Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Saturday, October 31, 2009

Aku Usaha.. Aku Tawakal.. Aku Redha..


Assalamualaikum.....
Pagi tadi bru abis azab jwb paper fizik..
tp aku lega sikit.. aku tak tahu kenape..
perasaan tu dtg sendiri..
walaupun kesedaran tu dtg lewat..
aku bersyukur.. sekurang-kurangnya dia dtg tuk terangi hati yg gelap ni..
dua hari aku berusaha bertungkus lumus,,
study balik subjek tu dri awal smpai last chapter..
walaupun x habis,, sekurang-kurangnya kertas tu hampir penuh dgn jawapn..
tp xtahulah betul ke salah..
tggu result jelah nanti..

setelah aku berusaha..
aku tawakal kepada Allah..
sebab semua perkara dalam hidup aku...
Dia yang Maha mengetahui..
aku hanya mampu merancang.. tapi Allah yang tentukan..
dan jika keluar result nanti..
aku terpaksalah terima dengan hati yang redha..
mungkin rezeki aku kat mana2..
apa-apa pun usaha aku masih belum b erhenti..
ada ctu,math dan kimia menanti aku..
doakan kejayaan aku..
Amin....
Assalamualaikum...

Monday, October 26, 2009

Convo, aku rase macam dah mati... sahabat

Assalamualaikum w.b.t...

Semoga sahabat2ku berada dalam keadaan sejahtera..
Lagi dua hari aku akan final exam..
Studi pun baru gitu-gitu..
sebenarnya tak boleh buat macam tu..
tapi sebab sifat kemalasan yang masih belum dibendung menyukarkan keadaan..
Alasan...

sabtu yang lepas... baru berlalu..
aku pergi Uitm shah alam..
sebab kakak aku convo..
dapat ijazah dalam course pengurusan kewangan..
aku tgk muka dorang happy belaka..
tambah-tambah.. yang dpt anugerah naib canselor..
pakai sempang warna pink lagi..
bila tgk dorang macam tu..
tiba-tiba hati aku terdetik..
dapatkan aku jadi seperti mereka?
senyum dengan lebar ke tahap maksima...

Aku sebenarnya berada ditahap kerisauan..
Risau yang anat sangat..
Hanya Allah yang tahu apa aku rasa sekarang..
cuba bayangkan..
macam mana aku nak dapat anugerah dekan untuk sem ni..
kalau fizik aku lgsg xpaham..
test dan quiz aku jawab melalut..
kimia pulak separuh jer..
math paham tapi markah rendah..
subjek lain? Carry marks? hancur..
aduh kadang-kadang aku risau..
macam mana aku nak smbg sem dapat..
klu dapat.. kena repeat semula subjek.. masalah gak.
klu macam tu mimpi jer aku rase nak pakai sempang warna pink tu..
aku rase macam dah mati..
ada harapan?

memang aku tak boleh putus harapan..
munkin sebab aku aim belajar salah sejak dulu lagi..
belajar sebab peperiksaan..
sebab nak kerja besar lepas dapat ijazah..
patutnya orang belajar kerana Allah..
sebab belajar itu ibadah..
belajar untuk dapat sebanyak mungkin ilmu..
bukan belajar lepas habis exam terus lupa..
sebab tulah aku tak pernah berjaya..
dari UPSR ke PMR ke SPM sampailah ke U ni..
Nothing Change! Same like dulu-dulu...

Aku harap aku still ada peluang untuk tebus balik..
aku dapat kawal sifat malas ni..
jangan bagi dia kuasai aku..
biar aku kuasai dia.. baru betul..
aku harap sahabat2ku doakan aku..
semoga doa korang dapat mengubah aku..

Jadi, sebelum Start final exam ni..
Aku nak minta maaf pada sahabat2ku..
teman2ku.. kawan2ku..
samada dialam nyata dan alam maya ini..
semoga ukhuwah yang dibina akan merapatkan lagi silaturrahim antara kita..

kepada rakan2 seperjuangan kat Uitm..
terutamanya ECD1KI..
studi2 betul..
time ni dah tak boleh malas..
aku tahu korang semua rajin tak macam aku..
tapi aku akan cuba berubah..
doakan untuk aku..
semohga korang jalani final exam dgn lancar..
jangan meniru.. tak elok.. bahaya.. dosa..
cukup2lah meniru masa test dgn quiz..
lecrurer tak nampak tapi Allah nampak semua tu..
aku doa korang berjaya,,
harap2 dapat dekan sem ni..

kepada rakan2ku di matrikulasi..
yang sedang enak santai dirumah sekarang..
korang dah lepas finalkan...
semoga result korang marvellous..
walau apapun berlaku teruskan belajar..
untuk Ikhwan.. jgn cepat mengalah..
aku akan cuba sedaya upaya untuk membantu..
dan mendoakan..
untuk yang lain berusaha sehabis baik.. tetapkan niat..

kepada rakan2 ku di politeknik..
korang lambat lagi nak final..
belajar betul2..
jgn main2 kuat sgt..
time belajar kena belajar..
time main.. mainlah puas2..
untuk isma..
ka kata nak berubahkan ..
provelah kat aku...

kepada rakan2 bekas sekolah teknik kuantan dan sekolah ahmad..
walau kat mana korang sambung belajar..
korang kena kuat..
xkesah orang nak pandang apa.. cakap apa..
korang yang decide hidup korang..
jangan terbabas sudah..
utamakan perkara yang penting dulu..
semua orang nak berjaya kita macam tu jugakn..
jangan pandang kat belakang selalu..
sebab kita kena tahu apa yang berlaku kat depan..
sebab kat depan hidup kita yang bermula..

kepada rakan2 dialam maya..
walau apa pun kamu sekarang..
teruskan usaha..never give up..
macam aku yang tgh berusaha ini..
korang pun jgn lupakan doa untuk aku..

"HIDUP INI MACAM RODA.. SEKEJAP KITA KAT ATAS.. SEKEJAP KITA KAT BAWAH"
"BELAJARLAH KERANA ALLAH DAN BERSAHABATLAH KERANA ALLAH"


Assalamualaikum...

Sunday, October 18, 2009

Menara Terapungku..

Assalamualaikum....
SEmalam ada test floating tower..
FASA FLOUT TOWER nama diberi...


gadis-gadis tower....
geng aku punya...

