Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Tuesday, June 29, 2010

Kau Gadisku : Ep.5

Selesai menukar pakaiannya, Umar kembali ke tempat duduknya. Mukanya merah padam. Geram dengan tingkah gadis disebelahnya. Tidak sangka gadis ini seorang yang kuat makan namun badannya tidaklah gemuk cuma pipinya tembam dan gebu. Kulitnya yang licin tapi bekas jerawat dan matanya bundar berwarna coklat memang cukup cantik. Gadis ini juga memakai tudung tapi tingkahnya agak kasar.

“Err.. saya minta maaf. Saya terlampau kenyang.” Ujar Zareen Sofea sambil memandang Umar takut-takut.

“Hmm...” Umar sekadar mengangguk. Dia menutup matanya.

Melihat lelaki itu mahu tidur, Zareen Sofea tersenyum sendirian. Baginya lelaki ini seorang yang tenang walaupun cepat marah. Wajah lelaki ini sungguh sempurna baginya. Memiliki mata yang kuyu seperti pelakon korea dan hidung yang mancung. Kulitnya juga licin dan kelihatan janggut dan misainya yang bercukur. Sungguh kacak sekali bagi Zareen Sofea. Dia suka apabila berada disamping lelaki ini. Hatinya berdebar.

Setiausaha Umar masuk kebiliknya setelah diberi kebenaran. Gadis kacukan cina dan melayu ini menghadiahkan senyuman kepada bosnya.

“Hari ini Encik Umar ada meeting dengan klien pukul 2.00 petang di Aneka Maju.” Ujar Shahila memberitahu jadual bosnya.

“Itu saja?” tanya Umar.

“A’ah. Itu saja. Encik Umar nak kopi?” Umar menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Okay kalau macam tu pukul 1.59 saya dah ada dekat sana. Awak boleh keluar Ila.” Shahila terus keluar dari bilik Umar dan terus menyambung kerjanya yg tergendala semula.

Umar merenung jam ditangan. Sudah pukul 2.15 petang. Sepatutnya kliennya yang meenunggunya bukan dia yang terpaksa menunggu. Umar jadi geram. Dia memusing-musingkan kerusinya sambil melihat pemandangan diluar dari tingkat 17.

“Sorry Encik Umar, saya ada hal tadi. Saya minta maaf.” Tiba-tiba seorang gadis masuk memohon maaf kepadanya yang asyik menghadap tingkap. Umar memusingkan kerusinya untuk melihat gadis tersebut.

“Kau?” Umar terkejut.

“Awak?” gadis tersebut juga terkejut.

“Tak sangka jumpa dekat sini. What a small world!” ujar Umar sambil tersengih.

“A’ah. Kecilnya dunia.” Ujar Zareen Sofea teragak-agak dicampur tidak percaya.

“Sudah seminggu kita berada dekat Malaysia ini, hilang ke alamat yang saya bagi?” tanya Umar sambil menjungkit keningnya.

“Tak. Kenapa pula saya kena pergi rumah awak?” tempelak Zareen Sofea.

“Aik? Sudah lupa? Hilang ingatan?”

“Tak. Ingatan saya sihat lagi.”

“Ganti rugi aku mana?” marah Umar.

“Encik Umar bin Abu. Nama macam orang kampung.” Ujar Zareen Sofea cuba membangkitkan kemarahan Umar.

Umar tersenyum, “Memang saya orang kampung, nama orang bandar macam mana yerk?


BERSAMBUNG...

3 comments:

HonEyBuNNy said...

betul kan...dunia ne mmg kecik ja..pi mai.pi mai tang tu jumpa jgk....hehhe...nak smbgn...rajinnya menaip pnjg2 ye...

El-Zaffril said...

Wah... dah mula menulis... next next next

reen_sofee said...

huhuhuh
zareen sofea~