Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Saturday, December 18, 2010

KENANGAN : Cinta Gila

Assalamualaikum..

Allah lebih suka seseorang itu mengaku berdosa walaupun tidak berdosa..
dan..
Allah lebih benci seseorang itu mengaku tidak berdosa tetapi berdosa..

Kata2 ni aku dapat dari menonton drama di astro semalam..
AKU BUKAN RABIATUL..
drama ttg pelacur yg ingin pulang kepangkal jalan.. drama yg agak menarik..
lakonan Wan Maimunah..

Bila bersendirian..
aku biarkan emosi menguasai diri..
terbayang kenangan2 lalu yg mencuit hati..
terasa berdosa apabila bergurau secara melampau kepada arwah..
kdg2 tanpa sedar rasa bersalah itu menerbitkan air mata..
mgkn aku tak punya byk pengalaman kehilangan org yg berada hampir dgn aku..
aku akan teruskan perjuangan yg terhenti..
kehilangannya akan dijadikan pelengkap untuk aku melangkah kemasa hadapan..

Masa muda2 dulu..
sekarang pun muda lagi.. masih hangat dipasaran lagi..
aku mmg suka berangan.. skarang pun suka lagi..
selalu nak jadi hero.. bukan superhero.. xsanggup nak pakai underwear kat luar..
klu boxer kuat lagi..
sampaikan angan2 tu aku realisasikan dalam bentuk cerpen..
jadi aku adiahkan korang cerpen masa aku sekolah menengah ni..
sekadar suka2.. xpaksa baca.. sebab terlalu byk sgt nada PhD korg pada aku..
hahah...
gurau2..

CERPEN : CINTA GILA

“Lembab tul kau ni Zura, aku nak cepat ni nanti tutup pulak library.” Marah Syahrafi pada Baizura. Dia perlu cepat kerana jam sudah melangkah ke pukul 10.30 pagi. Buku-buku yang dipinjam perlu dipulangkan jika tidak terpaksa dia membayar dua puluh sen. Baizura pula ingin mengikut tapi jalan terkedek-kedek.

“Kau ni nak marah-marah pula, kan Ara yang jaga mesti tutup lambat. Dia kan suka berlama-lama kat dalam library tu,”omel Baizura. Tu yang Syahrafi musykil, Sahara memang suka cari pasal dengannya. Pantang bertemu pasti berlaku pergaduhan mulut. Sahara memang terkenal dengan mulut becoknya. Syahrafi terus melangkah meninggalkan Baizura yang memegang buku pinjaman. Sampai saja di library, Sahara telah menutup library. Syahrafi menyumpah seranah Baizura dan Sahara. Dia tidak kisah setakat membayar dua posen tu tapi namanya pasti tercatit didalam buku kelewatan. Buat malu jer namanya ada disitu sedangkan dia pengawas library.

“Eh, Ara apsal kau tutup awal sangat. Belum 10.30 lagi, kau saje tutup awal bila tengok aku datang. Kau memang nak cari pasal dengan aku,” tiba-tiba kemarahan Syahrafi menerpa.

“Apa plak, betul dah pukul 10.30. Kau tu lembab sangat. Padan muka kau kena marah dengan cikgu besok. Nampaknya tak layaklah kau jadi ketua library sebab nama kau kena black list,” ejek Sahara. Hatinya senang apabila dapat mengutuk Syahrafi. Amarah Syahrafi makin menyala-nyala mendengar kata-kata Sahara. Dia mula mengangkat tangan tapi sempat ditahan Baizura.

“Dahlah, kita dah lambat ni, kelas awam nak mula dah. Karang tak pasal-pasal kena marah dengan cikgu,” Baizura cuba meredakan keadaan. Syahrafi terus melangkah meninggalkan Baizura dan Sahara. Sememangnya kata-kata Sahara itu ada betulnya. Hati jahat Syahrafi mula berkata, ‘balas dendam kat budak ara tu’. Akhirnya Syahrafi tersenyum sendirian.

