Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Wednesday, March 31, 2010

Hatiku tersentuh

Assalamualaikum..

Hari-hari aku baca suratkhabar..
Aku asyik baca kes buang bayi ni makin berleluasa..
Ada yg buang dlm laut, buang dalam longkang, dalam tong sampah..
yg kejam tu siap bakar lg..
klu xnak anak tu.. tahanlah nafsu tu..
xpun bagi org lain jaga..

tiba-tiba aku dah marah..
relax.. relax..

okay,
petang tadi aku pergi kehospital besar temerloh..
menziarahi lecturer bel aku..
Encik Ramly yg baru habis kena bedah..
aku tgk keadaan dia masih lemah lagi..
aku harap dia dpt mengharungi dugaan ini..
dan tadia ku xsempat nak cakap kat dia..
"Thanks for everything! terima kasih kerana memberi ilmu kepadaku.."
aku cuma bleh ckp dlm hati jer..



tapi satu perkara yg menyentuh hati aku..
pada petang tadi..
melihat keadaan lecturer aku yg baru kehilangan anggotanya tu..
mmg terasa sebak sgt..
bdk perempuan semua dah menitiskan air mata..
murah betul air mata dorang..
bdk laki semua cover macho.. adalah sorg dua dah merah mata..
bila dah tanya kabar..
ttg keadaan lecturer..
kami pun nk berangkat..
yelah masing-masing sewa kenderaan org..
xlehlah nak lama2..
lgpn lecturer tu macam penat jer..
kesian pulak dia nk melayan kami ni..
dahlah ramai..
satu kelas pergi.. 25 0rg..

time nak balik2 tu..
semua siap2 salam..
first2 bdk laki..
pastu dak perempuan..
bdk perempuan yg last2 tu..
mula2 mcm ragu2 nak salam..
mgkn dia fikir dlu..
akhirnya dia salam..
semua bdk perempuan menangis..
aku tak rasa apa-apa pun..
bdk perempuan xmenangis pn..
tp time dia salam dia menangis..
tiba-tiba aku jadi sebak..
aku tgk bdk perempuan tu dgn lecturer..
mcm anak dgn ayah..
tersentuh hati aku..
mujur air mata aku xkeluar..
cover macho lg.. heheh..

aku pun bg tau member aku..
dia pun kata dia rasa sebak masa tu..
macam magis plak..
mgkn nampak keikhlasan kot pada dia..
tp xsemestinya yg lain xikhlas..
aku ikhlas..

Assalamualaikum..

p/s: kan best klu perempuan tu jd milikku.. heheh..

Saturday, March 27, 2010

Aku terlampau..

Assalamualaikum..

Bulan ni byk betul aktiviti kt kolej..
Aku plak xsiap assignment lg.
Malasnya..

Ada tak jual ubat kat farmasi atau klinik..
UNtuk xnakmlas..
ku ada sila hubungi aku..
Aku nak sesgt..

Pagi tadi..
Kampus aku ada aktiviti senam seni..
Pelakon belukar pun ada..
Danny x-factor dgn yazer..
Danny tu bulat dah skang dah mcm aku..
hahaha..

Pastu habis aktiviti..
Aku gi booth celcom..

Aku pelik betul dgn celcom punya broadband..
Dorang cakap putar berbelit.
Bulan lepas2 aku ada beli boadband..
free modem.. byr seratus.. bulan2 68..
tapi bulan celcom antar surat suruh byr 195.99..
Byk tu.. mana nak korek..
Aku pun melepaskan ketidak puasan hatiku pada
Salah seorang pekerja celcom..
Dia kata kena byr upah stampinglah.. upah tulah.. nilah.
Aku xphm just angguk-angguk.. geleng-geleng..
Last2 aku dpt nombor Upax free,,
aku pun blah..

Assalamualaikum..




Thursday, March 25, 2010

Kesayanganku..

Assalamualaikum..

Hari ni laptop aku kena format..
Sebab window expired..

Terpaksalah aku berpisah..
Dengannya buat seketika..
Pasni aku nak mengadap apa?

Xpelah skurang-kurangnya..
Aku boleh study..
Minggu ni saja 4 test + koko..

Isninlepas..
fakultiaku buat dinner..
"A night of elegance"
Biasalah seperti semlepas aku xikut tema..
Lagipun aku dtg just nakmkn jer..

Makanan tu aku bg 3 bintang dari lima..
heheh..

Assalamualaikum..

Sunday, March 21, 2010

Cintai Aku..

Assalamualaikum...

