Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Monday, August 31, 2009

aku bengang!!!

Assalamualaikum..

Aku bengang giler skang sebab laptop aku rosak..
kerja CTU x siap lagi..
rabu ni dah nak kena bentang..
mmg conform x siap nnt..
Ustaz Zul comform potong markah..
bengang2..
kerja ECm lagi..
gawat giler r..

oklah Selamat menyambut kemerdekaan..
kt U semalam sambut merdeka..
tp tujuan pertama kupon r..
hahaaha..

Assalamualaikum..
Adios..

Thursday, August 27, 2009

Adegan Bulan Puasa..


Assalamualaikum..
Salam Ramadhan syah ucapkan..

dah lama dah tak buka blog ini..
sibuk sikit terutamanya time bulan puasa ini..
mujurlah kelas arini cancel...
tp ptg ni ada quiz plak..

jadi di bulan yang baik..
sebagai umat islam, banyakkanlah melakukan ibadah..
wajib semestinya dan yang sunat tu lapang-lapangkanlah masa anda..
walau sesibuk manapun..
masa nilah kita boleh solat tarawih..
aku bnyak kali gak sempat solat terawih.. bukan ponteng..
tp sebab ada kelas waktu malam..

sebenarnya aku ada satu cerita yang nak dikongsi
adegan yang agak memalukan diri aku sendiri..
peristiwa tu aku ingat sampai skang..
aku rase korang pn pernah alami gak..

hari kedua puasa yang lalu...
aku balik umah untuk berpuasa dan berbuka dan bersahur..
bersama-sama keluarga.. walaupun cuma 2 hari..
sekurang-kurangnya melepaskan rindu..
merasakaan masakan dirumah..
jd ari ahad aku pn nak balik..
tp syahir ajak balik awal sebab takut ramaai org..
mls nak berdiri dlm bas lama2..
dahlah bulan puasa kan..
aku trun dari rumaah kul 10 pagi..
so aku jln ikut kuantan parade..
aku rase penat..
tiba-tiba perut aku rase lapaar..
aku rase sebelum keluar rumah aku x mkn ape2 pn..
jd aku nmpak sorang akaak pki tudung kt kedai roti..
dia tgh susun roti2 dia..
aku pikir mkn roti jelah buat alas perut..
aku tgk kedai tu tak rmaai org.. cuma ada sorang jer lelaki tgh asyik menghirup milo panas..
baru kul 10.15 awal lagi..
aku jadi kecur liur..tiba-tiba aku rase air milo tu cam best jer..
padahaal aku minum milo biaase2 jer..
aku pn terus melangkaahkan kaki kekedai roti itu.. dengan selaambanyaa..

Akak itu plak pandaang semaacam jer kt aku..
biarlah aku nak pilih roti yang best2..
untuk mengisi perutku..
abis je pilih aku nak baayarlah..
kat situ aada dua orang kakak tgh wat roti..
pandang2 aku..
apsalah dorang ni.. hensem sgt ke aku aritu(perasan lebih)..
aku pn nk bayar.. akak pki tudung tu plak muka cam serba salah..
aku plak wat dono....
bila akak tu nk start kira..
aku tersedar yang bahawasanya aku ini berpuasa..
dengan pantas aku berkata..
"takpe r kak"
dan terus melarikan diri dr tmpt tu..
aku sempat menjeling akak tu yg terpinga-pinga..
dan lelaki yg tgh mkn tu adalah apek tua...

Aduh aku malu giler rase cam xnak masuk dah kuantan parade,,
apalah akak tu pikir ttg aku..
muka baik tp x pose..( baik ke aku ni?)
heheh.. baiklah gak..
aku dah insaf pasni xnak dah gi kedai tu..

Dan semalam aku dgn asyraf..
beli mknn untuk sahur kat cafe..
nasi goreng dgn ayam crispy.. marvellous giler...
so aku lyn citer full house smpai kul 2 pagi..
so aku kunci jam handset kul 4.30..
nak sahur kononnya..
last2 aku bgn kul 6.30 pagi..
aaduh kecewa giler aku rase..
melayang aku punya aym crispy...
dahlah bahagian kepak plak tu...
adoyai....

kelas plak dahlah full dr pagi smpi mlm...
tp nak wat camne..
satu bilik aku xsahur...
dan makanan tu terpaksa lah aku buang separuh hati..
redha jelah..

itulah antara adegan2 aku masa bulan puasa nikan..
aku rase korang prnh mengalaminya kan...
so, korang hadapilah bulan yang mulia ini sebaik mgkn..
jgn lupa buat qiamulail.. malam2..
jgn asyik tgk movie jer cam aku..
gi kelas ngantuk..

oklah..
aku beransur dahulu..
Assalamualaikum...
semoga Ramadhan ini bukan Ramadhan yg terakhir buat kita semua..
INSYAALLAH.....