FASA FLOUT TOWER??

memadu asmara.. hahahah..

love my tower...

jejaka-jejaka tower..

dabidabidu....

video

Sunday, October 11, 2009

PERMATA YANG DICARI

Assalamualaikum semua..
hehehe...
Dok sibuk-sibuk aku study..
Buat mcm aktiviti..
Td ada aktiviti CEFAD untuk
budak civil engineering..
gamat gaklah..
aku mcm biasa..
senyum.. hhaah..
kadang2 bila dok sorang2..
aku pernah terpikir..
siapakah permata yang akan menjadi suri dihatiku..
yelah pikir masa depan.
pikir punya pikir..
dapatlah idea utk aku buat cerpen ni..
mungkin byk kelemahan.. tp korang enjoy je yerk..

*******

Panggilan dari emak sebentar tadi merunsingkan fikiranku. Permintaan emak buat aku jadi buntu. Dia mahu aku cari calon isteri dalam masa terdekat ini. Kenapa emak perlu terburu-buru? Aku masih muda. Baru mahu mencecah umur 26 tahun. Masa ini aku perlu gigih dalam bekerja. Jika aku berkahwin sekarang aku perlu ada tanggungjawab. Bukan senang nak memikul tanggungjawab ini. Aku perlu merubah diri aku dahulu. Menjadi insan yang bertaqwa dan beriman. Mencari isteri sekarang bukan senang sekarang. Kebanyakannya lebih mencintai dunia semata-mata. Akhirat entah kemana. Aku teringat kata-kata Ustaz Abdullah dahulu, “Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik.” Adakah aku cukup baik untuk mendapatkan seorang perempuan yang baik akhlaknya?
“Aku rasa baik kau ikut kata-kata emak kau tu. Kau pun bukan muda lagi. Aku pun dah kahwin sekarang. Kau bila lagi? Nak jadi antertu?” kata Khairul meluahkan pendapatnya.
“Huh, baru kahwin dua bulan pun kecohlah. Aku bukan apa, aku rasa belum masa lagi untuk aku mendirikan rumahtangga.” Luahku pada sahabat baikku ini.
“Aku tahu. Kau takut nak pikul tanggungjawabkan? Memang bukan senang nak jadi seorang suami. Kita sebagai ketua keluarga perlu membimbing isteri dan anak-anak kita. Jika kita terpesong, kemungkinan besar mereka juga akan mengikut kita.” Sememangnya tekaan Khairul itu tepat sama sekali. Aku memang risau tentang itu. Mampukah aku menjadi suami dan ayah yang baik untuk mereka? Aku buntu sekarang.
“Memang betul cakap kau tu. Tapi bukan tu saja, zaman sekarang nak cari permata yang betul-betul bersinar memang susah. Semuanya malap. Mudah ternoda dengan dunia. Aku risau jika aku tersilap memilih.” Luahku lagi.
“Kau kena berani ambil risiko Fareez. Jika telah ditakdirkan kau dijodohkan dengan perempuan yang tidak elok akhlaknya. Kau kena terima dan tugas kau untuk mebetulkan jalannya,” nasihat Khairul. Sebagai kaunseling di sekolah, Khairul memang bijak bermain kata.
“Aku takut aku tak mampu Rul!” Aku meluahkan kegusaran hatiku.
“Jangan jadi terlalu lemah Fareez. Kau kena jadi seorang lelaki yang kuat. Kau kena yakin pada diri sendiri. Keupayaan diri kau dan paling penting kau pintalah dariNya. Jangan sekali-kali kau lupa padaNya.”

Aku pulang ke kampung setelah emak menelefon supaya aku pulang segera. Bekerja sebagai guru di sekolah menengah memberikan aku masa lapang pada hari minggu. Jadi kugunakan masa tersebut untuk pulang ke kampung. Ada hal penting yang emak ingin bincangkan denganku. Harap-harap bukan tentang perkahwinan akulah.
“Mak, sudah ada calon untuk Reez. Orang kampung ni juga tapi bekerja dekat dengan tempat Reez duduk sekarang. Mak harap sangat Reez setuju. Reezlah satu-satunya anak mak. Teringin benar hati ini nak menimang cucu sebelum mata tua ini tertutup rapat,” kata Mak dan tanpa semena-menanya emak menitiskan air matanya. Sudah lama aku tidak lihat emak menangis. Kali terakhir semasa pemergian ayah, sepulut tahun yang lalu. Sanggupkah aku membiarkan permintaan emak ini? Tegarkah seorang anak membuat emaknya bersedih? Aku tidak sanggup sama sekali. Dialah nyawaku sekarang.
“Mak, demi kasih dan sayang Reez pada mak. Dengan ikhlas hati menerima pilihan mak.” Akhirnya aku memberi persetujuan walaupun hatiku terasa berat. Pilihan seorang ibu mestilah yang terbaik untuk anaknya. Sesungguhnya aku redha. Aku berharap wanita yang bakal aku kahwini itu adalah permata yang kucari selama ini. Permata yang masih bersinar.
Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu.

“Assalamualaikum, awak Fareez kan?” seorang wanita yg memakai tudung labuh menegurku semasa aku sedang asyik mencari buku Don’t be Sad.
“Waalaikumussalam. Ya, saya Fareez. Saudari ini siapa?” Giliranku pula bertanya.
“Awak dah tak kenal saya lagi ker? Saya Nik Mardhiah, satu kelas dgn awak dulu masa kita sama-sama ambik diploma civil engineering kat UiTM Pahang dulu.”
“Oh, Nik. Maafkan saya sebab dah lima tahun berlalu. Lagipun awak pendiam sangat dulu. Nak dengar suara pun payah,” ingatanku kembali pulih terhadap wanita ini. Sejak aku mula-mula bertemunya hati telah tertarik namun aku hanya mendiamkan diri. Aku sedar bahawa aku sememangnya tidak layak untuk gadis sebaiknya.
“Awak cari buku apa kat sini?” Tanya Nik ramah. Peramah pula Nik sekarang. Mungkin mengikut peredaran masa. Manusia akan sentiasa berubah tapi biarlah perubahan kearah kebaikan bukannya kearah keburukan.
Aku menunjukkan buku ditanganku. Dia hanya tersenyum. “Kenapa? Awak sedang mengalami kekecewaan ke?” Giliranku pula tersenyum. Ku biarkan saja pertanyaannya itu.
“Awak pula cari buku apa? Mencari Suami Mithali?” Aku bertanya.
“Saya cari buku terbaru karya Hilal Asyraff, penulis muda yang semakin meningkat naik. Karya-karyanya bagus sekali banyak memberi pengajaran dan panduan buat saya. Hah, sekarang kerja apa? Engineer?”
“Tak. Saya sekarang jadi cikgu dekat Sekolah Teknik. Saya ajar subjek kejuruteraan awam. Awak?”
“Saya sekarang jadi pensyarah kat UiTM Pahang. Dah ada orang rumah?”
“Belum lagi. Awak?”
“Belum jugak. Oh, asyik sangat kita berbual sampai saya terlupa lepas ni saya ada kelas. Insyaallah, lain kali kita ketemu lagi. Saya pergi dulu Fareez.” Nik melangkah pergi keluar dari buku Ar- Raudhah sambil aku memerhati langkahnya.

