Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Monday, October 11, 2010

Cerita Seorang Sahabat 5

Assalamualaikum..

******

Dia masih lagi terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Dr. Syah sebentar tadi. sedari tadi dia hanya mampu mendiamkan diri. Am hanya mampu membisukan diri. Am pun tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Namun, walau apapun yg berlaku Am akan tetap berada disampingnya.

Multiple Myeloma. Itulah penyakit yang dihidapinya. Penyakit ini jarang berlaku. selalunya penyakit ini menyerang mereka yg lanjut usia. tapi ada 1% yang menyerang mereka yg berumur 30 tahun kebawah dan dia salah satunya.

Dia kecewa. Dia merasakan takdir untuknya tidak adil. Kenapa dia harus lalui semua ini?

Dia ponteng kelas. Mood untuk belajar telah hilang. Am, Faizal dan ery risau akannya. Selama ini dia tidak pernah ponteng kelas walaupun dia sakit sekalipun. Dia masih belum dapat menerima hakikat. Multiple Myeloma merupakan sejenis penyakit dalam kategori kanser atau lebih dekat dgn kanser darah. Sukar betul hatinya untuk menerima hakikat ini.

Nurul Iman ingin berjumpa dengannya. Dia nekad untuk memberi keputusan.

Nurul Iman terkedu dgn jawapan yg diberikan. Namun dia pasrah. Nurul Iman menyukainya kerana sikapnya yg tidak byk cakap dan selalu tersenyum membuatkan Nurul Iman jatuh hati. Dia tidak pernah bercakap perkara-perkara yg kotor atau mengarut sepertimana pelajar-pelajar lelaki yg lain. Walaupun perit Nurul Iman menerima ketentuan ini.

Aisyah datang berjumpa dengannya. Wanita itu semakin cantik tidak menggambarkan umurnya yg sebenar. Entah kenapa hatinya tiba-tiba tertarik dgn wanita itu. Wanita itu mengajaknya keluar makan bersama-sama. Dia menerima.

Semakin hari hubungan mereka berdua semakin rapat. Bagaikan pasangan kekasih. Berpegangan tangan sambil memeluk pinggan tanpa segan silu. Dia berasa bahagia bila bersama dgn Aishah. Dia lupa akan penyakitnya. Dia merasakan waktu untuk dia mendapat kebahagian sudah tiba.

Am yang melihat keakrabannya dengan aisyah mula berasa tidak sedap hati. Dia kerap ponteng kelas semata-mata untuk keluar dgn Aishah.
Suatu hari, Am cuba menasihatinya. Namun dia naik angin lalu memnumbuk muka Am.

*******
Bersambung...

Assalamualaikum..

4 comments:

♥♫♥EiRa♥♫♥ said...

wah kesiannya...
x sabar nak tunggu sambungannya lagi..

nulhazwany abdul malik said...

uik ? memeluk pinggan
^^

ainz said...

Hurm..kerana seorg pmpn..lelaki yg baik boleh berubah..

Fakhrur Razi berkata said...

lgik2 smbung...
ak baru nk kesian kt der awal2 @@"