Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Monday, September 20, 2010

Pesona Yang Mempesonakan..

Assalamualaikum..

Dua minggu bercuti ni..
otak terus jadi beku..
masih sejuk lg mgkn ambil masa nak panas..
td masa kelas material..
mengantuk yg amat dan masa kelas math pula blur sekejap..

Malam ni..
aku nk siapkan kajian kes aku..
ttg perkahwinan Roslin Hashim yg telah dua kali membina masjid..
tetapi putus ditgh jalan..
aku cuma nak apa sebab dan akibatnya..
hari rabu dah kena present..

Sebelum tu..
aku nak cerita ttg sebuah buku..
yg amat menarik..
PESONA SANDORA
sinopsis:

Belangkas merayap di mana-mana. Histeria menghantui pelajar-pelajar sekolah. Kematian-kematian mengejut dan mengerikan. Penduduknya percaya orang asing adalah pembawa bencana.

Saniah dan Dalila, dua guru pelatih yang baru menjejakkan kaki ke provinsi itu tanpa sedar telah terheret ke dalam pergolakan yang akan menentukan jatuh bangun sebuah dunia asing.

Swastika semakin terdesak apabila salji tiba-tiba turun dari langit tropika Sandora. Apakah ia pesona yang akan menghadirkan ketenangan? Atau alamat ketibaan satu malapetaka?

Apakah yang sebenarnya terjadi di Provinsi Sandora?

******

Bagi aku buku ni cukup mempesonakan..

PESONA SANDORA:Misteri di Provinsi Terpencil

Buku terbitan PTS ni sungguh menarik..

Bengenre fantasi thriller dan harganya amat berpatutan RM18.00.

Malaysia ada salji? Menarik bukan.. Cerita ini mengisahkan sebuah daerah Sandora yg duduk dikawasan pendalaman. dua org guru pelatih Saniah dan Dalilah telah memilih kawasan tersebut utk menjalani praktikal.. Tanpa mereka sedari rupanya mereka berdua mmg terpilih utk menyelamatkan kawasan tersebut dari hancur dari manusia dan makhluk yg tamakkan keduniaan..

Cerita ini memang secukup rasa.. ttg cinta, agama dan pegangan manusia...

aku rasa xrugi kalau korang baca buku ini.. mgkn permulaan agak membosankan tapi apabila suku pembacaan cerita ini mula menarik.. banyak persoalan yg muncul dan dijawab diakhir cerita.. cuma ending dia agak klise sama seperti buku cermin..

walaupun buku ini bergenre fantasi tapi masih berpegang teguh pada agama kita.. dan novel ini cuba memberitahu bahawa manusia adalah sebaik2 kejadian.. jika kamu ingin menikmati musim salji dan bunga di Malaysia.. kamu akan dapat dlm buku ini... dan manusia juga mempunyai kuasa..

Aku rasa..

Pendapat aku dalam industri hiburan ni.. Terlalu byk novel yg menarik boleh diangkat kelayar perak. daripada mereka menghasilkan cerita SAMPAH sahaja.. aku rasa mmg industri ini xkn membangun.. kita asyik melihat kecanggihan barat menghasilkan filem2 canggih.. bila pula Malaysia akan menghasilkan filem yg berkualiti??

Jika kita tgk sekarang filem di Malaysia masih tiada pembaharuan, filem seram yg masih sama jln ceritanya.. filem cinta yg xmembawa pengajaran.. filem poligami yg xberkesudahan.. sudah tiba masanya penerbit filem mengangkat novel2 yg berkualiti kelayar perak.. macam hollywood.. byk filem yg berjaya diangkat dari novel.. penulis2 dinegara kita juga berimaginasi tinggi.. bosan melihat filem yg masih sama dan tiada pembaharuan..

Daripada aku tgk citer rekaan barat yg semakin melampau2 tu.. lebih baik aku tgk filem tempatankan.. tp jgnlah masih mengguna formula yg sama.. bkn salahpun mengadaptasi novel ke filemkan..


Assalamualaikum..


p/s: baca buku Pesona Sandora ni mcm baca harry porter tapi harry porter bleh merosakkan akidah.. novel ni bukan yerk..

7 comments:

senandung semalam said...

syah...
nak bukak blog ko ade malware la...
;(ni pun boley bukak kejap je..

ainz said...

thanx sbb byk share novel2 yg best kat sini.. :) nnt share lg,k..

Mr.Homosapiensz said...

nmpknya aku bukan peminat filem tempatan..bkn semuanya tp kebanyakkannya la....x sanggup nk tgk..huhu

echah mashuri said...

ko mmg suka bc novel ek syah?jrg nk jmpe laki cmni..hihi:)

HonEyBuNNy said...

btol tu...syah minat novel..bagus la...;-)

FaizalSulaiman said...

bunyik macam planet 'pandora' citer avatar.hehehe

novel yg dicadangkan haritu pon blm g carik syah:)

NICK IRFAN said...

novel ni kalau buat filem msti best ni! aku ada gak novel ni tp x baca2 pun lagi...