Sebulan lagi aku akan dinikahkan dengan wanita pilihan emak. Selepas selesai acara merisik semalam, keputusan telah diambil dan kami akan diikatkan sebagai suami isteri dalam beberapa bulan lagi. Meskipun begitu, aku tidak pernah melihat wanita itu. Bagaimanakah rupanya, tutur katanya, gayanya dan bermacam lagi. Namun kupendamkan saja kehendak hati kerana kutahu pilihan emak adalah yang terbaik. Hati aku telah redha dengan semua ketentuanNya.
“Macam mana perasaan kau sekarang? Kau dah jadi suami orang, kau masih takut? Tenang Fareez, malam ini adalah malam pertama kau hidup sebagai suami kepada isteri kau. Jangan bertindak terburu-buru nanti jadi haru. Aku tahu kau faham maksud akukan.” Kata Khairul cuba memberi nasihat padaku. Debar didada ini hanya Allah sahaja yang tahu. aku memandang wajah Khairul untuk cuba mendapat kepastian darinya. Khairul faham dengan pandanganku lantas menganggukkan kepalanya. Aku tersenyum lega.

Aku mengetuk pintu bilik lalu masuk kedalam. Cahaya lampu kalimantan yang terang itu menyimbah kedalam kamar baruku itu. Seorang wanita yang masih berpakaian baju pengantin sedang menghadap tingkap bilik, dialah isteriku kini. Wajahnya manis, kulitnya putih bersih tapi aku tahu hatinya tidak gembira. Aku memanggil namanya, “Qaseh, Qaseh Amira.”
Dia berpaling ke arahku. Jelas terpancar riak tidak senang diwajahnya. Beginikah caranya dia menyambut kedatangan suaminya? Aku beristighfar dalam hati.
“Kita perlu buat perjanjian sekarang juga!” kasar suaranya kedengaran. Tiada secebis senyuman pun dibibir mungilnya.
“Perjanjian apa? Saya tak faham maksud awak.” Tanyaku dilanda kehairanan yang amat.
“Perkahwinan kita. Awak tahu kita saling tidak mengenali apatah lagi untuk mencintai. Saya rasa jalan terbaik adalah buat satu perjanjian, maksud saya satu kontrak untuk perkahwinan ini. Saya dah sediakan kontrak, awak just tanda tangan.” Amira menghulurkan kontrak tersebut padaku dan aku mengambilnya.
“Dalam kontrak itu ada tertulis yang bahawasanya kita berkahwin hanya selama tiga bulan dan selepas itu kita akan membawa haluan masing-masing.”
“Haluan masing-masing? Maksudnya cerai?” tanyaku kebingungan.
“A’ah. Kita cerai. Ada bantahan? Saya rasa awak pun setuju dengan kontrak ini. Kita tak mungkin hidup bersama.”
“Kenapa tidak?”
“Yalah kita tidak saling mencintai antara satu sama lain. Orang bodoh saja yang akan berkahwin tanpa rasa cinta,” hujahnya.
“Cinta boleh dipupuk selepas berkahwin.”
“Kenapa dengan awak ni? Tanda tangan sajalah, dah lewat dah ni.”
“Saya cuma ada satu soalan untuk awak, kenapa awak tak boleh terima saya sebagai suami awak?”
“Awak nak tahu sebab apa? Saya cintakan orang lain. Puas? Cepatlah tanda tangan kontrak tu.”
“Hmm.. nantilah. Saya penat sekarang, saya nak mandi, solat isyak dan tidur. Kontrak tu bila-bila pun boleh tanda tangan kan. Awak dah solat isyak belum? Kalau belum pergi ambik wudhuk dulu,” aku terus mengambil tuala dan masuk ke dalam bilik air. Sempat aku mendengar dia merengus geram terhadapku. Nampaknya aku beroleh ujian dariNya.

Cutiku sudah habis dan aku mula masuk kerja hari ini. Seminggu berada di rumah mertua, aku dilayan baik oleh keluarga mertuaku tetapi bukan isteriku. Setiap hari dia akan meminta aku menanda tangani kontrak tersebut. Namun aku buat-buat tidak endah. Setiap kali itu juga aku melihat dia bermasam muka dihadapanku. Tetapi didepan mertuaku, mukanya manis sekali denganku.
“Assalamualaikum pengantin baru, apsal keruh saja muka pagi-pagi lagi. Tak cukup ke cuti dua minggu. Nak tambah lagi?” entah dari mana Khairul datang mengusikku.
“Waalaikumussalam, kau dari mana ni?” tanyaku.
“Lah akukan kerja kat sini. Mestilah aku ada kat sini.”
“Masalahnya wahai sahabatku, pejabat kau bukan kat sini tapi nun jauh disana.”
“Aku datang nak jumpa kaulah. Kata sahabat. Kau macam mana? Gembira dengan isteri kau? Tak takut dah?” Khairul menyerang aku dgn pelbagai soalan.
“Janganlah tembak aku banyak sangat. Sebutir-butir lah. Tak sempat-sempat dia ni.”
“Yelah yelah. Kau dah boleh pikul tanggungjawab kau sekarang?” soalan cepu mas dari sahabat baikku.
“Aku rasa aku diberi ujian yg besar. Ketakutan aku selama ini memang menjelma.”
“Maksud kau? Dia dah tak suci lagi ker?” Tanya Khairul ingin tahu.
“Astaghfirullahalazim kau ni, biar aku habis cakap dulu. Sabarlah sikit. Sabar itu separuh dari iman. Mana hilangnya keimanan kau ni?”
“Yelah kau ni, sempat lagi nak bagi tazkirah kat aku. Kenapa dengan dia?” Khairul merubah intonasinya menjadi lebih tenang. Aku pun jadi tenang. Aku menceritakan segalanya pada Khairul. Bukan niat hati nak buka pekung di dada. Tapi khairul orang yang diharapkan untuk membantu.

