Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Sunday, September 26, 2010

Cerita Seorang Sahabat

Assalamualaikum..

****

Zahirnya, dia sorg lelaki yg periang.. selalu membuat manusia disekelilingnya ketawa dgn lawak jenakanya yg bukan bodoh.. melihat wajahnya pasti ramai akan mengatakan dia tidak punya masalah..

tapi batinnya dia terseksa.. seribu satu masalah yg ditanggungnya.. kata org menjadi anak bongsu satu keistimewaan tapi bukan baginya.. menjadi anak terakhir adalah neraka baginya.. melanjutkan pelajaran diuniversiti adalah kebebasan yg dicari-cari selama ini..

17 tahun berada dirumah tidak menjamin dia memperoleh kebahagiaan.. dia sendiri tidak tahu dimana silapnya kenapa dia begitu sekali dibenci oleh keluarganya.. kecuali achik.. kata ayah dan ibu, dia telah membawa sial dalam keluarga.. selepas dia dilahirkan.. ayah diisytihar bangkrup..

puas dia berfikir.. apa kena mengena kelahirannya dgn kegagalan perniagaan ayah.. lagipun bisnes ayah bukannya bisnes halal.. sepatutnya ayah bersyukur.. dia tidak terlajak jauh dengan meneruskan perniagaan haram tersebut..

sejak kecil dia dilayan bagai hamba.. semua kerja dirumah perlu dilakukannya.. dia bukan org gaji.. malahan dia seorg lelaki.. segala pekerjaan yg seharusnya dilakukan oleh kaum hawa perlu dilakukannya.. dimana silapnya dia.. apabila dia perlu menjadi hamba dirumah sendiri..

along, angah dan alang juga suka membulinya.. kecuali achik yg seringkali membantunya.. achiklah yg sentiasa meletakkan ubat dibadannya setelah dia dipukul ayah dan ibu.. baginya achiklah segala-galanya.. sayangnya umur achik tak panjang.. achik meninggal disebabkan kanser hati.. kematiaan achik meyebabkan dia makin dibenci.. mereka menuduhnya punca kepada kematian achik kerana terlalu rapat dengannya..

zaman kanak-kanaknya bukan seperti kanak-kanak lain.. dia sendiri tidak pernah bermain bola sepak.. habis saja waktu persekolahan dia terus pulang kerumah utk menyiapkan kerja-kerja rumah yg terbengkalai.. dia tidak pernah punya waktu utk bermain..

namun, dia dikurniakan otak yg bijak.. dia telah mendapat 5A dlm UPSR dan mendapat tawaran ke SBP tetapi ayah dan ibu tidak membenarkannya pergi sama sekali.. sedangkan alang yg lemah itu, ayah sanggup berjumpa YB semata-mata utk menempatkan alang dalam kalangan pelajar yg pintar..

dia hanya belajar disekolah harian biasa.. dan meneruskan rutin hariannya seperti biasa.. Dalam peperiksaan PMR dia memperoleh 9A dan sekali lagi dia menerima tawaran ke SBP.. namun seperti biasa dia tidak dibenarkan sama sekali menjejakkan kaki ke sekolah tersebut.. ayah telah membuat perniagaan ikan keli dan perniagaan ayah semakin maju.. namun ayah xpernah sedar, kenapa perniagaan ayah berjaya kerana dialah yg selalu melakukan kerja menjaga ikan2 keli itu bersama pekerja2 ayah yang lain.. dia ttp dianggap membawa sial..

Peperiksaan SPM, telah mengharumkan nama ayah dan ibu.. kerana dia merupakan pelajar terbaik negeri Pahang.. ibu kecoh satu kampung menguar-uarkan berita yg bahawasanya dia telah berpenat lelah mendidiknya sehingga berjaya.. mahu tidak mahu ayah dan ibu terpaksa juga membenarkannya belajar di universiti..

dan disitulah permulaan hidupnya utk mencari kebahagiaan....

*****
To Be Continued...

Assalamualaikum..

5 comments:

NICK IRFAN said...

cte apa ni? cerpen ko tulis sndiri ke? menarik gak... sian kat bdk lelaki tu mcm di anak tirikan plak?

jejaka anggun said...

kisah diri sendiri ker?

FaizalSulaiman said...

aduh..sedihnya Syah..ada gak budak lelaki kena macam ni.ingat perempuan aje.

mak ayah pun..janganlah anggap anak tu bawa sial.setiap anak akan ada rezekinya.

♥♫♥EiRa♥♫♥ said...

wahhh..menarik crita ni..sy baca pun terharu=)

ainz said...

baru harini berkesempatan bace..bz 2,3 hari ni..sambung part II>>>