“Weyh, kau buat apa ni John?” Tanya Isma kehairanan. Teman-teman rapatnya memangilnya John kerana dia merupakan bekas pelajar kelas 4 awam 3. Semua pelajar dikelas itu mempunyai gelaran, syahir digelar taiko, aliff digelar saddam dan ada beberapa pelajar lagi.

“Aku nak membalas dendam, kau diam jer jangan bagi tahu sesape termasuk awek kau.” Arah Syahrafi.

“Yelah kau nak buat apa ambik buku budak Ara ni?” Tanya Isma lagi.

“Aku nak sorok buku dia biar dia kena denda dengan teacher, baru puas hati aku,” syahrafi ketawa sambil memandang Isma. Dia pasti Sahara pasti akan didenda jalan itik di seluruh bangunan pelajar tingkatan lima.

“Weyh, tak baik kau buat macam tu. Kesian dia, nanti malu pulak dia. Dahlah cun, kena jalan itik depan semua kelas.” Isma meluahkan simpatinya.

“Itu yang aku mahu, baru glamour sikit minah sombong tu. Ingat jangan kau bagi tahu awek kau Khairunnisa’ tu,” Syahrafi memasukkan buku kerja grammar Sahara ke dalam beg sekolahnya. Dia tersenyum dsendirian. Hatinya berbisik, ‘dendam akan terbalas’.

“Sahara, where your exercise book?” Tanya Teacher Azlina.

“I don’t know,” jawab Sahara perlahan.

“What?” marah teacher Azlina dengan jawapan yang diberikan.

“Tadi ada tapi….,”belum sempat Sahara memberi penjelasan, Teacher terus menyuruhnya keluar dari kelas. Hanya Sahara saja yang tidak membawa buku. Dia didenda berjalan itik di seluruh bangunan.

Habis sahaja kelas bahasa inggeris, Sahara terus duduk ditempatnya dan menangis. Khairunnisa’ cuba memujuknya. Namun hasilnya sia-sia. Isma memandang Syahrafi yang cuba membuat muka bodohnya.

Tiba-tiba Syahrafi bangun dan berjalan kearah Sahara. Lalu dia melemparkan buku Sahara. Semua pelajar di dalam kelas itu terkejut dengan perbuatan Syahrafi.

“Akhirnya dendam aku pada kau terbalas, baru kau tahu bagaimana sakitnya hati aku bila kau buat aku macam tu,” kata Syahrafi penuh keangkuhan. Dia menang. Syahrafi terus duduk ketempatnya semula apabila Cikgu Fauziah masuk ke dalam kelas.

Syahrafi sempat menjeling kearah Sahara. Dia nampak ada kolam jernih dimata Sahara. Entah kenapa hatinya tersentuh. Tapi cepat-cepat dia memadamkan perasaan itu.

“Tak baik kau buat macam tu pada Ara,sian aku tengok dia kat asrama asyik kena nganjin je dengan budak budak ni. Ada budak laki panggil dia pingu masa depan koperasi semalam,” cerita Baizura. Syahrafi nmeluahkan ketawanya. Dia ketawa terbahak-bahak apabila mendengar Sahara digelar pingu.

“Biar dia rasakan, sebab dia aku tak jadi ketua.” Kutuk Syahrafi.

“Semalam aku tengok dia menagis masa study,” sampuk Syahirah.

“Eleh, setakat jalan itik tu pun nak nangis. Kita dulu pun kena jugak,” Syahrafi terus membalas kata-kata Syahirah.

“Yelah, kita kena ramai-ramai. Dia kena sorang-sorang,” tiba-tiba Syahir menyampuk.

“Sejak bila kau sebelah dia pulak? Kau minat kat dia ke?” Tanya Syahrafi.

“Mahunya tak minat, cantik tu siot. Kesian kau buat macam tu kat dia,” Syahir meluahkan simpatinya. Sahara masuk ke dalam kelas bersama-sama Khairunnisa’. Jelas terpancar kesedihan diwajahnya. Matanya bengkak kerana kuat menangis. Syahrafi berasa bersalah. Entah kenapa dia anti dengan Sahara walhal hubungannya dengan pelajar perempuan lain elok saja. Sahara dengan pelajar lelaki pun juga elok Cuma mereka berdua asyik bertengkar. Hari ini tidak kedengaran keriuhan suara Sahara. Tiada lagi pertengkarannya dengan Sahara seperti hari-hari lain. Tiba-tiba dia jadi rindu untuk mendengar suara itu. Hatinya berbisik, ‘kenapa dengan aku ni?’.

