Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Friday, June 25, 2010

Kau Gadisku : Ep.3

Zareen Sofea berasa geram dengan lelaki yang masih belum dia ketahui namanya itu. Sangkanya lelaki itu akan berjumpanya di tempat makan seperti kebiasaan dalam drama. Lagipun dia kekurangan wang sekarang. Fikirnya dapatlah juga dia mengepow lelaki itu. Namun bila bertemu di Zoo ini, apalah yang dapat dimintanya.

Umar mendekati gadis itu yang berada di hadapan pintu masuk utama Zoo sambil mengerling jam ditangannya.

“Mana handphone aku?” tanya Umar kasar.

“Aku punya mana?” soalan berbalas soalan.

“Kau punya apa?” tanya Umar bodoh.

“Hish, jangan nak buat bodohlah. Handphone!” Zareen Sofea jadi geram.

“Bagi handphone aku dulu!” tegas Umar.

“Sama-sama bagilah.”

“Tak boleh, aku habis banyak duit baiki handphone kau ni. Cepatlah!”

Zareen Sofea teragak-agak untuk menyerahkan telefon tersebut kerana risau lelaki ini akan menipunya. Umar mengambil telefon tersebut pantas sambil tersenyum sinis.

Umar mengeluarkan telefon gadis tersebut dari kocek seluarnya. Telefon tersebut disuakan kemuka gadis itu. Apabila gadis tersebut ingin mengambil telefonnya, Umar menarik kembali sambil ketawa.

“Bagilah cepat!” Zareen Sofea merengus geram.

“Kalau boleh ambillah.” Ujar Umar sambil mengangkat telefon tersebut tinggi ke udara. Gadis tersebut yang lebih rendah darinya terkapai-kapai cuba mendapatkan telefonnya. Umar ketawa terbahak-bahak.

Zareen Sofea geram dipermainkan sebegitu. Dia jadi marah lalu menumbuk perut lelaki itu kuat. Telefon ditangan Umar terlepas lalu jatuh dan pecah berderai. Dua pasang mata melihat kejadian tersebut. Mereka saling memandang antara satu sama lain. Mata Umar ternampak sebuat teksi berhampiran dengan mereka lalu berlari mendapatkannya.

Zareen Sofea melihat lelaki itu melarikan diri lalu cuba mengejarnya. Namun lelaki itu lebih pantas dan meninggalkannya bersama-sama dengan telefon yang telah hancur.

“Sial!” jerit Zareen Sofea kuat.

Lagi setengah jam dia akan berangkat pulang ke tanah airnya setelah seminggu berada di Korea. Walaupun dia masih belum mampu melupakan Huda, dia tetap akan cuba perlahan-lahan. Biarlah Huda menjadi sejarah bagimya. Umar mencari tempat duduk dan ingin menyimpan tiketnya. Tiba-tiba seseorang merampas tiketnya.

“Aku balik dulu!” jerit gadis tersebut sambil menjelingkan lidah kearahnya lalu masuk ke balai berlepas.

BERSAMBUNG....

3 comments:

reen_sofee said...

huhuhuh
gler ganas zareen sofea tuh!
huhuhuh

bOyFeiZ said...

hurrmmm.. saya pun nak balik dulu gak la..hehehehe *larikkk!

Mr.Homosapiensz said...

pns baran siot zareen sofia