Sudah sebulan aku dan Amira menjadi suami isteri tapi lagaknya diluar saja bukan didalamnya. Aku baru pulang dari sekolah setelah habis melatih pelajarku dalam sukan ragbi. Minggu depan ada tournament antara sekolah-sekolah teknik. Siapa tidak kenal Sekolah Menengah Teknik Kuantan yang gah dalam sukan lasak itu. Sesungguhnya aku berasa teramat penat. Ku kerling jam dinding sudah pukul 5.30 petang. Aku ingin mandi dan solat asar dan bersiap ke Masjid Besar Kuantan untuk menunaikan solat Maghrib dan mendengan ceramah yang akan disampaikan oleh Ustaz Badrulhisham.
“Dah balik pun awak rupanya. Cepatlah tanda tangan kontrak ni.”
“Awak dah solat asar?” tanyaku.
“Kenapa awak suka tukar topik terutamanya bila saya suruh awak tanda tangan kontrak ni?” tanyanya marah. Aku hanya mampu bersabar.
“Sudah menjadi tanggungjawab saya untuk membimbing awak, jadi jika awak tak solat lagi baik awak pergi solat dulu. Mana lebih penting, solat ke kontrak tu?”
“Memanglah solat tu penting tapi kontrak ni pun penting jugak!” Jawabnya geram.
“Kontrak tu boleh buat awak masuk syurga ke? Sudahlah saya nak mandi, kalau awak nak berjemaah dengan saya tunggu kat bilik solat.” Aku meninggalkan Amira yang masih erat menggenggam kontraknya itu.

Aku pergi kemasjid seorang diri. Amira tidak mengikutku kerana ada hal penting katanya. Aku tidak mahu memaksanya. Biarlah aku menggunakan caranya yang lembut. Perlahan-lahan.
“Assalamualaikum Fareez, ketemu lagi kita nampaknya.” Nik datang menegurku selepas aku keluar dari kereta.
“Waalaikumussalam Nik, a’ahlah jodoh kita kot dapat jumpa.”
“Jodoh? Banyaklah awak. Macam mana orang rumah awak? Sihat? Dia tak datang sekali ke?” soalan Nik menujah telingaku.
“Amira? Hmm.. dia sihat walafiat. Dia tak dapat datang sebab ada hal malam ni. Baru malam ni saya nampak awak?”
“Oh, selalunya saya solat dekat Masjid Taqwa dekat Sg. Isap tu tapi hari inikan Ustaz Badrulhisham nak sampaikan ceramah. Tu yang saya datang kat sini. Takpelah awak, saya masuk dulu waktu pun dah nak masuk. Assalamualaikum,” ucap Nik dan berjalan masuk kedalam masjid.
“Waalaikumussalam.” Sejuk hatiku melihat tingkah Nik. Wanita itu beza sekali dengan isteriku. Selagi aku tidak suruh dia solat selagi itulah dia akan melengah-lengahkan solatnya. Menjejak masjid? Aku tak tahulah bila hatinya akan terbuka. Namun sebagai suami aku haruslah membimbingnya kejalan yang benar. Insyaallah.

Hari minggu begini aku tidak punya perasaan untuk kemana-mana. Masa inilah aku ingin mendapatkan ketenangan setelah mengalami hiruk-pikuk di sekolah. Aku mengambil buku terasing karya Hilal Asyraf yang baru ku beli semalam. Masih aku teringat kata-kata Nik dulu buku tulisan pengarang ini bagus dan banyak pengajaran. Aku mula membacanya.
“Bila awak nak tanda tangan kontrak ni? Dah nak kering air liur saya cakap dengan awak ni.” Tiba-tiba Amira datang menganggu konsentrasiku untuk membaca.
“Amira, tolong buatkan saya air kopi? Saya taknak manis sangat.” Ujarku tanpa mempedulikan kehendaknya.
“Boleh tapi ada satu syarat?”
“Dengan suami pun main syarat-syarat jugak ke? Apa syaratnya?”
“Tanda tangan dulu kontrak ni.” Bang. Tepat sasaranku. Susah kuduga syaratnya.
“Maksudnya awak nak ugut suami awaklah ni? Takpelah kalau macam tu saya buat sendiri.” Aku bangun dari kerusi dan ingin menuju ke dapur. Belum sempat aku bangun dia menahanku. “Yelah saya buatkan,” katanya seperti serba salah. Aku tersenyum. Amira bukanlah seorang isteri yang teruk, dia tahu tentang bab agama ini, sebab itu dia tidak pernah meninggalkan solat walaupun selalu melengah-lengahkannya. Arahanku tidak pernah dia ingkari. Sekurang-kurangnya dia ada rasa hormat padaku.
“Nah, air kopinya.” Dia meletakkan air kopi dia atas meja.
“Tiba-tiba saya tak rasa nak minum air kopilah. Saya nak makan Kentucky Fried Chicken pulak. Awak nak ikut saya tak?”
“Ikut awak? Pergi mana?’
“KFC lah sayang.”
“Taknaklah saya. Habis tu air kopi ni? Awak nak membazir yerk?”
“Membujang lagilah saya nampaknya. Tak baik awak tuduh suami awak membazir, air kopi tu untuk awaklah sebab saya tahu awak taknak ikut saya. Jadi awak duduk elok-elok kat rumah minum air kopi yerk.” Aku bangun dan mencapai kunci kereta. Aku dengar dia mengomel padaku. Aku cuma tersenyum. Sampai dipintu rumah aku berhenti dan menoleh kearahnya, “Nak tempah apa-apa tak?” Dia membulatkan matanya padaku dan memalingkan wajahnya ke arah lain.

Aku memarkir keretaku didepan kedai KFC. Dari semalam lagi aku berhajat untuk makan KFC. Tapi bila makan sorang-sorang ni bosan pulak. Tiba-tiba mataku ternampak Nik yang sedang menolak pintu masuk ke KFC. Aku terus mengikutnya.
“Assalamualaikum Nik, makan KFC ker?” tanyaku.
“Waalaikumussalam. A’ah dari semalam lagi teringin nak makan KFC ni.”
“Samalah dengan saya. Kita makan sekalilah, saya belanja.” Cadangku.
“Eh, takpe ke? Isteri awak mana?” Nik masih berkira-kira.
“Takpe, bukan selalu dapat belanja kawan kan. Isteri saya tak makan KFC ni.” Nik berasa lega dan bersetuju makan bersamaku. Banyak yang kami ceritakan terutamanya semasa di UiTm Pahang. Aku juga telah membongkarkan rahsiaku padanya. Rahsia semasa Family day Civil Engineering, CEFAD. Semasa orang asyik bermain lempar tepung, telur dan air, aku dan khairul telah mencipta satu lagi bahan yang lagi menarik. Aku campur tepung, sirap dan telur pastu kacau sehingga sebati. Niat hati nak baling kat kawanku Asyraff tapi terkena NIk. Habis tudung NIk yang labuh tu, sudahlah warna putih. Aku dan Khairul lepas tangan dan menuduh orang lain. Jahatnya aku masa tu. Tapi semua itu dulu…
“Awak tahu tak saya buang tudung tu sebab memang dah tak boleh hilang warna, bau dan rasa.” Ujar Nik.
“Saya minta maaf yerk. Kesian Firul kena tuduh. Tulah siapa suruh dia duduk dekat dengan awak,” aku ketawa dan Nik juga ketawa tapi perlahan saja sambil menutup mulut. Sungguh bersopan sekali. Aku tidak pernah melihat isteriku ketawa. Adakah dia akan ketawa seperti Nik? Entah aku pun tak tahu. selesai sahaja makan, kami keluar dari KFC dan Nik meminta diri. Aku pun terus pulang kerumah dan kubelikan sedikit untuk Amira. Mana tahu dia mengidam jugak macam aku.