Friday, August 14, 2009

Mengintai Ke Langit

Assalamualaikum...

bangun je pagi ni aku terus ngadap laptop..
semalam hari yg memenatkan..
hari ini.. xtaulah..
hari ini just satu kelas.. chemistry..

Semalam.. adalah sejarah..
dan semalam menjadi sejarah bagiku..
kerna aku di 'sound' twice oleh lecturer..
sungguh memalukan..
tp aku sabor jelah..
sabar kan separuh dari iman..

masa kelas fizik semalam..
aku masuk lab..
sajer je dtg awal..
kononnya nak jadi pelajaar cemerlang..
last2 kena sound..terus pasni insaf xnak gi awal...
hahahah..

Dan semalam bersyukur skit..
result quiz xteruk sgt walau bkn fullmark..
sesungguhnya aku bersyukur..
semalam lecturer BELL ada cakap
"Orang yang cemerlang tidak akan melakukan kesilapan yg sama dua kali"
maksudnya pasni aku xkn buat benda yg sama..( cemerlangkah aku?)

Lepas haabis kelas bell..
ada kaunseling kelompok kelab peers..
aku pn pergi dah nak abis pn sebab staart kul 8.30.. aku gi kul 10.
just citer saper ada masalah..
aku cool jer.. adaa masalah aku ske simpan dalam..
biar meletup.. bru gempaq.. heheh..
mmg xde lagi kot...

Habis jer program peers tu aaku pn balik..
dan sempat mengintai ke langit..
melihat berjuta bintang yang berkedip..
aku peeping tom sekejap
sebelum aku disapa perasaan yang mengantuk amat...

dan sebelum tidur aaku teringat kat.. sorang member lame..
tiba-tiba hantaar mesej..
yang tertulis..
"Friends are like colour pencils, they colour aur lives, i may not be your favourite colour but hope u will need me to complete your picture.... miss u!"
Wah sungguh terasa..
tp perkataan yg aku nak highlightkan.. MISS U!
adakah dia betul2 merindukan aku..
seperti aku merindui keletahnya...
kanak-kanak ribena.. itulaah diaa..
seorang gadis yg sungguh cantik..
Semua ciptaan ALLAH cantik2 belaka..

dan kita sebagai insan perlu menghargai kecantikan itu..
berbalik kepada NHBI
mengingatkan aku pada lirik lagu ini..
Beralih.. musim ke musim..
Hati tetap serupa..
Dari hari.. dikau pergi..
Dikau pergi..
Penjara.. hidup ini penjara..
Tanpa ada simpati..
Kepada Sang Kekasih..
Yang dilanda.. yang dilanda..
Kehilangan...

Biarlah.. perkara yng lepas..
jadikan ia sebagai sejarah..
Bulan Ramadhan semakin hampir menjelma..
First time puasa kt U ni..
selamaa ini pus kat asrama jer..
meriah giler2.. time2 nak berbukaa tu..
pastu sahur laagi..
siap main baling2 mercun lagi..
pastu kena denda dgn warden... best siot tgk orang kena rotan..
aku kena gak tp sebab lain.. heheheh..
aku jadi rindu dgn kahadiran Ramaadhan.. bulan yang mulia ini..
aku harap korang pn mcm tu gak..
jgn ingat nak rayer jer..
belum berjuang dah nak menang..

oklah...
aku ada aktiviti esok..
padat giler plak..
baru nak rileks2...
yg pasti membosankan..

Assalamualaikum..

Adios..






Thursday, August 13, 2009

Terlampau..

Assalamualaikum....

Kucing kat atas ni wat aksi pe ni??
heheheh...

Aku skang terlampau byk kerja..
Cam2 ada..
macam astro..
Aktiviti courselah, quiz, test, homework..
Sekaligus naik pening kepala..
tp masih boleh control..
yg penting hati mau cool..

Tadi masa kelas bell ada conservation aku dengan Asyraff..
Aku wat lah ttg aku gi course nikah..
kononnya aku nk ckp SSM bkl bini aku skali..
Tapi xjadi.. dia pndang slack(betul ke eja ni??) kt aku..
terus punah impianku..

Mungkin aku agak terlampau kot..
tapi xpe r.. 'esok masih ada'..
janganlah 'tiada esok bagiku' sudah..

Oklah aku nak tidur dlu..
aku tinggalkan sesuatu untuk direnung2kan..

11 Jenis Manusia Didoa Malaikat

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

"Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

"Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

"Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. "Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.' "



8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"

10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang melawat orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

p/s: Semoga kita tergolong dalam golongan yang didoakan oleh malaikat.Insyaallah.

Assalamualaikum...
adios..

Wednesday, August 12, 2009

MalamKu


Assalamualaikum..
Dingin sungguh angin malam ni..
membuatkan mata aku masih cerah..