MySpace

Hari ni aku nak balik kampus dah..
Bermakna ssh sikit aku nak update blog kesayangan aku ni..
Semalam aku pergi ronda blog2 member lain..
Sampai pukul 3 pagi..
Macam2 aku baca, ada yg kelakar.. mcm2 ada..

Semalam aku singgah ke blog abg Hilal Asyraff..
Seorg penulis yg bru berumur 21 thn..
Tapi bakat dia mmg aku kagum..
Kalau boleh aku nak jadi macam dia..
Aku pun suka juga menulis..
Tapi pro lagi..

Satu topik yg menarik aku baca..
'Saya cintakan dia'
Mesti org ingat cinta antara lelaki dan perempuan..
Tapi maksud sebenarnya cinta dengan sahabat..
Dalam persahabatan kita perlu ada rasa cinta pada mereka..
Sebab cinta kita akan melayan mereka sebaiknya..

Aku ada ramai sahabat..
Mungkin bkn sahabat tapi kawan..
Xpaham?? entri aku dulu2 ada terang ttg erti sahabat, teman dan kawan..
klu nak baca pergilah ke entri ni..

Aku rasa aku xcintakan sahabat aku lagi..
Aku bukan manusia yg sempurna..
Punya kelemahan diri..
Punya hasad dengki, dendam kesumat..
Aku juga punya rasa kasih, sayang pada mereka..
tapi itu bukan cinta..
kerana aku lebih cintakan diri aku sendiri..

Persahabatan itu satu ukhuwah..
Besar maknanya itu..
Ukhuwah yang paling lemah adalah berfikiran positif pada sahabat kita..
Ukhuwah yang paling kuat adalah melebihkan sahabat dari diri sendiri..
Untuk befikiran positif pun rasa payah inikan nak melebih-lebihkan..

Bagi aku aku ingin dicintai sebagai seorang sahabat..
Kawan yg boleh aku bergurau tanpa dia rasa terguris..
Ramai org akan berpendapat bila lelaki dan lelaki terlalu rapat dan mesra..
Mereka itu gay dan untuk permpuan pula sebaliknya..
Sebab itulah pergaulan antara lelaki dan perempuan pula lebih digalakkan..
sebab tulah kes buang bayi bertimbun-timbun kat negara kita ni..

Itu mentaliti yang telah dikuasai barat..
Dan orang Malaysia sentiasa mengikuti mereka..
Sebab itulah apa yang mereka buat kita buat..

Aku rasa aku cuba untuk berubah..
Aku skang dah xboleh baran sangat..
Sebab lps tu aku jadi sakit kepala..
Tapi aku xmgkn jadi seorg sahabat yg baik..

Sahabat..
Aku tak bisa mencintaimu..
Kerna aku tak sempurna..
Sahabat..
Aku xberharap pada cintamu..
Kerna aku bukan siapa-siapa..
Sahabat..
Aku xbisa menjadi sahabatmu..
Kerna aku mencintai diriku..
Sahabat..
Aku sentiasa perlukanmu disisi..
Kerna aku xbisa sendirian..
Sahabat..
Tolong cintai aku..

Dikesempatan ini..
Aku nak ucapkan Selamat hari Lahir pada kawan aku..
Amin Helmie bin Isa..
Hari jadi dia semalam..
MySpace


Selain aku mencari cinta sahabat..
Aku mencari cinta seorang wanita..
kawan aku ada tanya kenapa aku suka perempuan tudung labuh?
Aku cuma senyum jer..
MySpace
Kawan perempuan aku khairunnisa' pernah tanya..
Kau ingat perempuan tudung labuh tu baik sangat ker??
Aku cuma senyum jer..
MySpace
Semua org ada ciri2 wanita/lelaki yang kita nak kan..
Aku percaya Allah ciptakan seorang hawa padaku..
Mungkin kat kampus aku ni..

Assalamualaikum..



Saturday, March 20, 2010

V3:Samseng Jalanan

Assalamualaikum..

Semalam aku tgk citer V3 ni dgn kakak dan bf dia kt wayang..
Mula2 aku xnak tp ayah aku suh..
Patutnya abg aku ikur skali tp kawan dia nak jumpa plak..
So, kami bertiga pergi..
Sampai ECM pukul 9 mlm..
Tiket citer pukul 10.30..
Pergi jln2 dlu roung kat kedai laptop..
Aku cari cd Autocad tp xjumpe 2009 punya..
Pastu mkn2 dan minum2..
Pastu sambung jln pergi carefour..
Nak dekat kul 10.30..
kiteorg pergi balik kt wayang..
Budak yg tukang koyak tiket tu..
Junior aku kat sekolah teknik..
Biaselah lepas spm..
Aku wat dek jer..