Hari ini Syahrafi bertugas dikaunter library. Tidak ramai pelajar yang meminjam dan memulangkan buku. Dia jadi bosan menunggu waktu rehat. Tiba-tiba seorang pelajar menyerahkan buku padanya. Dia memandang pelajar tersebut. Mata mereka berdua bertaut. Ada debaran didalam dada mereka. Syahrafi tersedar ada mata yang memandang, dia cepat-cepat melarikan pandangannya. Dia mengambil kad pelajar tersebut tanpa memandangnya. Alangkah terkejutnya apabila melihat nama yang tertera di kad pinjaman itu. Syahrafi mengangkat mukanya. Dia melihat wajah lesu Sahara. Tiada lagi sergahan yang akan membuatnya sakit jantung seperti dulu setiap kali Sahara memulangkan buku. Hatinya jadi rindu dengan kelakuan Sahara dulu. Kini Sahara sudah jauh berubah. Suaranya tidak kedengaran seperti dulu. Setiap kali perbentangan didalam kelas dia pasti bertanya itu ini pada Syahrafi untuk mengenakan Syahrafi sehingga dia tak mampu menjawabnya. Syahrafi nekad untuk meminta maaf kepada Sahara. Sememangnya dia kalah melihat raut kesedihan diwajah Sahara. Adakah dia meminati Sahara? Hanya dia saja yang tahu.

Syahrafi asyik mendengar lagu dalam mp3 miliknya. Dia malas untuk turun ke padang untuk bermain. Dia lebih suka menghabiskan masa mendengar lagu. Tiba-tiba Isma meluru masuk kedalam dormnya.

“John, Ara nak jumpa kau kat koperasi.” Kata Isma termengah-mengah.

“Buat apa?” tanyaku acuh tak acuh.

“Mana aku tahu, pergi jelah. Dia beria-ria nak jumpa kau. Kesian aku tengok muka dia,” pinta Isma mengharap. Syahrafi melangkah malas kearah locker untuk mengambil dompet. Dia terus pergi ke koperasi seorang diri dan dia berkira-kira untuk membelin set squarenya yang patah.

“Kenapa nak jumpa aku? Nak balas dendam?” kasar Syahrafi bertanya.

“Bukan awak ke nak jumpa saya?” Tanya Sahara kehairanan.

“Bila pulak aku nak jumpa kau, Isma beria-ria kata kau nak jumpa, kau jangan main-main boleh tak?” tiba-tiba Syahrafi jadi marah. Terasa dia dipermainkan.

“Betul, saya tak tipu. Nisa cakap awak yang nak jumpa,” kata Sahara.

“Diaorang nak main-mainkan aku nampaknya,”Syahrafi jadi panas.

“Takperlah macam tu, saya pergi dulu.”Belum sempat Sahara pergi Syahrafi menahannya.

“Err… aku.. aku ada benda nak cakap dengan kau. aku nak mintak maaf sebab buat kau macam tu. Sebenarnya aku marah kat kau sebab aku tak dapat jadi ketua,” Syahrafi meluahkan perasaannya.

“Ermm.. saya pun. Saya tahu saya tak patut buat macam tu. Awak memang layak pegang jawatan tu,”kata sahara lembut. Kata-kata itu mencuit hati Syahrafi.

“Tak, sebenarnya saya tak layak. Orang yang panas baran macam saya mana boleh jadi ketua,” ikhlas kata-kata yang keluar dari mulut Syahrafi. Entah mengapa dia membahasakan dirinya saya sedangkan selama ini dia menggunakan aku.

“Ara, sebenarnya dah lama saya nak cakap benda ni kat awak tapi saya malu,”perlahan saja Syahrafi berkata.