Hari ini hari plg hyper bg aku..
aku wat style sendiri..
just nak wat gempaq kt kelas jer..
dan untuk SSM..
tp dia wat xendah jer kt aku..
xpe2 hari masih muda dunia makin tua..

Lagipun pesanan abah masih terlekat lg..
kat dalam pikiran ni..
masa belajar kita belajar...
masa tu.. paham2 jelah..

Sekarang pn aku dah berubah..
Nak jadi rider bkn passenger..
so aku berjaya menyiapkan first assignment bertulis aku sendiri..
fuyooh...
satu petanda baikn.. heheheh...

malam ni pn tadi ada aktiviti kolej..
byk maklumat aku dpt walaupun lmbat sebab ada klas..
aku akan cuba ambik seberapa byk yg mgkn..
walaupun td hati aku separa jer sebab mengantuk..

oklah sebelum aku masuk tidur ni.. aku tinggalkan..
sesuatu untuk korang renungkan..
aku xpaksa korang baca..

Bismillah...
Selawat dan salam keatas junjungan besar, Muhammad Rasulullah...

Maksud firman Allah S.W.T :

"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
Az-Zumar : 53




Siapa yang sentiasa menolak dan siapa pula yang sentiasa memberi?

Mahu saya ertikan disini sang memberi itulah Allah dan sang penolak itulah manusia. Angkuh sungguh bukan sang penolak itu, angkuh? Kenapa angkuh pula? Sedangkan apa yang diberi dan apa yang ditolak itupun saya belum jelaskan. Sabar. Jangan menghukum tanpa ilmu, jangan menyerang sebelum menerang. Izinkan.

Setiap yang bergelar manusia pastinya tidak mungkin melarikan diri dari suatu hakikat, KESILAPAN! Mana mungkin kita tidak tersilap, mana mungkin kita tidak terlupa, sedangkan Rasulullah S.A.W sendiri memungkinkan diri baginda tersilap, apatah lagi kita insan biasa yang cacamarba ini.

Ah, tentu sekali sehari hari bergelumang dengan kesilapan, besar atau kecil sama saja kelakuannya, si kecil dengan kesilapan kecilnya si besar dengan kesilapan besarnya, begitulah selanjutnya. Beruntai untai kesalahan dan kesilapan. Mahu menghitung? Silakan...

Apa pula jadinya dengan MENOLAK dan MEMBERI tadi? Begini lanjutannya.

Pasti pernah bukan, setelah melakukan suatu kesilapan atau kesalahan. Terasa berat dan besarnya beban dosa yang dipikul bagai memikul dunia seisinya, pernah rasa begitu? Pernah terasa kesilapan yang dilakukan bagai tiada sudahnya?

Bagai memikul satu junjungan dosa di atas kepala dan ditayang-tayang pula kepada semua. Semua melihat kejelikan kita. SEMUA!

Atau pernah menangis pada zahirnya diikuti tangis hati pula, menyalah-nyalahkan diri atas kelemahan sendiri. Menyendiri, sendirian merintih sayu, tiada lagi tempat mengadu, tiada lagi tempat berpaut, tiada lagi tempatku di dunia. Mahu kemana? Terjun bangunan 44 tingkat? Silakan. Jika sudah bosan membaca.

QURRA' sekalian. Pernah atau tidak merasa begitu? Atau tidak pernah? Tidak? Jika tidak jawapannya, maka silakan segera mencari 'RASA' itu kerana dengan 'RASA' itulah dapat menunjukkan kalian masih punya hati dan jiwa. Menunjukkan kalian masih dengan ayat-ayat NYA.

Maksud firman Allah :

"Yang melihatmu semasa engkau berdiri (mengerjakan sembahyang), Dan (melihat) gerak-gerimu di antara orang-orang yang sujud. Sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
As-Shu'araa : 218 - 220

Begitu saja? Dengan punya rasa begitu sudah cukup? Merintih-rintih sendiri di balik pintu sambil menyalahkan diri? Membawa perasaan pilu seolah-olah tiada siapa yang mahu menjeling kearah kita. Apakah betul dengan punya rasa begitu kita sudah cukup untuk dikira hambanya yang patuh?

Kalau ditanya dengan kelakuan itu menunjukkan kalian masih punya rasa jawapannya ya! Tapi kalau begitu kelakuannya, kalian boleh digelar insan yang punya rasa dan sudah berputus asa...:)



Mungkin amat besar kesilapan dan kesalahan yang pernah kita kerjakan, mungkin juga kecil. Tetapi ingatlah teman yang saya kasihi dan ingatan kepada diri sendiri jua, jangan sesekali berputus asa dari rahmat Allah! DIA masih lagi tidak lekang dalam MEMBERI. Kenapa kita mahu MENOLAKnya? Rahmat dah kasihNya tidak pernah lekang untuk kita teman, cuma kita saja yang seringkali menolak dan terus menolak.

