaikan terkena renjatan elektrik, semua ahli dorm F terkaku termasuk Isma.

“Keluar sekarang!”

Isma menggosok-gosok punggungnya yang sakit itu. Dua kali sekaligus dia disebat tanpa rasa belas. Dia pasti ada kesan yang terukir di kulit cokelatnya itu. Dia mengerling Syahrafi yang tenang seperti tidak berasa apa-apa pun. Lelaki ini bagaikan tidak punya perasaan apa-apa pun. Isma teringat kepada Ridhuan yang disebat paling banyak. Satu sebatan kerana tidak turun ke surau dan tiga sebatan kerana dia ketua bilik dorm f.

“Macam mana? Best tak kena pukulan sayang Cikgu Yusoff tadi?” tanya Ikhwan sambil tersengih-sengih macam kerang busuk.

“Pukulan sayang apanya, pukulan maut adalah.” Jawab Isma geram.

“Hai, baru dua hari dekat sini dah bermanja-manja dengan Cikgu Yusoff?” ujar Syahirah tiba-tiba.

“Sibuklah kau Syira, macamlah aku tak tahu kau kena sebat dengan Cikgu Suria sebab fly pergi bandar semalam.” Syahirah mencebik.

“Fly tu apa?” tanya Isma ingin tahu.

“Kau tak tahu ke?” tanya ikhwan pula. Isma menggeleng.

“Fly tu macam keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.” Jelas Ikhwan.

“Bukannya ada security guard ke jaga?” tanya Isma lagi.

“Budak lelaki panjat pagar belakang ni bila nak fly. Kita orang tak fly siang-siang macam budak perempuan ni. Dia orang fly tiru tanda tangan warden, tu yang keluar ikut pintu depan.” Terang ikhwan lanjut.

“Ooo.. sekolah aku dulu takde pula macam tu.”

“Baiknya budak sekolah kau, aku masa tadika lagi dah fly. Kau nak cuba? Boleh aku belanja kau makan nasi lemak special dari thailand.” Ajak Ikhwan.

“Jangan! Tak payah ajar dia buat perkara-perkara tak elok.” Syahrafi bersuara. Ikhwan diam.

“Hah, Cikgu Amirah tak masuk lagi. Apa kata kalau kita kenalkan seorang demi seorang budak kelas ni dekat Isma. Diakan tak kenal lagi the real KA 2.” Cadang Amir.

“Okay gaktu. Biar aku tolong kenalkan.” Ikhwan sukarela. Dia memang gemar melalakukan perkara sebegini.

“First dan foremost, yang hujung dekat pintu tu nama dia Dalilah. Budak perempuan paling tinggi dalam kelas ni dan captain netball sekolah. Sebelah dia nama Khairunnisa, kawan rapat dalilah. Dia tu pendiam tapi cerdik serta payah nak tengok dia senyum. Tak macam Dalilah tak suruh senyum pun dia senyum juga. Seterusnya, belakang Dalilah tu Syahir aka taiko. Muka dia ganas dan dia ni ada kuasa super natural.”

“Super natural?” tanya Isma hairan.

“Dia boleh tengok hantu.”

“Biar betik? Eh, biar betul?”

“Betullah aku tak tipu. Sebelah Syahir namanya Aliff, lelaki jambu dekat kelas ni. Apa yang penting bagi dia adalah rambut. Kau tengok bawah meja dia ada minyak rambut gatsby warna orenkan?” Isma mengangguk-angguk.

“Next, belakang Aliff adalah Syira aka mulut berbisa. Benda yang keluar dari mulut dia mesti berbisalah, macam kena patuk dengan ular, lagi satu dia ni memang kaki buat kes memang memburukkan kelas kita.”

“Eleh, cakap dekat aku. Kau dengan aku dua kali lima saja.” Sampuk Syahirah.

“Sebelah dia pula Baizura, dia ni straight sangat. Itu tak boleh, ini tak boleh. Bagi dia everyting must perfect! Leceh dan cerewet. Belakang Baizura pula namanya Fendy. Dia ni terlalu lurus.”

“Cakap jelah lurus bendul” sampuk Amir.

“Korang ada sebut nama aku ke?” tanya Fendy.

“Arrgh! Wargh! Berambus! Jangan dekat dengan aku! Pergi matilah! Argh!” tiba-tiba kedengaran orang menjerit dan menyumpah seranah.

“Kena lagilah tu.” Ujar Izati selamba.

“Siapa?” tanya Isma.

“Budak kelas sebelah, nama dia Hidayah. Dia selalu kena histeria ni. Orang kata dia dapat saka dari nenek dia. Betul ke tidak aku tak tahu tapi Kawan aku Asyraff cakap, setiap kali dia kena histeria bila dia tak siap buat kerja sekolah. Entahlah aku pun malas nak ambil tahu perkara-perkara tahyul macam ni. Mengarut je semua tu, aku tak takutlah benda-benda macam tu.” Ujar Ikhwan selamba.

“Ikhwan, aku nampak sesuatu dekat belakang kau!” ujar Syahir tiba-tiba.

“Eh, yeke? Syahir tolonglah cakap dengan dia jangan kacau aku. Aku tak kacau pun dia,” ujar Ikhwan terketar-ketar. Badan dia menggigil-gigil. Dia hampir hendak menangis.

“Tadi kau kata tak takut, tengok tu dia nak peluk kaulah. Aku rasa dia nak minta couple dengan kau. Betul tak Syahir?” ujar Aliff cuba menakutkan Ikhwan.

“Syahir, cakaplah dengan dia. Jangan ganggu aku!” ikhwan memeluk Isma erat. Dia sebenarnya memang seorang yang agak lemah semangat.

“Dahlah Alif, Syahir karang tak pasal-pasal terkencing pula dia dalam kelas ni nanti. Siapa nak basuh?” ujar Amir.

“Woi, Cikgu Amirah dah datang!” jerit Fadhlan lalu berlari ketempat duduknya.

“Alamak! Cikgu monster dah datang.”

“Monster? Apa pula kali ini?”