“Malu? Apa yang awak nak cakap? Awak tak perlu malu,” Tanya Sahara lembut seperti memberi kekuatan pada Syahrafi.

“Saya suka awak!” Nah keluar juga kata-kata hikmat itu. Muka Syahrafi merah padam apabila melihat reaksi Sahara tenang mendengar kata-katanya. ‘aku bertepuk sebelah tangan ke? Malunya aku,’ bisik hatinya.

“Saya pun suka awak, dah lama pun sejak awak pindah masuk kelas saya,” alangkah terkejutnya aku mendengar kata-kata yang terbit dari mulut Sahara.

“Wah, diaorang dah couple.”kedengaran suara Isma menjerit. Isma dan khairunnisa jalan beriringan datang kearah mereka. Syahrafi terus menumbuk bahu Isma. Isma hanya meluahkan ketawanya yang masih bersisa.

“Kalau kita tak buat macam ni, korang mesti tak baik lagi dan mungkin tak couple,” lancar saja kata-kata yang keluar dari mulut Khairunnisa’.

“Betul tu, korang kena ucapkan terima kasih kat kami berdua,” sampuk Isma. Syahrafi dan Sahara hanya tersenyum mendengar kata-kata mereka. Sememangnya Syahrafi dan Sahara tahu yang cinta mereka cinta gila, datang kerana kerinduan yang mendalam apabila masing-masing membisu. Syahrafi dan Sahara berjanji tiada lagi pertengkaran antara mereka.

****

Ditulis semasa tingkatan lima.. sekadar suka2.. :D


Assalamualaikum..

19 comments:

Raji berkata said...

eh aku igt syahrafi tu perempuan juga awal2 =.="
siap main sorok2 buku lagi..
hohohoh
nice story btw ;D

benci2 lama2 suka o.O"

mR.sYaH said...

raji: alamak! haha.. beselah benci jadi cinta.. hahah...

zati said...

sweetnye..ape orang kata marah2 syg teheee, pengalaman sendiri ke?? XD

Tulip said...

hehehe...ala..kalu dah tak gaduh x best la...=D

nice..

Ayuni said...

kreatif...bleh jd penulis nie...

HonEyBuNNy said...

Allah lebih suka seseorang itu mengaku berdosa walaupun tidak berdosa..
dan..
Allah lebih benci seseorang itu mengaku tidak berdosa tetapi berdosa..


suka kata2 neh....insaf2....

soffea said...

selalu memang mcm tu kan. mula2 konon benci sgt. last2 cinta jugak. hehe.

rajin tulis cerpen. best :)

echah mashuri said...

haha..syah..syah...ade pulak hero nama ko..huhuh

Heidi Shafiq said...

dulu ms sekolah aku byk lepaskan pmpn yg aku minat bg kt kwn2.. sadis aku rs.. padahal aku dapat pmpn plg lawa kt sekolah tu..

Mr.Ix said...

lama mana tu peram cerpen ni..sejak form 5 tu...
aku suka lagu cinta gila by grey sky morning kot.

oda the miss Rrrr said...

pandai buat citer cinta eh..tapi kalo ending bagi lagi tragis lagi besh

hans said...

syahrafi tu kan nama ko
so tahu dah
hehehehe

P/S : Seronok Kan Bila Kena Prank Dengan Kawan Sendiri?

IMANSHAH said...

saya tengok citer ni sampai habis...

wahida said...

ko yg tulis ke cerpen ni beb? caya laa!! dpt kat akak, cerpen jadi sajak...muahahahaha!!

mie said...

gue jarang melayan crita2 camni..
nk kena tgk ni..

NICK IRFAN said...

ni cte benar ke? msti cte kisah ko ni kan? hehehe

hysman said...

tak perasan pulak citer nih kat astro..tp klu wan maimunah belakon..huhuhu,klu jd mak konpom tgk tp klu die yg blakon jd pelacur konpom tak tgok.. hehee..
btw,nice story,kdg2 org yg kita benci iutlah cinta sebnar kita..
;)

hamzah ian said...

pergh.. gile panjang..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

gua tak layan astro dah... asyik certa ulang ulang