Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Sunday, June 20, 2010

Cubalah Menghargai

Assalamualaikum...

Selalunya kita akan melihat kasihnya seorg ibu pada anaknya..
mulianya seorang ibu kerana menanggung derita untuk melahirkan seorg anak..
bukan mudah untuk melahirkan sesorang..
rasa sakit yg terseksa dan mampu menarik nyawa seorang ibu..
begitu besar pengorbanan seorang ibu..

Namun..
pengorbanan seorang ayah juga..
tidak dapat terhitung rasanya..
disebalik ketegasannya terselindung rasa sayang yg menebal..
mungkin dia tidak mahu menunjuk betapa sayang dan kasihnya..
kerana dia tidak mahu sang anak hanyut dibuat kasih sayang yg menggunung..

setiap org pasti ada kisah masing2 ttg bapa..
xmgkn ada org punya cerita yg sama..
kalau ada pun olahan yg berbeza..
rasa yang tidak sama..

seperti termaktub tugas si ayah mencari rezeki..
dan si ibu menjaga anak dirumah..
dari pagi sampai ke malam..
membanting tulang dan tenaga..
untuk memenuhi keperluan keluarga..

kadang2 si anak tidak mengerti..
itu ini yang dipinta..
tanpa langsung berfikir..
dimana hendaknya dicari semua itu..

jika ayahnya seorang hartawan..
mungkin semudah abc saja..
permintaan itu dipenuhkan..
sekelip mata sudah didepan mata..

namun jika sibapa cuma pekerja biasa..
mungkin mangambil masa..
dan rajuk anak pun bermula..
pujukan mesra pula pengganti masa..

bukan mudah menjadi seorang ayah..
setiap kali melihat anak melangkah keluar dari pintu rumahnya..
gusar dan resah dihati tiada siapa yg tahu..
takut2 sesuatu yg buruk berlaku..
bila dihalang..
anak2 mula memberontak..
katanya cuba mengonkong..
sedarkan hatinya disayat hiba dgn suara tinggi si anak..

kadang2 aku menyesal..
mengingat kembali kemasa lalu..
beribu kali aku menyakiti hatinya..
menaikkan kemarahannya..
namun dia tidak pernah menyimpan dendam..

aku merajuk dgnnya..
aku terasa hati dgnnya bila dia melebihkan abangku dariku..
kukatakan padanya dia pilih kasih..
aku memberontak..
aku tak mahu belajar..
aku ingin menyakitinya..
biar dia rasa apa yg aku rasa..
Bodohnya aku!

setiap kali dia menghantar aku belajar..
dia tidak pernah lupa meninggalkan pesan..
yg aku ambil endah tak endah..
yang masuk telinga kanan keluar telinga kiri..

ilmu itu sangat berharga..
jangan jadi seperti abah..
terpaksa bersusah payah siang dan malam..
untuk membesarkan kamu adik beradik..
abah tak mahu kamu jadi macam abah..
menjadi kuli..
abah mahu anak abah jadi ketua..
jadi pemimpin..

setiap kali kata2 itu tidak pernah lenguh dari bibirnya..
dan setiap kali juga aku mengecewakannya..
aku xpernah membanggakannya..
aku xpernah cuba membaiki kesilapan lama..
namun suatu hari aku tersedar..

semua yg dilakukannya untuk aku..
untuk masa depanku..
dulu aku anggap aku terpaksa memenuhi permintaannya..
kehendaknya tapi aku silap besar..
dia tidak mahu aku susah..
dia mahu aku berasa senang..

abah!
baru kini aku menyedarinya..
pengorbananmu xkan kusia-siakan..
mungkin aku xdapat menjadi ketua negara..
tapi cukuplah aku menjadi ketua keluarga sepertimu..
xpernah lelah mencari rezeki..
tak kira siang atau malam..
bukan untuk kesenanganmu..
tapi untuk aku dan adik beradik yang lain..

Abah!
aku sayangkanmu..
namun aku tak mampu ungkapkan padamu..
mungkin aku malu..
ataupun aku ego..
tapi jauh dalam dasar hatiku..
aku amat amat amat menyayangimu..
kusentiasa mendoakan kesejahteraanmu setiap kali dalam solatku..

SELAMAT HARI BAPA, ABAH!

Assalamualaikum..

p/s: ayah aku xmgkn akan baca blog ini.. cubalah menghargai orang yang menyayangi kita.. daripada kita menyayangi orang itu..

16 comments:

EpynN said...

tanpa ayah siapalah kita.."SELAMAT HARI BAPA"..(,^)..

shey said...

slmt hari ayah utk sume ayah2 , abah2 , bapak2 ! esp my late father (:

reen_sofee said...

ko buat aku nanges!

Lelaki Ini said...

slmt hari bapa!

senandung semalam said...

i love my dad so much...
;)

HonEyBuNNy said...

Selamat Hari Bapa....sayang abah sy..ngeh3

jejaka anggun said...

yer selamat hari bapa. jom jadik bapa pakcik?

mR.sYaH said...

epyn: betul tu.. tanpa mereka kte xkn wujud..

mR.sYaH said...

shey: selamat hari brape.. :)

mR.sYaH said...

reen: xmacholh gitu.. hahah..

mR.sYaH said...

lelaki ini: selamat hari bapa..

mR.sYaH said...

SS: me too..

mR.sYaH said...

honey: sayang abah saya juga..

mR.sYaH said...

JA: patutnya pakciklh jadi bapa.. hahah..

Wan said...

selamat :)

mR.sYaH said...

wan: ari bapa..