Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Monday, August 2, 2010

Semakin Rancak!

Assalamualaikum..

Pejam celik pejam celik rupanya..
rupanya dah 1 tahun 3 bulan 22 hari..
aku berbloggingkan..
aku rasa satu jangka masa yg agak lama..
lebih lama lagi dari aku mula melangkah masuk ke dalam kampus khazanah alam ini..

Macam mana aku boleh terlibat?
semuanya bermula selepas result SPM keluar..
aku hampa betul masa ni..
aku dah kecewakan ramai pihak yg selama ini byk menyokong aku..
aku perlukan satu medium utk aku melepaskan segala masalah..
sebab aku xreti utk meluahkan pada seseorng..

mula2..
aku sekadar menulis secara suka2..
sebab menanti panggilan utk sambung belajar..
korng boleh baca balik entri pertama aku ni..
PERMULAAN YG BARU
betapa naif lagi tulisan aku..
namun lama kelamaan..
aku setiap kali aku asyik kecewa..
aku ditolak mentah2 utk diterima masuk ke matrikulasi teknikal..
dimana majoriti sahabat2 aku yg lain sedg enak mengemas barang mereka..
aku masih lagi menanti..
masih ada ruang utk aku menebus kegagalan yg lalu??
Alhamdulillah, awan xselalunya mendung buat aku..
aku diterima masuk ke UiTM..
aku gembira..
abah gembira..
dan aku lebih gembira apabila org disekeliling aku gembira..

betul org kata..
melangkah ke alam baru..
ini bukan lagi seperti dialam sekolah..
dimana disekolah kita boleh mencipta beribu kenangan indah..
tapi disini kita mula mengenali erti sebuah kepahitan..
dan sejak itu..
aku mula menulis dan meluahkan segalanya ke dlm blog picisan ini..
jika aku marah..
aku luahkan disini..
jika aku sedih..
aku luahkan disini..
jika aku gembira..
aku kongsikan disini..
inilah hidup..

Perjalanan hidup aku masih panjang..
Mungkin beberapa tahun lagi..
aku mula akan melangkah ke dimensi baru..
alam pekerjaan..
disitu aku pasti akan menemui cabran yg lebih ganas lg..
kesabaran kadangkala akan menjadi senipis kulit bawang..
dan aku masih lagi mencari2 arah hidup..
diamana hala tujuku selepas ini?

KIta hanya mampu merancang..
dan Allah yg akan menentukan segalanya..
setiap perkara yg berlaku ada hikmahnya..

jam sudah menandakan pukul 3.21 pagi..
aku rasa setakat ini saja..
aku takut aku semakin rancak utk menulis..
siapa yg mahu baca panjang2kan..
bagi aku menjadi blogger ini bukan satu pembaziran..
tapi satu medium dimana kita boleh meluahkan rasa..
berkongsi pendapat..
dan menambahkan bilangan rakan2 baru..
walaupun tidak bersua muka..

Assalamualaikum..

p/s: mood utk berbloging sudah semakin rancak..
p/s: esok kelas kul 8 pagi..
(^_^)

6 comments:

syaf said...

lu ni masih kanak2 bai,
nanti lu dah tue macam gua, lu jumpe lagik banyak onak & duri...lu akan rase sakit sikit...macam kene enjet ngan doctor

NICK IRFAN said...

btol tu blog adelah satu2 tmpt boleh luahkan ape yg kita rasa...

echah mashuri said...

huhuh..rancak btol:)
lamenye blogging...
uitm pun ok ape!wlaupun kte dip jer..
tp at least dpt smbg lg degree..
deg kalo buat kt uitm 2 thn jer..kan?:)

reen_sofee said...

takut nak fikir masa depan derr!
hmmm

senandung semalam said...

mood berblogging aku turun naek...
hahahaaa

hans said...

yups
alam sekolah ialah waktu untuk mencipta kenangan manis
dan alam universiti ialah waktu untuk mengenal dunia

P/S : Drama Minggu Ini : Awak NAK Guna PC Ker Wahai Si Kacak?