Aku mematikan enjin kereta dan masuk kedalam rumah. Aku lihat Amira berdiri menghadap tingkap rumah. ‘Isteri aku ni memang minat tingkap ke?’ujarku dalam hati.
“Saya ada beli KFC untuk awak. Makanlah, awak takkan kenyang kalau minum air kopi je.” Kataku untuk mengusiknya. Kadangkala aku suka melihat muka masamnya.
“Nanti saya makan. Jom kita solat zuhur berjemaah,” ajak Amira. Aku tersalah dengar ke? Betul ke Amira isteriku ini. Adakah dia sudah berubah? Ya Allah, Alhamdulillah.
“Awak ternganga apa lagi? Nanti masuk lalat dalam mulut. Saya naik atas dulu,” Amira mendaki anak tangga meninggalkan aku dalam ketidakpercayaan.

Usai solat zuhur, aku turun keruang tamu untuk membaca balik buku Terasing tadi. Amira menuruni anak tangga menuju kedapur. Aku terus menyambung pembacaanku. Jalan ceritanya sungguh menarik perhatianku sehingga aku tidak sabar untuk tahu kesudahannya. Amira datang dengan membawa secawan kopi.
“Minumlah air ni.” Amira menghulurkan air itu kepadaku. Aku mengambil air itu dan meneguknya. Betapa sejuknya hatiku melihat tingkah Amira yang sudah berubah walaupun bukan 360 darjah.
“Saya rasa kita perlu berbincang, sekarang!” kata Amira tegas sekali bunyinya.
“Bincang pasal apa? Kontrak?” dugaku.
“Maybe tapi ada yang lagi penting.”
“Apa dia?” tiba-tiba aku rasa berdebar.
“Sebenarnya saya tahu yang awak menyukai wanita lain bukan? Saya dah nampak segalanya depan mata saya. Saya minta maaf sebab tak minta kebenaran awak untuk keluar rumah. Saya nampak awak sungguh mesra dengan dia. Awak ketawa dengan senang hati bukan seperti dirumah ini yang hanya sunyi bila ada saya. Saya tahu saya tak layak jadi isteri awak. Tapi tolonglah bagi peluang untuk saya sekali lagi untuk buktikan saya dapat menandingi wanita itu. Namun jika awak nak juga pada wanita itu, saya rela dimadukan,”kata-kata Amira tadi membuatkan aku terpana. Aku lihat mutiara jernih keluar dari kelopak matanya. Dia menangis. Dia ikhlas dan dia mencintaiku.
Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Dari tiga bulan, perkahwinan kukini sudah berumur tiga tahun. Aku sudah mempunyai dua orang anak, kembar. Seorang lelaki dan seorang lagi perempuan. Amira sekarang sedang sarat mengandungkan anak kami yang ketiga. Aku rasa sungguh bahagia dan kurasa keluargaku sudah sempurna.
Sebenarnya Amira tidak pernah mencintai orang lain dia cuma ingin tahu adakah aku lelaki yang baik untuk dia, yang mampu membimbing dia. Kontrak itu cuma gimik semata-mata. Mungkin sebab kami saling tidak mengenali jadi dia takut jika aku ini, ya teruk dan jahat mungkin juga kaki pukul. Siapa tahu hati perempuan bukan? Tentang Nik aku dah terus terang dengan Amira, dia dah salah sangka tentang kami berdua. Nik pun dah kahwin tahun lepas dengan Firul. Aku tumpang bahagia. Akhirnya, aku dah bertemu dengan permata yang aku cari selama ini. Aku bersyukur kepada Allah kerana menciptakan Amira untuk aku dan anak-anak yang comel macam ibu dia.
“Apa yang abang menungkan lagi ni?” Tanya Amira.
“Tak ada apa-apa. Cuma bila fikir balik kelakar juga kisah kita nikan. Macam mana orang dulu kahwin tapi tak kenal?”
“Sebab dia orang bercinta kerana Allah bukan kerana nafsu semata-mata.” Aku tersenyum mendengar kata-katanya. Sesungguhnya aku insan bahagia kini. Tiba-tiba aku merasa Amira mencengkam aku dgn kuat.
“Abang, Mira rasa dah sampai masanya bang!”
Alhamdulillah…..
-TAMAT-

Saturday, October 10, 2009

Cerpen : Selamanya Sarah

Assalamualaikum semua...
Final exam aku dh nak dekat..
Byk nak kena catch up..
Blog ni pun jarang dah aku nak update..
Moreover, dgn internet yg sangat3 lembab..
aku pn sempat tulis cerpen..
tapi byk kekurangan..
ada kena mengena skit dgn aku... 1%.
aku ni xpndai sgt nak tulis2 ni..
semoga korang enjoy r...

*********

“Sarah, ambik ni! Saya beli untuk awak kat pasar malam,”Raffi menghulurkan seutas gelang tangan yang berwarna biru air laut.
“Kenapa awak bagi saya?” Tanya Sarah ingin tahu.
“Saja. Tak baik kalau tak ambil apa orang bagi. Awak kan suka warna biru anak laut.”
“Mana awak tahu saya suka warna tu?”
“Yelah sebab ada dua warna je. Satu warna ni, satu lagi kelabu tahi anjing. Takkan awak suka warna tahi anjing kot. Takde tastelah plak. Betul tak?”
“Saya tak kisah warna apa pun, janji orang yang bagi tu ikhlas bukan ada udang dalam mee goreng basah pulak!” kata Sarah tak berperasaan.
“Eh, awak pandai gak buat lawak! Tapi apsal saya rase tak kelakar?”
“Ada saya kisah? Sudahlah lecturer dah datang, saya nak masuk kelas.” Sarah terus berlalu masuk ke dalam kelas.
‘Alah En.Nash ni kacau daun pula, baru nak sembang-sembang.’ Gumam Raffi sendirian dan berlalu masuk ke dalam kelas.

