Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Sunday, September 26, 2010

Cerita Seorang Sahabat 2

Assalamualaikum..

Entah Kenapa Perut aku sakit sgt ni.. keracunankah?

*****

Mulanya berada di universiti, dia tidak mampu menyesuaikan diri.. ini semua kerana dulu dia tidak pernah bergaul dgn rakan sekolahnya selain didlm sekolah.. selepas tamat sesi pembelajaran, hala tujunya hanyalah rumah..

Namun, ada seorang insan yg pertama telah menegurnya.. seorg lelaki kurus, sederhana tinggi dan berkaca mata.. Salam perkenalan yg pertama itu telah menjadikan hubungan mereka semakin rapat.. dan yg lebih bertuah buatnya.. mereka satu fakulti dan kelas.. dan disitulah dia kenal erti persahabatan..

seringkali Am bercerita ttg masalah yg dihadapinya, dan dialah pendengar plg setia dan kadang2 dia memberi nasihat dan pendapat buat rakan baiknya itu.. dengan bantuan Am, dia mula mengenali faizal dan ery.. dua org sahabat sejak kecil yg sering bertelingkah.. namun pencakaran mereka merapatkan lagi hubungan mereka.. biarpun seringkali diumpamakan sebagai anjing dan kucing.. mereka tidak peduli dan dia senang menjalin hubungan persahabatan dgn mereka.. rakan baiknya semakin bertambah..

akademiknya semakin bertambah baik.. malah dia selalu memberi tutorial kepada rakan2 baiknya yg tidak memahami apa yg disampaikan pensyarah dgn ikhlas.. cuma baginya, dia tidak suka manusia yg meniru semasa peperiksaan.. bukan peperiksaan namanya jika meniru.. lebih baik tidak perlu mengambil peperiksaan.. belajar bukan sekadar utk memperoleh ijazah tetapi memahami apa yg dipelajari.. rakan2nya memahami prinsipnya..

namun ada juga manusia yg dengki padanya, kerana mereka tidak dapat menirunya dan mereka memperoleh markah yg rendah didalam test dan quiz... satu konspirasi utk mengenakannya mula diatur... semasa sedang menjawab test, dia ditangkap kerana menggunakan nota walhal dia sendiri tidak tahu dimana datangnya nota2 tersebut...

semua rakan dikelasnya memandang serong kecuali rakan2 baiknya yg sentiasa mempercayainya.. namun sepandai-pandai tumpai melompat akhirnya jatuh ketanah jua.. pensyarah akhirnya mendapat tahu bahawa dia telah difitnah dan mereka yg melakukannya dikenakan tindakan tatatertib.. semuanya berkat kesabaran dan bantuan dari rakan2 baiknya terutama Am..

Kesihatannya sejak akhir2 ini kurang baik.. dia selalu demam, selesema dan batuk2.. Am lah yg selalu membantunya ketika dia sakit.. rakannya itu tidak pernah jemu membantu.. bila giliran Am pula demam, dia sudah menganggap dialah sepatutnya bertanggungjawab terhadap rakannya itu..

Am, dilamun asmara! Seorg gadis berjilbab labuh dan berkulit putih serta 100% melayu.. mmg cantik.. tetapi Am segan utk meluahkan isi hatinya.. sebagai kawan dialah membantu Am utk cuba mendapatkan gadis tersebut.. dialah yg menulis surat kepada Nurul Iman dgn ayat2 sasteranya yg dia sendiri tidak tahu yg dia punya kelebihan itu..

Cinta diterima.. namun Nurul Iman tidak memilih Am sebaliknya dirinya.. Sumpah dia tidak mencintai Nurul Iman.. tetapi Am kecewa yg amat sangat.. puas dia menerangkan kepada Am yg dia langsung tidak mencintai Nurul Iman.. tapi kata2 bagaikan sia2.. dia kehilangan sahabat kerana cinta manusia...

Lagi beberapa hari, cuti sem akan bermula.. faizal dan ery tidak sabar utk pulang bercuti.. tetapi tidak dia.. sepanjang berada di universiti dia tidak pernah pulang.. berat rasa hatinya utk pulang kerumah yg dirasakan bagaikan neraka.. hubungan dia dan Am semakin keruh!

*****
To be Continued..

Assalamualaikum..

7 comments:

FaizalSulaiman said...

haihh semakin sedih la.mcm baca cerita fiksyen

HonEyBuNNy said...

salam...cepat sambungggg..nak tau ending nya....xsabar neh..ehhehe

Lelaki Ini said...

mane ending!!!!
cepat2!!!

ezzu said...

cepat lh syah..aku nk tau cter seterusnye nie....

ezzu said...

lambat lh syah nie...nk tau ending nie....tp yg pasti mesti ending ye bhagia kn..??heheheh

♥♫♥EiRa♥♫♥ said...

menarik sungguh crita ni..
x sabar nak tau crita seterusnya=)

ainz said...

errkk...cane pulak burul iman boleh tersuke kat dia?hurm..sambung2..