Ok start ttg citer..
Mula2 aku starting ada promo 3 citer..
Zoo, Semerah Cinta Stilleto dan Evolusi KL drift 2..
Antara 3 tu aku cam tertarik dgn citer KL drift cambest..

Ok V3 start..
Mula2 aku rase citer tu best..
Bile Shah(cam nama aku) dan liza accident..
Menarik betulnya mekap dorang cam real..
Pastu dia terus melalut...

keseluruhannya citer ni aku kasi 3 bintang..
Sebagai penonton mestilah nak kepuasan dalam tontonannya..
1. heroin citer ni intan ladyana berlakon brape scene jer..
2. ending yang hampir sama mcm remp-it, cuma farid kamil coma dlm citer ni xmati..
3. aku xske lisa surihani jadi gitu(personnel)

Haritu heboh yg kata Adnan sempit tiru citer V3..
Aku pun nak tgk apa yg ditiru..
Bila diamati cuma satu scene jer yg sama..
Scene bawak heroin pergi meeting naik motor dgn laju..
tu jer yg sama..
Farid kamil nak cari kontroversi ker??..

Apa-apa pun aku still sokong local product..
Aku masih ternanti-nantikn citer seperti ayat-ayat cinta..
bertemakan cinta islamik..

Sebelum aku menambah repekkan aku..
Baik aku lyn facebook..

Assalamualaikum..

Friday, March 19, 2010

Emotional Disturbance: Aku genius..



Assalamualaikum..

Lama betul xupdate..
Mujur aku balik umah minggu ni..
Boleh online.. laju xmcm kt u..

Minggu sebelum2 ni aku punya jadual ketat..
Heheheh..
Ada kem, ada trip, ada PPP..

Aku nak tanya korang..
Antara Maggi dengan Spageti yg mana lebih baik??
Ni debat masa PPP ni..
Aku geng Spageti..

Sejak akhir2 ni..
Aku perasan..
Aku mengalami Emotional Disturbance..
Aku tak tahu sebab aper..
Byk benda yang selalu aku buat..
Aku lgsg xbuat..
Selalu termenung..
Bila tidur tiba-tiba terjaga..
Selalu xmcm ni..
Aku cuma kuat berkhayal jer..

Haritu aku pergi library..
Sem ni baru brape kali aku gi saner..
Dalam 2 kali..
Kalau sem lps.. asyik pergi.. ni malaslah..
Aku pun jumpa buku 'Detektif Indigo'
Karya Faisal Tehrani..
Berkisar ttg budak2 genius..
Aku rasa aku pun tergolong dalam kalangan budak genius gak..
Sebab aku ada kuasa mudah tidur siang..
tp payah nak tidur malam.. hahaha..
telepati.. hihi..

Assalamualaikum..

Wednesday, March 10, 2010

Batu Oh Batu..





Assalamualaikum..

JUmaat, sabtu dan ahad lepas..
Aku pergi Taman Negara..
Trip GEologi cari batu..
Asyik main batu jelah aku..

BEst gak trip ni..
ENJOy dan fun..
MASa ni je yg ada..
Pas ni test menungguku...
Assalamualaikum..

Thursday, March 4, 2010

Sambungan Camp: Seksa tapi Enjoy!

Assalamualaikum..

Aku nak sambung balik ttg citer camp aku tu..
Lepas smayang subuh kiteorg diberi tidur smpi 7.45 pg..
Pukul 8.30 start blaja ttg map dan compass..
sbb kononnya nak buat compass matching..

Tapi sbb masalah bas dibatalkan..
Kiteorang dibawa bersiar-siar ke Gunung senyum..
Gunung senyum tu mmg byk gua2.. dekat 27..
kiteorg pergi dalam 7 jer..
Ada Gua 7 kolam, gua silat dan byk lg..
Ada makam Tok Long..
Kisah cinta antara Tok Long dan Puteri bunian..
Kalau xsilap citer ni satu mitos..