Alangkah rugi menolak anugerah. Sebesar mana pun kesilapan dan kesalahan, ingatlah DIA masih lagi tidak lokek dalam MEMBERI.

Maksud sabda Rasulullah SAW :

"Sesungguhnya Allah SWT malu membiarkan hambaNya kembali dengan tangan hampa, ketika seorang hamba berdoa kepada tuhannya."
HR Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah

Alangkah manisnya bait-bait kata itu, tidakkah QURRA' sekalian dapat merasa akan kemanisan itu. Alangkah bersifat MEMBERI-nya sang Pencipta Yang Maha Kuasa. Adakah kita tidak sudi mendapatkan pemberian dariNya? Mahu apa? Keampunan, kesejahteraan? Hadapkanlah sepenuh pengharapan dan keyakinan kepadaNya wahai teman! insyaAllah...

Maksud firman Allah SWT :

"Berdoalah kamu kepadaKu nescaya aku perkenankan doa permohonan kamu."
Ghafir : 60

Janganlah terlalu terbawa bawa kesedihan dan duka lara itu, bergembiralah dengan janji Allah, yakinlah, pohonlah padaNya. Jangan sesekali berputus asa dari rahmatNya kerana itu perbuatan sia2 membawa murka. Jangan begitu QURRA' sekalian, mengapa mahu MENOLAK sedangkan DIA MEMBERI?

Kesedihan yang datang itu pastinya kerana melengkapi fitrah sebagai manusia yang masih punya rasa, tetapi jangan jadikan ia sebagai ratapan rutin yang sia-sia. Kuatkan dan tabahkan diri, NurNya ada dimana mana. Segelap mana pun bahagian diri ini pasti NurNya akan menyinggahi diri selagi masih ada mahu memperolehnya.

Jangan biarkan diri menjadi sang putus asa yang tidak punya rasa, tinggalkan duka lara itu dan pohonlah padaNya dengan keyakinan yang teguh. Pasakkan betul keimanan nan utuh agar tidak lagi terumbang ambing di ulit ombak perasaan.



Maksud firman Allah SWT :

"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
Az-Zumar : 53

Teruskan meminta, sesungguhnya Allah merindui rintihan hamba-hambaNya bahkan murka kepada si hamba yang tidak mahu meminta, sedarlah hakikat diri sebagai hamba dan sedarlah hakikat Yang Maha Kuasa itu punya sifat MEMBERI yang tiada tolok bandingnya.

Usah lagi meratap kesalahan dan kesilapan sampai membawa mudarat diri, bangkitlah menuju fasa baru kehidupan yang lebih bermakna. Usah MENOLAK lagi! Sujud dan pohonlah kepadaNya. Pasti DIA MEMBERI!

wallahu'alam



Assalamualaikum....

Adios..



Monday, August 10, 2009

Gelak Sakan..


Assalamualaikum..
Syukur Alhamdulillah..
dapat gak online.. heheh..

Hari ni gelak sakan tul aku..
sebab dapt kenakan kawan aku..
tp just gurau2 supaya dia xkecik hati..
yelah smalam stress..
jd arini gelaklah plak..
kuranglah skit kestressan..
tapi jgn gelak xingat dunia..
tu gelak dgn syaitan..

Esok ada klas plak kul 10..
jd tidur r awal..
esok ada klas math..
mesti tahu quiz aku dapat teruk..
mls plak rasenyer nak gi..

oklah.. Assalamualaikum..
Adios..

p/s: Jika kita buka satu aib orang, Allah akan buka tujuh aib kita..
(xde kena mengena dgn tajuk)
(dapat dalam program model sikap semalam..)

Adios... hah?? Adoyai..

Saturday, August 8, 2009

Time bosan..

Assalamualaikum..
Sekarang aku dlm mood bosan..
dan gembira skit sebab kt sini dah leh online..
jd leh lepak kt blog2 lain..
hehehe..

Tp arini xde per nak citer..
just kekecewaan yg melampau..
hahahah..
sebab kegagalan dlm presentation..
dan juga quiz..
tp perkara dah lepas..
xlalu biarkan berlalu sekurang-kurangnya aku mencuba..

Assalamualaikum..

p/s: kegagalan yang sebenar adalah mengalah sebelum mencuba..

Adios!!

Saturday, August 1, 2009

H1N1

Assalamualaikum...
Aku xnak cakapkan aper2..
tunjuk gambar jer..

saper yg menyebabkan H1N1???

Gambar ni dicilok di blog Khairul..

yg ni dicilok di blog Adha..

Kesimpulannya : Lu pikirlah sendiri...
Hahahaah..

Assalamualaikum.....
Adios..