Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Thursday, September 30, 2010

Cerita Seorang Sahabat 4

Assalamualaikum..

Sebenarnya ini adalah sebuah cerita rekaan semata2..
oleh kerana aku ni tiada masa nak tulis cerpen..
jadi aku cuba menulis cerita secara spontan..
cerita ini tiada mengena antara yg hidup atau mati..
jika ada ini adalah satu kebetulan..

******

Am menyarankan dia untuk membuat ujian darah untuk memastikan sama ada dia dijangkiti virus dari penagih tersebut atau tidak. Dia akur.

Sebulan lagi dia akan mendapat tahu keputusan ujian darah tersebut. Dia berdebar-debar. Adakah dia akan dijangkiti penyakit yang tiada penawar itu? Dia resah. namun mujur ada Am disisinya yang sentiasa memberi sokongan kepadanya. Faizal dan Ery tidak tahu langsung akan perkara itu kerana dia tidak mahu orang lain tahu kecuali Am.

Tiba-tiba Nurul Iman mahu bertemunya. Dia jadi serba salah. Dia tidak mahu menyakiti Am. Dia rasa dia sudah cukup bahagia bersama dengan sahabatnya itu. Dia tidak perlukan cinta pada waktu ini. Dia tidak mahu tamak kerana orang yang tamak selalunya akan kerugian.

Dia akhirnya ingin bertanya pendapat Am. Sangkanya Am akan marah tetapi reaksi yang sebaliknya diberikan sahabatnya itu. Am menyuruhnya bertemu dengan Nurul Iman tetapi bukan dikawasan sunyi kerana takut mendatangkan fitnah. Dia gembira dan terharu di atas keprihatinan sahabatnya itu. Dia bertemu juga dengan Nurul Iman di Perpustakaan Universiti.

Kata-kata yang diucapkan Nurul Iman bukan ilusi. Dia benar-benar terkejut. Gadis itu mencintainya. walaupun gadis tersebut hanya menundukkan wajahnya apabila mengucapkan kata-kata itu namun dia tahu Nurul Iman betul-betul Ikhlas. Dadanya jadi sesak. Dia berasa sukar untuk bernafas. Perlukah dia memberi jawapannya sekarang? Dia buntu.

Dia sendiri masih keliru dengan perasaannya sekarang. Dia meminta sedikit masa dari Nurul Iman untuk memikirkan hal ini terlebih dahulu. dia sendiri hairan kenapa Nurul Iman menyukainya. Apa kelebihan yang ada pada dirinya. gadis secantik dan sebaik Nurul iman itu pantas mendapatkan lelaki yang lebih baik darinya. sedang dia asyik memikirkan hal Nurul Iman, dia terlanggar seorang wanita dengan kuat. wanita itu jatuh tersungkur. dia kaget.

Dia tidak henti-henti memohon maaf kepada wanita tersebut. wanita tersebut hanya tersenyum melihat gelagatnya yang begitu gelabah. dia akirnya berhenti meminta maaf setelah wanita itu sudi memaafkannya. dia memandang wajah wanita tersebut. wanita tersebut sangat cantik dan dia terkejut apabila mengetahui wanita tersebut sudah menjangkaui umur 40 tahun. mereka akhirnya membawa haluan masing-masing apabila tiada apa yg perlu diperkatakan dan dia sempat mengetahui nama wanita tersebut, Aishah.

Lagi dua minggu dia bakal mengetahu ujian darahnya dan jawapan kepada Nurul Iman juga masih belum dijawab. dia bagaikan berada dalam dilema. kucing mana akan menolak lauk didepan mata? tapi sayangnya dia bukan kucing. sejak akhir-akhir ini, wajah Nurul Iman selalu bermain-main diwajahnya. dadanya juga selalu berasa sesak apabila memikirkan Nurul Iman. Adakah ini cinta? Argh! Dia insan naif yg masih belum kenal apa itu erti cinta.

Matanya sedari tadi asyik memandang Nurul Iman. Tumpuan pada subjek ECM hilang begitu sahaja. Am disebelahnya hanya memandang kosong tingkahnya itu. bila matanya bertemu dgn Nurul Iman, dia malu lalu memalingkan mukanya dan bertemu pula dengan wajah Am yg tersengih-sengih. Tumpuan segera dialih kearah pensyarah.

Am menasihatinya supaya menerima Nurul Iman. kata Am, dia pasti akan menyesal kerana menolak gadis sebaik Nurul Iman. Dia tahu itu tapi dia takut dia pula yang akan mengubah kebaikan gadis itu. Dia lelaki dan Nurul iman itu seorang perempuan. Diantaranya pasti ada syaitan yang akan menganggu. dia takut terperangkap dalam jerat mainan Syaitan. Lagipun dia masih belajar, masih belum punya pekerjaaan mahupun pendapatan. Dia tidak mahu hanya melemparkan janji2 palsu. Dia bukan manusia sebegitu. Tambahan pula, bagaimana jika ujian darahnya positif? Itulah yang paling ditakutinya sekarang.

hari yang ditunggu telah tiba, Am sudi menemaninya. Dia rasa berdebar-debar. Fikiran runsing asyik memikirkan ttg ujian darhnya. sama ada positif ataupun negatif. Tiba-tiba dia terlanggar seseorang, seorang wanita. adakah ini suratan atau kebetulan? Dia terlanggar Aishah lagi. wanita itu juga terkejut. Rupa-rupanya wanita itu seorang model yang terkenal. Patutlah wajahnya masih cantik walaupun sudah mencecah usia 40 tahun. Aishah ke hospital utk bertemu dgn doktor peribadinya. Mereka berpisah apabila Aishah menerima panggilan telefon.

Dia memandang wajah Doktor Syah penuh debaran. Ujian darahnya sudah keluar. Dia memandang bibir doktor tersebut utk mengetahui jawapannya. Dia terkejut dan amat gembira. Negatif! Namun kegembiraannya hanya untuk seketika kerana dia menghidapi penyakit lain yg boleh membawa maut. Dia terkedu!

*******
Bersambung..

Assalamualaikum..

4 comments:

♥♫♥EiRa♥♫♥ said...

ape ek penyakitnya..

ni x sabar nak tau ni~~~

ainz said...

syah..sambung lg..nak bace....hehehehe

FaizalSulaiman said...

kesian betul la wtak utama citer ni syah.evnthough it just a fiction, tp malang bertimpa-timpa.sian..sian

nas said...

wahh...ader lagi tulis cerpen...pandai la ko..
aku tulis cerpen tp xbest...
hahahhaha...woit...pehal name doktor tue shah hah :P