Conservation dgn komander.. seumur dgnku..
"Macam mana tmpt ni siswa?" tanya komander.
"Okaylah, tapi boring skit." jawabku acuh tak acuh.
"Kamu mmg xsuke ke aktiviti outdoor macam ni? Saya suka," ujarnya.
"Suka aktiviti indoor atas katil jer," sampuk afiq pula.
"Kat sini byk gambar2 yang cantik2."
"Cantik??" tanyaku dlm hati jer. just batu-batu yang bersepah dalam gua ni.. mmglah khazanah negara tapi kalau batu berlumut hijau siap diconteng..
MILAH DAN ABU.. KASSIM LOVE SENAH..
"Saya mmg suka wallpaper gmbr macam ni. saya cari wallpaper mcm ni.." ujarnya sambil mengambir gambar2 batu disitu..
Gambar batu ambik.. gambar aku sekeping pun xambik..
Dahlah dia boleh bawak henset.. aku xbleh.. kenangan dlm otak jer ada..

Kul 4 kitaorg dah balik semula ketempat asal..
Kul 5 ada sukaneka..
Ada tiga jer..
pasang khemah, boling tin dan makan roti..
Acara Pasang khemah disitu tlah menunjukkan sikap2 buruk yg patut diteladani??
A'ah klu nak knal siapa hati busuk ketak.. mmg jelas2 r..
Laki pompuan blaka ada..
Acara boling tin paling menyedihkan..
tanpa perlu menangis sebb..
semua pelajar perempuan yg main..
Antara semua peserta.. xde sorang pun kena balingan..
bkn nak tgk strike tapi satu pun tak kena..
Giliran pelajar lelaki pulak main..
Acara makan roti..
Peserta dikehendaki tunduk dan melentakkan satu jarinya keatas rumput..
lalu memusingkan badan mereka 360 darjah selama beberapa pusingan(helikopter)..
Selepas itu, bila disuruh mula..
mereka dikehendaki berlari untuk mengambil roti dihujung padan dan makan sampai habis..
Siapa habis dulu menang..
Tapi kawan aku paling kelakar skali..
Dia dahlah kurus..
Pusing-pusing banyak kali.. jadi pening r..
Bila dia start lari dia dah melayang.. xjejak tanah..
terbang sampai nak langgar kerusi batu..
semua org gelakkan dia.. mujurlah dia tu cool jer..

Pada sebelah malam ada LDK..
membuat origami dan presentation..
siap origami tulis jawapan pada soalan diberi..
ttg hostel life yg ketat dgn peraturan..
Apa yang paling dibenci dan haraapan..
Dan kumpulan aku, akulah kena present..
dan aku agak berjaya juga menyampaikan hujah aku itu..
10 markah untuk aku.. hahah..

Selepas itu kami akan lakukan aktiviti yg ditunggu oleh aku..
Nightwalk and solo drop..
Kami kena bawak kain penutup mata..
Sebelum start aktiviti tu..
Kami kena dera dulu..
Macam smalam.. Penat dowh.. habis lemak2 aku pecah..
Bila dah nak start aktiviti aku dah taklarat..

Aku tutup mata guna kain sarung..
Dahtu aku org first masuk hutan..
Aktiviti tu kononnya utk menguji mental..
Patutnya seram tapi jadi kelakar plak..
Setelah aku ditinggalka keseorangan..
Aku tertidur..
Sedar2 aku bunyi suara org..
Panggil2 komander..
Ada yang buat suara2 antu..(komander kot)
Ada tu kena 'kacau' panggil nama komander kuat2..
Ada sebut Allahuakhbar tanpa henti..

Yang budak perempuan pulak macam buat demonstrasi..
Sorang sebut Allahuakhbar.. Yang lain ramai-ramai ikut.. Dahlah kuat ramai pulak tu..
Bila dah takut baru ingat Allah.. Selama nI..

Habis aktiviti dekat kul 3 lebih pagi..
pastu leh masuk tidur..
Esoknya baru ada compass matching..
Kitaorg kena jalan dalam group cari checkpoint..
Kena merempuh ladang kelapa sawit dan highway..
dahlah waktu tengahari..
habis terbakar kulit aku.. merah giler.. akukan putih..

Selama kat camp tu kami xdiberi minum air sejuk..
Semua air suam sampai air sirap pun suam..
Pastu time compass matching tu kami terjumpa kedai runcit..
Apa lagi serbulah..
Habis kot air sejuk dalam peti kedai tu kot..

Kumpulan aku menjadi kumpulan first sampai kat checkpoint..
Pukul 3 majlis penutup..
Pukul 4.30 kiteorg bertolak balik ke uitm..
sampai uitm aku terus serbu koop beli air sejuk..

Malamnya ada ceramah 'Isu Kalimah Allah'
Walaupun penat aku ttp enjoy..
tambah2 ceramah tu bagus gak..