Raffi menunaikan solat maghrib di dalam bilik kerana tidak sempat solat berjemaah di masjid disebabkan aktiviti Kesatria yang habis lambat. Raffi mengambil Al-Quran dan membaca dengan penuh tertib. Selesai mengaji, dia menyalin kain sarung kepada seluar pendek bawah lutut. Aurat kena jaga. Raffi mula membuka laptopnya untuk menyudahkan assignment civil yang masih belum siap. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk..
“Sosej, bang? Seringgit dua posen je,”rupanya mamat jual sosej kasi suspen. Perut Raffi agak lapar tika itu. Dia membeli lima bungkus. Cukuplah untuk dia melantak. Selesai membuat bayaran, muka Asyraff terjongol di depan pintu biliknya.
“Hah, kau nak apa Acap?” Tanya Raffi berbasa basi.
“Wei, Mira mesej aku tadi. Betul ke kau bagi gelang tu kat Sarah?” Tanya Asyraff pulak. Raffi duduk diatas katil dan Asyraff masuk kedalam bilik lalu menutup pintu bilik. Asyraff benar-benar ingin tahu.
“Kalau aku bagipun, apa masalahnya? Sarah tu bukan siapa-siapa punya, hak milik ayah dia lagi.” Jawab Raffi endah tak endah dengan soalan Asyraff itu.
“Memanglah, tapikan kau kata gelang itu untuk emak kau, Apsal kau bagi dia? Tu yang aku tak puas hati?”marah Asyraff. Raffi hanya tersenyum melihat wajah tidak puas hati rakannya. Dia masih ingat lagi, semasa mereka pergi ke pasar malam. Niat hati cuma nak jalan-jalan tengok baju, tapi matanya tertacap pada seutas gelang tangan yang membuat hatinya rasa tertarik. Belum sempat dia mahu melihatnya Asyraff terlebih dahulu mengambilnya dan bertanyakan harga.
“Wei kalau aku bagi Mira gelang ni, okay tak?” Asyraff cuba bertanyakan pendapatku. Hati Raffi sudah panas sebenarnya tapi tiba-tiba dia mendapat satu akal yang agak matang.
“Aku rase x sesuailah. Warna ni tak sesuai dengan dia. Cuba kau bayangkan dia pakai baju biru, kain biru, tudung biru, kasut biru dan gelang biru dah macam minah blue dah rupanyer. Lagipun warna biru camni tak sesuai dengan remaja, orang tua okaylah,”Raffi mengemukakan hujahnya.
“Yeke? Tak tahu pula aku. Nak beli ke tak?” Asyraff mengaru-garukan kepalanya yang tidak gatal itu.
“Baik kau bagi aku beli untuk emak aku. Lagipun mak aku suka warna birut air laut ni,”pujukan Raffi berhasil. Dia membayar gelang berharga rm15 itu. Walaupun murah tapi bermakna.
“Wei berangan pula mamat ni! Wei aku Tanya kau buat dek cam cakap dengan bantal golek pula,” Raffi membiarkan Asyraff membebel sendirian. Dia menyambung kerjanya sambil makan sosej yang dibeli tadi.

Sarah membelek-belek gelang tangan yang diberi Raffi pagi tadi. Cantik sungguh gelang tangan itu. Dia tersenyum sendirian. Dia hairan mengapa Raffi menghadiahkan gelang ini kepadanya. Lelaki itu memang aneh tetapi kelakar sikapnya. Walaupun bermuka tembok tapi memang tak dapat dinafikan ketampanannya. Cuma kadangkala sikap Raffi yang tidak serius itu menyakitkan hatinya.
“Hai menung jauh nampak. Orang dapat gelang patutlah berangan semacam,” sapa Reha. Sejak tadi dia lihat rakannya asyik membelek gelang tangan pemberian Raffi itu.
“Sarah, boleh aku tanya kau satu soalan?”
“Boleh tapi satu jer,”jawab Sarah.
“Kau suka ke kat Raffi tu?”
“Ikhlas aku cakap kat kau yang aku memang anggap dia tu macam kawan-kawan yang lain. Tak lebih pun dari tu. Aku pun rasa dia cuma anggap aku macam kawan biasa. Kenapa kau tanya macam tu?” Sarah pula bertanya.
“Sebab aku rasa Raffi suka pada kau. Cuba kalau satu hari dia luahkan perasaan dia pada kau, kau terima tak dia?” Tanya Reha lagi. She curious.
“Never!”

“Wei, tunggu akulah. Jalan tak pandang orang langsung!”bebel Asyraff.
“Kau tu jalan lambat sangat macam itik serati,”kata Raffi acuh tak acuh.
“Kau tahu tak semalam Amin cakap kat aku yang Sarah dengaan budak senior nama Afdhal tu. Wei, kau serius tak dengan minah tudung labuh tu?” tanya Asyraff curious.
“Kau ni macam pompuan pula, suka gosip-gosip murahan pula. Kalau aku suka kat dia pun, perlu ke aku bagitahu satu dunia. Cukuplah aku tahu, dia tahu. Simple and cool!”
“Banyaklah kau. Sekali kena kebas, kelabu biji mata kau sekali dengan cermin mata ko skali jadi kelabu.” Asyraff mencebik.
“Wei, tengok tu, Sarah!” Asyraff memusingkan kepala Raffi kearah Sarah. Sarah sedang asyik berbual dengan Afdhal ditepi kelas. Tiba-tiba Raffi jadi panas melihat mereka bedua. Dengan pantas dia mengatur langkah menuju kearah dua manusia tersebut. Asyraff mengikut dari belakang.

“Sarah sudi tak jadi teman abang. Abang betul-betul ikhlas pada Sarah,” ucap Afdhal pada Sarah. Sarah hanya menundukkan kepalanya. Dia malu.
“Sarah tak suka pada abang? Kalau Sarah tak suka, abang tak paksa. Nikan soal hati dan perasaan Sarah,” ujar Afdhal lagi.
“Bukan Sarah tak suka pada abang, cuma…” Belum sempat Sarah menyudahkan kata-katanya Raffi datang menyampuk.
“Cuma Sarah suka kat aku bukan abang. Jadi abang boleh pergi jangan kacau Sarah lagi dan abang boleh cari kakak-kakak senior lain. Takkan nak budak kecik kot!” lantang Raffi meluahkan kata-katanya. Semua mata tertumpu pada mereka bertiga.
“Saudara ni kekasih Sarah ker?” Tanya Afdhal.
“A’ah. Kami dah lama dah jadi pasangan kekasih, cuma saya dan dia tahu. Kami tak suka menghebahkan cerita dalam kelambu!” kata Raffi penuh perasaan.
“Apa yang awak merepek ni Raffi?” Marah Sarah. “Abang, saya dengan dia cuma rakan sekelas saja tak lebih dari itu. Saya rasa lebih baik abang pergi dulu, jangan layan dia ni.” Ujar Sarah.
“Saya tak merepek. Awak suka sayakan Sarah?” Raffi bertanya penuh debaran.
“Tak, saya tak pernah sukakan awak. Saya cuma anggap awak macam rakan sekelas. Itu saja, tak lebih dari itu. Awak kena faham itu!” terang Sarah penuh semangat.
“Tak! Awak tipu bukan? Apa kurangnya saya?”
“Saya tak ada masalah dengan awak langsung, jangan halang perjalanan saya!” Sarah cuba melarikan diri. Namun Raffi segera menghalang.
“Saya masih tak puas hati!Saya nak tahu juga kenapa awak tak sukakan saya? Saya perlukan penjelasan,”jerit Raffi. Dia mencengkam lengan Sarah.
Sarah cuba melepaskan cengkaman Raffi. “Sakitlah! Awak nak tahu kenapa? Sebab awak lelaki yang tidak serius yang hanya tahu main-main dan suka memaksa. Awak tahu perangai awak totally saya benci sangat. Takde apapun yang saya suka kat awak. Awak ada ke tak ada ke, sama saja bagi saya! Awak dah faham sekarang?” luah Sarah. Raffi melepaskan cengkamannya dan berlalu pergi bersama hati yang remuk.

