Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Thursday, June 24, 2010

Kau Gadisku : Ep.2

“Huda? Siapa Huda? Dahlah langgar orang kuat, tengok ni habis handphone aku rosak! Kau kena bayar ganti rugi.” Tengking gadis itu.

‘Betullah bukan Huda, dia ni semacam saja. Huda lembut dan sopan. Nasib baik bukan. Lega hati aku,’ kata Umar dalam hati sambil memandang wajah gadis tersebut dalam-dalam.

“Hei, dengar tak apa yang aku cakap? Aku nak kau bayar ganti rugi!” jerit gadis tersebut. Ramai mata yang memandang ke arah mereka.

“Ganti rugi? Kenapa pula? Awak yang langgar saya.” Umar mempertahankan diri. Dia yakin bukan salahnya.

“Ah, tak kira. Kena bayar juga, aku tak minta banyak cuma 1000 ringgit malaysia jer.”
Umar hairan dengan tingkah gadis tersebut bagaikan orang yang terdesak.

“Kenapa ringgit malaysia?” tanya Umar.

“Itu hal aku. Bayarlah cepat. Nampak macam orang kaya.” Ujar gadis tersebut selamba.

“Saya tak nak bayar sebab bukan salah saya, awak yang langgar saya!” ujar Umar lalu meneruskan pencariannya.

Gadis tersebut membaling kasut ke arah Umar. Kasut tersebut terkena dikepala Umar.

“Aduh, sakitnya! Kau ni kenapa?” marah Umar. Tiada lagi ungkapan awak saya dalam bicaranya. Gadis seperti ini tidak boleh berlembut.

“Okay-okay, bagi 500 pun cukuplah.” Ujar gadis tersebut bagaikan merayu namun dalam wajahnya yang ketat.

“Aku tak nak bagilah!” jerit Umar pula. Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Baru sahaja dia ingin menjawab panggilan tersebut, gadis itu telah merampas telefonnya lalu melarikan diri. Telefon gadis tersebut ditinggalkan.

Gadis tersebut menjerit diseberang jalan, “Dah siap baiki, mesej ok?” gadis tersebut menunjukkan ibu jarinya ke atas.

Umar merengus marah. Baru saja sampai dekat Seoul ni sudah dapat masalah. Dia pergi ke kedai telefon yang berhampiran untuk membaikinya.
Selesai membaiki telefon tersebut, satu mesej telah masuk. Umar membukanya.

‘Hai sayang, buat apa tu? I rindulah, makan pun tak kenyang asyik ingatkan U setiap masa. Sofee bila nak balik?”

Umar berasa seperti hendak muntah. Selama dia bersama Huda, tidak pernah dia menghantar mesej seumpamanya. Umar membiarkan saja mesej tersebut.
Tiba-tiba telefon tersebut berdering, panggilan masuk dari Aliff. Umar menekan butang answer.

“Hello sayang, kenapa tak balas mesej I. Are you okay? I rindu sangat-sangat!”

“Apa sayang-sayang? Gelilah!” ujar Umar.

“Hah, siapa ni? Sofee mana?” tanya lelaki itu?

“Sofee tidurlah, semalam kami penat sangat. Aku pun nak tidur ni. Bye-bye.” Umar tersenyum kepuasan.
Umar menghantar satu mesej ke telefonnya.

‘Jumpa esok dekat zoo, pukul 9’

Zareen sofea membaca mesej yang baru diterimanya. Dahinya berkerut-kerut membaca mesej tersebut.
“Zoo?”

BERSAMBUNG...

4 comments:

reen_sofee said...

hahahahaha
weh!
asal aku bygkan aku zareen sofea tuh?
hahahah

HonEyBuNNy said...

eh eh eh...ada lagi sambungan...egtkan yg ke 2 ja..ok nak baca lagi sampai habis..baru tahu kishnya...;-)

intanurulfateha ❤ said...

.wow!
.ade novel brsiri lahhh *teruja*
.cpt smbung! ;)

HairiAks said...

Syah..
Nti bleh wt filem niovel ni.. Watak utama Hairi nak pgang boleh.. ngee....