Esok aku kena pergi taman negara pulak..
Ada trip subjek geologi..
3 hari 2 malam..
So, aku kena packing2 apa yg patut..

Assalamualaikum..


Monday, March 1, 2010

1st day camp: aku didera dimalam pertama




Assalamualaikum..

Baru hari aku ada masa..
Nak update blog ni..

Selama 3 hari 2 malam..
Aku dapat pakej murah..
Untuk pergi camp kesatria..
di Gunung Senyum..

Sedikit info:
Aku tanya komander..(bkn aku tanya pun benarnya)
Kenapa gunung itu dipanggil gunung senyum..
jawapannya.. jika kamu ada helikopter dan jet pesendirian..
dari atas langit kamu boleh tgk yg gunung ni ada mata.. hidung..
dan mulut yang tersenyum lebar..
aku pun xtau betul ketak..

Let's seen my activity..
First day camp:
7.30 aku kena kumpul tapi aku sampai 7.40..
Aku kena marah dgn komander hampir 10 minit(7.50)
Check rupa diri.. rambut aku kena gunting dgn komander..
Padahal baru semalamnya aku dah gunting..
Pastu dapat brg amanah..

Dengar taklimat bla bla.. sampai kul 8.45 naik bas ke gunung senyum..
Aku masih kaantuk lagi cuba melelapkan diri..
sepertimana rakan-rakanku yang lain..
tapi gagal.. aku pun lihatlah panorama sepanjang perjalanan..

Sampai area kg senyum rasanya kul 9.30..
Ada OPKIM..
Khidmat masyarakat..
Dibahagikan beberapa kumpulan..
Dan aku terpilih membersihkan tanah perkuburan..
Byk jugak darah aku didermakan pada nyamuk-nyamuk disana..
Aku ditugaskan utk menyabit rumput dan mencantas pokok kecik..
Sebab aku asyik mencantas pokok-pokok disitu..
Ada pokok berduri pula mencantas tanganku pula..
Lalu tumpahlah darah muda aku..

Habis OPKIM pukul 12.30..
Pelajar lelaki siapkan diri utk solat jumaat..
Hari tersebut jugak merupakan hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
Maulidur Rasul.. kami berarak selepas solat..
Start dari masjid sampai rumah org kampung..
Kami disediakan makanan masakan kampung..
Layan je.. Rezeki bahamlah..

Pada pukul 4.00 ptg..
Kami terpaksa berjalan kaki 3.2 km..
Untuk masuk ke gunung senyum..
Sebagai latihan katanya.. padahal bas bleh je angkut..
Apa yg best ramai pelajar lelaki siap pakai kain sarung lagi..
Yelah semayang jumaat tukar pakai kain..
seluar dah kotor..
pastu xleh tukar..
jalan dengan kain-kain sekali..
sampai kena sound 'baru sunat ker'

Sampai dipintu dpn aku dah berpeluh riuk..
kami diberi minum air dan tempat tidur..
petg tu kami diberi taklimat..

Pada waktu malam pula..
kami diber kumpulan dari 1-15..
kumpulan aku kedua last..
LDK pertama start kul 9
Diberi kertas mahjong dan tali rupia..
Untuk membuat logo kumpulan..
Dlm group aku.. aku lgsg xsumbang idea..
Just tgk org buat.. hahah..
Akhirnya terciptalah kapal api..

Habis LDK tu sampai kul 10.30..
kami diberi minum malam..
kul 11.00 kami berkumpul balik..
untuk aktiviti jalan lasak..
kami dikehendaki berlari sepanjang 4 km..
dan kembali semula 4km..
totalnya 8km..
aku nak lari 1km pun dulu pikir pnjg..

Aku pun berlari selambat yang mungkin..
Dalam group kena sama-sama..
Apa yg penting?? Kerjasama..
Pukul 2.00 pagi kami sampai balik..
Aku xpeluh sangat sebab malam sejuk2..
lagipun lari tgh malam.. gelap..

Pukul 3.00 baru diberi tidur..
Pukul 3.30 kami dikejutkan tiba2..
siswa ada kes..
Kami akhirnya didera padam malam pertama..
Macam2 kena buat..
Duduk separuh.. pumping..
Berguling diatas batu daan pasir..
Berlari setempat tampai pakai kasut diatas batu-batu..
Dan byk lagi..

Kul 5.00 kami dibenarkan utk tidur..
Kul 5.30 kami dikejutkan utk solat subuh..

Esoknya...

Bersambung 2nd day camp...

Assalamualaikum..