Kawan-Kawan Si Kacak

klik sini

Friday, April 24, 2009

fikiranku..[kegagalan mengajarku]

MyEm0.Com

Aku ingat lagi apabila warden buat tayangan citer kung fu panda..
semua kawan2 aku paggil aku panda..
mula-mula aku panas sgt..
aku manusia bukan haiwan..
tapi bila dipikir-pikirkan..
kenapa aku perlu emotional??
itu cuma gurauan..
dan aku tak perlu marah..
itu bermakna mereka peduli pada aku..
bukannya bermaksud aku ske dipanggil begitu tapi..
tapi inilah lumrah dlm kehidupan...
gurau senda, gelak ketawa..
hidup pasti membosankan kalau ia berjln tanpa ada dugaan kan??

MyEm0.Com

tajuk aku hari ni.. kegagalan mengajarku..
kenapa aku pilih ini??
sebab aku byk gagal dlm hidup??
bukan! seorang ilmuan pernah berkata..
"Seseorang itu tidak akan memperoleh kejayaan jika tidak menempuh kegagalan.."
seperti aku sekarang..
sudah 18 tahun aku hidup kat muka bumi ni..
walaupun jangka itu masih singkat lagi..
tapi aku dah byk menempuh dugaan..
tak semestinya orang itu hidup 50 thn dia byk menghadapi dugaan..
ALLAH akan memberi dugaan kepada seseorang itu mengikut keupayaaan hambaNYA itu..
ALLAH memberi dugaan itu kepada seseorang itu kerana DIA yakin yg hambaNYA mampu menggalas dugaan itu...

MyEm0.Com

jika kita rasa kita susah..
ada lagi orang yang lebih susah..
kita seharusnya bersyukur..
semakin byk dugaan yg kita alami..
semakin kita merasai yg ALLAH peduli pada hambaNYa..
sayang pada hambaNYa..
seperti aku..
kegagalan yg aku hadapi ini...
mengajarku untuk berusaha dgn lebih kuat..
jika aku tidak meningkatkan usaha aku..
semestinya aku masih ditakuk yg lama..
aku kena sedar ttg kelemahan diri..

MyEm0.Com

kita tidak boleh putus asa..
jika kita tidak dapat hari ini..
mungkin esok ataupun lusa mahupun tulat..
siapa kita untuk mengeluh dengan nasib kita??
seharusnya kita bersyukur apabila kita masih bernyawa..
apabila bangun dari tidur dan dapat menunaikan solat subuh..
aku masih ingat lagi semasa duduk diasrama..
tentang solat subuh..
warden sememangnya menjalankan tanggungjawabnya..
sesiapa yg tidak turun solat subuh disurau asrama akan dirotan..
aku juga pernah kena..
memang sakit dan aku marah..
tapi bila dipikir-pikirkan...
mengapa aku perlu marah..
apa yg warden itu buat ada betulnya...
tapi masih ada lagi insan yg tak sedar..
mengutuk, memaki dan mengumpat warden dibelakang..
bukankah tindakan warden itu betul...
sedangkan kanak-kanak yg berusia 7 thn sudah boleh dirotan jika tidak bersolat..
inikan pulak remaja yg sudah akil baligh...

MyEm0.Com

bila kita dah gagal mesti rase kecewa kan??
xtaulah pulak klu ada yg bangga..
mesti kita putus asa dan rase x berguna..
aku pernah rasa down mcm tueh..
melihat sekelilingku..
aku jd lemah..
tapi sepatutnya itu bukan reaksi sebenar..
kegagalan itu yg harusnya jadikan semangat..
untuk bangkit menggapai kejayaan..
sememangnya sekarang aku berharap diberi peluang..
untuk menebus balik kegagalanku..
sehingga hari ini doalah peneman setiaku..

terima sahabat-sahabatku kerana sudi membacanya..
semoga kita semua mendapat kejayaan bukan saja didunia..
malah juga diakhirat sana..
Amin.....

No comments: