Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Thursday, June 24, 2010

Kau Gadisku : Ep.1

Bila cinta tak lagi untukku
Bila hati tak lagi padaku
Mengapa harus dia yang merebut dirimu
Bila aku tak baik untukmu
Dan bila dia bahagia dirimu
Aku kan pergi meski hati tak akan rela

Terkadang ku menyesal
Mengapa ku kenalkan dia padamu

Umar memandang tiket penerbangannya kosong. Hatinya bagaikan disiat-siat. Marah, geram, benci dan sedih bercampur menjadi satu. Tidak pernah dia menyangka perkara sebegini akan berlaku. Menyesal bukan kepalang apabila dia mengenalkan Ikhwan kepada Huda. Akhirnya dia yang dibuang dalam dilema cinta mereka.

Fikiran Umar mula ligat mengimbas kembali peristiwa yang berlaku minggu lepas. Hajatnya untuk menemui Ikhwan dibengkel rupanya menjadi satu titik noktah dalam perhubungan mereka.

Umar melihat Ikhwan meengusap-usap tangan Huda sambil ketawa mesra. Dia jadi marah lalu melepaskan tumbukan dimuka Ikhwan. Tidak cukup dengan itu, satu penerajang singgah diperut rakan baiknya itu. Melihat Ikhwan yang tidak melawan membuat hati Umar menjadi lebih geram.

Umar ingin membuat serang balas lagi namun Huda menahannyaa dan mengungkapkan kata-kata yang cukup menghiris hati nuraninya.

“Umar, saya cintakan Ikhwan bukan awak! Saya minta maaf, jangan pukul Ikhwan. Pukullah saya sebab saya yang bersalah!” ujar Huda sambil menangis. Luluh hati Umar mendengar kata-kata yang bagaikan racun baginya. Umar meninggalkan Ikhwan dan Huda bersendirian. Dia sempat mendengar namanya dipanggil Ikhwan namun itu semua sudah tiada erti baginya.

Penerbangan ke Korea Selatan telah diumumkan. Umar menarik begnya menuju ke balai berlepas bersama hati yang terluka.

Umar kagum melihat Bandar Seoul yang begitu indah baginya. Tidak berapa lama lagi musim sejuk akan tiba. Dia ingin melupakan segala kesakitan dengan bermain salji yang sejuk itu. Mungkin bisa menyejukkan hatinya.

Umar asyik membelek kad yang tertera nama hotel yang bakal dihuninya. Dia berjalan dilorong pejalan kaki sambil asyik memandang kad tersebut. Tiba-tiba dia dilanggar seseorang.

“Sorry!” ujar Umar kepada gadis yang dilanggarnya. Gadis tersebut jatuh terjelepuk. Mukanya mencium jalan. Umar cuba membantu.

Gadis itu berpaling ke arahnya dengan wajah yang amat marah. Umar terkejut.

“Huda?” terpacul nama bekas kekasihnya itu.


BERSAMBUNG...

6 comments:

reen_sofee said...

keep on writing keyh!

bOyFeiZ said...

laa..baru nak feeling2.. dah habisss.. huhuhu

yoro okino said...

aku bru terpikir nak wat citer2 mcm nie..tapi xmungkin kot..
aku support korng jer laa..aku tunggu next episod k=P

NICK IRFAN said...

eh! ko mengarang ke? wah! nmpk cte ko ni mcm best jer... nnt aku nk ikut lagi...

HonEyBuNNy said...

nak bca smbgn nti....cepsat2 ye...ehhe

jejaka anggun said...

pandai menulis anak uncle nih. tahniah!