Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Monday, June 28, 2010

Kau Gadisku : Ep.4

Nadeera Huda memandang wajah Ikhwan penuh persoalan. Hatinya terasa resah. dia risau rancangan yang dilakukan menemui kegagalan.

“Wan rasa rancangan ini akan berjaya ke?” tanya Huda risau.

“Entahlah, Wan pun tak tahu. Tapi biarlah waktu yang menentukannya.” Ujar Ikhwan lembut. Dia sendiri berasa risau dengan rancangannya sendiri.

“Huda takut perkara ini akan menjadi lebih parah.” Huda meluahkan kebimbangannya.

“Huda, kita buat semua ini demi dia dan kita.” Ikhwan memandang Huda dgn penuh yakin. Hatinya tertarik pada gadis itu sejak kali pertama mereka bertemu. Pertemuan kedua mereka semasa Umar memperkenalkan Huda sebagai kekasihnya. Dia sendiri berasa kecewa. Namun ternyata cintanya bukan nertepuk sebelah tangan. Mungkin sudah tertakdir yang Huda diciptakan untuknya.

Umar menarik nafas lega. Dia sempat membeli tiket baru selepas puas memujuk gadis korea yang menjaga kaunter. Nasib baik masih ada tempat kosong lagi. Dia tersenyum jahat. ‘Jaga kau!’ bisik dia dalam hati.

Zareen Sofea tersenyum lebar. Akhirnya dapat juga dia pulang ke tanah air setelah berada lama di Korea. Dia menyanyi-nyanyi kecil. Tiba-tiba seseorang menghampirinya sambil tersenyum.

“Tepi sikit! Aku nak duduk dekat seat aku.” Ujar Umar kasar. Dia sengaja membeli seat bersebelahan dengan gadis tersebut.

Wajah Zareen Sofea pucat. Dia terperangkap. Perlukah dia terjun dari tingkap kapal terbang ini? Dia memandang Umar sambil tersengih-sengih macam kerang busuk.

“Awak, saya minta maaflah. Saya buat macam ni sebab saya terpaksa. Saya tiada duit. Saya kena tipu. Nanti sampai Malaysia saya bayar.” Ujar Zareen Sofea meminta simpati.

“Kau ingat aku percaya pada kau?” marah Umar tetapi suaranya diperlahankan.

“Macam ni, awak amik cincin saya sebagai tebusan. Cincin amat berharga buat saya.” Zareen Sofea menyerahkan cincinnya kepada Umar.

“Cincin sepuluh ringgit dapat satu ni kau bagi aku!” Umar menjegilkan biji matanya.

“Ini emas putehlah. Kena cuci dulu nanti, lama tak cuci tu jadi macam tu.”

“Baik, aku ambil ni. Ini alamat rumah aku, aku nak kau bayar semua sekali.” Tegas Umar. Zareen Sofea hanya menganggukkan kepalanya.

Semua penumpang enak menjamu selera. Umar mengasingkan satu persatu makanannya. Zareen Sofea memandang sambil tersenyum penuh makna.

“Awak tak makan sayur tu?” tanya Zareen Sofea. Umar menggelengkan kepalanya.

“Bagi saya,”ujar Zareen Sofea sambil tersenyum. Umar memberi tanpa bersuara.

Setelah selesai menjamu selera, Zareen Sofea berasa tidak selesa. Dia berasa loya lalu muntah kearah Umar. Umar terkejut.

BERSAMBUNG..

5 comments:

ayie said...

wow dah buat novel on9 laa

echah mashuri said...

smbung cpt..huuu

nas said...

eh,jap...name zareen sofea tu cm knal jerk....ehehehehehehehe

reen_sofee said...

konklusi nye zareen sofea kuat makan ke?
hahahah

Fakhrur Razi said...

larh gapo xhabaq...
hahaha ok2 keep updating me~
cmbest gk nih =D
troskan2