‘Awak tahu perangai awak totally saya benci sangat. Takde apapun yang saya suka kat awak. Awak ada ke tak ada ke, sama saja bagi saya! Awak dah faham sekarang?’ kata-kata Sarah itu masih lagi terngiang-ngiang di telinga Raffi. Raffi menjerit sekuat hati. Asyraff segera mendapatkan raffi.
“Aku rasa kau kena bersabar dan bagi Sarah masa. Aku rase kau terlalu memaksa dia!” pujuk Asyraff. Dia tahu rakannya berada di dalam kekecewaan.
“Kau rasa aku ni teruk sangat ke? Aku tak layak ke untuk gadis macam dia?” Raffi bertanya kepada rakannya.
“Tak tapi mungkin teruk sikit jer. Tak sebenarnya kau terlalu keras, lagipun kita tak boleh duga perasaan orang. Jadi kau kena belajar bersabar!” nasihat Asyraff.
“Boleh tak kau tolong aku?”
“Tolong apa?”

Hatinya meronta-ronta mahu berjumpa dengan Sarah. Dia cuba mahu slow talk dengan Sarah. Dia tak mahu kecewa kali ini. Dari jauh dia nampak susuk tubuh Sarah dan Reha. Dia tersenyum.
“Kenapa tak boleh jumpa esok? Tak elok perempuan macam saya ini keluar malam-malam jumpa lelaki. Cepat sikit, apa yang mustahak sangat?” Tanya Sarah tanpa memandang wajah Raffi.
“Awak masih marahkan saya? Saya minta maaf. Saya tahu saya terlalu mendesak awak. Tapi saya cuma mahukan sedikit penjelasan.” Ujar Raffi penuh sopan.
“Penjelasan apa lagi? Saya rasa awak dah faham?”
“Memang saya faham tapi adakah langsung takde sekelumit pun perasaan cinta awak pada saya?” Tanya Raffi.
“Kalau awak nak tahu bukan awak saja tapi mana-mana lelaki pun. Saya cuma sayangkan seorang lelaki dalam hidup saya. Takkan ada orang lain.”
“Siapa?”
“Ayah saya. Hanya dia yang saya sayang dalam hidup saya.”
“Saya pun sayang ayah saya. Saya boleh menggembirakan awak Sarah. Percayalah!” rayu Raffi.
“Takde perkara lain yang mampu menggembirakan saya selain dapat melihat ayah saya mampu untuk melihat keindahan dunia ini semula. Hanya itu yang menggembirakan saya. Saya tak perlukan cinta lelaki lain. Jadi saya taknak awak ganggu saya lagi sebab saya kat sini untuk belajar dan capai cita-cita saya untuk memulihkan kembali ayah saya. Itu saja matlamat hidup saya. So, please don’t disturb me! Ambil balik gelang ini. Saya tak rasa saya memerlukannya!” Sarah pergi meninggalkan Raffi penuh kehampaan.

Dua minggu berlalu dengan cepat. Tinggal lagi sebulan final exam akan menemui semua. Ada yang dah mula study beria-ria. Perpustakaan dah macam pasar ikan. Sesak macam traffic jam gamatnyer. Namun Asyraff ulangkaji sendirian, tidak lagi ditemani Raffi yang sudah menghilang. Dia pun hairan kemana perginya rakannya itu. Sarah pun musykil dengan kehilangan lelaki itu. Kadangkala dia diselebungi perasaan bersalah.
“Reha, cuba kau tanya Acap tentang Raffi.” Pinta Sarah.
“Apsal pulak? Kau gilah tanya sendiri. Kau yang nak tahu tapi aku pelik buat apa kau nak ambil tahu hal orang yang kau dah sakitkan.”luah Reha.
“Kenapa ni Reha? Kau marah aku ke?” Tanya Sarah kurang pasti.
“Memang aku marah kau. Orang macam kau ni pentingkan diri. Kalau aku ditempat kau. Aku takkan lukakan hati orang yang cintakan aku walaupun aku tak cintakan dia.”
“Apa yang kau akan buat?”
“Dalam hal macam ini, kita memerlukan akal Sarah. Bukannya hanya mneluahkan perasaan semata-mata. Kita kena fikirkan tentang hati orang lain. Kau tahu manusia berbeza-beza. Kita tak tahu hati budi orang. Aku dapat rasa Raffi terlalu cinta pada kau, sehingga dia tak dapat kawal kekecewaan hati dia. Bukan semua lelaki yang anggap sesuatu perkara itu mudah. Kita perempuan tak dapat tahu isi hati lelaki. Seorang lelaki jika dia benar-benar jatuh cinta, dia akan tempatkan dihati bukan pada nafsu. Aku harap kau faham apa yang aku nasihatkan. Aku tak marah pada kau tapi cara kau itu yang buat aku marah. Aku minta maaf jika perbuatan aku sebentar tadi menyakitkan,” ujar Reha panjang lebar.

Sarah mendapat panggilan dari Dr. Raimi Syazwani tentang ayahnya. Sesungguhnya Sarah berasa amat bersyukur. Sejak kecil lagi dia berdoa agar matanya ayah dapat dipulihkan. Perkhabaran ini membuatkan dia menjadi insan yang paling gembira, tetapi kenapa dia tidak mendapat sepenuh kegembiraan itu? Dia merasakan seperti ada yang kurang. Cinta?
5 tahun berlalu…..

