Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Monday, April 20, 2009

mY LiFe Will Go On..


Wah tajuk aku cambest jer.. aku tadi bru pas satu azab..
bukan azab apapun.. just lulus ujian kereta.. aku dah ada P..
lehlah aku merampas keta savvy my brother..
xpun.. suruh abah beli aku exora..
cita-cita tinggi nampak..

sedar tak sedar masa berlalu dgn pantas..
lama giler aku jadi penanam anggur..
bosan! bosan!

aku mula terimbas kenangan2 yang mengusik jiwa..
dari mana aku mula kenal erti persahabatan, kasih sayang, kepura-puraan, hasad dengki, penipuan dan cinta..
kenangan itulah yang kini cuba mendewasakan aku..
kadangkala aku terfikir berapa banyak kenangan manis daripada kenangan pahit??
yang aku tahu ia seimbang.. pelbagai cabaran hidup aku lalui..
dalam tawa ada sedih, sepi dan kasih..

namun itu semua kisah lalu..
untuk apa dikenang perkara yg sudah lepas..
my life will go on.. not off..
masa hadapan aku masih lagi panjang untuk ditempuhi..
aku akan lebih mengenali erti kehidupan yang sebenar..
dimana aku terpaksa berdiri dikaki sendiri..
disitu aku belajar erti menyendiri..

my life..
akan jadi beerti bila aku berani menempuh cobaan yg mendatang..
will..
menjadi satu kenangan yang akan aku tempuhi..
go..
tak perlu memandang kebelakang..
on..
dan aku harus siap sedia dengan dugaan mendatang..

aku cuma insan biasa..
lelaki biasa-biasa sajer..
mungkin aku tak mampu lakukan sesuatu yang luar biasa..
tapi kita tidak tahu takdir yg mendatang..
masih banyak slot-slot yg perlu ditempuhi..

mungkin sekarang aku masih lagi diulit mimpi-mimpi semalam..
dan aku akan tersedar apabila tiba waktunya..
andai kata hanya mainan..
mungkin aku belum matang mengadili semua..
perlu aku bangkit..
siapa yang aku membantuku menyan dar dibahunya...
kamu? dia ? awak? saudara? saudari?
tak.. hanya aku ..

walaupun aku hanya bersembang.. tapi aku tahu..
kadangkala itu semua bukan hanya gurauan..
kerna dlm gurauan ada terselit kata-kata yang membina..
aku ketawa.. ketawalah selagi aku mampu kertawa..
dan selagi aku diketawakan..
kerna ini lumrah kehidupan..
yg sememangnya aku akan tempuhi..

No comments: