Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Sunday, September 26, 2010

Cerita Seorang Sahabat 3

Assalamualaikum..

****

Cuti Sem akhirnya tiba jua.. kepulangannya kerumah memamg tidak memberi makna kepada ahli keluarganya.. cuma kali ni dia tidak perlu membuat kerja org gaji lagi.. dia cuma tidak diendahkan lgsg sama ada dia wujud atau tidak dirumah itu memang tidak penting sama sekali.. tetapi dia bahagia begitu..

Along telah membawa calon isterinya kerumah.. cantik! itu yg dapat dia tafsirkan.. along langsung xkenalkan dia kepada bakal kakak iparnya.. dia tidak kisah.. namun bakal kakak iparnya itu cuba mendekatinya.. bertanya ttg dirinya.. dia menjawab sebaik mungkin.. baik! itulah yg dapat dirasakan oleh hatinya..

tiba-tiba alang jadi baik.. alang memberi telefon selular lama milik alang kepadanya.. kata alang dia baru sahaja memberi telefon baru dan tidak lagi menggunakan telefon lamanya.. dia terharu.. adakah ini permulaan baru dalam hidupnya?

Dia memasuki bilik Achik yg kini sudah menjadi stor.. dia rindu akan achik.. suara, wajah dan jenaka Achik seringkali bermain difikirannya.. dia tahu achik baik.. sebab tu Allah ambil achik dulu.. mgkn dia belum cukup baik utk mengikut jejak achik.. tiba-tiba dia terlihat sebuah diari berwarna hitam yg berhabuk.. diari achik.. dia mengambil diari tersebut utk dijadikan kenangan buatnya..

Berada dirumah berasa begitu bosan sekali.. dia mahu cepat pulang ke universiti.. dia teringatkan Am.. masih marahkah sahabatnya itu?

Diari achik diambil.. dibeleknya satu persatu.. rupanya achik sudah jatuh cinta.. mgkn cinta monyet sebab achik baru 16 tahun masa itu.. achik mme seorang gadis yg pemalu.. kenapa achik melayannya tidak seperti ahli keluarganya yang lain.. yg selalu memukul dan membulinya.. tetapi itu semua dulu.. kini dia langsung tidak dipedulikan..

sedang asyik membelek diari achik.. tiba-tiba dia berhenti pada satu halaman..
"Sampai bila ayah dan ibu mahu melayan adik sebegini.. aku tidak tahan lagi.. adik langsung tak bersalah.. dia sendiri tidak minta lahir sebegitu.. malah adik langsung tak tahu apa salahnya.. perniagaan ayah bangkrup disebabkan ayah ditipu rakan niaganya sebelum adik berada dirumah ini.. walaupun adik bukan anak kandung mereka tapi adik tetap punya pertalian darah dgn keluarga ini.. kesian adik!"

kini baru dia tahu kisah yg sebenar.. klise! ceritanya bagaikan sebuah drama.. tapi dia betul2 ingin tahu siapa keluarganya.. masih hidupkan mereka? pada siapakah dia perlu bertanya?

cuti sem sudah tamat.. awal lagi dia sudah berada di universiti.. resultnya sungguh memberansangkan.. dia memperolehi 3.92...

Faizal, ery dan Am sudah sampai.. sem ni mereka sebilik.. dia sungguh gembira... faizal dan ery semakin berisi.. mesti mereka berasa begitu gembira berada dirumah.. Am pula semakin kurus.. aku rasa masalahnya masih belum selesai.. tapi Am sudah mahu bercakap dengannya.. dia gembira.. Am sudah melupakan Nurul Iman.. begitu juga dia..

Alang menelefonnya.. meminta wang darinya.. rupa2nya alang sengaja memberi telefon buruk kepadanya semata2 memudahkan alang meminta wang ptptnnya.. dia terpaksa...

Am kemalangan.. Am dilanggar sebuah kereta.. dialah terpaksa menjaga sahabatnya dihospital... seminggu Am berada dihospital.. keluarga Am tidak menampakkan wajah langsung.. dia merasa nasibnya dgn Am sama..

Dalam perjalanan pulang.. seorang lelaki cedera meminta tolong.. perutnya telah ditusuk dgn botol kaca.. mereka menelefon ambulans.. sebelum ambulans sampai dia membantu lelaki tersebut mencabut kaca yg tertusuk diperut lelaki itu.. dia berjaya membuang kaca tersebut tetapi jarinya terluka terkena kaca yg tertusuk itu..

seminggu selepas itu, dia menemani Am kehospital utk membuat rawatan lanjutan.. dan dia terlihat mayat lelaki yg dibantunya dibawa masuk kedalam van jenazah.. dia menghampiri van tersebut dan bertanya kenapa lelaki itu meninggal dunia.. rupa-rupanya lelaki tersebut merupakan seorang penagih dadah dan mempunyai Aids..

Dia terpana.

*****
Bersambung...

Assalamualaikum..

6 comments:

HonEyBuNNy said...

wahhh..tginya cgpa...3.92..hehe.hah??patu apa terjd??dia pn kena HIV gak ka??'-(

ezzu said...

masih bulm ending lgi....x sabar aku menanti seterusnye..hehehehe...(reaksi x sabar)...

FaizalSulaiman said...

uikk..suspens la.kena aids ke dia?

NICK IRFAN said...

menarik gak cte ni... sambung lagi...

♥♫♥EiRa♥♫♥ said...

woww..tingginya result..
pas tu pe jadi ha~~

ainz said...

erk...smbung bace lagi..best cerita ni..nasib xbace awal2..kalo x jenug tggu next episod..heee..