Akhirnya, dia berjaya mendapat segulung ijazah dalam bidang Kejuruteraan Awam. Walaupun matanya agak rabun, ayah Sarah dapat melihat Sarah menerima kertas keramat tersebut. Reha,Mira dan Asyraff juga turut memperoleh ijazah masing-masing. Sesungguhnya hari tersebut menjadi hari yang indah buat mereka semua. Namun dari kejauhan, ada insan lain yang mendengar sorakan kegembiraan mereka semua. Dia hanya tersenyum mendengar kata-kata pujian, ucapan tahniah yang keluar dari bibir para mahasiswa dan mahasiswi serta ibu bapa. Alangkah indahnya jika dia juga dapat berada ditempat mereka.
Dia menghayun langkah menuju ke pintu besar untuk keluar dari dewan tersebut. Tanpa semena-menanya dia terlanggar pasu besar di tepi pintu. Pasu tersebut jatuh lalu pecah berderai. Semua mata memandangnya. Dia cemas. Sarah dan rakan-rakannya turut memandang.
Seorang lelaki yang masih muda sedang meraba-raba mencari tongkatnya. Asyraff terus menerpa ke arah lelaki tersebut untuk membantu. Sarah cuba menghampiri. Tiba-tiba dia dihalang oleh dua orang guard yang cuba untuk membersihkan pasu tersebut. Keadaan yang senyap tadi menjadi hinggar- binggar semula. Entah mengapa Sarah ingin berjumpa lelaki tersebut. Dia seperti kenal lelaki itu. Otaknya ligat mengimbau memori lama. Raffi!
Sarah terus berlari mencari lelaki itu. Dia mundar mandir ke hulu kehilir mencari Raffi. Namun bayangnya pun tiada. Dia melihat Asyraff datang menghampirinya.
“Acap, aku nampak Raffi! Kau ada nampak?” Tanya Sarah. Asyraff hanya mendiamkan sendiri. Melihat Asyraff yang hanya diam seribu bahasa dia cuba mencari lagi. Belum sempat dia pergi, Asyraff menyebut namanya. “Sarah, dia dah pergi!”
“Apa? Aku nak jumpa dia! Mana dia?” Tanya Sarah bertalu-talu.
“Dia dah pergi. Dia bagi kau ini. Ambillah,” Asyraff menghulurkan sepucuk surat dan sebuah kotak. Sarah mengambir barang tersebut. Perlahan-lahan, dia berjalan menuju ke taman universit. Dia membuka surat tersebut…
Assalamualaikum…
Sarah,
Sejak kali pertama melihat wajahmu, hati ini sudah tertarik dengan keindahan ciptaan-Nya. Hati ini juga berazam untuk menjadikan wajah itu sebagai suri di hati ini. Aku cuba menarik perhatianmu, tapi aku lelaki polos tentang erti cinta. Jadi aku jadikan kau tempatku bergurau kerana aku dapat merasakan kau dekat padaku. Setiap kali melihat wajahmu yang masam mencuka hatiku jadi tenang amat. Aku rasa bahagia sangat. Aku fikir kau sengaja marahkan aku. Aku suka melihat kau, aku tahu kau wanita yang baik bukan kerana kau bertudung labuh tapi kerana kau pandai menjaga maruah kau.
Sarah,
Setelah aku luahkan perasaan ini padamu, aku rasa lapang. Tapi bila kau menolak aku mentah-mentah aku kecewa sangat. Maaf ayatku tak teratur sangat. Sudah lama tidak memegang pena. Aku tahu kau ada alasan sendiri kenapa kau menolakku. Aku terima. Tapi aku masih belum puas. Aku mahukan kau gembira kerana aku terlalu cinta padamu. Hati ini sudah lama menjadi milikmu.
Sarah,
Pemahaman aku dalam erti cinta yang sebenar adalah cinta bukan semestinya memiliki tapi mengorbankan diri demi orang yang kita cintai dan sayangi. Aku ingin sekali lihat kau bahagia, kau gembira dan tersenyum sentiasa. Walaupun apa yang aku korbankan tidak seelok mana tapi masih boleh digunakan. Tapi untuk lebih elok aku ada bawakan barang yang berharga untukmu. Gunalah sebaik mungkin.
Sarah,
Sebelum aku pergi, aku ingin sekali mendengar ucapan cinta darimu. Namun aku sedar itu Cuma mimpi. Tapi sekurang-kurangnya aku lega yang kau tahu AKU AMAT AMAT AMAT CINTAKAN KAU. Maaf sekali lagi tulisan aku buruk. Tak secantik dulu. Aku harap kau bahagia sayaang. Kau sentiasa dihati. Terakhir kali aku pinta darimu. Izinkan aku merinduimu sayang..
Assalamualaikum..

Sarah melipat kembali surat yang sudah basah dengan air mata itu. Dia mengambil kotak tersebut dan membukanya. Cermin mata yang dipakai Raffi dahulu. Ada secebis kertas diletakkan di cermin mata tersebut. ‘Khas untuk ayah Sarah’. Membacanya saja Sarah terus menangis. Ada lagi barang di dalam kotak tersebut. Gelang tangan warna biru air laut yang agak pudar warnanya. Ada secebis kertas juga diselitkan. ‘Khas untuk Sarah’. Sarah terus mencium gelang tersebut dan air matanya terus mengalir deras. Sarah menjerit perlahan, “Saya cintakan awak Raffi untuk selamanya”.
Jeritan itu telah didengari lelaki buta itu yang sejak tadi berada di taman juga tanpa Sarah sedari. Sebaik mendengar lafaz tersebut, lelaki itu melangkah pergi meninggalkan Sarah. Bibirnya mengukir senyuman dan berkata. “Selamanya Sarah..”

Friday, October 2, 2009

Terasing....

Assalamualaikum..

Kebijaksanaan mereka tidak membuatkan
mereka mampu berfikir akan kebesaran
Allah SWT dan mengajak hati mereka untuk
tunduk kepada-Nya.
Bukankah itu menyedihkan?
Akhirnya dunia sahaja berjaya ditatang,
akhirat berciciran hilang.

Begitu mendalamkn maksud kata-kata ini..
Kata-kata ini dicedok dari sebuah buku..
Buku yang bagus untuk dibaca..
TERASING.. salam ukhuwah untuk semua...

Entri kali ini..
Aku nak ceritakan sebuah buku..
Bukan ttg aku yang terasing disini..
Aku okay2 kat sini..

Sebenarnya buku ni aku beli dah lama..
sebelum aku balik semula ke U ni..
lepas raya.. dlm seminggu dah kot..
Aku baca buku ni xsmpi sehari..
bukan senang aku nak habiskan baca buku tebal2...
okaylah nnt aku sambung semula dah ngantuklah...
Assalamualaikum...